Showing posts with label Cilik Cerdas. Show all posts
Showing posts with label Cilik Cerdas. Show all posts

Pekebun Cilik [Atau Tak].

>> Sunday, February 02, 2014

Satu petang, Fatimah ikut bermain bersama di luar.

Saya tonggengkan sebaldi rumput reput yang diperam beberapa bulan ke tanah. Maka, keluarlah segala binatang kecil yang melata mengeruit-ngeruit di celah rerumput.

Katanya, "Euww, I am so not gardening when I grow up."

Heh.

Itu belum tengok lagi tong kompos yang Mama campakkan segala sampah dapur di belakang rumah :-)

GO GREEN.

Read more...

Tandas.

>> Thursday, January 16, 2014

Kira-kira jam 1.30 petang.

"Mama, buka pintu cepat. Fatimah tak tahan nak kencing!" lapor Ameer sambil menahan gelak.

Buka saja pintu, berdesup Fatimah meloloskan diri ke tandas.

"Laaa, kenapa tak guna tandas sekolah saja?"

Ameer menjawab bagi pihak adiknya.

"Susah, Mama. Tandasnya tandas kangkung."

Read more...

Fan Mail.

>> Tuesday, December 31, 2013

Tae Yang,

I love you.
But I'm really upset.
Because you live in Korea.
And I live in Malaysia.

From,
Fatimah
Sorry, my name is weird
8 years old

Read more...

Tip Cawan Bersepah.

>> Wednesday, November 13, 2013

Mug berkod warna mengurangkan hampir 80% cawan dan gelas bersepah di atas meja makan, depan TV, sebelah komputer dan di merata tempat lainnya.

Kita ada cara mengenal pasti siapa yang menggunakannya.

Dan anak-anak tiada cara untuk menafikannya.

Heh.

Agar mereka suka akan sistem baharu ini, mereka diberi peluang memilih warna mug yang disukai.



Yang mana agaknya yang dipilih oleh Ameer, Fatimah dan Maryam?

Read more...

Perihal Anugerah.

>> Friday, November 08, 2013

Macam tahu-tahu saja ibu bapanya pelupa.

MESTI DATANG
Anugerah saya akan hilang
17 November

Kalau lupa juga, sampai dia beranak pinak diungkit agaknya.

Heh.

Read more...

Maryam Dan Mainan.

>> Thursday, October 31, 2013

Bahagia sekali Maryam mendapat mainan baru.

Ralit dia bermain. Namun, mulutnya belum menyebut benda-benda yang ada di puzzle walaupun sudah diulang-ulang ajar.

Tak mengapa. Rom tidak dibina dalam satu hari.

Read more...

Menyampai Pesan.

>> Friday, October 25, 2013

"Mama, Abah suruh telefon balik nanti," Ameer menyampaikan pesan dengan suara yang kuat.

"Mama tengah solatlah!" tingkah Fatimah.

"Tak apa, Mama boleh dengar juga."

Cait!

p/s: Nampak sangat tak khusyuk. Astaghfirullah.

Read more...

Wisdom Tooth.

>> Thursday, October 24, 2013

Gigi geraham susu Fatimah tercabut.

Sebelum tidur, dia letakkan giginya itu di bawah bantal.

Esok paginya, bangun saja dari tidur, dia terus memeriksa bawah bantal.

Kemudian saya terdengar dia mengomel sendirian, "Apalah tooth fairy ini. Gigi nak, duit tak kasi."

Giginya itu saya jumpa di celah-celah alas katil dan selimut.

Read more...

Sekeping Hati Yang Suci.

>> Friday, October 11, 2013

"Di sekolah nanti, boleh Ameer dan Fatimah tanya kawan-kawan, kalau kita jual cheesy wedges berharga RM1 sebekas, mahukah mereka beli?"

"Mesti mereka nak, Mama. Mereka memang suka habiskan bekalan cheesy wedges saya," kata Ameer.

"Habis itu, kita nak jualkah?" Fatimah bertanya.

"Tanya dulu. Kalau mereka nak, kita juallah. Itu namanya validasi."

"Oh."

Saya kemudian terus ke dapur. Kedengaran mereka begitu rancak berbincang.

Kemudian saya terdengar Ameer berkata, "Kalau beli dua bekas, kita bagi harga RM1.50."

"Mana boleh!" Fatimah meningkah.

"RM2, mahal itu! Kasihanlah mereka."

Aduhai, hati kanak-kanak terlalu baik.

Read more...

Idola Kecil.

>> Tuesday, September 24, 2013

"Mama..."

"Hmm..."

"Bolehkah saya masuk Idola Kecil?"

Erk.

"Fatimah pandai menyanyi?"

"Tak."

"Tahu lagu Melayu?"

"Tak."

Heh.

Kamu terkekeh-kekeh sampai nampak gigi taring. Sekarang, kamu sudah sedar diri, bukan? Tak perlu Mama kata, tak boleh.

Read more...

Ikut Perintah.

>> Monday, September 23, 2013

"Boleh tolong Mama?"

"Tolong apa, Mama?"

"Mama basuh pinggan, Ameer tolong bilaskan."

"Baiklah, Mama."

Selesai semua pinggan dicuci dan dibilas, Mama berkata, "Bagus, Ameer rajin tolong Mama. Mama suka! Tentu Ameer dapat banyak pahala."

Mama capai mangkuk pula untuk dibasuh.

"Mama kata pinggan saja."

Heh.

Selepas ini, Mama akan sebut tolong Mama basuh pinggan, mangkuk, cawan, sudu, garfu, periuk, kuali........

Read more...

Sampai Terbawa Dalam Mimpi.

>> Thursday, September 19, 2013

"Malam tadi kan, Mama...."

"Malam tadi kenapa?"

"Saya mimpi Jong Kook masuk kelas saya."

"Iya?"

"Saya cakap pada dia, "Anyeong!"

Read more...

Berselera.

>> Tuesday, September 10, 2013

Biasanya, hidung tersumbat membuatkan budak-budak kurang selera makan.

Namun, Maryam bukan budak biasa.

Dengan rakus, dia meratah seketul ayam goreng.

Kemudian, minta seketul lagi.

Dan, menghulur botol sambil berkata,"Susu!"

Padanlah saiznya luar biasa.

Read more...

'Ambil Cuti' Katanya.

>> Monday, July 08, 2013

"Boleh tak saya ambil cuti sekolah agama hari ini?"
"Tak boleh."
"Bolehlah, Mama. Saya penatlah."
"Biasalah penat. Mama masa kecil pun bersekolah juga, penat juga. Budak-budak lain pun sama."
"Saya janji mulai hari ini, saya akan solat lima waktu sehari."
"Itu memang wajib."
"Kalau begitu, saya janji akan flush toilet setiap kali selepas berak."

Aduhai, anak bujang!

Read more...

Senarai Membeli-Belah Ibu.

>> Tuesday, April 09, 2013

Saya ada nota senarai membeli-belah ibu. Fatimah yang bawa pulang dari sekolah tempoh hari. Dapat percuma dari Dutch Lady.

Saya tampalkannya di pintu peti sejuk. Memang berguna. Asal ada barang dapur yang habis, saya terus tuliskan di situ. Jika Haji Mat nak ke pasaraya, hulurkan saja senarai itu. Betul-betul macam mem besar. Tangan pegang telefon pintar, mata tonton HyppTV, alih-alih barang dah sampai.

[Ya, saya memang nak beritahu yang rumah saya sudah dipasang jalur lebar.]

Beberapa hari lepas, saya nampak sesuatu tertulis di nota itu. Ia berbunyi begini:

Semasa hari jadi Fatimah:
Hello Kitty 2
Barbie 1
Uh oh.

Ini bulan April. Itu bulan Ogos. Maju sekali pemikiran kamu ya, Fatimah?



Read more...

Kaki Kipas.

>> Thursday, February 21, 2013

Ameer boleh dikatakan sebagai pengamal teknik memuji-muji. Setiap hari, ada saja pujian yang diberikannya. Hasilnya? Kita nak marah pun tak jadi :-p

Perbualan ini masih segar di ingatan sebab baru saja berlaku semalam.

"Mama, kari yang Mama masak memang lagi sedap daripada yang di kedai. Saya suka kalau Mama masak."
"Mana ada Mama masak. Abah yang beli."
"Patutlah saya rasa macam kari Restoran Hakim."

Sudahlah kuat bodek, pandai spin pula! Dasar politician!

Read more...

Si Budak Kumal Penjual Buku.

>> Friday, February 08, 2013

Tok, tok, tok.

"Assalamualaikum!"

Eh, siapa pula datang petang-petang ini? Nak kata budak-budak balik dari sekolah agama, bukan suara Ameer atau Fatimah.

Kuintai dari balik langsir. Seorang kanak-kanak lelaki berjubah kelabu sedang berdiri di hadapan pintu. Bahunya menyandang beg yang lusuh. Tangannya pula memegang beberapa buah buku. Aku bersegera ke bilik untuk memakai jubah dan tudung.

Kemudian, kuintai lagi. Budak itu masih berdiri di situ. Kebetulan pula, Ameer dan Fatimah baru balik. Mereka pun menyapanya. Apabila mengetahui tujuan budak itu, Ameer terus mengetuk pintu.

"Assalamualaikum, Mama! Ada orang jual buku, Mama."
"Waalaikumussalam."
"Makcik, saya jual buku, Makcik."

Bau peluh menerjah hidungku. Aduhai kasihan, entah berapa lama dia berjalan. Ditambah lagi dengan tengiknya bau baju kumal yang entah berapa kali diulang pakai. Mataku melirik buku-buku di tangan. Ah, buku-buku yang biasa dibawa oleh penjual buku jalanan. Apa lagi kalau bukan himpunan solat sunat dan doa-doa harian.

Aku kemudiannya menarik satu buku yang mempunyai tiga judul. Hah, menarik sekali bukan? Tajuknya 'Ubat-ubatan Tradisional Melayu', 'Doa-doa Penawar Penyakit', dan 'Rahsia Kebaikan Surah Al-Fatihah'. Buku ini memang belum ada lagi. Selalunya kalau ahli keluarga ini jatuh sakit, aku tanyakan saja kepada Pakcik Google.

"Berapa harganya?"
"Ini..." Dia membelek harga di belakang buku. Tertulis di situ RM22.50 di atas stiker putih menutupi harga sebenar. Sebagai orang yang selalu membeli buku, aku tahu harga itu telah di mark up ke tahap ridiculous.

"15 ringgit sajalah, Makcik." Masih lagi harga yang telah dinaikkan lebih tinggi.

"Sekejap, ya."

Aku menyelongkar dompet.

"Belilah, Mama." Ameer memandangku dengan penuh harapan. Aku memandang wajahnya yang minta dikasihani bagi pihak si budak penjual buku. Dengan harga yang sengaja dinaikkan begitu, hatiku berbelah bagi. Tapi bagaimana mahu menolak seorang kanak-kanak yang melihat kamu sebagai ibunya yang hebat dan memandang kamu dengan wajahnya yang polos dan suci? Lagipun, penat si budak penjual buku itu berjalan ke sana sini. Usianya mungkin sebaya Ameer. Bayangkan kalau Ameer yang terpaksa berbuat begitu untuk sesuap nasi. Dan entah, berapa banyak adik-adik yang menanti di rumah.

"Mama tiada duit kecil. Boleh pinjam duit tabung Ameer dengan Fatimah dulu?"

"Boleh!" Fatimah terus ke tingkat atas mengorek tabungnya.

"Saya cuma ada lima ringgit, Mama!" dia meneriak dari atas.

"Tengok tabung abang. Duit abang banyak," Ameer menyahut.

"Ini duitnya, Mama." Fatimah menghulurkan satu keping not sepuluh ringgit dan lima keping not seringgit yang renyuk kerumuk.
"Berapa? Duit Fatimah lima ringgit, duit abang sepuluh ringgit?"
"Ya, Mama."
"Baiklah, terima kasih."

Aku kembali ke muka pintu.

"Lima belas ringgit, ya? Makcik beli."
"Terima kasih."

Selepas budak itu berlalu, Ameer memandangku dan berkata, "Mama memang baik." (Teknik memuji-muji, nampak?)

Padahal, kamu dan adik perempuan kamu itu yang baik.

Read more...

Perang Mulut.

>> Tuesday, February 05, 2013

"Mama, saya takutlah kalau-kalau besar nanti, Aliyah jadi macam saya."
"Macam Fatimah itu macam mana?"
"Gemuk!" jawabnya terkekeh-kekeh. Matanya mengecil, pipinya tersembul, giginya nampak.

Tiba-tiba ada suara menyampuk.

"Tak solat. Suka drama. Sikit-sikit menangis."

Uh-oh. Ini mengundang perang.

"Eleh, Ameer itu. Kuat kentut. Asyik main game tak henti-henti." Tangannya siap menunjuk gaya bermain game.

"Tak solat lagi teruk!"

"Kentut di khalayak ramai lagi memalukan!"

Tak menahan :-p

Read more...

Si Kenit vs Si Tembun.

>> Friday, December 14, 2012

Ini adalah Maryam pada Mac 2012.

Yang ini pula Maryam pada Disember 2012.

Bagaimana seorang kanak-kanak boleh bertukar dari si kenit kepada si tembun dalam masa beberapa bulan?

Eh, eh. Itu macam robot lego saja? Aha.... tunggu!

Read more...

Always Up-to-date.

>> Thursday, August 30, 2012

"Fatimah mana, Meer? Tak nak makan?"
"Atas, kot."
"Tolong panggilkan adik."
"Fatimah, turun makan!"

Allahu Akbar, Ameer. Kalau setakat menjerit, suara Mama lagi kuat. Sabar sajalah.

"Fatimah, buat apa kat atas itu? Turunlah, Mama suruh makan. Nanti lambat pergi sekolah agama."

Panjang lagi skrip si abang terpekik terlolong memanggil adiknya. Aduhai, malulah dengan jiran belakang rumah.

Setelah nak tercabut anak tekak si abang memanggil, barulah Fatimah turun terkedek-kedek. Nampak saja muka adiknya, tak habis-habis mulut si abang menceceh.

"Fatimah buat apa? Ha, tengok youtubelah itu. Video lagu-lagu mat salih, kan? Justin Bieberlah, Lagy Gagalah. Tak pun, tutorial mekap-mekap."

Dengan wajah selamba dan nada bersahaja, Fatimah menjawab, "Taklah, Gangnam Style."

Gangnam style apakah? Oh. Nampaknya anak daraku ini lebih tahu perkembangan semasa berbanding emaknya :-p

Malas nak google apakah itu Gangnam Style :-p

Read more...

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP