Perjuangan Bermula!

>> Tuesday, September 08, 2009

Sebenarnya my next checkup is Sabtu depan. Tapi gara-gara jatuh toilet di rumah abang ipar Ahad lepas, terpaksa la jumpa Dr. Marsita pagi tadi. Kot la ada apa-apa kan.

Scan punya scan, macam positif. Everything is OK. Baby pon dah mature. Heartbeat OK. Air ketuban OK. Membran still intact, so maknanya insiden terjatuh tu takde efek pun to me and baby. Alhamdulillah. But still doc nak tengok just in case la kan.

Sekali... 4 cm opening daaa wakakakaka. Patut la malam tadi tak selesa tido. Ingatkan biasa-biasa je sebab minah dalam perut ni memang suka tumbuk sana tendang sini.

"Jom masuk labor room!"

Err alaaa.... puasa la doc.

"OK macam tu kita masuk labor room lepas buka puasa OK?"

Ngee.

Tadi sempat balik ofis. Mengemas barang-barang. Termasuk set bersalin yang baru Aida belikan semalam. Kawan-kawan sibuk suruh tunggu 090909. Adeh.... mana boleh nak tahan-tahan kalau dah nak terkeluar, tak dapek la nak menolong kan? Sampai rumah, kelam kabut sebab terlupa ada ngedet dengan seller bengkung. Dia dah sampai ofis & my ofismet pula semua kat menara berjalan-jalan cuci mata dan mencairkan ekuiti :-p Alhamdulillah K.Sem baik hati, sanggup memendekkan acara perabis duit di menara hehe. Love you, K.Sem!

Sekarang tengah sibuk mengemas rumah. Malu sey orang datang melawat rumah bersepah!

Uh oh. Rasa mcm mild contraction sudah bermula. Toodle peeps! Doakan saya :-)

psst... tomorrow is Ameer's birthday. Adakah adik beradik ini akan share birthdate yang sama? Kita tunggggguuuuuu jawapannya esok :-) Insya Allah.

10 comments:

aida 1:36 pm  

all da bestttt!

Ummu Auni Afif 2:32 pm  

sempat update blog tu :P

esok kah?

Lynn 2:49 pm  

tu lah, sempat update tu hahaha

ShaFiAti 3:53 pm  

gud luck tini..all the best..aku doakan smoga dpt tarikh cun tu yer..:)

tinidewi 5:53 pm  

hehehe.

thanks you all. esok jemput la ziarah aku dengan hadiah best-best. baby girl OK?

wahahahaha.

mama melampau :-p

Nida 5:55 pm  

muahaha..sempat update blog n tinggal hint lagi...adehhhh...

aida 8:20 am  

tadi call, dapat gak bersalin 090909... chewahss tarikhnya

y@tipruzz 10:07 am  

dah bersalin ke kak?
adus tahniah alhamdulillah cun tarikh tuh!!!!!

YUZIE AMIR 11:49 am  

dah bersalin yer..wahh saja jjer baby tu nak kuar 090909 kan...

Ummu Auni Afif 1:35 pm  

sekali birthday dgn ameer & afif :D

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP