Sarah Rahim's Birthday Giveaway.

>> Sunday, November 01, 2009

Hei kawan-kawan! Sarah Rahim nak sambut harijadinya, dan dia bermurah hati nak bagi kita hadiah. Haa apa lagi, klik la kat sini. Anda mungkin pembaca bertuah! Tapi saya harap orang itu adalah saya :-)


Ketahuilah pendapat Malaysia's Next Top Babe, MARYAM SAFIYYA, dan ibunya tentang Cloth Diaper.


Kata Maryam:
"Ia satu fashion statement yang hebat! Saya kelihatan cool sekali ketika memakainya. Malah ia mudah digayakan mengikut mood dengan pilihan warna yang pelbagai dan ceria. Hari ini saya ingin bergaya retro, jadi saya memadankan baju berbelang ungu dan merah jambu dengan CD ungu yang mempesona. Pasti ramai yang cemburu dengan penampilan saya! Psstt.. Mama kata dia membelinya kerana ia lebih menjimatkan, tapi itu hal orang dewasa. Bayi hanya mahu berseronok!"

Kata Hartini:
"Ini revolusi dalam penjagaan bayi! Ia menawarkan tiga kemesraan - mesra bayi, mesra alam dan mesra poket. Mulanya saya ragu-ragu kerana akan hanya menambahkan lagi tugasan menguruskan rumahtangga sediada. Rupanya tidak sesukar mana. Hanya buang kotoran, rendam seketika jika mahu, basuh sekadarnya, bilas dan jemur. Tidak perlu menyental kerana kesan kotoran akan hilang begitu sahaja oleh cahaya matahari. Oh saya terlupa, nampaknya ia juga mesra mama!"

Baca juga posting-posting Hartini tentang Cloth Diaper:
Lagi Lagi CD!
Donning The CD.
Tentang Cloth Diaper & Penyusuan.

10 comments:

ShaFiAti 11:45 am  

yeahh..vote for tini..hehehe

aida 11:47 am  

semenjak duk rumah ni, aku rasa nafsu ebay ko tu tak boleh tahan2.. nanti credit card statement aku kluor, aku nak tgk ko melompat tembus atap tak nak bayor, akakakak..

taknak bid cloth pad ke? :P

tinidewi 11:55 am  

OK vote for me OK? eh ada vote vote ke? akakaka.

Da,
Psstt aku dah set aside RM1000 :-p Cloth pad tanak la. Aku dah kira2... takde la jimat sangat wakakaka cheapskate.

Anonymous 2:08 pm  

apesal entry ni bertarikh November 22 ek? - kaedah :P

tinidewi 2:42 pm  

Kaedah,
Dah itu terms and conditions contest. Kena jadikan sticky mode until 22 Nov :-)

Psst... tarikh bersalin bila? c-sect eh?

Ummu Auni 2:56 pm  

best best!

Sarah Rahim 3:48 am  

Slm tini, thanks for joining...dah update dah nama awk dlm list :) gud luck ya...btw nice entry :)

Yuzie Amir 11:12 am  

camni punya entry..nampaknyer abay Maryam je lah yg akan menang nanti.

tinidewi 11:18 am  

Hi Sarah,
Maknanya peluang saya menang besar la ye? Hehehe.

Yuzie,
Ehem agak-agak boleh kaut semua hadiah ke? Nyehe.

Yuzie Amir 10:17 am  

Tini..saya dah up gambar Maryam dlm www.beautkids.com

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP