Apa yang susahnya? Terjemah je kan?
>> Monday, June 28, 2010
Tanya seorang teman. Sampai berkerut-kerut dahinya. Heh. Menterjemah memang tak susah. Yang susahnya, terjemahan biarlah sedap dan apabila dibaca, seolah-olah karya asli Melayu, seolah-olah penulis Melayu yang menulis. Jangan sampai terjemahan itu 'perkataan Melayu, ayat Inggeris'. Paling keji kalau pembaca tertanya, "eh, agaknya ini orang putih baru belajar BM yang tulis?" Haru-haru. Inilah jerangkap samar yang sering kali memerangkap penterjemah, lagi-lagi yang baru bertatih macam saya. Setiap baris ayat, dibaca berulang-ulang kali, sambil menanya diri, "ada orang melayu cakap begini?"
Novel yang sedang diterjemah ada 117 bab. Manuskrip penuh perlu dihantar 21 September. Saya kira-kira, setiap minggu saya perlu menyiapkan 10 bab, bermula minggu lepas.
Pencapaian setakat ini?
Satu bab pun tak lepas :-(
Rasa nak menangis pun ada. Banyak sangat rujukan yang perlu dibuat berkenaan tempat-tempat di Itali, juga hal perkapalan. Rujukan dalam bahasa Inggeris bersepah-sepah, rujukan melayu, aduh payahnya mencari. Tapi, ada juga saya bertanya kepada En.MPH melalui carian dalam taliannya, nampaknya ada beberapa buku di dalam bahasa Melayu yang boleh dirujuk berkenaan bahagian-bahagian kapal dan jenteranya.
Melihat kesibukan saya melakukan itu ini, yalah, mana nak uruskan rumah, anak-anak, bisnes lagi, suami saya berkata:
Rasanya boleh kot saya tolong terjemah. Boleh juga isi masa lapang. Ada tak nota kursus terjemahan hari tu? Saya nak belajar.
WAAAAHHHH... pucuk dicita ulam mendatang, kata orang. Suami saya boleh tahan juga BMnya tau. Haaa, keluarganya memang ada jiwa seni. Tuu A.Ubaidillah yang penulis tu, adik dialah. Tapi, suami saya lebih ke arah sains [:ehem: lebih-lebih lagi dalam bab permainan komputer], jadi menulis tak termasuk dalam hobi.
Pagi ini, dia sudah menghantar emel, mengingatkan saya untuk hantar sofkopi bab 2 kepadanya. Yay!
Kurang sikit stres :-)
7 comments:
u r great business woman!!! :)
hehe welcome to the club. memang rasa nak nangis rasanya bila menterjemah. sebab tu bayarannya lumayan! ;)
farra: bisnes? belum great lagi dik ooiii... ni terkial2 lagi ni. psstt... alhamdulillah akak dpt booth khamis & jumaat ni, last minute. ajak la kenkawan sama yek?
lynn: ek bayarannya lumayan ek? belum rasa any payments yet hehehe...
sabar sabar sabar. ingat senang ke nak terjemah ek?
ni kena bahagi dua dgn en suami tinidewi kuikui
haha, apsal aku rasa nak pelangkung teman yg buat statement camtu
aini: stres pula. ahmad tulis mcm lagi sedap. mujur dialog dia ada mcm telenovela espanola, ada modal nak sound kui3x.
aida: ex bos aku sebenarnya hehe.
amad so sweet...sesuai la korang...suami istri soleh & solehah...sentiasa membantu sesama sendiri..alhamdulilahhh
Post a Comment