Popeye's.
>> Friday, June 25, 2010
Alalalala mama mengandung kita ni. Dah mula teringin itu ini ye? Hehe.
OK pendapat peribadi, makanan di Popeye's agak sedap. Lagi-lagi ayam. Aha ini pemakan ayam tegar tau yang bagi komen. Batter yang menyaluti ayam lain daripada yang lain. Istimewanya, dapat makan yang panas-panas. Straight from pressure cooker kaedahnya. Apabila disiat, dagingnya nampak putih segar, dan siap keluar wap lagi. Mengaduh-aduh jari jemariku yang montok menahan panasnya gara-gara tak sabar dan teruja :-p
Side dishes pun sedap, terutamanya biskut. Entah tak taulah biskut atau roti, tapi rasanya memang terangkat! Nak-nak kalau dicolet sedikit dengan kentang putar. Kentang putarnya gebu, lemak berkrim dipadankan dengan mushroom gravy yang ada sedikit kepedasan lada hitam. Pergh! Mak mertua lalu pun tak perasan, sister!
Apatah lagi kalau anda hanya berdua dengan rakan perempuan rapat, berkongsi gossip terkini, ooppss maksud saya bertanya khabar dan bertukar-tukar cerita tentang pelbagai perkara yang berlaku dalam hidup.
Oh! Outing saya yang terakhir bersama Lynn. Saya memesan ayam, seperti biasa, dan Lynn memesan value meal yang memang berbaloi. Aduh, cemburu betul melihat ketulan ayam, dan kepingan ikan dan ayam yang gemuk-gemuk di pinggannya. Mujur Lynn tak lokek. Dapat saya rembat sedikit hehe.
Yang paling penting, lawatan kami yang pertama ke restoran Popeye's mencatatkan sejarah penting buat kami, Gang of Four. Geng masih ingat? Ketika itu Aida masih mengandung, malah hanya menunggu masa bersalin. Kami lainlah kan? Kami tiada lebihan bebanan. Ikut suka kami nak ronggeng di mana-mana dan bila-bila masa.
Eh lupa. Mama pun tengah dalam pantanglah masa tu hehe. Kasihan si Maryam, kecik-kecik dah diangkut ke Midvalley :-p
Tapi dia masih berdegil nak ikut. Siap Mufis hantar lagi sampai ke Midvalley. Sudahnya, tengah makan, muka dah lain macam. Geng buat lawak pun, urat mukanya tegang saja. Lepas tu, pergi tandas. Balik, muka dah ala-ala nak kelabu asap. Saya pun berbisik kepada Aini, "Ni, aku rasa Aida macam dah nak bersalin je." Aini pun sependapat.
Kami pun makan laju-laju. Aini pun memandulah macam F1 driver, hantar Aida ke hospital. Alih-alih, lebih kurang jam empat, dapat SMS Aida dah bersalin. Dapatlah si tembam Fateh. Kih3x. Kelas tak kelas? Kelakar betul kalau diingat kembali.
^_^
Eh, soalan Farra tadi pasal makanan ye? Terpesong sudah.
Berbalik hal makan, seeloknya tak payah pesan udang kalau anda nak melahap. Sebab, hampir pasti tak kenyang. Udangnya comel-comel sangat. Rasanya tak pasti pula, tak sanggup nak rembat dari pinggan Lynn [semasa outing bertiga dengan Azura, rasanya... eh, itu Long John Silver. Err... entahlah, dah bercampur aduk memori daun pisangku]. Nak tanya lebih lanjut mengenai udang, kita tunggu maklum balas Lynn OK?
13 comments:
wah mengata nampak! :p
correction: fateh la :p
oowhh..so si popeye ni dah lama wujud la kat mesia, si fateh pon dah besau ni haaa..
so sedap? kene cari niii hehe tq for the review
ye tersilap taip tadi. dah betul kan :-)
kalau tak sedap, jgn marah haaa keh3x. lain org lain citarasa. kak tini ni, asal ayam je sedap wakakaka.
ikan tak try ke?
ada cap jakim tak nih? :P
ikan sedap gak :pow lynn punya:
to popeye tak sedap ayamnya...sbb over cooked n dry but mashd potato n biscuit mmg sedap!
biscuit tu ko leh buat tini, ko google je buttermilk biscuit..belambak recipe online..
aku still suka KFC laa..terbaekkkkk!
dah mkn popeye lunch td! hehehe :)
sila baca review di blog sy keh keh
oh ada nampak post popeye's kat blog farra. tapi malas nak komen, sebab popeye's tu mengenangkan daku nak bersalin fateh... hahahahahha
nak feedback saye ye? :D actually kalau pergi Popeye's, I avoid ordering chicken, pasal for me bab ciken takleh lawan aa KFC.
I would order the udang, fish and/or chicken strips. best pasal batter dia sedap! and my fave is of course the biscuit la. kalau takde dalam value meal tu mmg order separate! ;)
and Kak Tini, yes, u were referring to LJS. Dah tutup pun kat MidV tu :(
oh btw Kak KNV< yup, it's Halal. kalau tak mana kitorang nak jejak, and sampai repeat visit hehe
tak bestlah ayam popeye :P
alaaaa apsal korang tak suka. ai suka tau!!! tapi ai bias kan? semua ayam pun sedap HAHAHA.
Post a Comment