Photo Shoot Session With Yuzie Amir.

>> Friday, November 06, 2009

Semalam, setelah lama berkenalan di alam maya, barulah kami bersua muka. Ketika aku menunggu Yuzie memarkir kereta kakak iparnya yang dipinjam sementara keretanya di workshop, aku terpegun seketika di muka pintu apabila Yuzie akhirnya keluar dari kereta. Apa tidaknya, gaya kami sama! Kami memakai tshirt dan pants yang dipadankan dengan jaket, dan tudung ala ariani. Kebetulan? Atau mungkin kami mempunyai fashion sense yang sama :-)

Tapi jaket Yuzie lebih marvelous. Awal lagi aku dah perasan embroidery di kolar jaketnya. Beli di mana agaknya ya jaket itu? Di hujung pertemuan kami baru aku berani bertanya, dan rupanya Yuzie sendiri yang menambah bunga-bunga di kolar jaket. Wah marvelous sungguh! Pstt Yuzie... agak-agak kalau tini pon nak bubuh bunga dekat my denim jacket, aci tak? Hehehe.

Yuzie datang untuk photo shoot session Baby Maryam. Baby Maryam dah mandi-mandi, siap bersyampoo untuk pastikan rambutnya bersinar cantik di dalam gambar hoho. Tapi by the time untuk photo shoot dah masham balik. Muka pon berminyak-minyak. Cait. Selalu time tengahari dia tidur je, tapi semalam buat hal pulak. Sudahnya cik photographer kita kena la menunggu lama.


Gambar di atas hanya teaser. Nampak sangat diambil oleh photographer amateur. The piccas were taken before Yuzie sampai. Agaknya bunyi kamera tu kot yang menyebabkan Baby Maryam terjaga. Ampun Yuzie! Tak sabar rasanya nak tengok gambar-gambar yang Yuzie ambik tu. Tentu marvelous :-)

Apa taknya cik photographer kita ni siap jahitkan tutu yang comel untuk Maryam. Shocking pink lagi. Terima kasih ye banyak-banyak.

Gambar Baby Maryam boleh dilihat di www.beautkids.com. Tapi kena tunggu Yuzie upload dulu la ya? ^_^

5 comments:

y@tipruzz 12:45 pm  

ganaz maryam...siap ade sesi photo shoot gitewwww!

tinidewi 12:54 pm  

ahem ahem. bukan baby saja tau boleh photo shoot. anak bujang mung berdua tu pon boleh!

Yuzie Amir 4:59 pm  

alahai terharu nyer ada entry khas la plak.hihihi..
fashion sense yg sama tu tak tahan tu..haha..
embroidery tu bley ajer nak buat..tapi tini jahit la sedirik yer..nak pinjam buku bley.Saya pun tgh pilih2 gambar maryam ni.tunggu sehari 2 lg saya up.dlm gmbr maryam nampak montel n gebu.
anyway.tq yer kerana sudi melayan kedtgn saya.

ps:sungguh saya tak sangka tini sebegitu soft spoken..sampai saya nak berckp pun takut2.hahaha

mufis 9:48 pm  

kak yuzie, nanti nak book untuk gambar anak2 ku yer.. hikhik. tunggu baby no 4 keluar. camne nak nyusun anak2 kami ni nanti

-aida-

tinidewi 10:45 am  

Yuzie,
Soft spoken ye? Hehehe.

Da,
Ko buat outdoor ler. Dah anak ko ramai. Cantik kalau capture diorang happily in the park gitu.

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP