Best Friends.

>> Wednesday, February 24, 2010

Tidak dinafikan, semasa zaman muda-muda, kita mempunyai ramai kawan. Bukan setakat kawan perempuan, kawan lelaki pun ada. Kadang tu, ada yang teman rapatnya lelaki. Bukan apa, orang lelaki ni tak banyak songeh. Tak payah nak jaga hati dia sangat. Kalau kawan perempuan, sokmo merajuk sokmo kena pujuk hehe.

Tapi...

Selepas berkahwin, wajarkah seorang suami atau isteri mempunyai teman rapat dari gender yang berbeza?

Untuk kita bincangkan bersama.

Read more...

Ameer After Two Months.

>> Tuesday, February 23, 2010

"Eh, Ameer nampak lain lah."
"Lain macam mana?"
"Kurus. Muka pun coklat skit."
"Hehe. Ameer jalan kaki pegi sekolah."

JALAN KAKI?

Eheh. Nampak terkejut benar mereka. Maklum saja, belum ada lagi anak-anak belah sana yang berjalan kaki ke sekolah. Naik bas sekolah pun tidak. Kebanyakannya ada chauffer. Pergi dihantar balik dijemput.

"Ala, tak jauh pun. Dekat je sekolah dengan rumah pengasuh. Tini kecik-kecik dulu pun jalan kaki juga."

Takpe la anak sulung. Biar macho sikit ^_^

p/s: Baju uniform yang ketat dua bulan lepas dah jadi terlalu gedoboh untuk Ameer. Nampaknya parents dia pun kena start berjalan kaki untuk rampingkan perut-perut yang boroi!

Read more...

Fatimah and Her Honesty.

>> Thursday, February 18, 2010

"Let me take your picture and Baby, Mama."
"OK."
"Cheese!!!"
"Cantik tak gambar Mama?"

Pause. Belek skrin kamera. Mukanya yang comel bertukar keruh.

"Muka Mama banyak spot. Why muka Mama banyak spot? Kat sini, sini, sini.. haa banyak Mama."
"Tak cantik ke?
"Ha-ah. Tak cantik."

Adeh. Jujur sungguh kamu nak.

Read more...

Kelik Kelate Pulok.

>> Friday, February 12, 2010

"Kita balik kelantan malam ni boleh? Agak-agak susah tak nak packing?"

Jawapan aku:-

"Boleh tapi baju kanak-kanak yang bersih takde. Tapi lagi senang sebab pakai campak je baju kotor dalam plastik beg."

Heh. Gitu lah. Kalau maknya dah bertanya, it's as good as macam kena baliklah. Sama juga macam maknya tanya kut kut kami boleh duduk Shah Alam dekat dengan ahli keluarga yang lain, seolah-olah kena duduk Shah Alamlah. Bukan terpaksa, tapi faham-faham je la suamiku anak yang baik ^_^

Sekarang aku tengah mikir route manakah yang "kurang" jam atau rest house manakah yang boleh jadi persinggahan. Anybody with ideas? Rasanya nak relaks kat Raub. Sebab tengah-tengah.

Read more...

Tentang London & Lain-lain.

>> Wednesday, February 10, 2010

Ada orang ajak aku ke kota London. Apa buat lawak ke orang tu? Mak mertua aku call pagi tadi tanya balik kelantan ke tak raya cina ni, selamba hippo aku cakap takde bajet. Ini kan lagi nak feeling feeling naik kapal terbang pakai baju sejuk. Rasa macam nak ketuk je kepala orang yang cakap tu. Murah, tambang pergi RM1000+ seorang SAHAJA katanya.

Lepah ni kawe tok kijo takdok pitih nok gi jale jale main salji Da weeehhh... Lo ni kawe breakfast biskut jacob cicah milo jah. Itu pun kawe pow hok opih. Giant ka carrefour ka doh berbule kawe tok jejak. Kawe nok milo ko susu ko gulo ko, kawe inform ke hubby kawe, dio gi la soghe soghe naik moto. Huih untung gitu. Kalu dok, anok jantan kawe masuk vitagen dale troli, anok tino masuk aiskrim, kawe masuk barang pelik-pelik, tambah tambah jadi RM200. Hubby kawe tok reti nak konar, straight ja shoppingnya.

Takpo la. Kalu ado rezeki kawe lepah lepah ni, kawe gi la visit demo. Kalu takdok, kawe just kenang demo dale doa kuikuikui.

Read more...

Dakyah Movie.

>> Monday, February 08, 2010

You
Change your mind
Like a girl
Changing cloth

And you
blab blab blab
Me

Itu Fatimah yang nyanyi yols. Curlast kan? anak dara I nyanyi lagu omputih gitu. Yang dia blab blab blab tu kes tak tau lirik la tu kuikuikui. Nyanyi siap gaya gediks ala Beyonce gitu. Pengaruh The Chiplets dalam movie Alvin & The Chipmunk 2 ^_^

Tengok yols jangan tak tengok movie ni! Teringat zaman dolu dolu masa kita kanak-kanak. Gedik si Alvin & Brittany sebijik cam dalam kartun. I like sangat-sangat ^_^

Read more...

Oh Fatimah, Gadis yang Manja.

>> Thursday, February 04, 2010

"Mama, mama janganlah makan dalam bilik kita, nanti my room kotor."

Statement ini daripada seorang kanak-kanak yang mampu membuat sampah sebanyak ini di dalam biliknya yang kecil itu dalam masa 3 hari.

Read more...

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP