Barang Yang Kutunggu Sudah Sampai!

>> Monday, March 07, 2011

Dengan gigih, Cik Mat merempuh traffik Kuala Lumpur yang terkenal kegilaannya. Dua jam setengah baru sampai ke destinasi. Namun, tibanya dia ke destinasi, melepasi pintu gerbang, dia tertanya, "Adakah aku sudah memasuki dunia yang lain?"

Di saat kereta berhenti di hadapan sebuah rumah, matanya terkelip-kelip. Apa taknya, TTM. Haaa, tengok ini. Banglo tiga [atau mungkin empat] tingkat, you!


Gambar ini acik ceduk dari iproperty. Manalah berani mahu ambil gambar rumah sebenar hehe.

Baiklah, tujuan pergi ke situ bukanlah ingin terkesima melihat kehebatan rumah jutaan ringgit, tetapi ingin mengambil barang yang dititipkan oleh Aida melalui kenalannya di U.K. yang pulang sebentar untuk mengemas rumah baru mereka.

Ya ampun, barang apa yang kau sumbat, Aida? Sampai sebesar ini kotaknya.

Eh eh, taklah. Memang ngam-ngam kotak barang itu. Haaa... silalah baca ya apakah barangnya hihihihihihihi [acik mengilai macam pontianak sudaaaahhh]

Gedabak, TTM! Fatimah berteriak, "Wow, besarnya, Mama!" Nak keluarkan dari kotak punyalah payah. Sampai tertindih kaki Fatimah yang menyibuk di dapur. Memang padan muka dia.

Lihatlah, hampir sama besar dengan oven 35 literku. Heeee, I like! Hitam putih macam tahi cicak :-p

Papan kekunci fungsi Breadmaker Argos.

Pandangan dalam Breadmaker Argos. Bersinar-sinar hingga memantulkan cahaya :-p

Manual Breadmaker Argos dan Buku Resipi yang diberikan percuma.

Yahuuuuuu, acik sudah punya breadmaker! Walau tak tahu bila mahu membuat rotinya :-p Gambar rotiku yang pertama pastinya akan ditepek di sini ^V^

Ucapan ringkas, terima kasih kepada Aida kerana membelikan BMku ini, walaupun acik sungguh terlampau menitipkan hanya 5 pound untuk urusan penghantaran :sengih kambing: Juga terima kasih kepada Aini yang telah menghantar bersama duit ringgitku ke Manchester. Nanti jemputlah tengok gambar roti-rotiku di blog ini.

10 comments:

Lynn 10:07 am  

I've been meaning to ask... what's TTM?

tinidewi 10:13 am  

Lynn: Teman Tapi Mesra :-)

Hany FF 11:53 am  

wah, best2! boleh share2 resipi roti nih. ;)

Milky Way 12:07 pm  

wahhhhhhhhhh aku jeles siot!!!!!!!!!!!! mau jugakkkkkkkkkkkkk

OmakTwin 12:43 pm  

Wah bestnye jimat duit xpayah beli roti hari2...h3h3h3

aida 2:44 pm  

Aku ingat dah pos gambar roti di blog ini, haha

tinidewi 8:41 am  

hany: eeerrr... ntah bila nak buatnya tih3x.

leila: ko takde ke kawan/sedara kat UK nun? murah skit kat sana drpd sini. lagipun, now pound tengah murah.

wan: kalau buat pun, buat yang my hubby punya i.e. wholemeal bread. mahal wooo kat kedai.

aida: jadi perhiasan dapur dulu wakakaka.

Ummu Auni 9:08 am  

hari tu ada ke kirim kat aku suruh bawa balik. baru tahu besar gedabaknya BM tu ye :P

tinidewi 11:01 pm  

kih3x imaginelah ko mengangkut kotak besar ni seluruh U.K. mau tercabut tulang belakang :-p

mcja 10:12 am  

dewi,ko beli breadmaker kt sana brp rm ek? banyak ke beza ng sini?

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP