Bersangka Baik.

>> Thursday, January 06, 2011

Uh oh sepatutnya saya menyunting manuskrip yang diberikan deadline minggu depan, tapi dek terlalu mengantuk membaca, saya fikir menulis blog boleh membantu saya kembali cergas :-)

Hari ini saya mahu bercerita tentang bersangka baik. Sejak kecil lagi, Abah selalu cakap, "Bersangka baiklah, tak elok kita sangka buruk kat orang." Sampailah saya dewasa, melekat di dalam diri. Jadi, kalau orang bawa berita tak elok tentang seseorang, atau saya sendiri terkena oleh sesiapa, terdengarlah bunyi loceng bas di kepala dan berkumandanglah kata-kata keramat ini di ingatan.

Namun, ada juga yang kata, hendak sangka baik apa lagi, kalau depan mata kita, si polan buat benda tak baik. Ha, betul juga. Tapi, apabila saya fikirkan lagi, kalau kita tidak mampu untuk bersangka baik terhadap manusia, sekurang-kurangnya kita bersangka baiklah terhadap Allah. Kan Allah dah kata, patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman," sedang mereka tidak diuji? Jadi, kita anggap sahajalah orang yang berperangai tak elok itu sedang ditimpa ujian. Dan sebenarnya, kita juga sedang diuji. Satu lagi, kan Allah dah janji, Dia tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.

Maka, bersangka baiklah kita kepada Allah. Apa sahaja yang berlaku terhadap diri, sangkalah bahawa itu yang terbaik. Kerana Allah tahu apa yang terbaik buat kita.

Saya ada satu kisah untuk dikongsi yang berkaitrapat dengan bersangka baik terhadap Allah. Seperti yang pembaca budiman sedia maklum, kami ada rumah teres setingkat di Seksyen 14, Petaling Jaya. Apabila kami berpindah ke Shah Alam, rumah itu perlu kami sewakan untuk menampung pembayaran pinjaman bank. Alhamdulillah, sebaik mengiklankannya di www.mudah.my, ramai yang menelefon. Akhirnya, rumah itu dijanjikan untuk sekumpulan gadis, bermula Disember 2010.

Kami pun pulun habis-habisan mengemas rumah. Sebenarnya masa sangat suntuk, tetapi memandangkan kami sudah berjanji, ia mesti dikota. Selepas barang-barang dipindah, kami panggil Bangla untuk mencuci rumah itu. Seminggu sebelum masuknya bulan Disember, saya mesej untuk memaklumkan pemberian kunci rumah. Tiada respons. Saya sangka mereka tak sempat membalas kerana berada di kampung menyambut hari raya. Beberapa hari sebelum dijanjikan, saya telefon berkali-kali tapi tidak diangkat. SMS pun tak dijawab. Aduh, kenapa pula? Tak jadi sewakah?

Akhirnya, pada hari yang dijanjikan, mereka sekadar sms, memohon maaf. Benar tekaan saya. Mereka tak jadi sewa kerana awalnya lima orang mahu menyewa, akhirnya tinggal dua sahaja. Mulanya saya mahu mengamuk kerana terlepas banyak prospek dan rugi perlu membayar pinjaman bank bulan itu, tapi hati saya cepat memujuk. Tak mengapalah, pasti Allah mahu beri saya penyewa yang lebih baik daripada mereka. Redhokan sahajalah.

Masya-Allah. Janji Allah itu memang benar. Tidak lama selepas itu, kami dihubungi oleh CEO sebuah syarikat yang mahu menyediakan penginapan untuk pekerjanya. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Insya-Allah, kalau disewakan kepada syarikat, mungkin bayarannya jarang-jarang miss. Harapnya begitulah. Kontraknya pula dua tahun. Mereka juga mahu memasang penghawa dingin dan kosnya ditanggung oleh syarikat. [Harap tidak dicabut selepas dua tahun hoho!]

Haaa.... Bukankah lebih bahagia kalau kita bersangka baik sentiasa?

p/s: Menurut suami saya yang memantau kerja-kerja baikpulih rumah itu, ada tiga orang penyewa dan setiap orang satu bilik. Setiap bilik, lengkap dengan katil, almari dan juga TV!

5 comments:

aida 4:40 pm  

Aku nak jadi pekerja co tu ok tak? Dpt duduk free. Tapi rumah 1 family aku jek la kot

Haha, tiada kaitan. Lariiii!

Ummu Auni 5:34 pm  

itulah orang kata rezeki :)

Tyha 7:07 pm  

Dah lepas mengamuk baru boleh bersangka baik...akak mcm tulah Tini.Kira awak oklah...;).

SMM 10:10 pm  

sunting buku galeri ilmu ke pts? :) saya puna da satu deadline next week. tempted utk apply bila tengok iklan pts cari freelance editor, tapi rasa mcm tak sempat... ops dah lari dari topik utama hehe..

tinidewi 9:58 am  

aida: sebenarnya, aku pun berkira2 mcm tu juga kih3x.

ummu auni: alhamdulillah :-)

tyha: jadi surirumah ni, banyak tone down diri saya. dulu bengkeng saja :-)

mynie: G I sis hehe... PTS opkos i tak berani nak apply, nanti diorang tanya, projek terjemahan you dah siap? he he he... [menangis nak buat terjemahan]

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP