Siri Jimat: Kurangkan Kos Bil Elektrik.

>> Monday, September 27, 2010

Memandangkan kami berada di rumah 24 jam sehari, kami perlu mengurangkan penggunaan elektrik untuk menjimatkan perbelanjaan bulanan. Ini antara cara saya mengurangkan kos bil elektrik:

1. Tutup lampu dan kipas yang tidak digunakan. Setiap kali keluar bilik, ingat! Tutup lampu dan kipas. Mentaliti takpelah-sekejap-lagi-nak-masuk-balik-bilik-ni perlu diubah.

2. Sekiranya tidak menggunakan barangan elektrik, tutup suis, bukan sekadar matikan barangan elektrik tersebut.

3. Di waktu siang, buka semua tingkap dan selak langsir untuk membenarkan cahaya matahari masuk. Jadi, tak perlulah buka lampu.

4. Kurangkan penggunaan barangan elektrik yang mengeluarkan banyak haba seperti periuk nasi, cerek elektrik (lebih-lebih lagi yang kekal panas), pemanas air, oven dan sebagainya.

5. Tanak nasi di atas dapur gas. Ia lebih pantas. Benar, kita perlu beri lebih perhatian agar tidak hangit dan perlu membuka penutup periuk ketika ia menggelegak, tetapi kita hanya perlukan 5 - 10 minit sahaja untuk menjaganya.

6. Jerang air di atas dapur gas. Jika mahu air kekal panas, simpan air panas di dalam termos. Menariknya, cerek besi saya yang mempunyai corong bertutup yang bersiul apabila air sudah mendidih mampu mengekalkan kepanasan air selama 2 jam sekiranya ia ditutup rapat.

7. Seseorang memberitahu saya, mandi air sejuk di waktu pagi lebih baik untuk kesihatan. Memang menggigil tetapi ada petuanya. Mulakan dengan membasuh kaki, kemudian naik ke bahagian badan ke atas perlahan-lahan hinggalah ke kepala.

8. Kalau boleh, kurangkan penggunaan penghawa dingin atau jangan pakai langsung. Untuk tips yang terakhir ini, saya perlu lebih banyak kajian untuk pengudaraan yang lebih baik untuk rumah teres dua tingkat kerana saya bakal berpindah ke rumah dua tingkat di Shah Alam. Kebiasaannya, rumah 2 tingkat lebih panas, lebih-lebih lagi kalau di tengah-tengah kerana kekurangan tingkap dan terutamanya di tingkat atas.

Kalau ada tips yang lain, harap boleh kongsi bersama ^_^

Read more...

Ameer dan Solat.

>> Thursday, September 23, 2010

"Ameer! Pergi solat."
"Solat apa, Mama?"
"Solat Zuhur, empat rakaat."
"Berapa rakaat?"
"Empat."
"Alaa... saya hendak solat Subuh."
"Jangan mengada. Subuh sudah lepas. Mentang-mentanglah subuh dua rakaat saja."
"Teehee."

Sabar sajalah. KPI 2010 weh! Mat Tabligh tetapkan hujung tahun ini Ameer mesti dah pandai solat.

Read more...

Krong Krong!

>> Wednesday, September 22, 2010

Crong dari animasi Peroro The Little Penguin. Menariknya, animasi ini produk Korea. Oh ya, Dibo The Gift Dragon pun Korea tau! ^_^


"Apa jenis binatang itu?"
"Dinasour, Mama."
"Dinasour? Tak rupa dinasour pun? Kecil saja."
"Ha-em. Betullah itu dinasour. Memang dia kecil saja, Mama."

Tak kisahlah, dinasour pun dinasourlah. Apa pun, siapa yang bawa watak Crong itu memang beruntung benar. Skripnya cuma Krong Krong! saja sepanjang masa :-p

Nota: Harap maaf jika entri ini tiada motif, isi penting atau manfaat kepada umat. Sekadar tulis sebab ada yang sudah membebel suruh update :-p

Read more...

Surat Terbuka Untuk Nick.

>> Sunday, September 05, 2010

Nick, kamu sungguh cantik. Tak berkelip mata saya tengok kamu. Paling saya suka, tahi lalat kamu yang bersusun-susun di tepi pipi. Kalau kamu perempuan, mesti kamu menjadi pujaan ramai jejaka, seperti Taylor Swift.

Dan,

Walaupun suara kamu sengau, saya suka sebab mata kamu mengecil dan ada kedut-kedut di hujung mata ketika kamu menyanyi sambil bermain gitar :-p

Read more...

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP