Frank McCourt

>> Thursday, March 25, 2010

Pertama, saya ingin memohon maaf kepada pemilik-pemilik buku Angela's Ashes & 'Tis kerana terlalu lama meminjam. Kedua, minta maaf sekali lagi jika keadaan buku tidak sesempurna ketika dipinjam. Apa taknya, kedua-dua buku telah beberapa kali dibelek dari depan ke belakang. Terkadang tersenyum, terkadang gelak besar, banyak kali menangis. Walau Frank tiada niat untuk buat kita menangis. Dia melihat kehidupan lampaunya bagai humor tapi kejujuran storytellingnya bisa buat airmatamu tumpah.

Angela's Ashes merupakan satu memoir kehidupan zaman kanak-kanak yang dilalui oleh Frank di Ireland. Agak mengagumkan bagaimana Frank boleh ingat segalanya. Tapi yalah, zaman kanak-kanaknya memang extra ordinary. 'Tis pula rentetan cerita Frank selepas nekad berhijrah ke US untuk memberi kehidupan yang lebih baik untuk ibu dan adik-adiknya. Ada satu lagi buku dari Frank berkisar suka dan dukanya sebagai guru. Pasti seronok juga di baca. Kali ini, saya nak beli sendiri ^_^

Saya menangis setiap kali Frank menceritakan tentang ayahnya. Walaupun kehidupan kanak-kanaknya susah kerana ayahnya pemabuk, tetapi dari penceritaannya, kita boleh mengetahui bahawa Frank tidak membenci ayahnya. Malah dia berkata, bagaimana mungkin dia membenci ayahnya, yang menemaninya di pagi yang sejuk ketika orang lain sedang lena tidur, bercerita tentang Ireland sambil membuatkannya teh yang panas untuk diminum bersebelahan api yang hangat. Frank tidak menyalahkan ayahnya, tetapi arak, yang umpama sumpahan bagi lelaki Ireland.

Ia sangat mendukacitakan. Bagaimana ayah Frank boleh melupakan keluarga dan tanggungjawabnya gara-gara arak. Sedangkan dia seorang ayah yang baik. Semalam saya menangis apabila tiba bahagian di mana ayah Frank penat bekerja di ladang seharian, tetapi sanggup berpatah balik sedangkan perjalanan sangat jauh kerana teringatkan janji untuk membawa pulang buah berry yang diidamkan oleh Michael, adik Frank. Di dalam Angela's Ashes pula, Frank selalu menyebut ayahnya hanya mahu minum air teh, sambil memerhatikan anak-anaknya makan. Di dalam keadaan normal, ayah Frank akan mengutamakan anak-anaknya terlebih dahulu, apatah lagi dalam keadaan ekonomi Ireland yang begitu teruk ketika itu. Walau adakalanya ayahnya terlalu bangga untuk meminta-minta.

Sungguh bahaya penangan arak.

Apa pun, saya fikir bakat menulis Frank menurun dari ayahnya yang suka bercerita kepada anak-anak ^_^

Disarankan untuk dibaca. Tapi awas, sesiapa yang tak suka baca satu ayat minima 5 baris, anda mungkin menghadapi kesukaran membacanya. Tips nya, read it out loud, seperti anda bercerita kepada diri sendiri. Pastikan juga anda mempunyai keadaan emosi yang kuat. Penat menangis tau :-)

Read more...

:-(

>> Wednesday, March 17, 2010

Gang of Four disuspend sehingga March tshun depan :-(

Read more...

Quote of The Day.

>> Tuesday, March 16, 2010

Kenapakah dan apakah? Setiap pagi ada saja quote of the day nya.

Semalam di cafe. Nampak ramai yang beratur menunggu roti canai. Remarks ku,"Ha tengok tu. Ramai orang sanggup tunggu."

Jawabnya,"Men are slaves to the things they want."

?

Hari ini quote of the day nya bahasa arab. Ntah tatau hadis ka ayat alquran ka. Malas nak tanya ki3x. Kontrol macho :-p

Tapi macam tau-tau je aku tak paham. Gini translationnya +-
"Setiap orang ada sifat taghut [pause] iaitu suka membuat dosa [macam tau-tau je ai tatau apa tu taghut ki3x]. Sebaik-baik orang adalah orang yang bertaubat."

Apa agaknya tomorrow's quote of the day :-p

Perihal OCM pulak. Alhamdulillah approved. Tapi tidak tanpa panik di waktu pagi. Apa taknya presentation material tak start hapa lagi. Sebenarnya dah ada org lain sediakan tapi aku revamp semula flow of story. Tahu kena present pun semalam. Macam manalah makcik tak panik.

[1]"Argh baju apa nak pakai ni?"
Last-last capai je baju raya 2 tahun lepas. Polos hijau.
"Alamak! Nak match tudung mana ni?"
Try test semua tak best. Last-last pakai tudung hitam. Dia tengok atas bawah.
"Sempoinya. Tapi inilah yang lebih afdhol di dalam Islam."

Boleh? Sabor je la.

[2]"Takpe. I don't need my baju to bring me confidence. I have confidence within me."
"Believe in Allah." Dengan gaya-gaya intonasi Pak Arab cakap omputih.

Boleh? Sekali lagi, sabor je la ye :-p

Read more...

SPM 2009.

>> Friday, March 12, 2010

Hari ni tiba-tiba rasa bangga.

Sekolahku antara 10 sekolah terbaik SPM 2009.
Sekolahku juga baru-baru ini diumumkan Sekolah Berprestasi Tinggi.

Sepupuku yang juga bersekolah di situ mendapat 6A+ 4A.

Kembang punggung rasanya kih3x.

Aku seorang Srikandi.
Dulu, kini dan infiniti.

Tun Fatimah sentiasa di hati ^_^

Read more...

Forgiving.

>> Friday, March 05, 2010

Petikan kata-kata Ustaz Hasrizal @ Saifulislam.com:

"Manusia yang paling tidak bahagia ialah manusia yang gagal memaafkan kesalahan orang terhadapnya. Berdendam siang dan malam, memikul beban sepanjang masa.

Orang yang dimarahi sudah pun menyambung hidup gembira hati, kita yang gagal memaafkan dia, terus terseksa mengheret dirinya ke dalam diri, ke sudut mana sekali pun kita pergi.

Deritanya hidup jika gagal memberi maaf, gagal melupakan salah orang kepada kita."

Saya suka.

Situasi 1: Ketika Elastic Man @ Vista pecah masuk rumah dan mencuri beberapa barangan, amarah saya membuak-buak. Geram betul kerana kamera digital dicuri. Tidak sempat muat turun gambar ke komputer, jadi segala kenangan hilang begitu sahaja. Saya begitu berdendam dengan Elastic Man, masih teringat-ingat hingga kini walau enam tahun sudah berlalu. Tapi, dendam hanya tinggal dendam. Bukannya boleh dapat kamera itu kembali. Buat sakit hati adalah.

Situasi 2: Rumah kami @ Section 14 PJ baru-baru ini dimasuki pencuri. Memang banyak barang yang hilang. Wang tunai hampir RM1000. Malah cincin tunang pun diambilnya. Tapi saya tidak rasa apa-apa. Tidak marah. Tidak benci. Tenang saja. Malah langsung tiada post berkenaan musibah itu di dalam blog ini. Saya redha dengan apa yang berlaku. Yakin bahawa tidaklah Allah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Segalanya ada hikmah. Mungkin tidak nampak sekarang. Jika dapat ganjarannya di akhirat nanti, alangkah beruntungnya kami. Insya Allah ^_^ Dan betul kata Ustaz Hasrizal, lebih bahagia begitu.

Oleh itu, buat teman-teman, belajarlah untuk memaafkan. Kita juga tidak sempurna, jadi usahlah mengharapkan orang lain sempurna kerana kesempurnaan hanyalah hak Tuhan. Tiada gunanya menyimpan dendam, hanya menyakit diri sendiri. Jangan sampai kita menjadi a bitter man/woman living in misery, akhirnya tua sebelum waktu.

Read more...

Hatiku dipaut Rindu.

>> Wednesday, March 03, 2010

Ya Tuhan. Aku baru tau.

Arkitek Malaysia salah seorang panel projek pembesaran Masjidil Haram.

Entah mengapa air mataku bagai ingin tumpah. Tiba-tiba terasa rindu.

Dahulu kami kata, berilah peluang kepada orang lain kerana kami dah merasa. Yang wajib dah lepas. Insya allah kita pergi kemudian-kemudian hari. Kenapa kami kata begini? Kerana kami sudah turun naik HQ Tabung Haji, kami jumpa ramai yang mengeluh tidak dapat panggilan. Semasa menunaikan haji, kami dah dengar bermacam keluhan jemaah tentang betapa sukarnya mendapat tempat. Balik haji pun kami dengar macam-macam. Alhamdulillah, jalan kami mudah. Memandangkan kewajipan telah kami laksanakan, usahlah tamak, beri peluang kepada yang lain untuk menunaikan hal yang wajib bagi mereka. Jangan sampai kita menzalimi.

Tapi aku jadi rindu tiba-tiba.

Read more...

Koleksi Tudung Labuh Gaya Terkini.

>> Monday, March 01, 2010

ISTIMEWA buat peminat tudung labuh, anda boleh mula cuci-cuci mata dengan koleksi tudung labuh gaya terkini dari PrettyModesty. Tak perlu kelepet, tak perlu pin sana sini. Hanya sarung and voila! you are ready to hit the street ^_^

Ada beberapa style, ready to wear with same material awning, ready to wear with thai silk awning, button with same material awning & button with thai silk awning. Bear with me, sebab masa tidak mengizinkan saya untuk mengambil gambar untuk semua, jadi stok akan diupload dari semasa ke semasa. So keep on coming for more OK?

New style on the way, scallop hijab. Insya Allah coming to the store end of March. Yang ni pun cantik sangat sebab when you twist the hijab, scallop akan terbentuk so that kain tidak melekap di dada therefore covering the shape of your chest. Sesuai sangat untuk those yang chest-conscious ^_^

Read more...

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP