Giveaway Saja Suka Februari 2011.

>> Monday, February 28, 2011

~~ENTRI MELEKAT. SKROL BAWAH UNTUK ENTRI TERKINI.~~

Mula-mula, kita tunjuk hadiah dulu, iaitu John Deere Big Red Barn Playset. Sesuai untuk anak-anak kita bermain peranan sebagai peladang. Fatimah kata, "I love pretending, Mama!" Bolehlah kalau mahu berangan ala-ala Back to the Barnyard gitu.

Ini dia barn merah itu. Sama mcm barn dalam Back to the Barnyard, bukan? ^V^

Ada Peladang, Kambing, Kuda, Ayam dan Tanaman Jagung. Watak utama Barnyard, Otis Si Lembu Tompok Putih Hitam, tiada untuk diberangankan tsk.

Stiker untuk ditampal pada barn. Fatimah suka banget lekat melekat stiker. Sampai tangan dan kaki akak menjadi mangsa.

O.K. sudah tengok hadiah, mari lihat pula cara-caranya. Mudah saja dik, tampal sahaja kod html ini dan jadikannya sebagai entri melekat. Kalau tidak mahu buat entri melekat pun tidak mengapa, boleh juga diletak di tepi atau kanan blog anda. Mana-manalah asalkan tampal, dik. Seeloknya biarlah di tempat yang orang senang nampak :-)


Copy this code to your website to display this banner!


Sila tinggalkan komen anda untuk memberitahu saya yang anda ingin menyertai giveaway ini. Giveaway berakhir 28 Februari 2011 dan pemenang ditentukan menggunakan kaedah algoritma melalui www.random.org.

TTM yang menyertai:
1. Mama2nur
2. Ummu Auni
3. KNV
4. Y@tipruzz
5. Tukang cerita
6. Julie Yaacob
7. Ummu Amin
8. Farra
9. Ina Hashim
10. Mama_Fatin
11. Izzatul Iman
12. Nana
13. My Shaizar blog contest
14. Eb ezrin2
15. Umiliza989
16. Zur@zari
17. Rafolian
18. Sari
19. CT
20. Hilmi & Faeizah
21. AROL DSHW
22. Misza E-Shope
23. Aida
24. Syuhada
25. Cempaka kuning
26. Nana kimie
27. Apple sourz
28. Aanie
29. Mama Batrice
30. Cikpuanhady
31. Adyshariz
32. Ibulunazahra
33. Mamazharfan
34. Tiefazatie
35. Zaikulim
36. Kak Long
37. Eynaa
38. Miza Yusof
39. Imaan09
40. Fadzillah Kamarudin
41. Jasfyra
42. Cute Mom
43. Mrs. K
44. Izan cute
45. Qaizana
46. Tie - Ibu wawanisolehah
47. Mama Balqis
48. Jassnani
49. Azura Samsuddin
50. Pinky Momma
51. Juniza
52. Adlin a.k.a Kyra Moms
53. Puan Nina
54. Huda
55. Nifalnin
56. Puan Iza
57. Anis
58. AyuArjuna Bigosh
59. Nu'nu Safia
60. Imanmom
61. Pago"
62. Acik Na
63. Sarah
64. Zalina
65. M@m@ Tomell
66. Eysha_zal
67. Dilazfamily
68. Jihan Uzma
69. Jieda
70. Sw33tdarling
71. Azatiesayang
72. Muslimkiddies
73. Miss Mucuk
74. Lissa

Selamat mencuba!

p.s. Abaikan model yang kulit muka berminyak-minyak dan rambutnya serabai. Model percumalah katakan :-p

Read more...

Teka Teki Pantun Melayu.

>> Friday, February 25, 2011

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Soalan: Binatang apakah yang dimaksudkan di dalam pantun ini?

TTM pertama yang menjawab dengan betul akan mendapat hadiah misteri. Misterinya sampai achik kena kecahkan almari :-p

**UPDATE JAWAPAN TEKA TEKI & HADIAH MISTERI**

Walaupun nama rusa yang disebut, tetapi bukanlah rusa yang dimaksudkan. Kata kuncinya padang datar. Kalau di savanah Afrika, mungkin boleh jumpa rusa di padang rumput. Tetapi, kalau di Kepulauan Melayu, rusanya di hutan. Serasa saya, tentulah atuk nenek kita yang mencipta pantun ini melayu Kepulauan Melayu, bukan melayu Afrika :-)

Jadi, binatang apa pula?

Baiklah, mari kita tengok rupa rusa.

Rusa. Pic googled.

Kaki empat, normal. Ada mata, telinga, mulut, normal. Yang abnormalnya, tanduknya itu. Ewah-ewah, panjang sungguh. Agak-agak, binatang apa yang ada di padang rumput, tanduknya panjang sehasta?

Kambing? :-p

Kaki binatang yang dimaksudkan itu berbelang pula.

Hmmm, cuba tengok yang ini. Ada rupa rusa belang kaki?

Belalang Kunyit. Pic googled.

Tahniah kepada Cik Puan Fadzillah Kamarudin kerana telah menjawab dengan tepat malah pantas :-) Harap dapat maklumkan alamat puan ke hartinidewi[at]hotmail.com.

Kita tayang sikit hadiah puan untuk menjadi cemburuan TTM yang lain :-)

Pashmina Shawl untuk berkelubung di musim sejuk :-)

Para TTM boleh cuba lain kali, ya? ^V^

Read more...

Fatimah Nak Kawin?

>> Tuesday, February 22, 2011

Mulut Fatimah cepat berkicau sejurus abangnya masuk ke dalam kereta selepas habis waktu persekolahan.

"Ameer, nanti saya kahwin dengan lelaki handsome!"
"Ya? Dengan siapa?"
"Dengan lelaki handsome lah."
"Yalah, nama dia siapa?"
"Aaaa... saya lupalah nak tanya. Esok saya tanya cikgu."
"Bila kamu nak kahwin?"
"Nantilah, bila saya sudah besar."
"Muka dia bagaimana?"
"Aaaa... muka dia putih."
"Putih? Tapi, muka kamu peach. Mana boleh kahwin dengan dia. Hahaha."
"Alaaaaa, Ameer!"

Walaupun akak hampir tertekan brek ketika mendengar cerita Fatimah berkahwin dengan lelaki kacak, akak senyum sajalah. Ada-ada saja kamu ini, Fatimah :-p

Read more...

Perjuangan Menentang Kegatalan.

>> Saturday, February 19, 2011

... eh, silap. Maksud saya, kegemukan.

Ya ampun. Gatal sangat, bukan? Hari itu, tukar kepada cabaranlangsing.blogspot. Hari ini, balik kepada asal fattytini.blogspot. Bukan apa, nampaknya rakan-rakan lebih sayangkan fattytini. Comel katanya :-p

Ikutkan sajalah. Adakalanya, hidup memang kena dengar cakap kawan. Banyak kalanya, kita cantas kata mereka yang bukan-bukan HA-HA.

Read more...

Komik Sains Ikhtiar Hidup Lagi.

Ibu manalah yang tak bahagia, kalau anak-anak rajin membaca. Selama ini penat menyucuk jarum, tapi hampa. Boleh ditulis haiku begini:

Buku majalah yang dibeli
Jadi ornamen di dalam almari
TV dan PC juga yang diminati

Eh, haikukah begitu? Hehe. Hantam sajalah.

Jadi, sangat-sangat teruja apabila Ameer suka membaca komik sains Ikhtiar Hidup. Rasa mahu menjerit hip hip horray apabila dia bertanya, "Dinosaur Jilid 2 mana?" Akak pun apalagi, cubalah merasuah. "Kalau Ameer rajin solat 5 waktu, rajin tolong Mama, jaga akhlak, Mama belikan yang Jilid 2."

Amboi, amboi. Memang rajin solat, dik. Laju saja kalau diingatkan. Malah, siap belajar basuh kasut dan basuh pinggan sendiri selepas makan. Akak pun kenalah tunaikan janji. Tak payah ke kedai buku. Klik klik saja di MPHOnline. Padahnya, alih-alih satu koleksi akak tekan 'Add to Cart'. Kemudian, sampailah posmen ke rumah akak dengan sekotak besar buku-buku :-)


Tapi, bukan untuk diberi sekaligus. Semalam, seorang dapat satu. Seronok betul mereka. Sampai mulut yang berkicau lapar, terus senyap mengadap buku hingga sejuk makan malam. Yang lainnya sudah disorokkan di dalam almari untuk sogokan rasuah akan datang ^V^

Read more...

Ameer dan Kecantikan.

>> Friday, February 18, 2011

Saya fikir, budak lelaki tidak hairan tentang kecantikan sehinggalah usia remaja, atau sesudah baligh. Sungguh naifnya Mama, kerana Ameer nampaknya sudah pandai bicara tentang cantik atau tidak cantiknya seorang perempuan :-p

Senario #1:
Mama, Mama!
Ya?
Tengok Bi, Mama!
Kenapa dengan Bi?
Hidung dia cantiklah. Ha, mata dia pun. Tapi, rambut dia macam boy.
Yalah. [Malas nak layan]

Senario #2:
Mama, Bi cantiklah.
Habis, Fatimah?
Hmmm... [Pause] Fatimah cantik sikit je. [Dengan suara yang mengendur, statement jaga hati agaknya :-p] Tapi, Bi coklat. Eh, tak, tak. Kaki Bi je coklat. Muka Bi putih, eh tak, tak, peach. Haaa, muka Bi peach.
Yalah. [Malas nak layan. Mujur Fatimah tiada dalam kereta, kalau tidak, jenuh nak selesaikan perang dunia ke-tiga]

Sebenarnya, Ameer memang betul. Maryam mempunyai ciri-ciri yang menonjol seperti hidung yang mancung, anak mata yang memancar hitam, alis yang terbentuk dan bulu mata yang panjang melentik. Tapi, Allah itu Maha Adil. Kulitnya pula gelap. Berbanding Fatimah yang hidungnya pesek jambu air [kih3x ampunkan Mama, sayang] tapi kulitnya pula putih gebu kemerahan.

Apa pun, kedua-duanya tetap anak gadis Mama :-)

Psstt... nampaknya respons giveaway bulan Februari di luar dugaan. Tengok ruangan komen saja sudah letih mahu kemaskini senarai peserta. Tunggu 28 Februari sajalah ya, untuk senarai peserta terkini? ^V^

Berkenaan tshirt muslimah yang dititipkan kawan-kawan, ibu saya di kampung [Johor] yang menguruskan pemberian kepada mangsa banjir, kebakaran dan anak-anak yatim. Tak dapat ambil gambar kerana ibu buta teknologi, sedangkan telefon bimbit pun tak pandai diguna [ampunkan tini, mak!]. Terima kasih atas sumbangan anda. Janji Allah pasti untuk mereka yang memberi :-)

Read more...

15 Februari 2011.

>> Tuesday, February 15, 2011

Tarikh ini. Tarikh istimewa. Satu, hari keputeraan Rasulullah. Kedua, hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-9 :-)

Ia tidak diraikan. Malah, cincin tunang sudah hilang dirampok orang. Gelang kahwin pula entah ke mana dihilangkan Fatimah [anak bertuah!]. Terus terang cakap, tiada benda yang boleh dijadikan kenang-kenangan. Tidak mengapalah. Apa dikenang kisah yang lalu. Kerana yang ada sekarang sudah cukup membahagiakan :-)

Read more...

Pasta Dan Keju.

>> Saturday, February 12, 2011

Semua maklum kanak-kanak perlukan kalsium untuk tumbesaran. Supaya tulang dan gigi mereka kuat. Tapi, kalau dah anak-anak berperangai diva dan suka beri ayat penyata berani mati apabila disuruh minum susu seperti, "Saya bukan bayi," haruslah ada pelan B. Pelan B saya adalah ini.


Pasta dan keju. Mm mm... Mak di kampung cakap, masak ciet. Maksudnya, masak senang-senang. Bahannya pun, sekadar tiga iaitu pasta, tidak kisahlah yang bentuk panjang macam mi atau kulit kerang hatta ABC berwarna-warni sekalipun, susu dan keju. Bolehlah kalau mahu tipu kanak-kanak.

Mula-mula, rebus pasta sehingga lembut dan kering airnya. Kalau air tidak juga kering-kering, tak usah pening kepala, buangkan saja airnya. Kemudian, masukkan susu. Susu segar ya ibu-ibu, bukan susu pekat manis. Ikut suka kamulah mahu letak banyak mana. Jika mahu lebih berkrim, tambahkan susu tepung. Apabila mendidih, masukkan keju cheddar. Ulang skrip lama, ikut suka kamulah mahu letak banyak mana. Kacau-kacau, dah siap! Perasakan dengan garam jika mahu. Boleh juga kalau mahu masukkan sedikit mustard atau dried herbs.

Ini adalah menu wajib bagi Ameer. Dalam seminggu, pasti ada soalan, "Macaroni and cheese ada tak?" selepas pulang dari sekolah. Dan, saya juga mewajibkan ia masuk di dalam menu mingguan atas sebab, tak mahu Ameer kemetot. Sudahlah tambun, pendek pula. Sungguh tak kacak :-p

Read more...

Khidmat Masyarakat Untuk Mangsa Banjir di Johor.

>> Friday, February 11, 2011

~~Melekat. Skrol bawah untuk entri terkini.~~

En. Ahmad akan pulang ke Johor pada hujung minggu ini. Saya berhajat untuk menitipkan beberapa helai tshirt muslimah untuk diberikan kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Muar yang turut menguruskan pusat-pusat penempatan mangsa banjir. Nak sertai saya? Sehelai tshirt muslimah berharga RM20 sahaja, harga istimewa sempena jualan amal. Contoh tshirt seperti ini.


Sumbangan anda boleh disalurkan melalui:

Maybank
A/c No: 162339053638
A/c Holder: Hartini Dewi Mohd Basir

CIMB
A/c No: 04060001631525
A/c Holder: Hartini Dewi Mohd Basir

Kalau berminat, maklumkan kepada saya ya? Tinggalkan komen atau jika malu-malu tidak mahu orang tahu, boleh emel saja di hartinidewi[at]hotmail.com :-)

Tarikh terakhir, Jumaat 11 Februari.

Read more...

Gadis dan Mekap.

Fatimah ternampak logo ini di TV.

Pic googled.

"Hey, Mama!"
"Ya."
"I saw make up things on TV."
"Uh oh?"

Musykil akak, dik. Musykil. Rumah akak mana ada mekap. Sebutir pun tiada. Hatta sebatang lipstik. Di atas almari solek akak, cuma ada buku-buku yang tersusun tak rapi.

Jadi, bagaimana Fatimah boleh tahu MAC itu jenama mekap?

Akak perhatikan Fatimah memang ada gejala-gejala obses kecantikan. Sebab, apabila akak maklumkan bahawa sayur menyihatkan, dia buat pekak. Tapi apabila akak kata, kalau makan sayur, kulit akan licin dan takkan ada jerawat yang berani menghinggap, dia berfikir sejenak, terangguk-angguk dan mula makan sayur. Malah, mulutnya begitu lancang sekali menegur ketidakcantikan akak seperti "kenapa muka Mama banyak spot?" atau "boleh tak Mama exercise sekarang?" Lebih sadis lagi, "saya tak mahu [letak faktor ketidakcantikan di sini] macam Mama."

:-p

Read more...

Pengumuman Giveaway Saja Suka Januari 2011.

>> Monday, February 07, 2011

Untuk makluman rakan-rakan pemenang, hadiah sudah pun dititipkan kepada En. Ahmad KECUALI hadiah Puan Hanis dan Puan Zuraimah. Diharap puan berdua boleh menghubungi saya melalui emel hartinidewi[at]hotmail.com.

En. Ahmad boleh dihubungi melalui emel ahmad.alias@tm.com.my.

Read more...

Bagaimana Dia Melakukannya?

>> Thursday, February 03, 2011

Anak tiga rasa nak tercabut tulang pinggul. Sudahlah terenjat kejutan budaya. Tak pernah-pernah duduk rumah dua tingkat, alih-alih berpindah ke rumah ada tangga. Rasa nak terkehel buku lali asyik turun naik atas bawah sambil mengkelek bayi. Memang patutlah ramai yang tegur achik nampak kurus sedikit [O.K. inilah isi tersirat perenggan mukadimah ini :kenyit:]

Nak dijadikan cerita, tadi tertengok TLC channel. Ternampaklah dokumentari berkenaan satu keluarga di US nun. Kemudian, achik google [eh, google sudah jadi kata kerjakah?] fasal keluarga Duggar. Pergh! Akak Michelle Duggar ini ada 20 orang anak O.K.? Kamu ada? Baru satu, dua, tiga atau empat sahaja, bukan? Paling banyak pun setakat lima, enam.


Yang buat achik ternganga tadi - kalaulah si Maryam campak mainan dalam mulut achik, boleh masuk agaknya - anak-anak itu semuanya home school O.K.? Tambah lagi, achik menangis tengok rumah dia yang kemas sentiasa sedangkan rumah achik bersepah seadanya, walhal anak dia dua puluh dan anak achik baru tiga. Tsk tsk.

Memang respeklah. Akak saspek dia bela hantu raya, sebab tak nampak pun maid kat rumah dia.

Read more...

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP