Terjemahan Kreatif: The Time Traveler's Wife

>> Tuesday, November 10, 2009

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Silap dan salah tolong tunjukkan

CLARE: It's hard being left behind. I wait for Henry, not knowing where he is, wondering if he's okay. It's hard to be the one who stays.

I keep myself busy. Time goes faster that way.

I go to sleep alone, and wake up alone. I take walks. I work until I'm tired. I watch the wind play with the trash that's been under the snow all winter. Everything seems simple until you think about it. Why is love intensified by absence?

Long ago, men went to the sea, and women waited for them, standing on the edge of the water, scanning the horizon for the tiny ship. Now I wait for Henry. He vanishes unwillingly, without warning. I wait for him. Each moment that I wait feels like a year, an eternity. Each moment is as slow and transparent as glass. Through each moment I can see infinite moments lined up, waiting. Why has he gone where I cannot follow?


CLARE: Tidak mudah ditinggalkan. Nanar aku jadinya. Tertunggu-tunggu kepulangan Henry setiap masa, tertanya-tanya di manakah mungkin dia berada, dan bagaimanakah keadaan dirinya. BenarSungguh, sukar sekali menanti.

Aku membiarkan diriku sibuk dengan pelbagai urusan. Masa lebih pantas berlalu begitu.

Tidur keseorangan sendirian, dan bangun masih keseorangan sendirian. Aku berjalan seorang diri mengisi masa lapang. Aku bekerja sehingga diri kelelahan. Aku memerhatikan angin lalu yang menerpa sayu, mengacah timbunan salju musim sejuk yang dingin membeku. Segalanya kelihatan mudah, sehinggalah kita memikirkannya. Hari-hari yang dilalui tanpa Henry tampak mudah. Hakikatnya, ia tidak semudah yang disangkakan. Mengapakah agaknya cinta ini ditambat orang yang tiada?

DahuluSatu tika dulu, para nelayan orang lelaki menongkah arus lautan yang ganas dan kejam, sementara kaum wanita menanti mereka di tepian pantai, tercari-cari kelibat kapal bot kecil di hujung horizon dengan pandangan penuh mengharap. Kini, aku pula menanti kehadiran Henry Kini, aku sudah mengerti apa yang dilalui oleh isteri seorang nelayan. Henry pergi Suamiku hilang begitu saja, tanpa kerelaan hati, tanpa sebarang tanda indikasi. Aku menunggunya dalam kepayahan kerinduan. Setiap saat kurasakan bagai setahun, bagai selama-lamanya.Setiap saat kurasakan Masa seperti begitu lambat berlalu dan telus umpama kaca, malah setiap saat kurasakan bagai bertahun lamanya. Penantian ini begitu benar-benar menyeksakan. Mengapakah aku tidak boleh aku pergi bersama dia? dia tidak boleh membawa aku pergi bersamanya?

[Nota: saya maintain frasa 'telus umpama kaca' kerana saya fikir ia satu metafora yang baik untuk membayangkan betapa kita boleh rasakan every single second that passes dek rindu yang mendalam].

Saya mengharapkan komen yang membina. Ayat tak best? Terlalu dramatik? Well, you know me, the DRAMA queen hehe. Atau kena tambah jiwang lagi?

21 comments:

Ummu Auni 8:32 am  

ya Allah, aku cakap terus terang ni, skema OK?

Lynn 9:13 am  

hahaha memang. were u reading the book or what? tengok lah movie dia. sweet :)

ShaFiAti 10:43 am  

mmg penuh dgn bunga2an..hehehe..i likeeee....:)

Yuzie Amir 11:02 am  

ayat tangkap leleh..

::ziLla:: 11:17 am  

:D

kalau saya bagi trust deed untuk diterjemah ke BM nk charge berapa???

tinidewi 12:04 pm  

dei skema jugak? aku tengok contoh yang pn. ainon tunjuk dekat whiteboard lagi dahsyat dari ni?

tinidewi 12:55 pm  

erm boleh tak kasi contoh ayat yang skema tu, and macam mana nak mentakskemakannya?

tinidewi 12:56 pm  

zilla,
erk trust deed ayat legal kan? hoho tak pernah try lagi. cuba email dulu hartinidewi@hotmail.com

Ummu Auni 1:18 pm  

aku rasa macam baca teks indon asli :P

tinidewi 1:45 pm  

ko ni aini... kan aku dah cakap komen membina, means kena bagi contoh yang betulnya macam mana. fyi, memang aku membesar dengan karya dari seberang :-) arwah abah aku drs from universitas indonesia OK?

psstt sebab perkataan dimanakah & bagaimanakah tu ker? isn't that the right grammer for kata soal?

::ziLla:: 10:06 am  

ok..
tp once confirmed dpt job tu and confirm kene terjemah ke BM, baru sy email...

tq.

Ummu Auni 1:24 pm  

ok, aku dah letak kat blog aku :P
dah nak sangat sampel

p/s janganlah skema sangat, teks kau tu menyebabkan aku terasa berada di majlis formal

tinidewi 2:42 pm  

erm aku rasa bukan skema kot. maybe, a bit dramatic? skema lain hehehehe.....

Ummu Auni 8:12 am  

banyak idiom dalam bahasa inggeris tak payahlah translate sebiji-sebiji

"Dahulu, orang lelaki menongkah arus lautan yang ganas dan kejam, sementara kaum wanita menanti mereka di tepian pantai, tercari-cari kelibat kapal kecil di hujung horizon dengan pandangan penuh mengharap"

kat malaysia mana ada banyak kapal. hehe. bot ke, OK sikit kut. tukar konteks nelayan ker?

"Setiap saat kurasakan bagai setahun, bagai selama-lamanya. Setiap saat kurasakan begitu lambat berlalu, dan telus umpama kaca"

setiap saat kurasakan terlampau lama dan begitu lambat berlalu..tak payah tulis telus umpama kaca? org malaysia baca kang, telus macam kaca? pepatah apa tu?

aku tetap cakap skema :D

tinidewi 9:06 am  

telus umpama kaca bukan pepatah... its a metaphore :-)

yg lain-lain, noted.

Ummu Auni 9:41 am  
This comment has been removed by the author.
Ummu Auni 1:28 pm  

ada satu benda aku belajar from some courses i attend
for intellects like you (ehem..), mungkin metafora itu sedap
cuma bagi aku indeks kabus tinggi.
tak semua orang baca akan faham, istilah 'telus seperti kaca'.
Pn Ainon pesan, indeks kabus mesti rendah, supaya orang senang faham

p/s actually, kalau aku tak baca petikan BI tu, aku pun tak faham.

Ummu Auni 1:32 pm  

ingat tak kita pergi kursus terjemahan hari tu, org tu translate 'fresh as daisy' as 'segar seperti rumput selepas hujan'

if you still want to use the phrase, i think you better re-phrase it. cari metafora yang biasa org melayu guna.

tinidewi 5:23 pm  

eerr susah ek nak faham telus umpama kaca? tak sangka lak aku hehehe. sekali sekala fikir apa salahnya :-)

psstt ada ke pembaca analyse word by word? sebab aku ni pembaca yang pemalas.... aku selalu skip skip. selective reading gitu, just spot beberapa words dlm paragraph to grasp the isi penting only. sebab tu lah aku tak rasa penting sgt whether telus umpama kaca tu org faham ke tak wakakakaka.

A. Ubaidillah Alias 10:02 pm  

Assalamualaikum kak tini,

Kalau Kak Tini jadi editor di PTS, sememangnya ayat dia SKEMA dan menggunakan laras bahasa Melayu yang standard. Ini adalah konsep PTS sendiri yang mahukan buku-bukunya boleh dibaca oleh orang berbangsa cina dan india yang baru berjinak-jinak dengan BM.

Ok, ini sekadar komentar penulis baru macam ubaid. Ayat kak Tini memang formal dan masih kurang gramatis. Ia memerlukan laras bahasa yang lancar dan ritmanya lembut. Sebagai contoh la kan :

CLARE: Tidak mudah ditinggalkan. Nanar aku jadinya. Tertunggu-tunggu kepulangan Henry setiap masa, tertanya-tanya di manakah mungkin dia berada, dan bagaimanakah keadaan dirinya. BenarSungguh, sukar sekali menanti.

[Aku nanar. Menanti kepulangannya membuatkan jiwaku sering tertanya-tanya dimanakah dia berada, bagaimana situasi dirinya. Sungguh, penantian ini amat menyukarkan]

Aku membiarkan diriku sibuk dengan pelbagai urusan. Masa lebih pantas berlalu begitu.

[Aku menyibukkan diri dengan pelbagai urusan, dengan itu masa kurasakan lebih pantas berlalu]

Tidur keseorangan sendirian, dan bangun masih keseorangan sendirian. Aku berjalan seorang diri mengisi masa lapang. Aku bekerja sehingga diri kelelahan. Aku memerhatikan angin lalu yang menerpa sayu, mengacah timbunan salju musim sejuk yang dingin membeku. Segalanya kelihatan mudah, sehinggalah kita memikirkannya. Hari-hari yang dilalui tanpa Henry tampak mudah. Hakikatnya, ia tidak semudah yang disangkakan. Mengapakah agaknya cinta ini ditambat orang yang tiada?

[Tidurku dan bangunku sendirian. Malah aku sering berjalan sendirian mengisi kekosongan waktu. Aku terus-terusan bekerja agar diri kelelahan. Aku cuba memagari angin yang menerpa sayu, mengucah timbunan salju yang dinginnya membeku. Hari yang berlalu tanpa Henry sepertinya mudah. Hakikatnya, ia tidak semudah sangkaan. Mengapa seharusnya cinta itu dibelenggu oleh orang yang tiada di sisi?]

Ini sekadar contoh dari ubaid. Bahasa itu masih boleh diubah-ubah mengikut keluasan kosa kata seorang penulis. Yang penting, sebutannya sedap didengar dan ayatnya berirama.

Kepuitisan bahasa adalah suatu seni yang dimiliki oleh penulis mapan. Ia boleh diasah dan dikembangkan dari masa ke semasa.

tinidewi 7:17 am  

yay! thanks ubai ^_^

memang sedap ayat-ayat jiwang ubai.

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP