Impiana.
>> Friday, September 04, 2009
Hari Selasa lepas sekitar jam 12 tengahari. Sedang lena diulit mimpi ketika telefon berdering. Kacau je aku tengah syok tido HAHA. Ah, suara Aida di hujung talian. Ingin singgah menghantar buku. Siri Impiana by Ain Maisarah.
Dalam keadaan masih termangu-mangu, masih tertangkap di telinga kata-kata Aida.
"Alah dua buku tu, dua hari je boleh habis."
Ehem. Tak perlu dua hari OK? Malam tadi dah pon habis di baca. Back-to-back from 8.30 - 12.30 p.m.
Komen aku:
1) Kenapa ya most of novel Ain Maisarah yang aku baca, mesti ada typo? Walaupon bukan kesalahan besar, tapi tak syok la. Before sending to printing, the manuscript should have been checked for zero error. Takpela... banyak sgt kot job Mr.Editor sampai tak menang tangan.
2) Dalam Impiana 1, Shasha dah koyakkan surat yang diterima from Syarikat Impiana. Tapi, kenapa dalam Impiana 2, surat tu masih wujud? Takkan dia tampal-tampal balik surat tu?
3) Keseronokan membaca novel Ain Maisarah ialah writing stylenya yang sempoi. In terms of storyline, OK. Sebab aku dah biasa membaca buku teen-lit from Meg Cabot & pengarang2 seumpamanya, jalan cerita teen-lit dah jadi common. Aku dah boleh anticipate jawapan di penghujung cerita. Sama mcm Impiana. Aku kan suka baca Sherlock Holmes, Detective Conan,. suka tengok Midsomer Murders, MrBride, Jane Doe, Mystery Women. So once aku baca impian setiap seorang, aku dah boleh mengagak apa yang akan berlaku to each of them. Aku juga dah boleh mengagak sapa akan couple dgn siapa.
Cuma satu je yang aku dok tertanya2..... Tengku Affin yg perfect tu, akhirnya dengan siapa??? Org lain aku tak heran, Tengku Affin je yang aku nak tau wakakakakaka. Setakat yang kita tau sekarang ni, Fazura dok mengendeng dia and gunakan kabel i.e. family connection dgn ibu Tengku Affin, while Tengku Affin and Ina loves each other bagai setengah mati but darjat memisahkan mereka. Pergh! Hopefully kisah cinta Tengku Affin akan diceritakan di dalam Impiana 3 and please la buat kisah cinta dia begitu dahsyat sekali. Yang jiwang karat punya wakakakaka. Sampai keluar airmata dan hingusku. So Aida, nanti keluar Impiana 3, ko beli ek? Kasi aku baca dulu :-p
4 comments:
jiwang karat kang termuntah nak baca. Bg aku agaknya gap baca impiana 1 n 2 jauh, tu tak teringat shasha koyak surat. Anyhow, baca novel ni, mcm plot movie wishmaster. Akaka. Boleh ganti ramlee awang murshid kot. Ada 1 buku ram thriller gila. Aku baca ending pun x sangka plot dia berubah.
tak perlu la jiwang karat sgt. mcm sekarang pon dah OK. series sey, aku dpt feel bebanan hati tengku affin tu menyimpan cinta dan harapan terhadap ina. sepuluh tahun sey!!! berapa lama lagi nak tunggu daaa...
i mean like, he can get any girl he wants, semua aweks tergila-gilakan dia, but he wants only Ina. bukankah itu satu kisah cinta yang hebat?
tiap kali ada part diorang, aku mesti terfeeling berlebih wakakakaka.
huh. kak tini, ko lah jadi penulis. sedap2 je nak suruh ain maisarah tulis itu ini. kah kah
cait. aku mana la reti tulis jiwang-jiwang ni :-p
Post a Comment