Di Persimpangan Dilema.
>> Thursday, November 19, 2009
Aduh. Berkecamuk otak jadinya. Saya memang bersungguh benar nak hantar surat perletakan jawatan sebelum 1 December ini. Tapi bertubi-tubi komen yang saya terima. Sekarang ni saya betul-betul keliru.
Ada yang menasihati saya untuk cuba memohon VSS. Tapi saya tak cukup kekuatan untuk berjumpa GM untuk mendapat sokongan. Terus terang cakap, bab-bab begini saya memang lemah. Bergaduh dengan Executive Vice President masa meeting boleh pula. Mengikut pengalaman lepas, saya menangis ketika memberitahu bos saya. Takkan nak menangis sekali lagi. Malu beb!
Tentu dia akan bertanya kenapa. Saya tak rasa jawapan anak nak masuk sekolah boleh digunapakai sebab kebanyakan orang hanya blink blink apabila saya berkata begitu. Bagi mereka, anak mereka pon sekolah juga tapi tak pula mereka berhenti kerja. Saya fikir, jawapan tak berminat adalah jawapan yang tak boleh disangkal lagi, sebab orang yang tak berminat dengan kerjanya samalah macam orang yang tiada jiwa. Tapi itu bakal mengundang pertanyaan Kenapa kamu tak tukar jawatan saja? Kan banyak jawatan kosong di sini? Akhirnya kantoi la saya ni pemalas :-p
Ada juga yang menasihati saya untuk menunggu selepas mendapat bonus. Dianggarkan pada bulan March. Jika selepas March, bermaknanya saya akan berhenti kerja hanya 3 bulan selepas itu. Aduh sanggupkah saya bertahan? Sudah letih sangat rasanya.
Bantu saya, dan undi pilihan anda. Kalau rajin, tinggalkan komen anda sekali :-)
Nota: Minta maaf kepada yang sudah mengundi sebelum ini kerana poll yang saya create bermasalah :-(
8 comments:
istikarah jln terbaik.
tp, once dah decide jgn tunggu lama2, kang terjebak, langsung x jd resign.
your heart is not in it anymore, honestly there's no point in going on. but yes, buat solat istikharah
so lynn, ko vote for VSS ker? kalau VSS, lagi lama la aku kat ofis nih hehehehe. jawapan VSS berbulan-bulan :-)
zilla, tks ^_^
vss is not an option. sebab polisi hr, kalau minta vss, post tu gm terpaksa lupuskan.. confirm kena reject awal2 permohonan vss ko.
better letak jawatan terus, your heart is not there anymore.
tapi istikharah hokay...
Da, org HR tempat aku cakap, tak semestinya post aku. boleh lupuskan mana-mana post hatta non exec post.
haah, aku voted for VSS, tapi lepas tekan tu mcm terpikir baik ko resign je terus. takleh undo plak voting tu hahahaha
motherhood is a lovely job in the world..really.Aku yg dah berenti ni so aku taula camna dilema ko tu.Ko minta Allah mudahkan urusan ko nak berenti kalau itu la yg terbaik utk dunia akhirat..sayang tu memangla sayang,gaji dah sodap tapi pikir2 priority kita skrg suami sgn anak2..mau tak nangis buat pengorbanan besar gini wey..byk2 doa.Meh la join the club =)
terk,
aku ala ala nak menangis aaa baca komen ko ni. thanks girl! and I hope all the best for ur new life at saudi.
Post a Comment