Kedai Kerja.

>> Friday, July 31, 2009

"Ada parking ticket?"
"Tak. Saya jalan kaki dari rumah."

Kami ketawa.

Dia fikir saya berjenaka. Saya pula bahagia, bangun jam 8.30 pagi, tengok adegan asmaradana Mr.Sheffield dan Miss Fine sebentar, mandi, pakai baju, sarung tudung ala ariani, jalan kaki dan sampai di lokasi sebelum jam 9.

Terima kasih kerana mengadakan workshop itu di PJ Hilton :-)

****

Ramai beranggapan membeli rumah di luar bandar lebih berbaloi dari segi ekonomi dan keselesaan. Saya setuju dengan sebab yang kedua, kerana rumah di luar bandar lebih luas dan selesa berbanding rumah lingkungan harga yang sama di kawasan bandar. Tapi dari segi ekonomi, saya langsung tak bersetuju.

Jika dilihat dalam jangkamasa pendek, seolah-olah membeli rumah di luar bandar lebih ekonomikal dari segi pembandingan harga. Namun, tidak semestinya benar untuk jangkamasa panjang. Ramai orang tidak mengambil kira faktor variable cost semasa membuat pilihan membeli rumah. Zaman sekarang ekonomi tak menentu, jadi variable cost menjadi sgt volatile. Ia boleh naik sekelip mata. Lebih-lebih lagi harga minyak. Saya fikir, variable cost akan sentiasa menaik dari tahun ke tahun kerana faktor inflasi.

Saya selalu mendengar keluhan kawan-kawan sepejabat. Kena isi minyak. Bayar tol. Bayar parking RM7 sehari. Di tempat kami, parking percuma akan diberi untuk 400 kereta yang pertama. Alhamdulillah bagi kami, dengan izin tuhan hanya perlu mengisi minyak dua minggu sekali, bayar tol jarang-jarang sekali, parking pon tak perlu dibayar sedangkan kami keluar dari rumah lebih lewat daripada orang lain.

Itu tidak dicampur lagi dengan faktor masa dan tenaga, serta emosi bergaduh dengan traffic jam. Hati mudah saja menjadi panas. Adakalanya terdorong untuk menyalahi etika [dan pada masa yang sama rasa bengkek kalau orang lain juga buat begitu :-p]

Disamping itu, harga rumah di kawasan bandar appreciates dengan kadar yang lebih cepat dan tinggi berbanding di luar bandar. Bayangkan rumah saya sendiri. Penduduk asal kawasan itu membeli dengan harga RM7 ribu sahaja. Sekarang ia boleh dijual RM200 ribu ke atas. Dengan adanya aktiviti "rebanding of PJ" di mana banyak landmarks baru telah dan sedang dibina di sekitar kawasan rumah saya seperti PJ8, VSQ, Quill, Jaya 33, Jaya One, and Jaya baru yang akan menggantikan Jaya yang telah runtuh [tanpa niat], saya fikir harganya akan terus meningkat.

Namun tak dapat dinafikan, saya sendiri mengimpikan rumah yang besar dan selesa seperti kawan-kawan lain yang mempunyai rumah di luar bandar :-) Takpe lah, kita simpan duit dulu. Ameer masuk sekolah menengah nanti, kita rembat seketul banglo :lol:

0 comments:

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP