Neonatal Jaundice.
>> Friday, October 02, 2009
Oh banyaknya cerita untuk dikongsi bersama! Baru hari ni sempat menulis kerana baru saja keluar dari Hospital Pantai petang semalam. Alhamdulillah, saya sihat cuma Baby Maryam berpanjangan demam kuningnya. Maklumlah, tak sabar sangat nak lihat dunia, mungkin ada organ yang tak fully developed. Saya difahamkan organ-organ bayi akan fully developed pada bulan yang ketujuh, so it would be safer for them untuk keluar melihat dunia pada waktu itu, but not on the 8th month sebab development cycle berlaku sekali lagi during that period.
Jadinya kami berkampung di hospital agak lama. Mula-mula di Hospital Pantai Bangsar. Kemudian pujuk Doc Kama untuk dischargekan kami awal sebab dah nak dekat raya. Kalau lambat sangat, takut terperangkap traffic jam di lebuh raya. Menangis la mama dalam pantang ni kalau berjam-jam dalam kereta kan? Doc Kama agreed sebab kami promise akan sambung rawatan di hometown. Discharge saja, terus kami bergegas ke Batu Pahat. Kononnya nak admit ke Hospital Pantai Batu Pahat. Sampai di Batu Pahat dah malam, so kami terus ke rumah abang dan zzzz.
Pagi Jumaat kami pon dengan rasa berkobar-kobar pegi ke Hospital Pantai Batu Pahat. Tapi hampeh! Sampai mati takkan kulupa paed yang buat tak layan je dengan kes Baby Maryam ni. Tak payah warded katanya. Lama-lama hilang la demam kuning tu. Ggrr sabar je la. Tapi hatiku yang marah itu kupujuk dengan membeli belah di Carrefour Batu Pahat yang begitu best sekali. Ramai dok tanya baby umur berapa bulan. Makcik terpaksa menipu OK? sebab mula-mula makcik cakap yang benar, lepas tu kena bebel sebab makcik kan baru seminggu bersalin, tak sepatutnya jalan-jalan dengan selambanya di pusat membeli belah HAHA. Selepas hebat berbelanja untuk raya, barulah kami bertolak ke Benut.
Sudahnya kami beraya setiap hari di Klinik Pontian untuk check bilirubin level. Klinik tak buka sempena raya, tapi mujurlah makmal buka. Oh masa ni la aku rasa sayang dekat gomen. Kesian jugak dekat awek lab yang tak dapat beraya, rasanya dekat seminggu dia tunggu lab tu, tapi awek tu baik je melayan kami yang suka sangat datang time makmal dah nak tutup :-p
Setiap kali kami check darah Maryam, bilirubin levelnya semakin meningkat. Aduh parah ni. Sudahnya bila klinik dibuka hari Rabu, doktor suruh datang lagi esoknya untuk buat blood test yang lebih komprehensif untuk check liver function. Berjam jugak la kami tunggu di klinik dan bila keputusan ujian darah keluar dan berjumpa doktor, confirm la perlu warded. Adeeehhh... masuk jugak hospital gomen. Boring-boring. Aku ingatkan cukup la sekali pengalaman masuk hospital gomen masa dengan Ameer dulu :-p
Tapi kitorang dah kowtim dengan doc untuk warded di hospital pontian to control and monitor the jaundice, lepas dah stabil kitorang nak transfer ke KL untuk diagnose root cause of the prolong jaundice. Bak kata doktor muda tu [yang kuat membebel, nampak sangat jiwanya yang concern dengan kesihatan kanak-kanak, tapi makpak la yang kena tahan bebelan], since company akan bayar all expenses, patient diorang ramai so let them concentrate on those yang tak mampu nak pegi private. Aku agak respek aaa Doc Koo sebab the night kitorang warded, dia terus datang cari. "Mana patient yang prolong jaundice tu?" Tergedik-gedik aku angkat tangan. Aku tanya mak-mak yang lain, diorang kata doktor tak pernah buat round call pon waktu malam, so rasa macam spesel la skit :-p
"Sure aaa you masukkan dia ke hospital sana aaa. In six hours you know." Bla bla bla. Adeh panjang wokay syarahan dia masa nak discharge tu. Anggukkan je la :-p
So sampai je KL, kitorang tak singgah rumah pon, terus je masuk Emergency Hospital Pantai Bangsar since its Saturday and Doc Kama pon still on leave. Baik gila Doc Vinoo yang bertugas time tu. Lembut je dia attend to us. Respek betul cara dia explain kat sorang pakcik that all his symptoms menjurus kepada intro-intro nak stroke, and dinasihatkan untuk admit ke ward to monitor his conditions. Handsome pon ye hehe.
Doc Vinoo terus call Doc Kama, and bacakan recommendation letter from Doc Koo. After getting the facts and figures, Doc Kama pon advise for admission. So berkampungla kami di sana selama hampir seminggu. Tapi aku tak kisah sebab:
- expenses all paid for.
- am eligible for single room, so ikut suka hati la aku nak pakai baju apa, tengok cerita apa, pasang volume TV sekuat mana, pasang aircond at any temperature level yang aku nak, and sesiapa nak berkampung kat bilik tu pon takde sapa nak marah. Ameer & Fatimah buat bilik tu macam hotel :-p
- makan sedap. their western food is to die for. sampaikan aku veggie-hater tegar pon boleh habiskan the served rabbit food.
- nurse baik hati. tak kira la jam berapa aku picit loceng dan untuk reason apa sekali pon, diorang akan datang dengan senyuman. ada sekali tu aku picit loceng semata2 nak mintak tolong picitkan kakiku yang cramp. siap pesan lagi kalau nak apa-apa, panggil je diorang.
- doc kama yang tenang dan hensem HAHA. kalau aku jumpa dia semasa usia mudanya, ada kemungkinan aku jatuh hati dengannya. lebih impressed bila ahmad kata, doc kama satu-satunya orang yang dia jumpa di surau di awal waktu. siap ahmad tepuk bahunya lagi sebagai tanda masuk makmum. agak-agak dia ada anak bujang tak? eh lupa aku dah kawin, siap ada tiga orang anak lagi wakakaka.
Cop.
Semua doktor pon aku impressed ni gimana dong?
:-)
Anyway, esok ada date dengan Doc Kama lagi, so kalau confirm Baby Maryam is cleared from jaundice, makcik tak sabar-sabar nak start berpantang dan makan jamu ni! Yeehaa!! Esok pon ada ngedet dengan K.Ita untuk berurut dan bertungku. Siap order tapel lagi from K.Ita. Nak kutenyeh di perutku yang menggeleber ni :-p
11 comments:
interetsing story. kisses for baby Maryam!
Assalamualaikum.. Maryam saya pn lamalah sgt jaundicenya.. Sebulan.. Keluar masuk hospital aja kerjanya..
Alhamdulillah,, sekarang ini Maryam dah baik.. Panas barannya aja tak hilang lagi.. Huhuhu
Doa saya biarlah dedua Maryam nih, sihat sihat dan baik baik aja..
Selamat Hari Rayaaaaa
sempat pi shopping sabor jela!
anyway firas pon lama jaundice dekat 2 bulan,tp doc kata breastfeeding jaundice...every week pegi amik darah. tapi takyah warded or kena lampu sumer tuh....
pantang bebaik nooo...make sure berat turun!
Ni ha, mak nak membebel sikit.. apa yang hang baru seminggu bersalin dah jalan2 nih?! Bila dah tua nanti, bla, bla, bla, pot, pet, pot, pet, cit, cot, cet...
pssst..tapikan mak nak cakap, mak dulu pun gitu jugak.. tiehee.. hee..hee..Hubby yg ajak keluar, org tua masa tu lak tak der. Mak nak jadi isteri solehah, tak baik kan tolak permintaan temankan hubby kan? kan? kan.. ngeh, ngeh, ngeh..
p/s: May baby Saffiya cepat2 sihat
baca kt atas punya la haru..kesian..bila dh kt bwh terasa gelak mcm apa...perasan bujang heh?! hahaha
moga anak ko cpt2 sihat...
nuha
Auntie Len,
Takmo kiss, auntie len busuk :lol:
Mama Maryam,
Kenan perangai maknya kot hoho.
Ti,
Aku memang tengah stress nih! Pressure sey nak balik ofis.
Mak Da,
Ish ish ish suami Mak Da ni... cuba tengok suami I, sama je perangainya mcm suami mak Da wakakakaka.
Nuha,
Well u know me :gelak gatal:
ish ish ish..berjln dlm pantang..tak sesuai ok..hihihi..
semoga safiyya cepat sihat..:)
hehe..dah kena sound dgn aku through SMs, keh keh
itula, sedih betul kisah baby maryam ni... aku baru nak tanya, kak ita tu caj berapa? urut and tungku sekali?
tini,letakla gambo maryam safiyya yang terkini. suka tengok gambar baby :),
tapel tu ape dia ek? nanti cdg nak tenyeh gak kat perut masa dlm pantang nanti. tp tatau nak cari benda/ubat apa.
-kaknajah-
Post a Comment