Giveaway Kek Lapis Sarawak deeeee....

>> Sunday, July 31, 2011


Ngee sedapnya! Ah sedap, ah sedap!

Masa kecil dulu, saya memang suka kek lapis. Masa itu, kek lapis belum pun tersohor di seantereo Malaya dan hanya wujud di waktu-waktu perayaan saja. Kiranya, sangat istimewalah kalau jumpa kek lapis. Kalau jumpa kek lapis di rumah orang ketika beraya, memang saya tak alih tempat duduk dan habiskan semuanya! Tak kisahlah kalau tuan rumah cakap saya pelahap pun. Ada saya kisah? Kata beraya kan?

Apabila dah besar, masih perangai serupa. Tapi taklah sebegitu teruk, kurang-kurang saya tinggalkan seketul dua dalam pinggan hik3x.


Jadi, apabila Cik Adik Hanis yang cantik manis [dapat markah lebihkah kalau bodek ini?] anjurkan GA Kek Lapis, memang tak lepaskan peluang! Ha.... kalau tak sabar sangat nak dapat hadiah kek lapis ini, jengok saja ke Kedai Kek Hanis dan buat pesanan. Kalau boleh, biarlah diintai selepas waktu berbuka, taklah kecur menengoknya!

Read more...

Orang-orang Yang Kreatif.

>> Saturday, July 30, 2011

"Helo, Tini. Ini Salinalah!"
"Salina? Salina mana?"
"Hai, Salina, Salina..."

Talian terputus. Salina? Kebetulannya! Saya memang dah lama cari Salina. Cari di Facebook tiada. Di Google pun tiada. Tapi, apa hal Salina telefon tengah malam buta? Saya tengok jam. Dah nak 12 malam. Salina yang saya kenal, ada kelas. Dia takkan telefon orang waktu-waktu pelik macam ini.

SMS masuk.

Tini, kenapa putuskan call? Salina ini.

Salina Rahim? I ingat u yang putuskan.

Yalah. Line x berapa clear kot. Di mana skrg?

Shah Alam, seksyen 7. Mana kau hilang, beb? Kat facebook pun takde.

Ina ada masalah dengan ayah mertua ina tu... gatal sgt.

Hmmm... satu kesilapan besar apabila dia menggunakan kata ganti diri "Ina." Tak mengapalah, kita layan dulu.
Bila masa kau kawin? Aku tak tahu pun.

Eh bukan ayah mertua ina, tapi ayah mertua kakak ina.

Kali ini, saya sengaja tak menjawab. Saya nak tengok apa tindakannya selepas itu.
Takpelah, rasanya tak patut saya cerita kat kak.

Hehe. Cuba memancing dengan simpati, ya? Saya memang teringin nak jawab, "Memang tak patut pun kau cerita sebab kau takde kakak hehe." Kalau dia auta cakap dia kahwin senyap-senyap, mungkin saya percaya. Tapi kantoilah sangat kalau menipu fasal adik-beradik sebab Salina itu teman sebilik selama bertahun-tahun di Cyberjaya. Saya tahu berapa orang adik-beradiknya, malah saya tahu kisah percintaan ibu bapanya.

Saya tak mahu provok. Jadi saya biarkan smsnya tidak berjawab. Entah apa tujuan si penyamar itu. Mahu tipu duit? Atau mahu menghantar gambar-gambar lucah? Walaupun rasa ingin tahu itu membuak-buak, tapi saya tahankan sajalah. Tak usah dilayan, nanti masuk lubang.

Yang pastinya, zaman sekarang ini, orang Melayu semakin kreatif :-)

Suami pun pernah kena. Taruhannya motor. Dia iklankan motor di Mudah.my. Pagi-pagi Sabtu dapat sms dari seorang mamat yang kononnya dah teruja sangat dan nak beli waktu itu juga. Mamat itu ajak berjumpa di restoren di Puchong. Saya cadangkan jangan pergi seorang, sebaliknya ajak abangnya sekali. Saya rasa sangat pelik, kenapa tak sabar-sabar nak jumpa masa itu juga. Tak boleh tunggukah? Apabila saya cakap macam itu, suami pun tak jadi pergi dan sms kembali, cakap tak boleh datang dan minta tangguh esok. Dia juga cakap, kalau betul-betul nak, telefon. Sampai ke sudah, mamat itu tak telefon, dan apabila dihubungi nombornya, tak diangkat.

Jadi benarlah sangkaan saya. Si penipu cuba memancing kita di masa kita tak berjaga-jaga dalam keterujaan nak menjual. Hai, macam-macam dalam dunia ini. Akhirnya, motor itu dapat dijual juga kepada seorang pakcik yang nak belikan motor untuk anaknya.

Ha begitulah kreatifnya orang Melayu zaman sekarang. Kalau alihkan kreativiti kepada yang lebih berfaedah, kan lagi bagus :-)

Read more...

Giveaway Ogos 2011.

>> Thursday, July 28, 2011

Giveaway Tinidewi kembali lagi.

Kali ini, lebih gempak dan cambest sebab:

1. Hadiah disediakan oleh Tenun Kapas.
2. Anda pilih sendiri hadiah anda.
3. Anda sempat beraya dengan hadiah anda!

Jom kita tengok dulu hadiah-hadiahnya:




Menangis tengok hadiah-hadiahnya, dik! Agak-agak, tuan rumah boleh masuk tak GA ini? Keh3x.

Baiklah, sekarang semua boleh berhenti berangan hadiah yang anda nak pilih di Tenun Kapas itu dan kembali ke dunia realiti. Apa-apa hal pun, syarat-syaratnya mesti ditepati. Begini ya, adik-adik manis.

1. Letak banner giveaway di blog anda. Tak kisahlah di mana-mana pun, tepi kanan, kiri, atas, bawah. Asal mudah orang nak nampak.


Copy this code to your website to display this banner!


2. Tulis satu entri berkenaan giveaway ini. Pendek ciput kontot pun boleh. Asal ada. Paling penting, mesti, ulang suara, mesti, tulis pautan www.tenunkapas.com .
3. Maklumkan penyertaan anda melalui ruang komen di entri giveaway. Kalau boleh, tinggalkan satu komen saja supaya mudah tuan tanah nak buat semakan.
4. Giveaway berakhir 21 Ogos 2011 (Ahad), jam 12 tengahari.
5. Pemenang akan ditentukan menggunakan kaedah algorithma melalui www.random.org, dan akan menerima:

Hadiah pertama – Baucar Tenun Kapas bernilai RM100
Hadiah kedua – Baucar Tenun Kapas bernilai RM80
Hadiah ketiga – Baucar Tenun Kapas bernilai RM50

6. Pemenang boleh menebusguna baucar dengan pembuat pembelian barangan di kedai maya Tenun Kapas bermula dari 22 Ogos 2011. Baucar tidak boleh ditukar kepada wang tunai. Sekiranya nilai belian melebihi nilai baucar, baki selebihnye perlu dibayar manakala sekiranya berkurang, baki tidak akan dipulangkan. Baucar sah untuk tempoh 3 bulan.

Apa lagi, cepatlah sertainya!

p/s: Pemenang GA sebelum ini sudah dapatkah hadiahnya, ya? [Jangan jawab di ruangan komen ini, sebaliknya emel atau sms, kecuali kalau anda pun masuk GA ini ^V^]

Read more...

Kekasih Gelapku.

>> Friday, July 22, 2011

Terus terang cakap, entri ini langsung tidak intelektual apalagi bersifat akademik, dan sudah pasti tak bermanfaat. Kalau sanggup baca, teruskanlah.

Tengah malam begini, sambil-sambil menterjemah, saya pun layanlah lagu Kekasih Gelapku, oleh kumpulan Ungu.



Tsk tsk. Lagu ini diulang berkali-kali, kerana hati saya benar-benar terbuai. Melodinya begitu soothing, dan liriknya buat saya terkenang kekasih gelap yang pernah dicintai separuh mati, iaitu....


Sudah kahwinkah kamu, abang Jerry?

Ya, inilah rahsia yang terpendam sekian lama. Saya fikir, hanya Cik Mad yang tahu (selain tuhan). Dia tidaklah redha sangat saya menduakan dia, apatah lagi kami baru sangat berkahwin masa itu. Tapi, terpaksa layan sajalah sebab bukannya boleh dicapai pun! :-p

Kenapa minat separuh mati? Pertama, lesung pipitnya. Pabila tersenyum, aduhai. Kedua, rambutnya. Gorgeous sangat rambut panjang itu. Padahal, lakonannya agak kayu-kayan [tentulah saya tak mengaku masa itu!].

Sekarang, anak dah tiga, kalau masih teringat kekasih gelap ini lagi, tak tahulah nak cakap apa, kan? Tiada maknanya, diiiikkkkk....

Read more...

Maryam bercakap.

>> Saturday, July 16, 2011

"Ma... Ma..."

Tsk tsk. Akhirnya!

"Ya, Maryam. Mama di sini."

Tapi dia langsung tak menoleh. Malah, dia terus ke tangga. Jarinya yang comel menunjuk ke tingkat atas. Kepalanya mendongak.

"Ma... Ma..."

Ceh! Ingatkan panggil Mama. Kakaknya Fatimah juga yang disebut dan dicarinya :-p

Anak-anak saya memang lambat bercakap. Tapi apabila dah bercakap, hmmm... sabar sajalah mendengarnya :-p

Read more...

Sayang sangat pada bini.

>> Monday, July 11, 2011

Kalau anda pergi menunaikan haji, jangan terkejut dengan pelbagai gaya manusia beribadat. Pertama, di dalam dunia ini bukan hanya ada satu mazhab. Malah di dalam satu mazhab pula, ada pecah-pecahan pendapatnya lagi. Kedua, manusia memang pelbagai ragam. Heh.

Bagi saya, paling 'shocking' adalah apabila lelaki solat di dalam saf yang sama dengan perempuan. Sepanjang-panjang saf perempuan, alih-alih ada seorang pakcik di hujung, atau di tengah-tengah. Padahal di depan itu ada saf lelaki. Memanglah di Masjidil Haram tidak ditentukan kawasan lelaki atau perempuan, tapi ia boleh difikir mengikut logik akal bahawa yang ini saf lelaki, yang itu pula saf perempuan. Kalau banyak lelaki, maknanya kawasan lelaki. Kalau banyak perempuan, maknanya kawasan perempuan.

Dalam banyak senario, saya cuba untuk berbaik sangka. Tapi dalam hal ini, langsung tak boleh terima. Ini bukan masalah perbezaan mazhab. Sebab tiada satu mazhab pun di dalam dunia ini yang benarkan hal ini terjadi.

Ini kes sayang isteri. Takut isteri hilang dalam lautan manusia.

Bukan hanya saya, kerajaan Saudi pun memandang berat hal ini hingga ditulis di dalam buku-buku yang diedarkan secara percuma di lapangan terbang bahawa perbuatan ini tak selari dengan agama. Tapi yalah, siapalah yang rajin membacanya.

Harapnya pihak ustaz di negara tersebut boleh terangkan kepada mereka yang tak tahu. Jadi, tidaklah pak-pak haji ini bengang apabila dimarahi Pak Arab di Masjidil Haram :-)

Tapi biasanya mereka sengih-sengih saja walaupun telah ditegur. Sayang binilah katakan. Sayang bini agak-agaklah weh, orang lain pun bawa bini pergi haji juga!

Read more...

Penulis.

Saya agak sedih kalau penulis buku-buku 'keagamaan' ketara sangat menulis kerana duit. Memang duit itu perlu, tetapi biarlah niat menyebarkan ilmu menjadi sebab utama menulis. Duit itu bonus.

Read more...

Dhuha - Persembahan Dhuha(At-Tahiyyat) @ Assalamualaikum On TV al-Hijrah

>> Friday, July 08, 2011


Untuk yang ingin membeli CD Dhuha, boleh hubungi saya melalui emel hartinidewi[at]hotmail.com atau sms ke nombor yang tertera di sebelah kanan blog.

Read more...

Dasar Jantan Kabaret.

Hoi jantan! Kau kalau tak reti nak bertanggungjawab, nak jaga anak bini, nak bagi anak bini kau makan, tempat tinggal yang selesa, kau jangan nak menggatal di rumah aku ini. Kau tahu tak masa betina yang kau nak dot dot dot ini datang di sini dengan mengangkut tiga anak kecil, badannya kurus keding, berkurap, tak cukup makan. Jantan yang dah termengandungkan dia tak nampak batang hidung pun. Setelah kami bagi dia menumpang sampai anak-anak dah besar, badan pun dah sihat sikit, kurap dah tiada, kau datang nak buat onar? Lagipun, betina itu tak nak kat kau. Dia pun dah serik dengan jantan kabaret macam kau ini. Dah berhari-hari dia 'reject' kau, kan? Letih kami dengar bunyi kau berdua bergaduh. Yang kau tak reti-reti bahasa ini kenapa? Ego? Rasa tercabar ada betina tolak kau?

p/s: Semalam ada orang hambat kucing jantan dengan penyapu sampai ke hujung jalan kih3x. Tapi bukan puan suri, ya. Siapa agaknya :-)

Read more...

Sebab Mama kan Mama.

>> Tuesday, July 05, 2011

[1]"Mama?"
"Ya, Ameer."
"Berapa harga Triceratops ini?"
"Tri..err, dinosaur ini tak tunjuk hargalah, Ameer." Kantoi tak reti sebut nama dinosaur :-p
"Kenapa tak letak harga? Tiada kesedaran kepenggunaan."

Err? 'Kesedaran kepenggunaan', Ameer? Pengaruh iklan TVlah itu :-)

[2]Mama: (Terangkan satu fakta)
Ameer/Fatimah: Bagaimana Mama tahu?
Mama: Sebab Mama kan Mama.

Fatimah: Ameer, ambilkan air!
Ameer: Kenapa pula?
Fatimah: Sebab abang kan abang.

:-p

Read more...

Monolog Pagi Bersama Kucing Kurap.

>> Monday, July 04, 2011

Setiap pagi, saat pintu terkuak, wajah-wajah itu menoleh. Mereka tak berkata apa, tapi mata mereka mengatakan segalanya. Mereka berkata, wahai manusia yang menjadi khalifah dunia, kami orang-orang yang tak punya apa, hidup kami kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, maka kasihanilah kami.

Kami berkata, wahai makhluk tuhan yang disayangi Rasulullah, kami juga orang-orang yang tak punya apa, kami bergantung kepada rezeki yang tuhan berikan setiap hari, oleh itu, berkongsilah kita apa saja rezeki yang ada, jangan kau minta yang lebih dari kami. Bersyukurlah kepada tuhanku dan tuhanmu yang memberi rezeki dan doakanlah kesejahteraan kami di dunia dan akhirat.

Read more...

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP