Siri Jimat: Belanja Dapur

>> Monday, October 25, 2010

Disunting bersama tambahan tips pembaca budiman :-)

1. INVENTORI Seperti mana seorang wanita perlu membuat inventori almari supaya tidak membeli dua blaus merah jambu yang sama, seorang pengurus rumahtangga juga perlu membuat inventori dapur untuk mendapat gambaran yang jelas dan tepat tentang stok sedia ada. Lakukan semakan inventori sebelum pergi membeli-belah di pasaraya.

2. SENARAI BARANGAN Apabila sudah membuat semakan inventori, pastinya anda tahu apa yang tiada atau berkurang di dapur. Tulis barangan yang diperlukan di atas kertas. Si celik IT bolehlah gunakan fungsi Nota di dalam telefon bimbit atau gajet-gajet terkini masa kini. Senarai barangan perlu dibawa ketika membeli-belah kerana memori anda bukannya boleh diharap sangat :-p

3. SI PEMBELI Tentukan siapa yang lebih 'dipercayai' untuk pergi membeli-belah. Kalau anda jenis rambang mata dan selalu saja menambah barangan di dalam troli sesuka hati, lupakan sajalah trip ke pasaraya itu. Duduk di rumah lebih menyelamatkan poket. Jika berdegil mahu pergi, baca tips #8.

4. TEMPAT Pilih pasaraya yang menawarkan harga yang berpatutan dan berdekatan dengan rumah. Ketika memilih pasaraya, faktorkan juga kos parkir dan minyak.

5. KEKERAPAN Untuk membeli barangan dalam kuantiti yang banyak, tetapkan trip ke pasaraya sebulan sekali. Jadi tak perlulah berulang-alik ke pasaraya selalu. Kos minyak mahal sekarang, acik-acik sekalian. Untuk pembelian sedikit atau bahan mentah, beli di kedai runcit berhampiran lebih praktikal. Suri rumahtangga seperti saya, boleh tunggu saja pakcik van sayur membunyikan hon vannya ^V^

6. ANAK-ANAK Tinggalkan saja anak-anak di rumah. Banyak cukai kena bayar nanti. Entah apa saja yang mereka masukkan ke dalam troli. Justifikasi mereka sungguh bijak sekali, contohnya ada bakteria jahat di dalam perut jadi saya perlu minum vitagen untuk melawannya, sehingga anda sukar berkata tidak. Jika perlukan momen keluarga, bawa saja mereka ke taman permainan berhampiran. Itu lebih bermakna dari jalan-jalan di pasaraya.

7. PERUT Pastikan anda kenyang sebelum ke pasaraya, barulah bahagia hendak membeli-belah. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati katanya. Oh sebenarnya, kalau perut kenyang, apabila nampak makanan sedap-sedap di pasaraya, tidaklah nafsu membuak-buak. Sekadar sedang-sedang saja.

Tips dari Farra: Jika tidak sempat makan di rumah, bawa saja bekal makanan ke pasaraya. Terima kasih, Farra! :-)

Tips dari Hanis: Bawa bekal air. Anda boleh jimat kos belanja makan di restoran sekiranya tidak memesan minuman. Terima kasih, Hanis! :-)


8. TETAPKAN IMAN Tadi sudah tulis senarai, bukan? Jadi, ikut sajalah! Tetapkan iman di dada. Butakan mata pada yang tiada dalam senarai. Kecuali kalau barangan tersebut memang betul-betul perlu.

9. BARANGAN KERING Jika barangan kering sedang ditawarkan harga yang murah, beli dalam kuantiti yang banyak. Pastikan ada ruang di dapur untuk menyimpannya.

10. BARANGAN BASAH Tidak kisahlah harganya ditawarkan semurah mana pun, beli sekadar keperluan. Barangan basah tidak tahan lama jadi akan membazir saja kalau tidak dapat dihabiskan.

11. AYAM/DAGING/IKAN Cuci bersih-bersih dan bahagikan kepada beberapa bahagian. Satu bahagian untuk sekali masak. Masukkan di dalam bekas makanan atau plastik ziplock. Simpan di dalam bahagian sejukbeku untuk tahan lama. Tetapi, jika anda yakin boleh menghabiskannya dalam masa seminggu, boleh juga simpan di dalam chiller yang dikhaskan untuk menyimpan daging. Penyimpanan di dalam chiller lebih menjimatkan masa kerana bahan mentah tidak perlu dinyahbeku sebelum dimasak.

12. SAYUR Cuci bersih-bersih dan tos. Simpan di dalam bekas kedap udara untuk kekal segar sehingga satu/dua minggu.

Read more...

Kanak-kanak Yang Keliru.

>> Wednesday, October 20, 2010

"Mama, saya nak cheesy weasel."

Errr...

Anakku sayang, yang ini, cheese:


Yang ini pula, seekor weasel:


Jadi Mama tak mahu bayangkan "cheesy weasel" yang kamu minta itu.

Agaknya, apa yang Fatimah nak ya? :senyum:

Read more...

"Saya rasa....

>> Tuesday, October 19, 2010

.... saya dapat 98 peratus kot?"

Itu dia tuan-tuan dan puan-puan. Sungguh yakin diri. Bagus!

Sayangnya, kalau dah tak jawab satu mukasurat soalan membina ayat, tak kesampaianlah sangkaanmu itu, anakku :-p

Tak mengapalah. Asal bahagia.

[Tapi Mama masih mahu kamu masuk sekolah itu HOHO]

Read more...

Peperiksaan Akhir Tahun.

>> Monday, October 18, 2010

Gara-gara Mama mahu Ameer masuk ke Sekolah Rendah Agama Integrasi, Mama bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran bersama Ameer. Mujur Ameer mahu bekerjasama. Itupun sebab Mama rasuah sepeket Roller Coaster untuk waktu siang dan dua peket Tam Tam untuk waktu malam. Yang menyampah, Fatimah yang tiada kena mengena pun tuntut jajan sebab tolong jaga Baby Maryam katanya :-p

Semalam, dalam tertekan mengajar Bahasa Melayu, tiba-tiba rasa nak tergelak. Atau budak-budak moden tepi jalan cakap, tergolek dog.

Cita-cita saya _____________

Huh?
Ameer bila besar nanti nak jadi apa? Haaa.. itulah cita-cita! Jadi, apa cita-cita Ameer? Besar nanti nak jadi apa?
Aaaa... BEN10?



Boleh? :-p Beristighfar sajalah banyak-banyak.

Tengah hari tadi, dalam kereta semasa menghantar Ameer ke sekolah, berbuih mulut Mama memberi pesan itu ini. Baca Bismillah. Doa. Baca soalan betul-betul. Jawab soalan betul-betul. Ingat tanda bacaan. Ayat penyata ada titik. Ayat tanya ada tanda soal. Ayat seruan ada tanda seru. Permulaan ayat mesti huruf besar. Kata nama am. Kata nama khas. Sekaki payung, sebuah kereta, selaras senapang, sekuntum bunga. Sampai Jenny, anak jiran, menyampuk, "Soalan Tahun 1 senang saja, Auntie." Terus aku sergah dia, "Kalau senang, ada Jenny dalam A?" Keh3x terdiam budak itu. Ganas betul achik kan?

Terlampau....... ^V^

Read more...

Perjuangan Menentang Kegemukan Kembali.

>> Thursday, October 14, 2010

Aja aja fighting!

Klik sini --> Fattytini's Diary

Read more...

Tentang Periksa.

Terjumpa surat dari sekolah di dalam beg Ameer. Buntang mata apabila nampak tarikh ujian Bahasa Arab. Khamis, 7 Oktober. WHAT???? Terlepas sudah! Terus aku menjerit memanggil Ameer. Aku jumpa dia sedang khusyuk menonton tv.

"Ya, Mama?"
"Ameer dah periksa bahasa arab?"
"Dah."
"Laaaa... kenapa tak beritahu Mama?"
"Entahlah." Dia buat tak endah. Mata tak berkelip tengok tv.
"Ameer! I'm talking to you!"
"Huh?"
"Ameer dapat jawab tak?"
"Dapat." Muka selamba saja. Eeee geram betul. Rasa nak piat-piat pipi tembamnya itu.
"Ameer dapat jawab tak? Mana Ameer tahu jawapan Ameer betul?"
"Ala... soalan senang saja Mama."

Terdiam aku dibuatnya. Soalan senang katanya? Kalau tak dapat A, siaplah kamu Ameer. Mama nak kamu dapat A untuk bahasa arab supaya kamu boleh masuk Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 7 Shah Alam. Senang Mama tak payah nak ulang-alik hantar dua sekolah.

Adeh, Mama ada kepentingan rupanya HOHO.

Read more...

Berhari Raya.

>> Friday, October 08, 2010

Hari ini singgah pejabat lama untuk menghadiri jamuan raya. Sampai-sampai terus ditolak ke hadapan untuk menerima hadiah sempena perpisahan. Malu achik dibuatnya sebab walaupun achik lengkap berbaju kurung, achik sarung selipar saja tadi hehehe. Sudahlah achik bawa anak berderet, yang seorang siap berbaju sekolah lagi :-p

Apa pun, achik memang suka apabila kawan-kawan tanya, "how's life?" sebab achik boleh jawab dengan senyuman achik yang paling cun dan kening achik terangkat sebelah, "Best, pagi-pagi you all pergi kerja, i masih tidur lagi!"

Keji kan?

Read more...

Maryam Got Busted!

>> Friday, October 01, 2010

I'm sure Abah wouldn't mind me taking extra allowances. After all, he got me cheap. I drink milk from Mom's boops and there's no additional costs for nappy because Mom is so rajin she washes my cloth diapers. Plus, my clothes are all hand-me-downs, people kept asking whether I'm a girl or a boy because of that 7 year-old baseball/cars/animals jumper Mom made me wear.

Uh oh. Caught red handed? Run from the crime scene!!!!!!!!!!!!!!!

Read more...

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP