Kursus Terjemahan Intensif di Institut Terjemahan Negara Malaysia.

>> Saturday, June 19, 2010

Setelah 2 minggu didera mental, emosi dan jasmani sehingga muka sebilangan peserta ditumbuhi jerawat akibat stres, peperiksaan yang dijalankan pagi tadi adalah kemuncaknya.

Peperiksaan terbahagi kepada 2 iaitu bahagian teori dan bahagian amali. Setengah jam diberikan untuk bahagian teori tetapi rata-rata kami merasakan masa tidak mencukupi. Bahagian amali pula diberi 3 jam setengah untuk menterjemah 6 teks bagi setiap bidang iaitu umum, komunikasi massa, sains & teknologi, undang-undang, sains sosial dan sastera kreatif, tapi rasanya macam tidak mencukupi juga. Dah nama pun ujian, bagi satu hari pun tak cukup agaknya hehe.

Walau pun tertekan menjawab soalan yang menyesakkan dada, sempat juga ambil gambar. Inilah perangai blogger tegar. Dah tak dapat diselamatkan :-p


Gambar diambil selepas selesai bahagian teori dan rehat. Bersiap sedia untuk bahagian amali. Aduh hatiku berdebar-debar.


Sedang menjawab soalan. Psstt... sebenarnya, aku minta rakan sekelas yang ambilkan gambar sementara aku posing maut, konon tengah menjawab soalan dengan hebatnya.


Aha... tengok, penuh meja dengan kamus dan laptop. ITNM dilengkapi WIFI jadi kita boleh melayari internet untuk kamus dalam talian dan boleh juga tanya en. gugel dan cik wiki untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang istilah di dalam satu-satu bidang. Nak telefon kawan pun boleh. Talian hayatku tentu sahaja Aini, untuk bertanya apakah itu Sukuk. Tapi kalau tak terjemah pun tak menjadi masalah, sebab Sukuk adalah istilah khusus di dalam kewangan Islam, jadi aku pinjam terus istilah itu :-)


Contengan di atas kertas soalan. Ini soalan teks sains kreatif :-)


Jawapan mutakhir. Harapnya dapatlah cemerlang.

Ada bermacam cerita sepanjang kursus. Tapi Maryam si kenit tak kasi can mamanya berlama-lama di hadapan kmoputer. Nantikan tulisan seterusnya, terutama sekali tentang rakan-rakan baru ^_^

Nota kaki: Terjemahan dalam tajuk di atas salah tatabahasanya, kerana imbuhan -an di hujung perkataan membawa erti hasil, contohnya tenunan bermaksud hasil tenun. Apakah kami belajar tentang hasil terjemah, atau cara-cara menterjemah?

11 comments:

Ummu Auni 8:47 am  

tulisan tangan ko comel!

moga berjaya eh!

Farra Da Smiley 9:20 am  

yer tulisan sgt comey..insyallah berjaya!!!

y@tipruzz 10:02 am  

tulisan sgt innocent dan teratur macam budak sek rendah. moga berjaya!!

Lynn 11:53 am  

good luck! pasni kita carik job translation sama sama hehehe

tinidewi 12:39 pm  

tulisan comel helah untuk membeli jiwa cikgu yang menanda :-)

terima kasih atas kata-kata semangat ^_^

ShaFiAti 1:20 pm  

gud luck yer..do ur best..:)..yup.i agree with others..tulisan ko mmg chumel banget..hehe

aida 6:08 pm  

i miss ur handwritings... you go kak tini :P

tinidewi 8:25 am  

su: bukan selalu aku tulis comei gini.

aida: balik malaysia nanti ko pun ambik course ni tau! anak dah 4, takkan selamanya nak keje TM. furthermore, your BM is so much better than us :-)

luna 4:34 pm  

eh eh tulisannya... :)

tinidewi 6:52 am  

luna: ini tulisan masa exam je. hari2 biasa mcm yang conteng kat kertas soalan :-)

Anonymous 5:23 pm  

I would like to exchange links with your site tinidewi.blogspot.com
Is this possible?

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP