Dua pasang kasut dan sepasang seluar.

>> Tuesday, July 28, 2009

Dah beberapa bulan puasa membeli-belah. Bagi orang perempuan, itu sesuatu yang luar biasa. Jiwa mereka boleh jadi kacau dibuatnya.

Hari Sabtu. Saya cucuk jarum. "Gaji dah masuk. Duit dalam dompet masih berkepuk."

Dia kata,"Simpanlah."

Perbualan terhenti di situ.

Hari Ahad. Saya tertunggu dia pulang dari masjid. Jam sudah hampir 10 malam. Agenda apa agaknya yang menahan dia di masjid selama itu?

Semasa di dapur, saya dengar pintu dibuka dan ditutup. Tak ambil pusing kerana sibuk memasak untuk hari esok. Beberapa minit kemudian, dia datang sambil tersenyum-senyum.

"Pergi Midvalley tadi."
"Huh?"
"Ingatkan nak beli kabel je. Sekali sangkut. Ada sales kat jusco."
"Oh. OK."

Pause.

"Nak pegi Jusco esok?"

Oh. Itu mesti nak coverina kerana telah membeli baju sejuk baru tanpa mengajak.

"Boleh aje."

Hehehe. Rezeki jangan ditolak.

Dua pasang kasut menjadi milik saya malam tadi. Juga sepasang seluar mengandung. Oh terbang RM198 dan beberapa sen. Terasa hebat kerana berjaya merembat dalam masa kurang dari setengah jam. Dan tiada perasaan kecewa kerana kali ini tiada jawapan, "Saiz 9 takde, kak." Malah, saiz 10 pon ada :-)

11 comments:

y@tipruzz 4:36 pm  

mentang2 rumah dekat, weekdays pon bley shopping kt MV :p

Hartini 7:35 pm  

wakakaka FYI, siap boleh solat maghrib kat rumah lagi you lepas buka puasa.

ShaFiAti 9:22 pm  

heheh..bestnyer shopping...:)

Ummu Auni 7:45 am  

wah wah tukar template baru.

entri terjemahan mu sangat skema, ok? :P

Hartini 8:41 am  

su,
itulah pasal. sedang elok je kasut aku tercabut tapaknya teeheehee. ikutkan hati aku nak rembat seketul lagi kasut. jumpa satu tu selesa sangat-sangat. tapi sebab dah terembat dua sebelum jumpa yg tu. takdok rezeki kasut tu nak bertuankan aku wahahaha.

ayni,
sayang sebenarnya nak tukar yang lama tu, sebab dah lama pakai & layoutnya pon sempoi gilos, which i like la sgt kan. tapi sebab tak new blogger feature-compliants, terpaksa den tukar :-)

Hartini 8:42 am  

oopps sambung lagi. awal lagi aku dah bagitau kan dulu, asal tulis BM je aku jadi skema wakakakaka.

Ummu Auni 8:58 am  

hehehe, aku tengah baca novel matahari di atas gilli - lintang sugianto (terbitan PTS). rasa macam baca karyawan sasterawan negara, macam arenawati, a samad said je. agak berat, sekarang tersangkut ms 300 dari 500. tapi buku macam tu, yang kena baca untuk tambah vocab :D

Nida 8:21 pm  

tini, seriuosly...k.ida suka baca entry english tini compare to BM yg terlalu berhati2 penulisannya.. ngeh, ngeh, ngeh ...eeerkkkk.. hilang part wakakakaka dik oiiii!

Hartini 1:36 pm  

ngee.

TAU TAKPE. bukan k.ida sorang je cakap mcm tu wakakakaka. tapi ntah la k.ida, tini rasa berdosa tulis karangan BM yang "rojak" dan kelam kabut tatabahasanya. kalau boleh setiap word nak tulis BM tapi over skema la pulak kan :-)

anak Cikgu Mat Basir la katakan wakakakaka.

Lynn 12:18 am  

that's why I didn't write in full Malay. remember I did once in my blog? kelakar jadinya hehehe

Noto Aksoro 5:57 am  

Aku sedang mencari buku2 Hang Tuah. Maukah Mbak Hartini sedikit berbagi mengenai buku2 sejarah Hang Tuah yang diterbitkan Penerbit Malaysia. Terimakasih b4. (Noto:Indonesia)

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP