Milik Siapakah?

>> Wednesday, April 12, 2006

[1]Ada dua pilihan. Jalan jauh yang selamat atau jalan dekat yang penuh risiko. Aku pilih yang dekat. Walaupon aku dah vowed untuk menguruskan badan hehehe.

Sebenarnya ada sedikit rasa takut. Sebab jalan itu sunyi dan banyak pokok. Mudah saja perogol nak sembunyi dan terkam. Dan sungai pula, airnya deras. Lagi mudah kerja perogol itu. Kemudian, di jalan besar, banyak kereta lalu lalang dan laju-laju.

Aku sebenarnya tidak pernah lalu. Hanya gamble saja. Mudah-mudahan sampai :-)

Dari jauh aku intai. Alamak! Takde perogol, tapi ada tiga ekor anjing. Yang warna hitam itu nampaknya besar dan garang. Dua lagi berwarna coklat muda. Kecil sedikit. Nak cuba ke tak?

Ah! Persetankan itu semua. Anjing ke perogol bersiri ke tak membawa kesan pada aku jika Allah tidak mengizinkannya.

Aku baca bismillah, dan jalan.

Bila dekat, baru kutahu, anjing-anjing itu hanyalah kambing HAHAHA. Poyo je. Tapi kambing hitam yang besar itu nampak garang juga. Dia merenung aku macam nak sondol. Aku fikir dia jantan :-P

Kat KL pon ada orang bela kambing?

Alhamdulillah sampai aku ke rumah, dimudahkan urusan dan tak kena rogol. Setiap kali aku nak melintas, time tu takde kereta or traffic light kaler merah and kereta kena menunggu aku. Kan aku dah kata, Allah mesti tolong. Dengan syarat, hak Dia jangan kita abaikan. Err, rasa macam terabai je tapi Allah sayang aku lagi kot?

Mat Tabligh buat lawak. Katanya, sebenarnya memang anjing tapi Allah dah tukar. Sabar je la. Pengaruh mistik betol :-P

[2]Teehee. Senyum simpul aku kerana dua perkara.

Satu, aku dah muat seluar hitam. Beberapa bulan yang lepas, tersangkut di bontot. Sekarang, dah boleh zip and button, dan berjalan-jalan di MidValley dengan selesa.

Dua, semalam aku mengada try satu spaghetti strap (betul ke aku eja ni) dress at JJ. Muat pulak tu. XL beb. Dulu XXL pon belum gerenti boleh pakai. Awek kaunter tu pon pelik agaknya kenapa aku tersengih sensorang.

Semakin aku berkobar-kobar untuk menguruskan badan. Perlu sit ups lebih kerap dan minum green tea with apple cider berbotol-botol HAHAHA. Banyakkan lagi naik turun tangga.

Target aku, to look great for stf926 Reunion Dinner in August. Tell you, I'll look great that night!!!! Freddy, ko mesti jeles sebab aku sangat gorgeous HAHAHA.

Terserlah kepoyoanku :-P

0 comments:

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP