PSJL

>> Saturday, November 27, 2010

Aduh merana. Jiwa ragaku tersiksa. Jantungku mahu meletup. Hatiku merintih lirih. Hempeduku rasa masam. Ususku tersimpul lapan belas.

Itulah dia, kawan. Penyakit Sindrom Jalur Lebar. Selalu dihidapi oleh bekas pelajar Multimedia University yang dimanjakan capaian Internet jalur lebar 24 jam sehari di bilik asrama. Percuma lagi.

Di kala ini, rasa macam mahu menyumpah seranah syarikat lama. Kenapa L E M B A P sangat kau nak pasang Streamyx? @$#%!@#%#@(*&^%#!!!!!!

Nota kaki: Sudah seminggu di rumah baru. Pinjam Celcom Broadband adik ipar sebab dah tak tertahan :-p

Read more...

Siri Jimat: Lebihan Makanan.

>> Sunday, November 14, 2010

Orang putih cakap, leftovers. Orang Melayu? Entah. Saya terjemah saja secara langsung sebagai lebihan makanan. Kalau salah, harap maaf teehee.

Dulu, saya selalu membuang lebihan makanan. Kurang keupayaan [baca: perkataan baru bagi "malas"] untuk menguruskan lebihan makanan jadi saya ambil jalan mudah dengan membuangnya ke tong sampah. Namun, sejak berhenti kerja, saya tidak lagi membuang lebihan makanan sesuka hati. Dapur mengajar saya bahawa keajaiban boleh dicipta dengan lebihan makanan. Wah, suri berfalsafah nampaknya! :-p

Hampir semua lebihan makanan saya simpan di dalam bekas makanan lutsinar, atau bekas bening bak kata pembantu rumah kakak ipar, dan dimasukkan ke dalam peti sejuk. Hatta sesenduk kuah. Hmm.. apa agaknya yang boleh kita buat dengan sesenduk kuah ya?

PIZZA!

Contohnya, kuah bologne yang tidak habis boleh disapukan di atas sekeping roti, taburkan kepingan sosej/ayam/daging/makanan laut dan keju, kemudian dibakar. Mm mm, sedap sekali dimakan panas-panas.


Atau, katakanlah ada lebihan kuah rendang atau kari. Panaskan kuah dan masukkan daging ayam cincang sehingga masak. Sapukan di atas sekeping roti dan taburkan keju. Aduh mudah dan kebabom sekali!


Selain daripada pizza, lebihan makanan boleh digunakan untuk membuat nasi goreng. Kuah ayam masak merah boleh menggantikan cili giling. Sayur goreng semalam masukkan saja ke dalam nasi goreng. Ayam goreng semalam, atau daging masak kicap kelmarin, semuanya boleh.

Selain daripada lebihan makanan, bahan mentah pun jangan dibuang. Bahagian ayam yang tidak dimakan seperti kaki ayam, leher dan sebagainya boleh dijadikan stok. Begitu juga dengan kulit udang, batang sayuran, bawang yang sudah buruk, cendawan yang sudah menguning, masukkan saja semua lebihan bahan mentah itu ke dalam periuk, isikan air dan jerang di dapur dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Kemudian, tos dan simpan stok di dalam peti sejuk. Anda boleh masukkan stok ke dalam masakan anda sebagai perasa. Dengan menggunakan stok, anda dapat mengurangkan penggunaan garam dalam masakan anda. Malah, rasanya pun lebih sedap.

Anda ada idea lain? Kongsilah bersama tinidewi!

Read more...

Jemput-jemput Sosej

>> Tuesday, November 09, 2010

Aha hari ini saya mahu memulakan siri yang diberi nama "Main Mak-Mak". Kecil dulu, suka main mak-mak. Daun jadi ikan, tanah jadi nasi. Sudah besar, pun boleh main mak-mak, tapi kali ini memasak betul-betul, bukan olok-olok. Lagi pun, bukankah ini blog seorang suri? Wajiblah ada perkongsian resipi di sini. Setuju? ^V^

Baiklah, semalam saya buat beberapa projek di dapur. Segalanya tentang sosej dan tepung. Yang mahu dikongsi hari ini, adalah yang mendapat rating paling tinggi, iaitu Jemput-jemput Sosej. Sesuai dijadikan kudap-kudapan sewaktu minum petang. Insya-Allah, orang besar, kanak-kanak dan bayi menyukainya. Malah Fatimah berkata, "This is wicked awesome, Mama!" Haa ambik ko, wicked awesome lagi :-)


Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
3 (atau lebih) sosej daging/ayam
1 biji telur
1 cawan air
1/2 cawan daun kucai yang dihiris panjang
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan di dalam mangkuk KECUALI air.


2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul rata sehingga mendapat tekstur yang diingini, tidak terlalu kental dan tidak pula terlalu cair. Tambah/kurangkan tepung atau air jika perlu.


3. Panaskan sedikit minyak di kuali. Seeloknya, guna kuali leper.
4. Dengan menggunakan sudu, masukkan adunan di kuali dan bentukkan seperti lempeng. Goreng hingga kuning keemasan.

Tip:
Masukkan adunan seketika ke dalam peti sejuk supaya adunan menjadi likat dan mudah dibentukkan di kuali leper. Malah, rasa bahan-bahannya pun akan lebih menyerap.

Di negeri lain, ia dikenali sebagai Cekodok. Namun, orang Johor sejati seperti saya lebih selesa memanggilnya Jemput-jemput. Seolah berkata, jemputlah makan!

Oh ya, rakan sebilik saya di universiti merangkap Kawan Baik Selamanya, Leila Aizura, telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang pastinya comel malam semalam. Siapa sangka budak perempuan yang berambut kembang, suka pakai tshirt gambar tengkorak, dengar lagu rock, kasut butnya pijak anjing pun boleh kiok dan malu setiap kali mendengar motor ayahnya tiba di kolej [ya, boleh dengar sampai ke tingkat 11!] sudah pun menjadi seorang ibu yang pandai membuat biskut dan kek, malah suka menjahit :-)

Tahniah La!

Read more...

Siapa Mahu Counter Compass?

>> Monday, November 08, 2010

Aduh pening kepala fikir hal pindah rumah. Banyak betul barang! Bagaimana keluarga sekecil dua orang dewasa, dua orang kanak-kanak dan seorang bayi boleh ada barang sebanyak ini?

Sementara itu, sentiasalah intai-intai blog Tinidewi Si Suri yang sana sini berceloteh HAHA. Mana-mana barang baru atau preloved item yang tidak perlu dibawa ke rumah baru, akan saya war-warkan di sini atau Facebook. Sudilah kiranya pembaca budiman menerima barang itu ke dalam rumah kamu pula hehehe.

Saya fikir saya ada sepuluh counter compass. Percuma! Sila tinggalkan message jika kamu mahukannya. Cuma, maaflah sebab saya terpaksa minta RM1 untuk urusan penghantaran. Poketku sedang sepi ngeeee....


Fungsinya? Aik... jotos kepala kalau tak tahu ^V^

Read more...

Grubs.

>> Sunday, November 07, 2010

Tiba-tiba Ameer datang bertanyakan soalan.

Mama...
Ya?
Grubs tu apa?
Huh? Graps? Apa tu?
Dia macam snake, tapi kecil sikit. Warna pink.
Snake kecil warna pink? Tak tahulah Mama.
Ala... dia macam snake. Tapi kecil je.
Ha, cuba Ameer google.
Gugel? Tak taulah Mama.
Ameer tengok sini. Taip www.google.com, lepas tu klik Image. Lepas tu, tulislah G R A...
G R U B S lah Mama.
Ooo OK! Ha, inilah grubs. Betul ke ni?
Haaa it's slimy Mama.



Hidup lebih mudah dengan Google ^V^

Read more...

SIAPA MAHU HERBALIFE?

>> Saturday, November 06, 2010

Aha ada siapa yang mahu herbalife? Sila angkat tangan ya, sebab saya ada tiga botol Herbalife Formula One yang belum dibuka. Boleh terlupa saya beli stok setahun, kemas-kemas rumah baru terjumpa kih3x. Tengok-tengok tarikh luput pada hujung November dan Disember. Rasanya tak terlarat nak habiskan tiga botol sebab yang sudah dibuka pun masih ada ^V^


Gambar digoogle.

Perisa Strawberry, French Vanilla dan Tropical Fruit. Nyam nyam!

UPDATE: Hanya tinggal perisa Strawberry. Segera bertindak sebelum dirembat! Dan, terima kasih kepada Lynn & MQ ^V^

Saya mahu lepaskan produk ini kepada pembaca budiman yang mahu kekal langsing dan sihat dengan harga sebotol RM50 sahaja termasuk penghantaran. Aduh, murah sangat bukan? Kalau jadi ahli pun, tak dapat harga ini. Tapi ingat, perlu dimakan dengan segera sebelum tarikh luput ^V^

Read more...

Blocked Duct

>> Thursday, November 04, 2010

Nak pergi jumpa doktor ke tak? Malas nak pergi sebab dah surut bengkaknya. Semalam tuam dengan tuala panas dan bubuh krim.

TAPI....

Cik abang sibuk suruh pergi. Argh, tertekan!

Read more...

Fatimah Keliru Lagi.

>> Tuesday, November 02, 2010

Mama...
Ya?
Tadi saya dah drink my juice.
Ah-ha?
Then my teeth dah shiny.
Ye ke?
Look here. [Tersengih sambil mengetuk barisan giginya yang rongak dua di bahagian bawah] It's shiny, Mama.
Ha-ah la.
Kan saya dah cakap.


Percubaan untuk justify tidak perlu gosok gigikah?

Read more...

Bonus Kanak-kanak.

>> Monday, November 01, 2010

Eleh! Ingat kamu saja boleh beli permainan kanak-kanak? Acik pun boleh tau! Lagi syok, acik pakai tekan-tekan saja, tak perlu memandu sampai ke Puchong nun. Hehehe... gurau saja dik noooonnn, jangan marah haaaa.


Yang ini, khas untuk Maryam yang tak pernah ada permainan sendiri. Kasihan tsk tsk. Selama ini main permainan abang dan kakaknya yang dah patah riuk sana sini. Ini Vtech First Step Baby Walker. Jenama dari UK, yang mendapat maklum balas pengguna yang sangat baik. Sebab itulah saya beli! Harga runcit RM169.90 tetapi saya beli mainan terpakai ini dengan harga RM88. Sangat menarik sehingga abang dan kakak pun tertarik :-p


Kit Doktor ini pula untuk Fatimah. Ini bukanlah mainan terpakai, dan harganya RM45. Err.. saya rasa ini satu kesilapan kerana Fatimah tidak pandai melakonkan watak seorang doktor. Dia sangat canggung sampai tak tahu nak kata apa. Ah saya dah agak. Sepatutnya belikan patung Barbie saja, itu lebih selamat :-p Apa pun, saya ingatkan kalau beli mainan kayu, lambat sikitlah rosak. Tapi kalau dah namanya Fatimah, tiada mainan yang selamat di tangannya. Hari pertama lagi sudah gagal. Guntingnya tercabut dan baju doktor entah di mana.


Blok kayu berwarna-warni ini tentu saja milik Ameer. Jenama Melissa & Doug. Harganya RM55. Ada 100 keping blok kayu. Mula-mula Ameer buat tak hairan, sibuk tengok video games di youtube. Kelas bukan anak-anakku, pakat tengok youtube semuanya :-p Saya pancing dia. Dia kata tak pandai. Saya balas, "Ala, Ameer ikut saja gambar di kotak." Apabila sudah siap satu bangunan yang tinggi, dia tersenyum bangga. Kemudian, mulalah ketagih. "I built six tall buildings, Mama," katanya. Fatimah dan Maryam juga sukakannya.

Saya rasa sangat berbaloi membeli blok kayu ini. Di samping membina bangunan mengasah daya imaginasi dan kreativiti, saya gunakannya untuk mengajar matematik, bagi mengenal warna, bentuk dan mengira. Misalnya, ketika membina bangunan, saya boleh terangkan kepada anak-anak tentang bentuk blok seperti, ini kuboid, ia mempunyai 4 permukaan rata berbentuk segiempat tepat dan 2 permukaan rata berbentuk segiempat sama. Ia juga mempunyai lapan bucu dan 12 sisi. Wah, saya kedengaran seperti guru bertauliah, bukan? :-p

Semuanya termasuk kos pos berjumlah RM200. Adeh, kopak poket acik. Tapi tak mengapalah. Sekali sekala untuk anak-anak :-)

Acik beli di sini --> Tender Loving Care Toys

Maklumat ini dikongsi oleh Leila Aizura. Kedai maya lain yang boleh anda layari untuk mainan baru atau terpakai -->

Si Kecik Comel
Juai Murah
Macam-macam Ada Shop

Terima kasih, Leila! ^V^

Read more...

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP