Bab 1: Sipi-Sipi Selamat - Bahagian 2
>> Saturday, November 11, 2017
Andy
melompat dari tempat duduk dan segera memeriksa kereta. Keretanya tiada
apa-apa, walaupun boleh dikatakan ia kerana nasib, bukan pengawalan yang baik.
Andy kemudiannya menoleh, dan memandang Tom dengan wajah bengis. Tom
menyandarkan basikal ke pagar dan berjalan ke arah Andy.
“Kenapa
kau halang jalan aku macam itu?” tanya Andy dengan wajah yang marah. “Tak
nampakkah kau hampir buat aku naik darah?”
“Berani
kau, Andy!” jerit Tom. “Apa niat kau? Kenapa tak bunyikan hon awal-awal?
Pemandu kereta memang melampau. Apapun, kau memandu melebihi had kelajuan yang
dibenarkan!”
“Yakah?”
ejek Andy.
“Ya,
dan kau sendiri pun tahu. Aku yang patut marah, bukan kau. Kau nyaris-nyaris
langgar aku. Aku halang jalan kau? Aku pun ada hak di jalan ini!”
“Cakaplah
lagi,” gerutu Andy. Tiada apa boleh dia katakan. “Apapun, basikal dah
ketinggalan zaman.”
“Baru
saja tak lama dulu kau ada basikal,” balas Tom. “Kalau kau tak hati-hati, satu
hari nanti kau dipanggil polis kerana memandu melebih had.”
“Rasanya
lebih baik kita bawa kereta dengan perlahan, Andy,” nasihat Sam dengan suara
yang perlahan. “Aku tak nak ditangkap.”
“Biar
aku uruskan hal ini. Aku yang memandu,” getus Andy. “Lain kali kalau kau halang
jalan aku, aku langgar saja!” ugut Andy kepada Tom.
“Mari,
kawan-kawan. Kita dah lambat. Tak bolehlah cipta rekod. Semuanya salah dia,”
kata Andy. Dia kembali memasuki kereta, dan diikuti oleh konco-konconya yang
telah terkocoh-kocoh keluar dari kereta selepas kereta terbabas.
“Kalau
kau cuba-cuba bertindak begini lagi, kau akan menyesal nanti,” kata Tom.
“Sudahlah!”
bentak Andy. Dia kemudiannya ketawa, dan kawan-kawannya turut ketawa. Tom tidak membalas. Perlahan-lahan
dia menaiki basikal dan menyambung perjalanan.
0 comments:
Post a Comment