Bersedekah di bulan Ramadhan.

>> Friday, August 05, 2011

"Bulan-bulan puasa ini, Mercedes dengan BMW saja menjalar di Surau Mawaddah itu."
"Mereka itu bijak. Bulan puasa inilah mereka banyak beramal jariah. Kan 70 kali ganda ganjaran? Sebab itulah orang kaya semakin kaya."
"Ooo... 70 kali ganda, ya? Patutlah Pak-pak Arab maha dahsyat kayanya. Mereka kan suka belanja makan masa bulan puasa. Belanja pula bukan yang cikai-cikai, mesti nasi beriani kambing punya."

Inilah rahsianya, ya adik-adik, kakak-kakak, kenapa kita ini kayap sedangkan mereka itu kaya raya. Sebab kita ini punyalah kedekut nak bersedekah, takut duit habis. Mereka pula tak segan silu bersedekah, tapi duit mereka tak habis-habis malah bertambah. Misteri ini, Pakcik Robert Rich Dad Poor Dad yang bukan Islam pun tahu. Siap tulis dalam buku lagi, walaupun dia sendiri tak tahu kenapa jadi begitu. Pakcik, jawapannya ada dalam al-Quran, ya? Rajin-rajinlah pakcik menelaah.

Oleh itu, jomlah kita pun sama bijak dengan orang-orang yang bijak di bulan puasa. Marilah kita bersedekah sebanyak boleh. Ada banyak cara kita boleh bersedekah. Antaranya, jengok sini:

Sumbangan untuk Iftar Warga Emas

Yayasan Al-Ijabah

Fund Raising Iftar for Pusat Jagaan Siti Noraini

Semoga kita mendapat manfaat.

Eh, aku yang kecoh-kecoh konon alim sangat ini dah sedekah kah? Tsk tsk.

7 comments:

aida 10:13 am  

thanks kak tini for the promotion.. ngeeee :)

knv 1:46 pm  

likeee! :D

eko s 12:14 am  

this web is good.
i lke this design.
www.galeritenuntroso.com

Cik Rose Cute 5:41 am  

Betul tue....Orang kaya...time ni la...diaorang bersedekah kaw2 punyer....

knv 8:08 am  

mentaliti orang kita ni, nak tunggu kaya baru nak bersedekah. salah konsep. tak percaya dengan teori allah yang lagi kita bersedekah lagi kita kaya.

oh well.. :D

aida 10:14 am  

i agree with knv...

tak payah tunggu kaya, bagi rm 1 pun dah banyak berkatnya.. kalau takde duit rm 1, sedekah boleh dalam bentuk makanan / bantuan / senyuman :)

tinidewi 11:54 am  

atau pun berkongsi ilmu :-)

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP