Ramadhan.
>> Saturday, September 05, 2009
Tahun ini bulan puasa amat berbeza. Tiada kunjungan ke pasar Ramadhan. Tiada keinginan makan yang bukan-bukan. Tiada juga pembaziran. Alhamdulillah. Aku makan apa saja yang dibeli oleh suami. Ehem, tak memasak kerana sarat mengandung :alasan alasan:
Syukur kepada Tuhan. Dialah yang mencetus keinginan berhenti bekerja, dan Dialah yang membantuku menghadapi masa-masa akan datang yang belum nampak cahayanya lagi hehe. Ialah, bayangkan aku ni manager. Gaji banyak tu beb. Dah biasa pegang duit. Tetiba mengada nak berhenti kerja la kan. Namun, aku yakin Allah akan permudahkan. Inilah masanya menduga kebergantunganku terhadap Tuhan, bukan duit, bukan pangkat dan harta benda. Semoga kesusahan lebih mendekatkan aku kepadaNya.
Kini, nafsu material semakin menipis. Dulu, pantang nampak baju cantik. Mesti sambar seketul dua. Sampai Aini kata, dahsyat Kak Tini ni, Najib pon kenal dia. Psst.. Najib tu buka kedai baju di Plaza Pantai. Sekarang ni, tengok baju macam dah takde perasaan. Nafsu makan dan minum pun semakin berkurang. Kalau dulu, asek mengidam fast food. Nak makan yang mahal-mahal @ restoran glamer-glamer saja. Makan sudah menjadi satu kehendak, bukan keperluan. Now, we back to basic. Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan :-)
Semalam, buat pertama kali tahun ini, kami berbuka puasa di hotel. Itu pun percuma. Kalau keluar duit sendiri, minta maaf la ye? Hehe. Tetapi peliknya, aku rasa rimas. Langsung tak seronok berbuka di hotel. Khalayak ramai buat nafasku bagai tersangkut-sangkut. Panas. Berpeluh. Sudahlah kena berjalan jauh dan menunggu pula untuk mengambil makanan. Tak kisah la banyak mana pilihan makanan yang sedap-sedap. Terbantut selera jadinya. Paling tak best, berasak-asak di surau untuk solat Maghrib. Lebih bahagia rasanya makan nasi bersama seketul ayam masak kari di rumah. Sederhana, tetapi tenang dan mendamaikan.
Soalan aku, kenapa ruang solat orang lelaki mesti lebih besar daripada perempuan? Biasa kuintai, banyak sangat space kosong di ruang solat lelaki, sedangkan orang perempuan pula terpaksa berhimpit-himpit seperti sardin dalam tin. Ini satu diskrimasi terhadap wanita! Hahaha.
4 comments:
perempuan ada kemungkinan 'cuti' kot hahahaha
Jawapan ko ada munasabahnya hehe.
aku pun hujung minggu, kitchens' days off. tetiba orang nak belanja makan kat impiana, wakaka. tapi mmg ah, tak syok, surau sempit. dulu masa buka puasa di POTGH (org belanja gak..), surau punyalah besar, tapi yg solatnya ada dua orang sahaja. buka puasa ramai, tapi tak berebut langsung nak solat.
time saya sakit ni la semangat nak benti keje jadi 'high' :) i envy u sis!
Post a Comment