Dear Kerajaan Malaysia.

>> Tuesday, July 15, 2008

Terima kasih kerana memberi kami merasai nikmatnya menempuh kemacetan jalanraya yang sangat teruk selama tiga hari berturut-turut. Kami ingatkan dengan membeli rumah di Section 14 Petaling Jaya, lokasi yang sangat strategik walau ramai yang berkerut dengan keputusan kami kerana rupabentuk fizikalnya seperti tak berbaloi dengan harga, yang secara normalnya hanya 5-10 minit perjalanan ke ofis dan tersangat lengang di hari-hari minggu, kami tidak akan menempuh kegilaan yang menyesakkan. Buat letih saja kami "stamet" [baca: jargon orang-orang di kampung untuk berjimat cermat], siap makan pagi di rumah dan bawa bekalan untuk makan tengahari, senang lenang saja kamu "cipta" kemacetan itu dan membazir duit, masa, tenaga, dan emosi kami.

Alasan-alasan kamu tu? Apa-apa aje lah. Kami malas nak ambil tahu. Dah muak.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP