Tentang Adik, Abang dan Pakcikku.
>> Tuesday, November 03, 2009
Adha, Mak dan Ali sekeluarga datang ke Kuala Lumpur hujung minggu lalu untuk menghadiri majlis konvokesyen Universiti Tun Abdul Razak. Wah wah wah, abangku dan isterinya bukan main lagi. Selesai sahaja agenda utama pada Sabtu petang, mereka sekeluarga berjalan-jalan di Aquaria. Kami orang KL pon tak pernah pegi!
Keesokan harinya pula mereka berdua-duaan tawaf di Ikea. Seperti yang dijangkakan, mereka keluar jam 10 dan hanya pulang sekitar jam 4 petang. Apabila pulang ke Batu Pahat, kereta MPV mereka dipenuhi dengan barang dagangan. Inilah agaknya yang orang tua-tua kata, sambil menyelam minum air.
Aku harap orang tua-tua yang mencipta peribahasa ini tahu air masin hanya sesuai untuk hidupan laut, dan tidak boleh diminum oleh manusia. Boleh membawa maut. Mungkin mereka maksudkan menyelam di swimming pool.
Adha pula ambil kesempatan bawa awek berjumpa kami. Minta restu mungkin? No komen hehe. Apa pun, tak sangka our lil bro / sis begitu cepat membesar. Tak lama dulu, they poo-ed in their diapers, then suddenly they have already graduated dan sudah bekerja. Tahun depan dah boleh bagi anak-anak saudara duit raya [hint buat adikku]. Mungkin tak lama lagi akan berkahwin, dan akan ada keluarga mereka sendiri. Oh emosinya ku terasa :-p
Memandangkan mereka ada di Kuala Lumpur, aku ambil kesempatan ajak sanak saudara berkunjung ke rumah. Alhamdulillah, ramai yang datang merasa roti jala, kari ayam, mihun goreng, ayam rendang, ayam goreng berempah dan kuih muih. Antaranya Cik Yib, adik Mak. Psstt kalau nak tau, dialah ketua polis Kuala Selangor yang baru. [So don't you ever mess with me HAHA]
Tapi itu bukanlah fakta yang aku nak bagitau di sini. Yang lebih penting, dia bawa bermacam produk Kuala Selangor. Paling best tentulah hidupan lautnya. Peti sejukku penuh dengan 2 ekor kerapu, 3 ekor ketam yang gemuk2, sekilo udang, separuh ikan senangin, dan separuh ikan jenahak. Itu pun dah bahagi separuh dengan abangku.
Selain itu, dia juga bawa buah yang perlu disebut dengan satu nafas i.e. buah kuini, dan keladi. Keladi yang berkilo-kilo juga telah dibahagi-bahagi oleh Mak, sebab dia tahu tahap kerajinan anak perempuannya untuk memasak tidak begitu memberangsangkan. Yang ditinggalkannya untuk aku hanyalah 4 biji yang kecil-kecil. Itu pun sebelum bertolak ke Benut, puas dia mengingatkan supaya goreng cepat sebelum busuk :-p
Hmm... nampaknya perlulah aku meng"google" resipi-resipi menarik untuk hidupan laut istimewa dari Kuala Selangor!
3 comments:
aku nak ketammm
haaa kan dr.rahman suruh ko banyak berjalan. pegi la kuala selangor nun. dokat yo dgn gombak kwang3.
adeh,, serius tak larat nk jalan dah.. boring dok umah
Post a Comment