Haaa... dah seminggu saya nak masuk GA ini. Almaklum, duit raya tuuuuu! Siapa tak nak duit raya, kan? He he. Terimbau kembali zaman kanak-kanak dulu :-p
Tapi, sejak jadi suri rumah ini, keupayaan otak saya untuk menaakul agak kelembapan. Kadang itu, suami tanya soalan senang pun termangu-mangu nak jawab. Inikan lagi soalan yang agak ilmiah dan mencabar.
Setelah memerah otak yang tak berapa nak geliga ini, haaa... ini dia wishlist saya.
Pertama, mesin membasuh kasut sekolah. Saya benci, benci, benci dan ulanglah sebanyak infiniti kalinya, basuh kasut sekolah anak saya. Menyampah, despise, i hate you, i hate you, don't you ever come to me again, dan seumpama dengannya. Jadi, kalau ada mesin yang boleh basuh kasut sekolah anak saya hingga bersinar-sinar putih bersih suci dan murni, memang cambestlah sangat :-)
Keduanya, saya mahu mesin pembuat susu. Ala, macam mesin pembuat kopi itu. Tekan-tekan saja, keluar. Cumanya mesin pembuat susu ini ada kedua-dua air sejuk dan air panas, dan pandai-pandai mesin itu sendirilah untuk membancuh air panas dan air sejuk ini supaya panasnya sedang elok untuk diminum oleh Maryam, kemudian mesin ini pasang botol dan goncang-goncangkannya. Wah, cambestnya kalau ada. Boleh letak dalam bilik tidur. Tak perlulah terpisat-pisat ke dapur di tengah malam! Maryam menangis saja, tekan, siap, sumbat dalam mulut, Mama sambung tidur zzzzz....
Berjaya juga saya sertai GA ini walaupun daya penaakulan saya yang lembab :-p
Read more...