Sekadar Bercerita.

>> Thursday, April 13, 2006

Nilai kefawwazan dalam diri Zahra agak prominent. Tak reti duduk diam dan kuat makan. Bezanya Fawwaz body tough, tapi Zahra comel lote saja.

Macam Fawwaz, Zahra tidak suka dipegang semasa nafsu bermain dia memuncak. Ada-ada saja yang dia nak buat. Merangkak ke sana ke mari. Memanjat. Menggigit buku. Mengacau abang. Mengetuk pintu sliding. Berdiri di rehal sambil mengetuk2 dan merenyuk kitab. Dia seperti gadis kecil yang tidak sabar untuk dewasa. Belum masanya untuk pandai berjalan, tapi sudah ingin berlari.

Bab makan, macam Fawwaz jugaklah. Tak boleh nampak kita makan hehehe. Mula la dia mengacau. Padahal baru lepas makan bubur.

Mungkin ini sindrom anak kedua.

Ameer pula seorang abang yang bertanggungjawab. Sentiasa memberitahu apa yang Zahra cuba lakukan. Dia juga yang menjaga adiknya di kala aku solat. Malah pandai pula mengangkat adiknya untuk menghalang adik buat perkara yang ntah apa-apa. Tapi dia seperti aku, cepat marah dan moody. Meninggi suara pada adik. Pernah juga mencubit. Amboi Ameer, Mama pon tak penah cubit. Mana belajar ni :-P

En.Ahmad pula.. eh, perlu ke aku cerita pasal budak ni? Hahaha takde maknanya la kan.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP