Cilik Sihat.

>> Wednesday, June 15, 2011

[1]Diet Ameer sangat menjengkelkan seorang ibu. Setiap hari nasi dengan telur goreng. Yang lain-lain, tidak suka. Ayam, ikan, daging, susu apatah lagi sayur tidak mahu, hatta sebutir halus bawang yang dipotong kecil-kecil. Bau-bau sayur pun tidak boleh. Sanggup berlapar daripada makan nasi berkuahkan sup yang berbau sayur. Buah-buahan lagilah tidak usah cakap.

Kalau hari-hari telan telur, logiklah badan jadi macam Po. Paling menyampah, di dadanya sudah timbul dua bukit. Pernah terbaca kajian, budak lelaki zaman sekarang berdada seperti perempuan kerana tabiat suka makan telur. Bukan salah telur, tapi salah bahan-bahan kimia yang dicucuk-cucuk dalam ayam. Hormon jadi tidak betul.


Garu kepala saya memikirkannya. Bagaimanakah agaknya mahu trik Ameer makan makanan yang seimbang? Lagi pula, usia begini sangat memerlukan kalsium untuk tumbesaran.

Satu lagi, Ameer tidak pernah ambil sarapan pagi. Sarapan yang ringkas seperti cereal, sandwich dan seumpamanya mana dia hendak. Kalau nasi lemak, lainlah cerita! Horror!

Saya pun godeh-godeh internet kot terjumpa resipi yang sesuai. Hmmm... terjumpa resipi lempeng pisang. Mat Salleh panggil, banana pancake. Semalam sudah cuba, alhamdulillah, Ameer makan sekeping. Hari ini, cuba lempeng epal pula. Tidak sangka Ameer kata sedap dan makan dua keping.

Lempeng Epal


Bahan-bahan:
1 cawan tepung
1 sudu besar gula
2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
1 biji telur
1 cawan susu segar
2 sudu besar minyak
1 biji epal

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar hingga sebati.
2. Masak menggunakan non-stick pan.

Boleh gantikan dengan buah-buahan lain yang bersesuaian. Esok saya mahu cuba lempeng pisang coklat :-)

[2]"Mama, boleh tak saya nak bersenam di taman tasik? Sebab saya gemuk. Nanti kena masuk Biggest Loser."
"O.K. Nanti lepas sekolah agama, kita pergi."

Sebelum ke taman tasik seksyen 7, kami singgah ke stesen minyak. Berhenti saja kereta, Ameer berkata, "Mama, saya laparlah. Tadi di sekolah agama tak makan. Boleh saya beli makanan?"

Malas berkontroversi di khalayak ramai, saya pun hulur RM10. Ameer dan adiknya berlarian ke kedai.

"Mana bakinya?"
Telapak tangannya ditunjuk, ada beberapa duit syiling.
"Syiling saja? Kamu beli apa?"
Fatimah menunjuk beg plastik yang dibimbit. Astaghfirullah. Dibelinya dua balang panjang yang berharga RM4+ satu.
"Kenapa beli Mister Potato?"
Jawab Fatimah, "Kan Mama suruh beli yang halal?"

Justifikasi kamu sungguh tidak relevan.

Tiada makna kamu bersenam tetapi mulut dok mengunyah makanan ringan :-p

[3]CD Dhuha belum sempat dibeli. Insya-Allah, hari Sabtu minta tolong Cik Mad pergi beli. Boleh ya, Cik Mad? :-)

Hadiah GA Jun pun belum sempat dihantar. Sabar ya, adik-adik? :-)

4 comments:

Cikrosecute 4:18 pm  

Sama ler...anak cik rose cute yang lelaki pun sama...suka makan nasi + telur + kicap huhuhu...nak ambik resepi lempeng tu...

aida 5:08 pm  

anak i no 3 tak suka sayur, tak suka buah.. arghhhhhhhhh

tinidewi 9:12 am  

cik rose cute: ha ambiklah resipi tu. ai pun cilok resipi minah salleh mana ntah hehehe.

aida: itulah pasal. stress stress.

neri 5:00 pm  

tini, just realize i gave wrong email. neridagger@gmail.com. hehe (semangat ok)

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP