Bonus 2009 Dah Masuk! Yahoo!!

>> Thursday, April 29, 2010

Jadi, sudahkah hati kamu bahagia hari ini? Sekarang bolehlah mula rangka belanjawan. Oh pihak retailers macam tahu-tahu saja. Sana sini nampak iklan jualan. Lebih-lebih lagi barangan kemas. Aduhai Pak Habib! Nampaknya mereka ada agenda untuk menolong. Tolong habiskan duit. Poket bakal jadi seperti belon, sekejap kembung sekejap kempis :-p

Tapi aku hampir kena serangan jantung. Potongan cukai begitu banyak! Takpe. Tak perlu risau, tahun depan akan ku usaha tangga kejayaan untuk dapatkan balik duit tersebut. You are not going to get my money hehe.....

Sekarang, masa untuk edit semula surat yang telah dikarang lama dulu :ehem:

Surat apa tu ye? :senyum konspirasi:

Read more...

Bonus 2009.

>> Tuesday, April 27, 2010

Hari ini tentunya hari yang berbunga-bunga bagi kebanyakan pekerja di syarikat. Aku sendiri, pagi-pagi dah intai laman sawang sumber manusia. Surat yang dikatakan akan dimuatnaik tidak nampak bayangnya. Nak kena EVP ni, kata surat dapat hari ni, tak ada pun! Heh. Tak pasal-pasal En.R diomelnya.

En. R tak salah, sebab 27 April itu ada dua puluh empat jam. Aku yang tak sabar. Tiba-tiba tengahari tadi Lynn mesej. So, how did you do? Zura kata dah tau how much bonus, katanya. Oh dari beribu-ribu lemon pekerja TM, aku tahu berita ini dari orang luar :-p

Alhamdulillah, bonus yang bakal diterima berpatutan. CUMA [cis kenapalah banyak sangat tapi dan cuma dalam hidupku] seratus peratus bonus tidak boleh dibelanja. Tsk. Aku senyum sajalah bila kawan-kawan ofis sibuk bercerita dan bertanya tentang belanjawan bonus. Bertambah kelat bila terserempak kawan yang sedang khusyuk membelek cincin emas putih bertatahkan berlian di kaunter jualan Menara. Sabar hartini, sabar.

Cik abangku pula, mula kelam kabut bila mengetahui bonusnya tak seperti yang dikira-kira. Maklum saja dah berangan nak rembat motor baru. Motor lama dah berjanji dengan pembeli. Aduhai. Jam itu juga menelefon bahagian sumber manusia. Aku gelakkan saja sebab talian sumber manusia ditutup di waktu rehat untuk makan tengahari. Rupanya mereka terlupa untuk mengira tiga bulan terawal ketika dia berstatus pekerja kontrak. Insya Allah, mereka akan kira semula. Takpelah. Ikutlah Allah nak bagi rezeki macam mana pun ^_^

Read more...

Saya Menang Motor.

>> Monday, April 26, 2010

Aduhai suamiku. Inilah dia antara motor-motor yang menjadi idaman kalbunya sejak dua menjak ni.


Yamaha TZM 150. Tidak lagi dikeluarkan oleh Yamaha. Kebanyakannya stok terpakai yang telah diupgrade oleh mekanik untuk kegiatan rempit. Menurut kata kawan lelaki di sebelah cubicle, asap je lebih. Gaya memang meletup, tapi tinggi selenggaraan.


Yamaha FZ150. Model baru yang menggantikan TZM. Meluncur laju dengan penuh gaya. Bunyinya lebih senyap daripada TZM, dan kurang berasap. Ramai kawan lelaki mengesyorkan model ini. Kawan sebelah cubicle tadi dah rancang nak rembat seketul.


Honda CB400. Pergh yang ni 1000 c.c. Memandu di lebuh raya memang sempoi. Tiada di pasaran Malaysia. Boleh didapati di Singapura atau melalui agen di Malaysia. Harga stok baru? Puluh-puluhan ribu. Muka boleh jadi hijau bila mendengar harganya. Tidak sesuai dengan gaya ustaz/tok imam kerana bunyinya yang hebat. Rasanya yang ini memang kena padamkan dari senarai, tidak sesuai dibawa ke surau/masjid :-)

Nampaknya suamiku terlupa 2 perkara.

Pertama, macam mana dua orang budak tu nak naik kalau mereka nak ikut ke surau?
Kedua, kat mana nak letak beras, telur, ikan, daging dan macam-macam lagi barang dapur? Bakul tak sesuai dilekat pada motor yang hebat sebegini.

Saranan kawan-kawan ofis, beli motor baru, yang lama jangan dijual!

Ai sokong ^_^

Read more...

Hari Bumi.

>> Thursday, April 22, 2010

Hari ini 22 April. Hari Bumi katanya. Semalam, dua kali pihak syarikat mengingatkan fakta ini. Sila pakai baju hijau. Sesiapa yang kelihatan hijau bakal mendapat hadiah dari petugas. Tidaklah mengharapkan hadiah, tapi agak teruja dengan isu-isu alam sekitar.

Oleh itu, untuk menyokong kempen Hari Bumi pihak syarikat, hari ini saya memakai blaus polos hijau pucuk daun dan dipadankan dengan skirt labuh coklat. Tudung pula polos hijau lumut dan berawning coklat. Dari hujung rambut ke hujung kaki, saya betul-betul kelihatan seperti sebatang pokok.

Kalau disangkut ornament, boleh jadi pokok krismas :-)

Read more...

Trilogi Makrifat Cinta.

>> Monday, April 19, 2010

Sebelum Aini pergi mengerjakan haji, dititipkannya Trilogi Makrifat Cinta untuk kubaca. Aduh, beginilah seorang sahabat. BMku hancur, jadi disuruhnya banyak membaca biar pandai. Siap bagi pinjam buku lagi. Tapi bacaan asyik tertangguh. Alasan? Tak sampai seru :-p

Kalau nak tunggu seru, bila-bila pun takkan sampai. Kena berazam dulu. Bila dah berazam, usaha sampai akhir upaya. Berazam dan berusaha, ini konsep orang Tabligh. Kita pinjam konsep mereka. Sebab memang ada benarnya.

Alhamdulillah, hujung minggu lepas, dapat kuhabiskan ketiga-tiga novel. Sampai terabai kerja-kerja rumah. Sorry, boss! Syukur ada Melly datang mengemas di pagi ahad.

Verdictnya? Memang best! Segalanya berputar tentang cinta. Cinta kepada ibu, cinta kepada sahabat, cinta kepada sesama Muslim, cinta lelaki perempuan, dan total cinta kepada Tuhan.


Buku pertama, Syahadat Cinta, membicarakan tentang perjalanan Iqbal kembali kepada agama. Usaha yang pertama, pergi ke sekolah pondok di Tegal Jadin atas saranan ibunya. Dua bulan yang pertama hanya di suruh menimba air telaga. Bila dia bertanya bila boleh belajar solat etc., Kiai Sepuh suruh timba air lagi dua bulan. Kalau korang pun mesti fedap kan? Datang nak belajar solat, ambil wudhuk, mengaji Quran. Ada ke patut suruh ambik air je? Tak patut, tak patut.

Tapi tidaklah Allah menjadikan sesuatu itu untuk sia-sia kan. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Aktiviti menimba air mengajar erti kesabaran dan keikhlasan. Di samping itu, ia mengajar Iqbal untuk mengenal diri melalui pemerhatian terhadap alam. Bintang, langit, burung-burung, malam dan siang, pokok dan batu, menjalani takdir yang telah ditetapkan oleh Tuhan, dan tuhan alam pastilah sama dengan Tuhan manusia.

Namun, takdir menentukan Iqbal lari dari sekolah pondoknya untuk bertenang dan mencari kekuatan diri akibat satu peristiwa. Perjalanan Iqbal seterusnya menemukannya dengan Khaura, seorang gadis yang ingin dikahwinkan oleh orang tuanya dengan lelaki tidak dikenali, Priscillia, seorang gadis Kristian yang cerdas dan suka berdialog tentang agama, Makcik Jamilah, seorang ibu "miskin harta kaya jiwa" dan dua orang anaknya, Irsyad dan Fatimah, yang membantu Iqbal solat dan mengaji Quran.

Iqbal kemudiannya kembali ke Tegal Jadin dengan dirinya yang telah di"rebranding". Di Tegal Jadin, Iqbal mengenali Zaenab yang bisa membuat hatinya bergetar :ecewah: Tetapi ada peristiwa yang menyebabkan Iqbal terpaksa pergi dari Tegal Jadin dan mengembara semula di jalanan. Dan apakah itu? Jeng jeng jeng. You all silalah baca buku ni OK? Tak feel la kalau aku ceritakan semuanya :-)

[akan disambung]

Read more...

Kenderaan Bertayar Dua.

>> Friday, April 09, 2010

Hari ini kami jadi Awie dan Erra. Tapi motor kuasa besar tukar dengan motor kapcai, Honda EX5. Masih romantik! :-p

Di Kuala Lumpur ni, tidak boleh keluar lewat ke pejabat. Pertama, traffic jam. Kedua, tak dapat parking. Konsep parking di tempat kerja pula, 400 kereta terawal dapat parking percuma. Selebihnya kena bayar RM7 sehari. Beli sepinggan nasi ayam dan segelas jus oren lagi berbaloi. Jadi kena pastikan keluar rumah sebelum jam 7.30 pagi.

Maryam bangun awal tadi. Mengada minta perhatian. Itu yang keluar lambat. Tapi saya tak kisah. Seronok juga naik motor. Boleh menyelit dan bagi pandangan berlagak pada pemandu-pemandu kereta yang tersangkut dalam traffic jam. Hehe.

Cumanya, saya agak tertekan dengan pemandu motor yang lain. Mereka selamba saja memotong motor kami. Mentang-mentang la mereka kurus dan ringan. Suami saya dah habis pulas, masih tak dapat meluncur laju. Maklum saja, pembonceng di belakang bersaiz XXL!

Oleh itu, mari kita umumkan misi menguruskan badan!

Read more...

Hari Ini Banyak Misi.

>> Wednesday, April 07, 2010

Yang telah dicapai setakat jam 11 pagi:

1) Beli kitab agama Ameer di Sekolah Kafa Integrasi Al-Aziziah.
2) Masukkan duit jualan ke dalam akaun Bank Islam.
3) Masukkan duit jualan amal ke dalam akaun bapa Mila.
4) Pos barang dagangan kepada pelanggan.
5) Buka akaun Maybank & dapatkan Kad Debit - sempat telefon talian hayat untuk pastikan ia boleh digunakan untuk Paypal.

Sub misi yang tercapai tanpa niat: Keluar peluh berjalan kaki di Seksyen 14 PJ.

Yang perlu dicapai sebelum berakhirnya waktu persekolahan hari ini:

1) Ambil gambar produk iaitu Tudung Ready To Wear & Tshirt Penyusuan.
2) Buat banner yang ada glitter dan glams la kononnya.

Doakan kejayaan saya ya!
Drama macam la hebat sangat.

Heh.

Read more...

Kembali Berdiet.

>> Monday, April 05, 2010

OK aku sebenarnya takde la beria nak diet.
Sebab dah ada si kenit penghisap kalori hehe.
Tak diet pun baju-baju lama dah boleh pakai, you!
Terima kasih kepada penyusuan eksklusif.

Tapi memandangkan duit kena kontrol, perut kena ikat.
Maka pagi-pagi selongkar dapur kut ada biskut kering, jumpa botol herbalife.
Heh apa lagi, herbalife breakfast la kita!
Yang bestnya, bila dah sarap herbalife, lunch & dinner pun nafsu sudah kurang dari kebiasaan.
Selalu 2 pinggan, ini 1 pinggan dah alhamdulillah.

Mari kita tengok apa results kalau itiqomah sebulan!

Read more...

Monolog Pagi.

>> Friday, April 02, 2010

Hartini,
Usah kau ulang tayang segala pengorbanan atau peluang yang terpaksa ditolak. Ungkit mengungkit hanya menjadikan segalanya sia-sia. Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Mengungkit sesaat, rugi pahala bertahun. Mungkin hati kau sakit bila orang buat tak endah tapi lebih baik kau kunci mulut. Takde makna melayan ego sendiri, kelak binasa diri.

Read more...

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP