Fatimah Dan Bahasa Inggerisnya.

>> Tuesday, November 29, 2011

"NOOOO! Bi is coming. She's going to attack us!"
"And MEEEEE!"

Pause. [Masukkan bunyi cengkerik di sini]

"I said 'us', maknanya kita berdualah."

Hehe. Tak menahan betul. Dalam bermain, sempat pula dia membetulkan kenyataan abangnya :-p

Read more...

Progres Daurah.

>> Friday, November 25, 2011

Hari ke-2: Mama, boleh tak saya nak ponteng pergi Daurah? Boringlah Mama, lama sangat. Saya nak tidur. Asyik-asyik ceramah.

Hari ke-3: Mama, Mama tahu tak doa selepas azan? Ustaz cakap saya kena hafal.

Hari ke-4: Mama, boleh tak tahun depan saya nak masuk Daurah lagi?

Hehe. Alhamdulillah :-) Insya-Allah boleh, nak.

Yang kelakarnya, pada hari ke-4, soalannya sudah bertukar kepada ini, "Mama, Abah tahu tak doa Solat Sunat Dhuha?" Perhatikan Ameer sudah tukar daripada Mama kepada Abah. Nampak sangatlah kan dia dah tahu jawapan Mamanya kalau tanya Mama tahu atau tak :-p

Insaf Mama, insaf.

Malam tadi mereka berdua agak kecewa apabila tahu keesokan harinya tiada Daurah. Alhamdulillah, semoga anak-anak Mama jadi mukmin yang baik. Amin ya Rabbal 'Alamin.

Read more...

Daurah Penghayatan Remaja Islami 2011.

>> Monday, November 21, 2011


Allahu Akbar! Anak yang berdaurah, mak pun sama penat!

Dari pagi terkocoh-kocoh, siapkan anak-anak, gosok baju sambil goreng karipap, kemas beg. Maryam pula tak sihat.

Sampai-sampai saja ke Masjid Negeri, mak aiiii! Melaut kanak-kanak! Ribut! Bingit! Makcik pening :lol: Campur lagi terpinga-pinga tak tahu nak buat apa kerana tiada maklumat yang jelas. Almaklumlah, yang uruskan program ini pelajar-pelajar dari pelbagai universiti, jadi mungkin mereka tak berkesempatan untuk rancang betul-betul atas faktor logistik.

Apa pun, makcik tak kisah sangat atas kekhilafan pendaftaran sebab makcik pun cuma bayar RM100 saja untuk seorang anak. Tersangat murah untuk program selama sebulan lebih. Makcik tahu para fasilitator pun bekerja sukarela. Tapi, janganlah buat tak endah pula dengan maklumbalas ibu bapa. Tahun depan cuba perelokkan lagi proses pendaftaran dan penyampaian maklumat kepada ibu bapa. Lagipun, lebih mudah nak kawal kanak-kanak yang ramai ini kalau ada sistem yang bagus.

Selepas sesi pengenalan, kanak-kanak terus diajak solat Dhuha. Sekali tengok, makcik terlupa masukkan telekung Fatimah. Dah dia merajuk tak nak ikut program Solat Dhuha. Lepas itu, sibuk lapar sebab bekalan karipapnya sudah terjatuh. Makcik pun apa lagi, merempit ke Komplek PKNS cari makan dan telekung bersama Fatimah.

Kemudian, kami kembali ke masjid. Makcik pun duduk buat-buat menyibuk sambil pot pet dengan Kak Non. [Ya, pertemuan kami julung-julung kalinya!] Lama jugalah menunggu pembahagian kumpulan sampai kanak-kanak semua dah tak terkawal lagi dek kelaparan. Mujurlah Fatimah dah makan penkek :-p

Lepas kanak-kanak makan tengahari yang disediakan pihak masjid, terus solat. Kemudian, makcik masuk kelas sekejap sambil-sambil buat kerja terjemahan yang perlu dihantar esok. Tapi, perut makcik berkeronconglah pula. Makcik toleh kiri kanan, eh... aku saja ibu bapa yang tinggal? Malu O.K.? Terpaksalah makcik balik agar tak memalukan anak-anak makcik :-p

Makcik balik rumah dan sambung lagi kerja terjemahan. Alhamdulillah, walaupun hari ini agak ribut, cepatlah pula siap kerja makcik. Berkat ke masjid agaknya ^V^ Jam 3.30 petang turun dapur untuk masak nasi goreng, alih-alih gas habis! Huwaaaa!!! Habis duit makcik terpaksa belanja kanak-kanak makan di kedai :-p

Alhamdulillah, merempit semula ke masjid dan sempat untuk menunaikan solat Asar berjemaah. Kemudian, ambil Fatimah & Ameer yang ceria kerana hari yang sungguh bermanfaat ^V^

Untuk yang ingin mengetahui tentang daurah yang akan datang, silalah menjadi rakan Facebook Masjid Negeri Selangor untuk mendapat maklumat terkini.

Read more...

Back to Life.

>> Monday, November 14, 2011

Back to life, back to reality.

Fuh, lama bertapa di Kelantan :-D

Inilah untungnya tak bekerja. Cuti ikut suka hati hehehe.

Jangan marah, haaaa...

Apa pun, tak sabar rasanya menunggu Isnin depan. Ameer dan Fatimah kedua-duanya saya daftarkan untuk kem islami di Masjid Shah Alam sepanjang musim persekolahan setiap Isnin hingga Khamis dari jam lapan pagi ke lima petang.

Walaupun nampak macam ibu mithali yang pentingkan pendidikan agama anak-anak, sebenarnya saya ada maksud tersirat.

Saya boleh buat sesuka hati saya sepanjang hari tanpa pergi fikir nak menjemput anak pulang sekolah, hantar ke sekolah agama, masak tengah hari, menyelesaikan isu-isu domestik dan macam-macam lagi :tanduk:

Pentingkan diri sendiri?

Percayalah cakap saya, musim cuti persekolahan adalah musim paling memeningkan kepala seorang ibu :-p

Read more...

Ilmu Penyucian Hati.

>> Wednesday, November 02, 2011

"Imam Malik ada beritahu, orang yang mendalami satu-satu ilmu tanpa mempelajari ilmu tasauf, dia akan menjadi orang yang bongkak dan sombong."
"Oh, yakah? Bagaimana boleh jadi macam itu?"
"Sebab dia tak kembalikan kepandaiannya kepada Allah. Dia ingat dia pandai sebab diri dia hebat. Begitulah kalau hati tak suci."

Begitu rupanya. Saya fikir, mungkin kata-kata Imam Malik ini boleh manjawab persoalan seorang kawan yang selalu mempertikaikan orang-orang yang kononnya ilmu setinggi langit tapi perangai tak semenggah mana.

"Tapi, bukankah orang selalu cakap tak elok belajar ilmu tasauf?"
"Huh, itu sebab kita dah terpedaya dengan tipu daya syaitan. Kononnya sesat kalau belajar tasauf. Kalau tak belajar tasauf, lagi sesat. Kita kenalah berdoa sungguh-sungguh dengan Allah, supaya dapat guru yang baik, diberikan petunjuk dan ilmu, diberikan faham, moga-moga kita tak sesat."

Patutlah Ustaz hari itu berceramah bahawa kita wajib belajar 3 ilmu iaitu ilmu tauhid, ilmu tasauf dan ilmu syariah. Tapi, kenapa di Malaysia ini, ilmu syariah saja yang lebih diutamakan?

"Sebab guru tauhid dan tasauf yang baik di zaman ini tak ramai."

Tsk tsk. Semoga dapatlah kita bertemu guru-guru yang baik.

Read more...

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP