Cerita Ceriti Jualan @ Menara TM.

>> Tuesday, July 06, 2010

Cerita #1

"Esok unit Consultancy panggil mesyuarat, berkenaan ***** mahu 50 Mbps capaian ke Internet."
"Err.. esok saya cuti, bos."
"Eh, cuti? Hairy ada kan?"
"Saya ada kursus, En. Z."
"Ermm.. kalau begitu, terpaksalah saya pergi seorang. Nanti saya maklumkan butiran mesyuarat. Selepas itu, kita kena bincang proses interim sementara sistem belum selesai dibangunkan."
"Baik, bos!"

Esoknya, sedang sibuk-sibuk mengemas barang dagangan di gerai, tiba-tiba....

"OH, CUTI SEBAB BISNES YA?"

Suaranya seperti biasa, mendatar, tiada perasaan. Kedua tangan di kocek seluar. Matanya mengecil di balik kaca mata. Aku melihat dia seolah begitu tinggi sekali. Dia tunduk memandangku yang tiba-tiba jadi kecil. Aduh, terasa diriku sungguh tidak terdaya. Mahu kusorok muka, tembelang sudah pun pecah. Ampun, bos. Jangan marahkan daku. You are the best boss in the world :-D

Cerita #2

Ketika itu jam sudah 5.30 petang. Tidak ramai yang lalu-lalang. Aku duduk-duduk menanti pelanggan terakhir. Tiba-tiba terdengar suara garau menyapa. "Kak, tshirt nursing ni macam mana? Aku tergamam. Betulkah yang kudengar? Aku mendekatinya dan bertanya,"Ya, dik?" dgn suara yang tidak bisa menyembunyikan rasa kurang percaya. "Baju penyusuan ni macam mana kak?" "Oh, ia berzip atau mempunyai butang, tapi tiada overlay." Lalu, dia membelek-belek dan memilih satu yang difikirkan sesuai untuk isterinya. ADUH, kalaulah semua suami sebegini!

Nota kaki: Hensem pula tu! Menggigil menjawab soalan-soalannya HAHA.

9 comments:

knv 11:31 pm  

nasib baik cuti. kalau MC ke EL ke lagikkkkk nayaaaaaaa! kahkahkahkah sabor ajelah! :P

bestnya dapat boss baik! :D

Milky Way 11:31 pm  

dlm agreement tak ckp tak boleh cuti utk business...

tinidewi 9:33 am  

knv: bos memang baik dan tersangat excellent :-)

leila: malu seh! bos aku tu rajin buat keje. pandai lak tu. tu yang rasa malu sangat. dia pulak buat keje aku huhuhuhu. alkisahnya, dia baru balik drpd meeting yang aku sepatutnya pegi tu :-(

Milky Way 9:51 am  

takpe..malu kejap je lepas ni ko kata babai..

Ummu Auni 11:57 am  

wah wah...tergoda ai dengan lelaki concern dengan bini ni. bagus2 we need more understanding husbands.

pst, kantoi dengan bos tu..nasib baik tak jawab, inilah plan saya bila berhenti kerja esok :p

ecah 12:58 am  

ui kak..utk kisah no 2.encik Ahmad tak cubit akak ke?(ai pon tumpang hepi sbb masih ade suami yg sgt concern belikan nursing t-shirt utk isteri terchentaa..huhuhu)

ui..nasib baik bos bleh kowtim kan..huhuhu

tini s'wak 8:31 am  

pasni kalau aku meeting ngan bos kau ni sure aku teringat entry ni ahhahahaha

ena 2:18 pm  

alamak! kantoi ngan bos.. malu weh.. hahaha...


somi belikan baju? owh seb baik somi i tak blikan baju. kalo tak mesti i serba salah nak pakai ke idak ke haha.. sbb kompem i tak kenan pilihan dia wakakaka

tinidewi 9:21 pm  

ecah: eerr.. rasanya dia dah lama tak baca blog ini. sekarang kan demam bola.

tini: kuang3x. kadang tu tak tau dia marah ke buat lawak ke, sebab muka menten dan intonasi suara monotone je :lol:

ena: dah cik abang belikan, pakai je ler hehehe.

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP