Showing posts with label Gila Buku. Show all posts
Showing posts with label Gila Buku. Show all posts

Mahu Buku.

>> Thursday, April 14, 2011

I need books. Tolong! Siapa yang ada banyak buku, tolonglah bagi pinjam kepada saya. Tapi, saya tak mahu penulis popular masa kini. Saya lebih suka akan cerita lama-lama, orang lama-lama. Tolonglah! Siapa ada novel zaman dulu-dulu, tolong pinjamkan kepada saya.

Teringin sangat baca Keluarga Guerila. Abah kata, buku setebal itu, ceritanya berlaku dalam satu malam sahaja. Tentu menarik!

Read more...

Tunjuk Minat Membaca.

>> Sunday, January 30, 2011

Sejak dalam pantang lagi, setiap kali menyusukan Maryam pasti ada buku di tangan. Tak kisahlah buku apa pun, leaflet jualan promosi di pasaraya pun jadilah, asalkan membaca.

Beberapa bulan yang lalu, Maryam mula merampas buku yang saya baca. Hish, geram betul! Setelah dimarah, matanya terkebil-kebil, muka terkulat-kulat dan mulut mulalah mencebik. Tak lama kemudian, dia sudah pandai mencari buku sendiri.

Kalau dia sibuk mencari buku di atas atau di dalam laci almari solek, maknanya dia nak tidur.

Gambar ini menjadi bukti :-)

Read more...

Komik Sains Ikhtiar Hidup.

>> Friday, January 28, 2011

Tempoh hari, kami singgah di MPH ketika membeli-belah di Giant Shah Alam. Dua orang kanak-kanak itu dibenarkan memilih satu buku seorang. Saya tidak ingat apa yang dipilih oleh Fatimah, tapi pastinya murah sahaja. Ameer pula memilih ensiklopedia berkenaan dinosaur yang berharga puluhan ringgit.

Erk!

Lari bajet Mama, Meer.

Alhamdulillah, mujur Mama jumpa komik ini.

Komik Sains Ikhtiar Hidup. 'Sesuai untuk Kanak-kanak Lasak dan Bijak' katanya. Memang sesuai, dik! Yang kami beli, siri Dunia Dinosaur Jilid 1.

Harganya tak sampai sepuluh ringgit pun. RM8.50 sahaja. Ha, murah bukan? Malah, saiznya sungguh bersesuaian untuk dibaca sebelum tidur. Sekarang, sudah menjadi habit Ameer, sebelum tidur mesti cari komik ini dahulu. Kemudian, jenuhlah Mamanya menjawab soalan-soalan berkenaan dinosaur, sedangkan faktanya sudah ada di dalam komik itu. Hish, suka betul tanya Mama perkara yang kamu sudah tahu! Terpaksalah Mama membaca untuk tambah pengetahuan, walhal Mama tak minat nak tahu pun :-p

Kini, Ameer sudah mula suka membaca sejak dibelikan komik. Tidaklah asyik menghadap komputer saja. Mama fikir, setiap bulan Mama mahu belikan satu sehingga cukup koleksi!

Terima kasih kepada Gempak Starz kerana menterjemah komik sains berbahasa Korea ini kepada bahasa Melayu. Usaha yang baik. Teruskan! Chaiyok, chaiyok!

Read more...

Ulasan Buku: Maryamah Karpov

>> Thursday, August 05, 2010


Saya andaikan pihak penerbit yang berkeras mahu buku ini dijudulkan sebegitu. Saya tidak mahu percaya si Andis yang bijaksana tidak terperi itu sanggup menjudulkan buku ini dengan watak yang hanya disebut dua kali di dalam buku setebal 471 halaman. Apatah lagi Maryamah Karpov itu, langsung tiada signikannya dengan keseluruhan cerita. Namanya sekadar disebut tanpa apa-apa perkembangan watak. Malah, si gadis pemain biola duduk bersimpuh di atas tanah berselerakan dedaun kering kekuningan di muka depan, bukanlah Maryamah Karpov. Tetapi, anaknya, Nurmi, yang gemar menggesek biola berdekatan Warung Apa Dikenang Lagi. Aduh, kalau Maryamah Karpov itu ada anak sebesar itu, jadi tentu sahaja dia sudah tua bukan? Betul kawan, dia itu seorang makcik. Jangan kamu berangan-angan si dia gadis berwajah rupawan bak rembulan dan bertubuh cantik bak kerengga.

Saya fikir, Mimpi-mimpi Lintang, adalah tajuk yang sepatutnya.

Apa pun, buku ini, saya suka! Saya sudah membaca Lasykar Pelangi. Saya tahu ramai orang menyukai dan menobatkannya sebagai buku wajib dibaca, tetapi pelik bin ajaib, saya tidaklah suka akannya sangat. Malah, awal lagi saya sudah tengok jawapan di halaman-halaman terakhir dan tidaklah beria-ia hendak membacanya sampai habis. Namun, Maryamah Karpov ternyata lebih menyengat. Humornya buat saya tertawa macam orang gila. Terutama ketika Andis menceritakan hal-hal absurd tentang perangai orang Melayu. Terkadang tersenyum, terkadang gelak besar dan setiap kali terangguk-angguk setuju. Juga, paling terkesan, cara dia membantai pemerintah dengan bersahaja.

Seperti Lasykar Pelangi, Maryamah Karpov mendukung semangat cita-cita, cinta, setiakawan dan ilmu. Berani bermimpi, berusaha dengan semangat kental, disertakan dengan ilmu, dan berserah kepada Tuhan, pasti mimpi itu bisa jadi kenyataan. Malah, tidak keterlaluan kalau dikatakan, gila juga perlu ada. Kalau tidak kerana gilanya si Ikal mahu membuat perahu sedangkan diri sarjana ekonomi yang tidak tahu apa-apa tentang perahu, tidak mungkin Mimpi-mimpi Lintang itu dapat siap malah mampu membelah ombak samudera. Kalau tidak kerana gilanya si Ikal menempuh gelora badai lautan dan bersemuka dengan lanun Selat Melaka yang terkenal jahat seantero dunia, tidak mungkin dia menemukan A Ling yang dicintainya separuh mati.

Namun, walau segala macam benda gila yang si Ikal sudah lakukan untuk mendapatkan cintanya, bagaimana penghujungnya?

Aduh Ikal, kenapa susah-susah mencari cintamu yang itu? Cari sahaja yang lain. Di Malaysia juga banyak cewek yang cantik-cantik persis Michelle Yeoh :-p

Nota kaki: Andis adalah nama timangan Andrea Hirata bagi Bu Muslimah dan kalangan Lasykar Pelangi yang sebenar.

Read more...

Jangan Biarkan Surau Ini Roboh.

>> Wednesday, June 30, 2010

Sedang membaca buku ini.



Bahasanya memang indah. Lebih indah daripada novel-novel Taufiqurrahman yang saya baca sebelum ini. Membuatkan saya malu dengan karya karangan terjemahan tahap-budak-sekolah saya itu.

Cumanya, baru setengah buku, saya sudah mula hilang sabar. Jam sudah 1.30 pagi, tapi jalan cerita yang menjurus ke arah tajuk buku iaitu 'Jangan Biarkan Surau Ini Roboh' tak kunjung tiba. Ceritanya melengah-lengah sekitar cinta Ibrahim, Sarah, Yusof, Partinah, dan ibu bapanya yang pilih kasih. Aduh, di mana perjuangan menjaga surau itu? Di hujung ceritakah?

Tak dinafikan bahasanya meruntun jiwa. Saya menangis. Tidak teresak-esak. Sekadar air mata mengalir di pipi. Bencinya hingus mula menutupi hidung, menyesakkan nafas. Saya mula menangis di halaman 87. Tidak ingat tentang apa pastinya, tapi berkisar Kiai Ahmad mungkin. Rasa cinta Kiai Ahmad terhadap suraunya, terhadap anak-anak muridnya, terhadap Ibrahim, terhadap Sarah, paling menyentuh perasaan saya. Juga rasa cinta Ibrahim terhadap Kiai Ahmad. Ini benar-benar cinta kerana agama. Kerana Allah.

Sudahnya, saya ke ofis dengan mata yang bengkak!

Read more...

Perindu Pelangi

>> Tuesday, June 01, 2010

Beberapa Sabtu yang lalu, saya mengikuti Bengkel Penulisan Novel Islami. Wah wah, mahu jadi novelis ya? Ah tidak. Buat masa ini, menulis novel tiada dalam perancangan. Otak saya tak sekreatif itu untuk memikirkan jalan cerita, plot, sub plot, hero, heroin, watak sampingan, konflik, penyelesaian bagi konflik dan macam-macam lagilah. Bikin pusing kepala aku aja, neng!

Saya pergi sekadar ingin belajar cara menulis secara formal. Disamping itu, dapat berkenalan dengan kawan baru. [Salah seorangnya, kakak seorang pengurus besar di syarikat saya!]

Ketika itulah saya mula tertarik dengan Perindu Pelangi. Menurut Pak Ya iaitu fasilitator bengkel, cerita berlatarbelakang negara Cina tapi penulisnya tak pernah pun jejak kaki ke Cina. Haa menarik bukan?


Balik dari bengkel, mulalah bersemangat untuk membaca lebih banyak buku dan novel yang bagus-bagus sebagai kajian. Tapi buntu, buku apa yang bagus dibaca? Jadi saya pun tanyalah pakarnya, iaitu Puan Mynie kita :-)

Rupa-rupanya Mynie juga menyarankan Perindu Pelangi. Nampaknya, ada jodoh jadi saya pun membelinya. Sampai rumah, cik abang mulalah tarik muncung panjang. "Tengok tu, Mama dah kena dadah!" katanya kepada Ameer dan Fatimah sambil mendukung Maryam. Hehehehe.

Oh saya suka, suka, sukaaaaa sangat. Bak kata orang-orang muda zaman sekarang ini, memang feel habis! Atau pun, terbaeekk! Ketika membaca, terasa macam diri berada di Cina. Paling saya suka, watak hero watak yang menonjol tetapi tidaklah digambarkan terlampau sempurna sampai kita tertanya, eh ada lelaki sesempurna ini dalam kehidupan sebenar? Bagi saya, watak terlalu hebat tidak lojik. Seperti soalan saya kepada Pak Ya,"Realitinya, manusia sempurna itu tiada bukan?"

Cuma, rasanya ada fakta-fakta Islami di dalam novel ini yang perlu dipastikan kebenaran. Terkadang ada bahagian yang buat kita keliru, "Eh, betulkah?"

Bagi peminat novel, bacalah novel ini. Ralit nanti. Bagai hisap dadah. Eh macam tau pula hisap dadah itu bagaimana hehehe.

Nota kaki: Jauhi diri dari dadah merbahaya.

Read more...

Trilogi Makrifat Cinta.

>> Monday, April 19, 2010

Sebelum Aini pergi mengerjakan haji, dititipkannya Trilogi Makrifat Cinta untuk kubaca. Aduh, beginilah seorang sahabat. BMku hancur, jadi disuruhnya banyak membaca biar pandai. Siap bagi pinjam buku lagi. Tapi bacaan asyik tertangguh. Alasan? Tak sampai seru :-p

Kalau nak tunggu seru, bila-bila pun takkan sampai. Kena berazam dulu. Bila dah berazam, usaha sampai akhir upaya. Berazam dan berusaha, ini konsep orang Tabligh. Kita pinjam konsep mereka. Sebab memang ada benarnya.

Alhamdulillah, hujung minggu lepas, dapat kuhabiskan ketiga-tiga novel. Sampai terabai kerja-kerja rumah. Sorry, boss! Syukur ada Melly datang mengemas di pagi ahad.

Verdictnya? Memang best! Segalanya berputar tentang cinta. Cinta kepada ibu, cinta kepada sahabat, cinta kepada sesama Muslim, cinta lelaki perempuan, dan total cinta kepada Tuhan.


Buku pertama, Syahadat Cinta, membicarakan tentang perjalanan Iqbal kembali kepada agama. Usaha yang pertama, pergi ke sekolah pondok di Tegal Jadin atas saranan ibunya. Dua bulan yang pertama hanya di suruh menimba air telaga. Bila dia bertanya bila boleh belajar solat etc., Kiai Sepuh suruh timba air lagi dua bulan. Kalau korang pun mesti fedap kan? Datang nak belajar solat, ambil wudhuk, mengaji Quran. Ada ke patut suruh ambik air je? Tak patut, tak patut.

Tapi tidaklah Allah menjadikan sesuatu itu untuk sia-sia kan. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Aktiviti menimba air mengajar erti kesabaran dan keikhlasan. Di samping itu, ia mengajar Iqbal untuk mengenal diri melalui pemerhatian terhadap alam. Bintang, langit, burung-burung, malam dan siang, pokok dan batu, menjalani takdir yang telah ditetapkan oleh Tuhan, dan tuhan alam pastilah sama dengan Tuhan manusia.

Namun, takdir menentukan Iqbal lari dari sekolah pondoknya untuk bertenang dan mencari kekuatan diri akibat satu peristiwa. Perjalanan Iqbal seterusnya menemukannya dengan Khaura, seorang gadis yang ingin dikahwinkan oleh orang tuanya dengan lelaki tidak dikenali, Priscillia, seorang gadis Kristian yang cerdas dan suka berdialog tentang agama, Makcik Jamilah, seorang ibu "miskin harta kaya jiwa" dan dua orang anaknya, Irsyad dan Fatimah, yang membantu Iqbal solat dan mengaji Quran.

Iqbal kemudiannya kembali ke Tegal Jadin dengan dirinya yang telah di"rebranding". Di Tegal Jadin, Iqbal mengenali Zaenab yang bisa membuat hatinya bergetar :ecewah: Tetapi ada peristiwa yang menyebabkan Iqbal terpaksa pergi dari Tegal Jadin dan mengembara semula di jalanan. Dan apakah itu? Jeng jeng jeng. You all silalah baca buku ni OK? Tak feel la kalau aku ceritakan semuanya :-)

[akan disambung]

Read more...

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP