Mata Bionik.
>> Wednesday, October 02, 2013
Bahawa tenungan mata saya yang tajam dan berkuasa dapat melicinkan baju-baju ini.
Beberapa minit telah berlalu.
Usah mengharap yang bukan-bukan.
Jalan terus. Bertindak.
Read more...
Bismillah.
Ini entri yang tidak popular. Mohon maaf andai mencederakan perasaan tuan puan. Tapi, hati saya meronta-ronta nak cakap.
Apabila terdengar berita kes kematian bayi di taska atau tempat
pengasuh, antara komen yang diberi adalah, "kita bayar upah mahal-mahal,
tapi buat kerja cincai." Ditambah lagi dengan caci maki sumpah seranah.
Izinkan saya bertanya, mahal itu berapa? RM200, RM300, RM400 sebulan?
Izinkan saya bertanya lagi, mahukah tuan puan menjaga bayi orang lain
dengan upah RM200, RM300, RM400 sebulan, kalau tidak kerana terpaksa
atas desakan hidup?
Jujur cakap, jaga anak sendiri pun adakalanya saya rasa nak hentak kepala di dinding.
Pendapat saya, kita hanya layak memberi komen sebegitu jika membayar
upah yang betul-betul sepadan dengan tugas mereka yang sepatutnya
menjadi tanggungjawab kita.
Ini tak bermaksud yang saya setuju
pengasuh menjaga anak-anak dengan cincai. Amanah tetap satu amanah.
Kerja hendaklah dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk
mendapat keredhaan Allah.
Cumanya, saya ingin menyentuh tentang
sikap kita sebagai ibu bapa. Anak-anak adalah amanah kita sebenarnya.
Kurangkan sikap berkira untuk mendapatkan bantuan pengasuhan yang
terbaik. Kerana kita bayar mereka, kita fikir kitalah bos.
Bukankah kita sendiri yang tak sanggup, atau saya lebih suka kata belum
boleh, berhenti kerja atas alasan dan sebab tertentu? Sebenarnya,
merekalah penyelamat kita kerana mahu menjaga anak kita.
Maka,
hargailah mereka dan bantulah mereka menjalankan tugas mereka. Kalau
tidak boleh dari segi material, bantu dari segi lain. Jaga tutur kata,
jaga sikap, berikan motivasi agar mereka terdorong untuk melakukan kerja
dengan baik.
Adakalanya sesetengah kita, sekurang-kurangnya saya sendiri, mencari silap orang untuk menafikan kesilapan sendiri.
Sekali lagi, saya mohon maaf. Astaghfirullah.
3 ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap Muslim:
Yang pertama, ilmu tauhid iaitu tentang ketuhanan.
Kedua, ilmu tasauf iaitu tentang penyucian diri.
Dan ketiga, ilmu syariah iaitu tentang 'the rules and regulation of Islam'. Aiseh, terperasan Mat Salih pula tiba-tiba.
Ceramah Ustaz itu punyalah panjang, tetapi yang masuk dalam kepala otak cuma ini saja. Itulah, suka sangat menyandar di dinding. Kepala pun menerawang ke sana ke sini. Tapi Ustaz cakap, majlis ilmu itu umpama taman-taman syurga. Siapa pergi ke majlis ilmu, mendapat rahmat. Tidur pun tak mengapa bak kata Ustaz. Pergh, cayalah! Tidur pun dapat rahmat!
Berbalik hal ilmu yang wajib dipelajari itu, hhmmm... macam tak lepas saja. Zaman dulu-dulu, ada belajar tauhid. Masa di sekolah agama Johor dulu. Alah, masa budak-budak. Apalah yang faham sangat. Samalah dengan tasauf. Entah apa yang kitab bertulisan jawi itu cakap, bukannya faham sangat. Menghafal saja kerjanya. Asal lulus periksa kaedahnya. Itu belum cerita lagi bawa toyol masuk dewan peperiksaan. Mentang-mentang sekolah agama saja :-p
Saya belajar di sekolah agama sampai Darjah 5 saja, sebab selepas itu, saya masuk ke Sekolah Tun Fatimah. Kalau Darjah 5, maknanya kitab Mutlaal Badrin hanya sempat baca sampai bab munakahat. Jinayat diajar di Darjah 6 dan Darjah Khas. Tapi sebenarnya, kalau nak sambung selepas SPM pun tak mengapa, sebab sekolah agama Johor tiada had umur sebab selagi tak lulus satu darjah, tak boleh naik kelas.
Jadi, soalan saya, di mana boleh belajar Tauhid dan Tasauf ini? Tapi kalau boleh, janganlah yang yurannya ribu-riban. Manalah saya mampu tsk tsk.
Agak-agak kalau ikut kelas Perkim, ada orang pandang hina tak? Tsk tsk.
[2]Haji Mad bekerja luar daerah sejak Ahad lepas. Tanduk pun naik. Isnin dan Selasa tak ke Kuliah Maghrib.
Semalam Ameer dan Fatimah sibuk nak ke surau. Saya jawab,"Alah, Ameer kan periksa." Dua-dua memuncung. Fatimah cakap, "Tapi, saya nak main dengan kawan-kawan." :-p
Apabila saya fikir-fikirkan balik, astaghfirullah, apa yang saya dah buat? Saya tanamkan di fikiran anak-anak bahawa lulus periksa itu lebih penting dari pergi ke surau. Tsk tsk.
Padan muka Maryam buat hal di setiap malam yang saya ponteng.
:insaf:
Ustaz Halim Din:
"Nabi Muhammad s.a.w tak kata Malaysia, Libya, Mesir, Arab Saudi, Somalia, atau Somalia. Nabi Muhammad s.a.w. sebut secara general. Jadi siapa yang terasa dengan hadis-hadis, memang padanlah muka."
Dr. Abdul Basit:
"Kalau masalah kesihatan, kita ajukan soalan kepada doktor. Kalau masalah kejuruteraan, kita ajukan soalan kepada jurtera. Tetapi, apabila tiba masalah agama, kita tanya orang-orang di tepi jalan hingga mendatangkan fitnah kepada agama."
Lebih kurang begitulah kata mereka. Geng-geng Seksyen 7 jomlah beramai-beramai ke Surau At-Taqwa Seksyen 7 setiap Maghrib dan Isyak kerana ada Kuliah Maghrib.
Aduh, tak sempat dengar sampai habis kuliah Maghrib semalam. Tiba-tiba pula si Maryam buat perangai. Malu acik dengan lolongan yang bernada tinggi itu :-p
Apa pun, dapat sikit pun jadilah, ya tak?
Tawadduk itu ertinya merendah diri. Ada 7 golongan yang perlu berhati-hati menjaga hati mereka, sebab sukar bagi mereka untuk bertawadduk.
Yang pertama, orang yang kaya.
Yang kedua, orang yang berpangkat.
Yang ketiga, orang yang berketurunan baik.
Yang keempat, orang yang memiliki kepandaian.
Yang kelima, orang yang memiliki kelebihan pada tubuh badan.
Yang keenam, orang yang berusia.
Yang ketujuh? Tak sempat dengar he he he.
Jadi, adakah kamu termasuk dalam enam golongan tersebut?
p/s: Puan Hanis, saya tak boleh tulis komen di blog puan tapi memang cambestlah doa yang puan kongsikan :-)
Segalanya bermula gara-gara tak sempat memasak untuk berbuka puasa. Maryam pula berdrama mahu ikut abahnya ke surau. Lalu kami anak beranak pun pergilah berbuka puasa di surau.
Kalau dah berbuka puasa di surau, maknanya solat Maghrib pun berjemaahlah di surau. Dan malu sangatlah kalau makan percuma mahu, tapi solat isyak dan terawikh tak mahu. Jadi kiranya, bolehlah dikatakan terpaksa pada mulanya.
Kemudian, Surau At-Taqwa Seksyen 7 Shah Alam membuat kepelikan. Dengar-dengarnya, seluruh Selangor pun begitu. Selepas 4 rakaat solat Terawikh, berhenti sekurang-kurangnya 30 minit untuk mendengar ceramah. Kemudian, barulah disambung hingga 8 rakaat. Selepas itu, ikutlah jemaah surau mahu balik rumah atau sambung hingga 20 rakaat. Pihak surau pun menjelaskan bahawa, kalau solat Terawikh itu dianjurkan, majlis ilmu lebih-lebih lagi dianjurkan di dalam Islam.
Sudah adat di Malaysia, kalau solat Terawikh, memang berbondong-bondonglah orang ke masjid dan surau. Jadi saya rasa, memang bijaklah pihak surau/masjid selitkan majlis ilmu di masa-masa ramai orang ke surau/masjid. Saya harap surau/masjid di seluruh negara buatlah seperti ini pada tahun hadapan kerana memang ada hikmahnya berada di majlis ilmu.
Selepas kali yang pertama itu, saya merasa seronok. Apabila tahu berada di majlis ilmu dapat lebih markah, saya rasa syok sebab punyalah mudah. Sebab dalam hadis cuma dinyatakan 'berada di majlis ilmu', dengar atau tak, faham atau tak, tak jadi hal. Rupa-rupanya, dari tidur-tidur ayam ketika mendengar ceramah, lama-lama timbul keinginan untuk dengar betul-betul. Dari dengar betul-betul, timbul keinginan untuk buat. Dan dari situ, timbullah keinginan untuk menjadi lebih baik.
Semalam, timbul pula keinginan untuk berkongsi ilmu dengan rakan-rakan, sebab ustaz semalam cakap, "Saya datang sini untuk cari makan...untuk kubur saya. Kalau seorang yang dengar ceramah saya pun jadilah."
Apa pun, buat masa ini, saya belum lagi mengimpikan syurga [belum layak]. Saya cuma mahu jadi manusia yang lebih baik. Mungkin inilah yang dikatakan kembali kepada fitrah. Iaitu, semua manusia mahu menjadi baik.
Harap dapat sokongan kawan semua :-)
Intipati kuliah Maghrib di Surau At-Taqwa malam tadi. Enam pesanan Imam Al-Ghazali kepada wanita untuk menjaga kesejahteraan keluarga:
1. Solat di awal waktu
2. Baca Al-Quran setiap hari walaupun sedikit. Rekomendasi Imam Al-Ghazali, lapan ayat.
3. Baca sepotong Hadis setiap hari.
4. Ajar doa-doa harian kepada anak-anak.
5. Hidup sederhana.
6. Sentiasa memberi peringatan/motivasi.
Insya-Allah akan dimasukkan dalam KPI :-)
Dua tiga hari lepas, saya membaca blog Prof Kamil. Dah lama tak baca. Sekali sekala membaca, ada saja manfaat yang saya dapat. Paling saya teruja, konsep 'berkelah' di bulan Ramadhan.
Semalam, nak dijadikan cerita, malas sangat nak masak berbuka. En. Ahmad pula beli maggi goreng untuk anak bujang, mihun goreng untuk anak dara, dan nasi kerabu untuk diri sendiri. Untuk isteri tersayang? Tiada. Tsk tsk.
Pemberitahuan: Tak beli sebab tahu isteri banyak songeh bab makan. Apabila ditanya, dijawab, belilah apa-apa, tapi apabila dibelikan apa-apa, disoal, beli ini? Tak sengal begitu?
Dengan titisan air mata bercucuran di pipi [bukan kisah benar, sekadar penyedap cerita saja], saya pun menggoreng nugget beberapa minit sebelum azan maghrib dilaungkan. En. Ahmad pula sudah di pintu hendak ke surau. Maryam, seperti biasa, macam tahu-tahu ayahnya nak keluar. Kawan itu sudah di luar pintu, dan begitu berazam untuk mengikut.
Malas nak bergaduh dengan si kecil di saat genting, saya pun pakai jubah, tudung 'arianu', bawa segala bekal makanan dan minuman, maka kami sekeluarga pun berbukalah di Surau At-Taqwa. Pergh! Best rupanya! Cuma, agak malu-malu dengan geng surau. Almaklumlah, muka yang setahun sekali saja muncul di surau :-p
Insya-Allah, bolehlah buat selalu :-)
"Bulan-bulan puasa ini, Mercedes dengan BMW saja menjalar di Surau Mawaddah itu."
"Mereka itu bijak. Bulan puasa inilah mereka banyak beramal jariah. Kan 70 kali ganda ganjaran? Sebab itulah orang kaya semakin kaya."
"Ooo... 70 kali ganda, ya? Patutlah Pak-pak Arab maha dahsyat kayanya. Mereka kan suka belanja makan masa bulan puasa. Belanja pula bukan yang cikai-cikai, mesti nasi beriani kambing punya."
Inilah rahsianya, ya adik-adik, kakak-kakak, kenapa kita ini kayap sedangkan mereka itu kaya raya. Sebab kita ini punyalah kedekut nak bersedekah, takut duit habis. Mereka pula tak segan silu bersedekah, tapi duit mereka tak habis-habis malah bertambah. Misteri ini, Pakcik Robert Rich Dad Poor Dad yang bukan Islam pun tahu. Siap tulis dalam buku lagi, walaupun dia sendiri tak tahu kenapa jadi begitu. Pakcik, jawapannya ada dalam al-Quran, ya? Rajin-rajinlah pakcik menelaah.
Oleh itu, jomlah kita pun sama bijak dengan orang-orang yang bijak di bulan puasa. Marilah kita bersedekah sebanyak boleh. Ada banyak cara kita boleh bersedekah. Antaranya, jengok sini:
Sumbangan untuk Iftar Warga Emas
Yayasan Al-Ijabah
Fund Raising Iftar for Pusat Jagaan Siti Noraini
Semoga kita mendapat manfaat.
Eh, aku yang kecoh-kecoh konon alim sangat ini dah sedekah kah? Tsk tsk.
"Helo, Tini. Ini Salinalah!"
"Salina? Salina mana?"
"Hai, Salina, Salina..."
Talian terputus. Salina? Kebetulannya! Saya memang dah lama cari Salina. Cari di Facebook tiada. Di Google pun tiada. Tapi, apa hal Salina telefon tengah malam buta? Saya tengok jam. Dah nak 12 malam. Salina yang saya kenal, ada kelas. Dia takkan telefon orang waktu-waktu pelik macam ini.
SMS masuk.
Tini, kenapa putuskan call? Salina ini.
Salina Rahim? I ingat u yang putuskan.
Yalah. Line x berapa clear kot. Di mana skrg?
Shah Alam, seksyen 7. Mana kau hilang, beb? Kat facebook pun takde.
Ina ada masalah dengan ayah mertua ina tu... gatal sgt.
Bila masa kau kawin? Aku tak tahu pun.
Eh bukan ayah mertua ina, tapi ayah mertua kakak ina.
Takpelah, rasanya tak patut saya cerita kat kak.
IKIM FM, Radio Pilihan Anda. Tentunya, pilihan saya juga :-)
Beberapa hari lepas, saya mendengar bual bicara bersama Mohd Amin di IKIM FM dalam kesesakan di sekolah agama Ameer. Mohd Amin adalah seorang muallaf berbangsa Cina. Mendengar kata-kata Mohd Amin yang teratur, penuh kasih sayang dan keikhlasan, rasa macam nak nangis saja.
Ketika itu, dia ditanya tip-tip bagi non-muslim untuk membantu mereka mendapat hidayah memeluk Islam. Saya kongsikannya di sini kerana walaupun kita dilahirkan Islam, tak semestinya kita sudah pun menemui atau mengenali tuhan. Tsk.
Katanya begini.
Pertama, tanya diri sendiri apa tujuan kita hidup di dunia ini. Kita hidup di dunia ini untuk apa?
Kedua, tanya diri sendiri apabila kita mati kelak, ke mana kita pergi.
Ketiga, tanya diri sendiri bagaimana dunia ini boleh wujud.
Nasihat Mohd Amin, carilah jawapannya sendiri. Bacalah kitab-kitab semua agama yang ada di dunia ini dengan hati yang terbuka dan ikhlas, dan lihatlah mana yang dapat memberi jawapan yang jelas tentang soalan-soalan ini.
Kata Mohd Amin lagi, dunia ini pentas ujian, manusia akan sentiasa diuji, kita akan berhenti diuji apabila kita mati, maka hadapilah hidup ini dengan tabah.
Moga dapat membawa manfaat kepada kita semua.
Mohd Amin, pasti ada kesilapan saya dalam memetik kata-kata awak, jadi saya harap awak maafkan saya --> bunyi macam sarikata cerita Korea, ya saya baru siap menterjemah satu drama :-p
Pagi tadi, saya ke kedai Pak Aji. Hajatnya nak cari ikan tak laku. Intai-intai, ikan tak laku belum dijual. Intai pula ikan baru. Tengok harganya paling murah pun RM8+ sekilo.
Kemudian, masuk Mydin pula. Pek paling murah RM2.31 untuk tiga ekor ikan. Intai rak tin sardin pula. Tin kecil paling murah RM1.45. Tak berbaloi. Sikit sangat untuk beberapa ekor kucing.
Akhirnya, saya balik tangan kosong.
Tak sampai 12 jam, sudah dapat balasan dunia. Mula-mula, datang orang kitar semula. Mereka perlukan barang-barang untuk dikitar semula untuk menanggung rumah anak yatim dan rumah orang tua. Selain itu, minta donation. Pada masa yang lain, wanita mengendong anak memberi salam. Tangannya menunjuk ke mulut. Kemudian, pergi ke kedai, teringin siakap bakar. Apabila sampai di kaunter, terkebil-kebil macam cicak berak kapur. Rupanya, seekor berharga RM20.
Astaghfirullah. Kerana sayangkan duit tak sampai RM1.45 untuk belanja kucing kurap makan, Allah takdirkan saya keluar duit lebih banyak. Insaflah saya.
Mujurlah Allah mengingatkan saya dengan bersedekah juga. Kalau kereta rosak atau ditimpa bencana, erk!
Pertama kali dengar lagu 'Al-Hayyawanat' di radio IKIM. Terus Ameer suka. "Wow, Bahasa Arab!" katanya. Saya perasan, walaupun Ameer seorang gamer tegar, minatnya lebih ke arah itu. Ujian Bahasa Arab selalu mendapat 90% ke atas. 100% pun banyak kali juga. Jadi, apabila dengar lagu-lagu Bahasa Arab, memang layan habis!
Kemudian, selalulah dengar berkumandang di radio IKIM. Dok terfikir, bagaimana mahu dapatkan lagu itu. Kotlah ada di laman web IKIM. Tup-tup, dengar rancangan di radio IKIM berkenaan lagu ini. Edaran Saffron Marketing rupanya!
Menariknya, lagu-lagu ini adalah ciptaan seorang pensyarah bahasa Inggeris yang tiada kena mengena dengan Bahasa Arab. Kisahnya, dia mahu belajar Bahasa Arab tetapi tiada kawan untuk berlatih bercakap dalam Bahasa Arab. Jadi, dia buka kelas Bahasa Arab untuk kanak-kanak supaya dia ada geng beregu. Dan, dia dapati kanak-kanak lebih mudah belajar dengan menyanyi. Lalu, dia pun ciptalah lagu-lagu ini. Haaa.. begitulah ceritanya.
Semalam sudah pun mendapatkan maklumat bagaimana mendapatkannya. Insya-Allah, saya hendak ke Saffron Marketing rabu hadapan. Ada geng yang mahu juga? Harganya hanya RM20. Berbaloi rasanya melabur RM20 untuk pendidikan anak-anak. Lagipun, kita pun boleh belajar sekali. Tidaklah terkulat-kulat, terkebil-kebil kalau ditanya, "Mama, kabiratun itu apa?" Masyuuukkkkk lagu-lagunya, tau!
Jika hendak, bolehlah tinggalkan komen. Nanti saya belikan sekali, insya-Allah.
Pastinya semua orang mahu bahagia. Tidak akan ada yang kata, aku tidak mahu bahagia. Tetapi, dapatkah semua orang menjumpai kebahagiaan itu?
Sesiapa pun boleh bahagia jika memilih untuk bahagia. Bahagia itu satu pilihan.
Menurut kata ustaz di rancangan Al-Hijrah tengah hari semalam, bahagia itu datang dengan dua cara. Pertama, dengan bersyukur. Dalam keadaan apa pun, mesti bersyukur. Kaya, syukur. Miskin, syukur. Senang, syukur. Susah, syukur. Sihat, syukur. Sakit, syukur. Begini, baru boleh bahagia.
Kedua, dengan berlapang dada. Dalam hal apa pun, sering berlapang dada. Orang sakitkan hati kita, berlapang dada. Anak degil tidak mahu mendengar kata, berlapang dada. Barang kita dicuri orang, berlapang dada. Ingatlah bahawa dunia ini pentas ujian. Objektif penciptaannya memang untuk itu. Jadi, usahlah difikirkan sangat. Berlapang dadalah selalu. Begini, baru boleh bahagia.
Semoga kita mendapat manfaat.
Malam semalam, Maryam muntah-muntah dengan teruk. Minum sikit, muntah. Aduh, panik sekejap. Nak ke klinik, sudah malam dan takut muntah pula dalam perjalanan. Satu hal mahu menguruskan najis. Nak telefon talian hayat, i.e. ibuku yang bagaikan buku bergerak, awal lagi sudah lena diulit mimpi kerana mahu tahajud sepertiga malam katanya.
Di saat-saat beginilah achik kasih dan sayang akan Pakcik Google. Achik tanya kepadanya, "Wahai Pakcik Googleku sayang, apakah petua untuk menghilangkan muntah-muntah bagi kanak-kanak?" Itu bahasa Melayunyalah. Yang sebenar, achik tanya dalam bahasa Inggeris. Sebab budaya bangsa maju, mereka memang suka menulis hatta hal-hal remeh sekalipun. Tanyalah, pasti ada jawapan mereka.
Salah satu jawapan yang achik temui, begini bunyinya,
It is associated with other underlying conditions. Simple vomiting due to indigestion is easily relieved by smelling half a lime. Drinking a glass of lime juice also proves beneficial. A teaspoon of ginger juice with honey aids in proper digestion and averts nausea. Rest is vital in recovery. Increase the intake of liquids and water, as vomiting results in dehydration. Fruit juices replace the lost electrolytes, vitamins and minerals. Oral rehydration solution helps in the maintenance of electrolyte balance. Sip a glass of warm water with two teaspoons of honey in it. A cold compress on the head keeps the child better. Avoid solid and fatty foods. Ginger tea stops vomiting immediately. A mixture of a teaspoon of mint and lime juice each, with half a teaspoon of ginger juice and honey is an effective technique to curb vomiting and nausea. Dry roasted cardamom seeds are powdered and consumed with honey.
I’m not sure what the public thinks of me. But I think I did the right thing. I have no regret in pursuing the case. Everybody needs to know the truth. Darren’s wife needs to know the truth. She deserves to know what her husband was up to. I was not trying to ruin their marriage. Whether or not their marriage (survives the scandal), it is for them to work it out.
It was just like when they found out about my affair (with Serena, a GRO in China). I admitted to Daphne, I said sorry to her and I put everything behind me and tried to make my marriage work. I resigned from my job in China and returned to Malaysia. But by then, she had found someone else.
Tarikh ini. Tarikh istimewa. Satu, hari keputeraan Rasulullah. Kedua, hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-9 :-)
Ia tidak diraikan. Malah, cincin tunang sudah hilang dirampok orang. Gelang kahwin pula entah ke mana dihilangkan Fatimah [anak bertuah!]. Terus terang cakap, tiada benda yang boleh dijadikan kenang-kenangan. Tidak mengapalah. Apa dikenang kisah yang lalu. Kerana yang ada sekarang sudah cukup membahagiakan :-)

Maybank
A/c No: 162339053638
A/c Holder: Hartini Dewi Mohd Basir
CIMB
A/c No: 04060001631525
A/c Holder: Hartini Dewi Mohd Basir
Uh oh sepatutnya saya menyunting manuskrip yang diberikan deadline minggu depan, tapi dek terlalu mengantuk membaca, saya fikir menulis blog boleh membantu saya kembali cergas :-)
Hari ini saya mahu bercerita tentang bersangka baik. Sejak kecil lagi, Abah selalu cakap, "Bersangka baiklah, tak elok kita sangka buruk kat orang." Sampailah saya dewasa, melekat di dalam diri. Jadi, kalau orang bawa berita tak elok tentang seseorang, atau saya sendiri terkena oleh sesiapa, terdengarlah bunyi loceng bas di kepala dan berkumandanglah kata-kata keramat ini di ingatan.
Namun, ada juga yang kata, hendak sangka baik apa lagi, kalau depan mata kita, si polan buat benda tak baik. Ha, betul juga. Tapi, apabila saya fikirkan lagi, kalau kita tidak mampu untuk bersangka baik terhadap manusia, sekurang-kurangnya kita bersangka baiklah terhadap Allah. Kan Allah dah kata, patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman," sedang mereka tidak diuji? Jadi, kita anggap sahajalah orang yang berperangai tak elok itu sedang ditimpa ujian. Dan sebenarnya, kita juga sedang diuji. Satu lagi, kan Allah dah janji, Dia tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
Maka, bersangka baiklah kita kepada Allah. Apa sahaja yang berlaku terhadap diri, sangkalah bahawa itu yang terbaik. Kerana Allah tahu apa yang terbaik buat kita.
Saya ada satu kisah untuk dikongsi yang berkaitrapat dengan bersangka baik terhadap Allah. Seperti yang pembaca budiman sedia maklum, kami ada rumah teres setingkat di Seksyen 14, Petaling Jaya. Apabila kami berpindah ke Shah Alam, rumah itu perlu kami sewakan untuk menampung pembayaran pinjaman bank. Alhamdulillah, sebaik mengiklankannya di www.mudah.my, ramai yang menelefon. Akhirnya, rumah itu dijanjikan untuk sekumpulan gadis, bermula Disember 2010.
Kami pun pulun habis-habisan mengemas rumah. Sebenarnya masa sangat suntuk, tetapi memandangkan kami sudah berjanji, ia mesti dikota. Selepas barang-barang dipindah, kami panggil Bangla untuk mencuci rumah itu. Seminggu sebelum masuknya bulan Disember, saya mesej untuk memaklumkan pemberian kunci rumah. Tiada respons. Saya sangka mereka tak sempat membalas kerana berada di kampung menyambut hari raya. Beberapa hari sebelum dijanjikan, saya telefon berkali-kali tapi tidak diangkat. SMS pun tak dijawab. Aduh, kenapa pula? Tak jadi sewakah?
Akhirnya, pada hari yang dijanjikan, mereka sekadar sms, memohon maaf. Benar tekaan saya. Mereka tak jadi sewa kerana awalnya lima orang mahu menyewa, akhirnya tinggal dua sahaja. Mulanya saya mahu mengamuk kerana terlepas banyak prospek dan rugi perlu membayar pinjaman bank bulan itu, tapi hati saya cepat memujuk. Tak mengapalah, pasti Allah mahu beri saya penyewa yang lebih baik daripada mereka. Redhokan sahajalah.
Masya-Allah. Janji Allah itu memang benar. Tidak lama selepas itu, kami dihubungi oleh CEO sebuah syarikat yang mahu menyediakan penginapan untuk pekerjanya. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Insya-Allah, kalau disewakan kepada syarikat, mungkin bayarannya jarang-jarang miss. Harapnya begitulah. Kontraknya pula dua tahun. Mereka juga mahu memasang penghawa dingin dan kosnya ditanggung oleh syarikat. [Harap tidak dicabut selepas dua tahun hoho!]
Haaa.... Bukankah lebih bahagia kalau kita bersangka baik sentiasa?
p/s: Menurut suami saya yang memantau kerja-kerja baikpulih rumah itu, ada tiga orang penyewa dan setiap orang satu bilik. Setiap bilik, lengkap dengan katil, almari dan juga TV!
Saya percaya, hari-hari yang kita lalui mempunyai makna. Saya percaya, jika kita mencuba untuk memahami setiap perkara yang berlaku kepada diri, hari yang dilalui tidak akan menjadi sia-sia. Saya percaya, kita akan lebih bahagia sekiranya kita mengetahui erti hidup.
Dahulu, saya suka berkongsi kisah dengan seorang rakan kerja. Kisah biasa-biasa saja, tapi jika kita cuba mendalami ertinya, ia boleh menjadi kisah luar biasa. Kini, antara saya dan dia, sudah dipisahkan oleh jalan hidup yang saya pilih. Dia masih di tempat kerja lama. Saya pula di rumah bergelumang dengan kerja dapur dan hal-hal menguruskan keluarga.
Alhamdulillah, kerana adanya internet, saya ada platform lain untuk berkongsi cerita. Tentu saja cerita saya sekadar hal keluarga, hal dapur, hal anak-anak. Itu sajalah kitaran hidup saya sekarang. Namun, seperti yang saya kata tadi, jika kita memahami erti hidup, kisah biasa boleh menjadi kisah luar biasa. Dan alangkah damainya rasa jika dapat berkongsi erti hidup yang kita fahami dengan rakan-rakan yang dicintai. Berkongsi itu ertinya berkasih sayang :-)
Harapnya pembaca budiman sudi dan suka membaca cerita-ceriti, perkongsian ilmu atau apa saja yang difikirkan bermanfaat yang dilabelkan sebagai "Kongsi Rasa" ^_^
© Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP