Marilah Menunaikan Solat, Marilah Menuju Kejayaan!

>> Friday, January 06, 2006

Hari ni aku nak bercerita tentang solat berjemaah di masjid.

Memandangkan hari ni jumaat, eloklah cerita hal2 yang bermanfaat. Ahmad pon dah sound, kalau takde manfaat kepada umat, baik hentikan saja menulis blog dan jagalah percakapan.

Uhuk uhuk.

Sebagai isteri mat tabligh yang berjaya, aku ikutkan je le cakap dia. Sekali sekala. Hehe.

Berbalik kepada isi penting hari ini. Solat berjemaah di masjid nampak cam hal remeh temeh saja kan? Bukannya wajib pon. Solat berjemaah kat rumah pon boleh. Sama gak pahalanya. TAPI, banyak faedah tersiratnya yang kita tak nampak.

Melihat kepada sirah, perkara pertama yang Rasulullah s.a.w lakukan setibanya di Madinah ialah membina masjid. Kerana masjid itu adalah asas kepada perpaduan di dalam Islam. Dan di dalam mana-mana organisasi, tak kira la kerajaan ke, persatuan ke, syarikat ke, keluarga ke, perpaduanlah faktor penting yang menyumbang kepada kejayaan.

Di zaman Rasulullah juga, kita lihat para Muslimin akan berbondong2 ke masjid bila tiba waktu solat. Jika ada yang tak hadir ke masjid, akan dihantar utusan untuk bertanya, kurang sihatkah atau sebagaimana. Jika kurang sihat, akan dipimpin ke masjid. Sehingga ke tahap itu mereka mementingkan solat berjemaah di masjid.

Seandainya kita mahu mencari jalan yang lurus, sepertimana yang kita baca Al-Fatihah setiap rakaat di dalam solat, marilah kita kembali kepada kehidupan yang ditunjukkan oleh Rasul. Jika kita ikhlas korbankan sedikit masa untuk sama-sama berjemaah di masjid, Insya Allah pasti ada ganjarannya.

Jadi kepada para pria dan bapa-bapa sekalian, pergilah ke masjid. Lagi-lagi kalau rumah dekat je dengan masjid.

Para ibu yang ditinggalkan di rumah, bermujahadahlah dan sokonglah suami kamu ke masjid. Memang sukar menjaga anak-anak berseorangan. Lagi pulak waktu maghrib sangat pendek. Mintalah pertolongan Allah. Sesungguhnya di mana ada pengorbanan, di situ ada jalan pertolongan Allah.

Semoga membawa manfaat buat kita semua. Wassalam.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP