Si Tikus Kecil.
>> Friday, May 14, 2010
Sejak kecil, tikus comel inilah yang berada di suatu tempat yang istimewa di hati kita.
Atau si kenit nakal yang selalu membuatkan Tom tidak keruan. Bak kata orang jawa, love-hate relationship. Orang melayu cakap, benci-benci rindu.
Bila kita meningkat dewasa, muncul pula si Remy. Kali ini dalam bentuk 3D. Auwww... tengoklah betapa comelnya dia. Dengan bulunya yang ungu metalik dan jari jemari merah jambu yang bersih dan comel.
TAPI
Jangan harap nak jumpa tikus secomel mereka di kehidupan sebenar. Pagi tadi aku hampir melompat semasa mengambil wudhu' di bilik air. Di sudut pandangan mata ternampak satu karakter kecil berbulu hitam dan berekor panjang keluar dari lubang saluran air. Uwaaaaa... mujur tikus kecil saja. Kalau bapak tikus gemok gedempol macam Emile, meraung makcik.
Memandangkan dia kecil saja dan aku umpama raksasa Gorgon baginya, aku cuba berlagak cool [konon]. Aku tegak berdiri kaku, dan betul, dia panik lalu mencicit lari masuk semula. Cepat-cepat aku tutup lubang saluran. Ngeeee... Kalau masuk dalam rumah, naya!
Tapi, nak kata semua tikus tak comel pun tak boleh juga. Sebabnya si hamtaro dan kawan-kawannya pun spesis tikus juga iaitu rodent. Ha tengok ni, comel kan mereka? Kalau pergi ke petshop, merekalah yang sering mencuri tumpuan.
Hmm satu lagi. Kasihan si guinea pig. Muka punyalah comel. Bulu pun gebu. Kenapalah namanya sebegitu? Cuba kamu belek kiri kanan depan belakang. Ada rupa khinzir?
Sekian saja cerita saya tentang tikus pada pagi ini. Sungguh tak berilmiah ^_^
8 comments:
hehe..
sgt bahaya tau once tikus dah msk rumah + tinggal jejak...
nnt hari2 die dtg cari makan dan membuang kat rumah...sadis je..
wah, rajinnya kak tini carik gambar-gambar tikus ni :)
teringat smlm masa tgh drive balik rumah, ternampak tikus besar cuba lintas jln raya yg sibuk. ngeri, sbb rasa mcm sure kena langgar dan akan jadi roadkill menatang tuh..
k.ida takut segala jenis mak nenek binatang or orghe kelate panggil 'nate' hatta seekor labah2 kecil yg suka buat sawang dalam rumah itu. Tikus tu ibarat raksasa yg cukup besar bg k.ida yg penakut ni..hihi.
kak ida.. masa dok UK dulu ada masalah slug tak? angin aku ada jer slug masuk, dah la euwwwwwwwwww geli mak
zilla,
memang sadis. lepas ni kak kena make sure lubang tu tutup rapat-rapat. ye la kenkadang kita sengaja buka masa cuci toilet.
mynie,
tak susah pun cari gambar-gambar ni. kak minta tolong cik gugel :-)
k.da,
tsk. mesti kak jerit lompat-lompat kalau jumpa lipas kan? tini paling tak suka cicak. eeeeiii geram tengok mata dia yang bulat tu. rasa macam nak lastik ajer ekekeke.
da,
eerr slug itu apakah?
tikus2 ni memang sangat commel. tapi kalau jumpa real, mak aii...lari!
slug tak ujud kat malaysia, tapi kalau ko sanggup google ler gambarnya..
suami aku cakap teringat slug masa ron muntahkan menda tu dalam harry potter movie, herher.. mufis hari2 dok mencantas serangan slug dengan pesticide
Post a Comment