Rombongan Cik Tini ke Zoo Negara.
>> Wednesday, June 16, 2010
"Mama, bila kita nak balik kampung?"
"Ha-ah Mama. Saya nak pergi rumah nenek. Boleh tak?"
Aduh, tepuk dahi dibuatnya! Sewaktu mendaftar Kursus Terjemahan Intensif di ITNM, tak teringat langsung yang ia bakal dijalankan sepanjang musim cuti sekolah. Kalau teringat pun, tak tahulah pula anak-anak sudah pandai membuat tuntutan. Inilah dia anak zaman multimedia :-p
Setiap pagi itulah yang ditanya. Apabila kita kejutkan untuk ke nursery, sangkanya nak balik kampung berjumpa nenek. Tertekan OK? Menyampah pun ada. Menyampah tahap Shrek dengar Donkey berulang tanya,"Are we there yet?" Muka pun dah naik hijau. Mujur lawa banyak daripada ogre, kalau tak, silap haribulan orang panggilku Fiona :-p
Tapi, macam biasalah kan? Makcik kamu yang bijaksana tak terperi ini telah berjaya berunding dengan kanak-kanak untuk ganti balik kampung dengan lawatan ke Zoo Negara. Cumanya, ada sedikit kesilapan teknikal kerana telah menggunakan helah tersebut sebelum berbincang dengan Menteri Dalam Negeri merangkap Menteri Kewangan, jadi dia telah memberikan kerjasama yang tak sepenuh hati :-p
Tak kisahlah, asalkan misi berjaya. Setelah pergi ke Zoo Negara ahad lepas, kanak-kanak tidak lagi menyebut tentang balik kampung. Fuh, selamat!
OK, tak payah cakap banyak. Tengok gambar baru seronok!
Sementara awal pagi dan muka semua orang [terutamanya Makcik kamu ini] masih segar-bugar, ceria dan bebas daripada peluh dan minyak, tangkap gambar dahulu di pintu masuk.
Sebaik sahaja masuk ke dalam zoo, pak menteri terus meluru ke trem. Teruja sebab tak ramai orang. Biasanya barisan panjang. Memandangkan Aini dah beritahu awal-awal, kutunjuki kaunter bayaran. Tentulah tak ramai orang, sebab nak naik trem kena bayar RM3 seorang. Trem pun dah naik taraf. Comel sangat! Tapi terlupa pula nak ambil gambar trem. Memandangkan dikenakan bayaran tambahan, pak menteri putuskan [tanpa bantahan rakyat jelata] berjalan kaki sahaja supaya lebih sihat :-)
Sekadar panduan rakan-rakan, trem akan berhenti di setiap perhentian dan pemandu trem merangkap tourguide akan memberi serba sedikit penerangan. Anda juga boleh turun untuk meninjau haiwan di sekitar dan naik semula trem untuk perhentian seterusnya. Trem yang baru lebih kecil daripada dahulu, supaya pemandu lebih mudah mengawal penumpang dan dapat memberikan khidmat yang lebih mesra. Jika anda membawa bayi kecil atau barangan yang banyak, mungkin menaiki trem pilihan yang lebih sesuai.
Ameer membaca fakta Zirafah. Mentang-mentang dah pandai membaca. Asal jumpa papan tanda, mesti nak baca. Termasuklah peta zoo. Perasan Dora The Explorer agaknya. Eh eh Fatimah, tudung tadi mana?
Look, Mama! That's an elephant. Psstt... gajah ini dulu mungkin bekerja di sarkas. Sebab, dia sengaja pindahkan makanannya betul-betul di hadapan penonton, sambil memberikan aksi-aksi menarik untuk dirakam. Mungkin juga dah memang dasar attention seeker.
Ha.... punyalah suka budak ini pergi ke zoo.
Euuwww.... so smelly, Mama! Tengoklah muka Fatimah dipaksa rela ambil gambar oleh Mama. Ketika ini kami berdekatan kandang Seladang Malaya. Bau tahinya memang menyengat. Namun, tiada masalah bagi Ameer. Kalau dah cinta, kentut pun wangi!
Ish banyak sangat gambar-gambar yang menarik. Kalau nak muatnaik semuanya, letih. Untuk merumuskan cerita, memang seronoklah rombongan Cik Tini ke Zoo Negara.
Setiap kali pergi ke Zoo Negara, ada sahaja perkara-perkara yang nampak kecil tapi bermakna yang cuba dilakukan oleh pihak Zoo Negara. Saya benar-benar hargai apa yang mereka lakukan, kerana menyedari bukannya senang untuk menguruskan sebuah zoo yang besar seperti itu. Terutama sekali pengurusan kewangannya. Kos makanan semua binatang di zoo tentu sahaja mahal.
Kali ini, saya sangat beruntung kerana dapat melihat penjaga zoo menjalankan tugas mereka. Bagi saya, ia satu perkara yang menarik untuk diperlihatkan kepada pengunjung. Malah, kami diberi peluang untuk turut memberi makan kepada binatang tanpa dikenakan bayaran.
Kami juga perhatikan lebih ramai sukarelawan yang memberikan khidmat mereka. Pendapat peribadi, ini satu perkembangan yang menyenangkan hati apabila anak muda, apatah lagi yang berbangsa Melayu, sudah mula menunjukkan minat untuk melakukan tugas sukarelawan seperti ini.
Semoga Zoo Negara akan terus berusaha untuk menjadi lebih baik, dan majulah zoo untuk kanak-kanak dan generasi akan datang :-)
Psstt.... ayam goreng di Restoran The Wild sedap sangat!
8 comments:
bolatnya maryam.. :)
hidup zoo negara! wakaka :p
fatimah bukak tudung?
aku jugak yg belum sampai lagi ke zoo negara yang dah berubah wajah ni. last aku pegi masa aku first time dtg kl ngan family aku masa umur aku 6 tahun kot! ahahahahahha
la ingatkan tak jadi pergi. korang pergi jam berapa?
i LOVE zoo!!!!
everytime pegi zoo negara/melaka/ausie mesti time saya preggie..penat woo tawaf satu compound! Eksyen takmo naik train plak tuh :p
ayam goreng jugak dapat mention hahahaha!
aida: halus je la. muka je nampak bulat ^_^
farra: gambar first kan pakai tudung. sedondon lagi dgn mamanya heh.
tini: huk aloh.
aini: pagi beb. tak sempat singgah sebab rushing amad nak gi kelas bahasa arab.
leila: ye ker? selama kita kat melaka, takde pun ko ajak aku gi zoo melaka yang cambest tu.
yati: takpe, exercise. nanti anak ko pun kaki tawaf zoo jugak kui3x.
lynn: you're SO read me! :lol:
Post a Comment