Barney.

>> Wednesday, February 02, 2005

"What will we see at the zoo?
What will we see at the zoo zee zoo,
What will it be when we're walking through,
Come with me to the zoo zee zoo,
Come with me to the zoo!"

Heh.

Sapa sebenarnya yang tengok Barney nih? Anak ke emak?

Sekali sekala, temankan juga Ameer tengok vcd yang baru dibeli Jumaat lepas. Mata dia tak berkedip2 tengok animals at the zoo. Everytime keluar gambar animal, sibuk dia nak suruh kami tengok juga sampai mulut muncung2. Kena la explain, itu zebra, monkey, lion, rhino...

Siap nak lompat2 macam kangaroo. Roar macam harimau. Menguap besar macam hippo. Menari menyanyi ikut Barney, BJ & Baby Bop.

Sebenarnya aku nak beli dokumentari, mcm National Geographic ke apa ke, tapi takde jual kat Speedy. Sebab mata Ameer lagi tak berkedip kalau tengok National Geographic (TV3, Jumaat) dan Crocodile Hunter (TV3, Selasa). Last-last Lynn tunjuk Barney's Lets Go to the Zoo. OK la tu kan, daripada tak beli langsung.

Thanks Lynn :D (And A too)

Err, perlu ke aku subscribe Astro?

Sejak Jumaat, aman damai je rasa nyehehehe. Asal rasa cam malas dah nak layan dia tendang bola / kejar burung / main belon / mengada, aku bukak vcd. Dulik la aku nih lazy mama ke hapa ke, asalkan hidup aku bahagia muehehehe.

Tapi yang tak bestnya, dia tak kasi tukar la pulaaaak. Nak tengok Barney jek. Bangun pagi dah nak Barney. Tido pon tengok Barney. Boring leeee...

So, dalam kol lapan malam tu, aku ajak dia main bola kat living room, then bila time dia tengah leka tuh, aku pon tutup vcd dia and terus tukar 8TV. Mana boleh tinggal beb! Tinggal berapa episod je nih :grin:

Buat pembaca2 semua (yang dah marah2 sebab aku tak ngapdet), dengarkanlah lagu dendanganku khas untukmu. Music, please!

"I love you, you love me,
We are happy family,
With a great big hug,
And a kiss from me to you,
Won't you say you love me too?"

Nyehehehe.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP