Kaki Kipas.

>> Thursday, February 21, 2013

Ameer boleh dikatakan sebagai pengamal teknik memuji-muji. Setiap hari, ada saja pujian yang diberikannya. Hasilnya? Kita nak marah pun tak jadi :-p

Perbualan ini masih segar di ingatan sebab baru saja berlaku semalam.

"Mama, kari yang Mama masak memang lagi sedap daripada yang di kedai. Saya suka kalau Mama masak."
"Mana ada Mama masak. Abah yang beli."
"Patutlah saya rasa macam kari Restoran Hakim."

Sudahlah kuat bodek, pandai spin pula! Dasar politician!

4 comments:

Mynie 2:28 pm  

LOL :D

y@tipruzz 8:26 am  

anak sulung mmg pandai ayat kot. idlan pon kuat memuji. nasi lemak mama paling sedap di dunia..mee goreng mama lagi sedap dari kedai tepi sungai..kari mama lagi sedap dari nek umi..mama lagi cantik dari rozita che wan..erkkkkkkk

tinidewi 2:00 pm  

Hehe.. lagi cantik dari rozita che wan tu. Memang tak menahan!

Abu 3:37 am  

Thanks Mbak, sudah mau berbagi.

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP