Petua Hilangkan Muntah Serta Merta.

>> Sunday, March 27, 2011

Malam semalam, Maryam muntah-muntah dengan teruk. Minum sikit, muntah. Aduh, panik sekejap. Nak ke klinik, sudah malam dan takut muntah pula dalam perjalanan. Satu hal mahu menguruskan najis. Nak telefon talian hayat, i.e. ibuku yang bagaikan buku bergerak, awal lagi sudah lena diulit mimpi kerana mahu tahajud sepertiga malam katanya.

Di saat-saat beginilah achik kasih dan sayang akan Pakcik Google. Achik tanya kepadanya, "Wahai Pakcik Googleku sayang, apakah petua untuk menghilangkan muntah-muntah bagi kanak-kanak?" Itu bahasa Melayunyalah. Yang sebenar, achik tanya dalam bahasa Inggeris. Sebab budaya bangsa maju, mereka memang suka menulis hatta hal-hal remeh sekalipun. Tanyalah, pasti ada jawapan mereka.

Salah satu jawapan yang achik temui, begini bunyinya,

It is associated with other underlying conditions. Simple vomiting due to indigestion is easily relieved by smelling half a lime. Drinking a glass of lime juice also proves beneficial. A teaspoon of ginger juice with honey aids in proper digestion and averts nausea. Rest is vital in recovery. Increase the intake of liquids and water, as vomiting results in dehydration. Fruit juices replace the lost electrolytes, vitamins and minerals. Oral rehydration solution helps in the maintenance of electrolyte balance. Sip a glass of warm water with two teaspoons of honey in it. A cold compress on the head keeps the child better. Avoid solid and fatty foods. Ginger tea stops vomiting immediately. A mixture of a teaspoon of mint and lime juice each, with half a teaspoon of ginger juice and honey is an effective technique to curb vomiting and nausea. Dry roasted cardamom seeds are powdered and consumed with honey.

Uh oh. Achik suka dengan pernyataan ini --> Ginger tea stops vomiting immediately.

Uit, benarkah? Mari kita cuba. Lagipun, mudah saja membuatnya. Buat air teh, kemudian masukkan halia sebesar setengah ibu jari. Kemudian, berikan kepada Maryam. Minum perlahan-lahan ya, nak. Mukanya cuak juga, sebab takut muntah lagi. Tapi selepas beberapa sudu, Maryam berdiri tegak sambil kepalanya tunduk ke besen bersedia untuk muntah, tapi tak jadi. Lalu, dia sambung minum lagi.

Yahooooo! Menjadi!!! Alhamdulillah ^V^ Kemudian, dengan perut yang selesa, Maryam pun ajak Mama tidur hehehehe...

Oleh itu, ibu-ibu sekalian, kalau anak kita sakit, tak semestinya perlu ke klinik. Adakalanya penawar ada di rumah. Semulajadi lagi. Rajin-rajinlah bertanya kepada Pakcik Google. Kata kuncinya ialah Home Remedy, kemudian tulislah nama simptom atau penyakit. Insya-Allah, ada sahaja yang rajin menuliskan petuanya.

26 comments:

blogadmin 4:42 pm  

fuyyooo....hebatttt...saya tak tau punnn....

tq for the tipsss...sgt bagusss

Badariah 10:13 pm  

wah!!best info ni tini...tq ya..tini,alang2 ko dah try..teh tu campur gula x..

tinidewi 9:15 am  

hanis: kak memang lebih suka home remedy daripada pegi klinik :-)

bad: aku letak gula macam bancuh teh biasa. bezanya campak halia seketul je :-)

geeyahtahir 9:10 pm  

halia tu perlu ditumbuk tak?

DCM Maziah Moen 8:48 am  

Teh jenis apa?i mean brand apa?

Unknown 8:48 pm  

Baby 9bulan boleh ke

Unknown 1:23 am  

Zulaikha lagi 12 hari nak sambut birthday ke 3. Mak dia kerja shift malam. 4 kali muntah. Mungkin sebab petang tadi try makan ubi rebus. Mlm pulak minum teh tarik ayah dia. Dah puas sapu minyak saya pun Google. Alhamdulillah, teh halia + gula sikit memang mujarab. Terima kasih daun keladi.. :)

daengjulia 3:42 am  

Salam sister, alhamdulillah selepas saya berikan anak saya teh halia sikit, dia dh henti muntah dh. Dh lebih 6jam dari 7 mlm tadi, kejap2 dia muntah makan ubat dr, minum air, smua kua balik. Then google nampak ur posting. Saya kasi dia minum pakai straw sikit dan sejauh ni dia boleh tido dan tk muntah lagy. Harap sampai ke pagy muntahnya henti. Trima kaseh ye krane berkongsi petua ini.

Anonymous 1:52 am  

Ank sy umo 18..munth2 dr mghrb hg ke 130am. Sy dh risau..tringt nk google...search je tjuk petua tahan munth, trs nmpk petua u...cpt2 sy bt....alhmdulillah..dh senyp....tksih petua u, sis...mmg bkesan.

Anonymous 4:43 pm  

Assalam..mlm td sy yg htr komen atas tu...sy ingt blh lega bila ank sy dh brenti muntah..skjpnya brentinya..kul 2pg gitu munth blk sampai ke kul 6 gitu. Sy dh x thu nk bt apa...nk p hsptl x ada transport...sy tringt petua orgtua dl...tali ksut hitam...apalg..sy kuar rmh cr kasut yg ada tali hitam..nasib baik ada. Trs sy ikt kat perut dia. Dlm ms stgh jam gitu, trs baik..alhamdulillah...dgn izin Allah.

travelog siti 5:14 am  

Terima kasih atas perkongsian. Saya dah cuba tip ini minggu lepaa selepas muntah teruk awal kehamilan. 5 kali muntah sampaikan yg berdarah tekak..akhirnya jumpa perkongsian puan. Lepas minum perlahan-lahan, Alhamdulillah dgn izin Allah muntah berhenti.

Unknown 3:11 pm  

Bagus juga tips ni.klu berkesan mesti gembira.baru I bancuh bagi kpd anak menakan utk minum

Unknown 3:11 pm  

Bagus juga tips ni.klu berkesan mesti gembira.baru I bancuh bagi kpd anak menakan utk minum

Unknown 10:29 pm  

Salam..nk tnya tea tu kena campur gula ke

lovehijau 4:27 pm  

Alhamdulillah..satu perkongsian yang baik.Nanti nak cuba jugak juga petua nie jika berkesempatan.Halia memang antara herb yang baik

Anonymous 5:45 am  

Alhamdulillah... Petua yang mujarab dgn izin Allah

Anonymous 10:48 am  

Ikat di perut atau buat rantai sis? Anak sy skrg tgh Muntah-muntah.. Ada yg kata buat rantai

jamaliah 2:16 pm  

pernah juga alami anak muntah muntah, sampai lembik.kesian pula.pergi hospital terus di tahan di wad

Unknown 6:20 am  

Kalau untuk umur 1tahun blh x buat petua diatas

Ila 2:59 am  

Alhamdulillah... Mmg berkesan dgn izin Allah benti muntab.. Ank sy muntah² 1 hari drp pagi smpi mlm.. mlm td sy pegi jgk klinik amik ubat tahan muntah, tp still vomit. Tp dgn izin Allah trjumpa blog ni brkngsi petua.. terus berhenti muntah² n ank sy dpt tdo.. Semoga Allah merahmati owner blog.. Terima kasih byk².. lega hati seorang ibu, even ank dh bsr n xprnh hapend this before..

Ila 2:59 am  

Alhamdulillah... Mmg berkesan dgn izin Allah benti muntab.. Ank sy muntah² 1 hari drp pagi smpi mlm.. mlm td sy pegi jgk klinik amik ubat tahan muntah, tp still vomit. Tp dgn izin Allah trjumpa blog ni brkngsi petua.. terus berhenti muntah² n ank sy dpt tdo.. Semoga Allah merahmati owner blog.. Terima kasih byk².. lega hati seorang ibu, even ank dh bsr n xprnh hapend this before..

Ila 3:00 am  

Alhamdulillah... Mmg berkesan dgn izin Allah benti muntab.. Ank sy muntah² 1 hari drp pagi smpi mlm.. mlm td sy pegi jgk klinik amik ubat tahan muntah, tp still vomit. Tp dgn izin Allah trjumpa blog ni brkngsi petua.. terus berhenti muntah² n ank sy dpt tdo.. Semoga Allah merahmati owner blog.. Terima kasih byk².. lega hati seorang ibu, even ank dh bsr n xprnh hapend this before..

Anonymous 2:23 pm  

Assalamualaikum.. Sis nk tanya.. Halua kena tumbuk ke mcm mna?

Anonymous 7:40 pm  

Wasalam. Saya tak tahu macam mana yg lain kasi. Cara saya, saya buat air teh cam biasa dan masukkan halia yg dh dikupas dan dititikkan. Anak saya minum pakai straw.

Anonymous 1:17 am  

Alhamdulillah..br bg anak sy minum,nmpnye ok xde muntah...dia terus tido...tq sis bkongsi petua ni..

Anonymous 10:44 am  

alhamdulillah sgt berkesan dengan anak saya... kalau tidak makan atau minum ape je muntah walaupun dh pegi klinik bagai amik ubat, mkn ubat pon muntah jugak. Plan nak bwak pegi hospital je sebab risau betul tgk keadaan anak tapi sambil tu dok google2 info terjmpa blog ni... tq so much utk perkongsian

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP