Sepetang di Taman Tasik Seksyen 7 Shah Alam.

>> Saturday, March 05, 2011

Petang-petang, kami berempat akan berjalan-jalan. Di mana ada taman permainan, di situ kami terjah. Sejak saya mula gigih bersenam, dalam dua minggu kebelakangan ini, hampir tiap-tiap petang kami ke taman tasik seksyen 7 shah alam.

Semalam, memang langkah kanan. Ada orang bawa berekor-ekor arnab ke situ. Mungkin mahu arnab peliharaan berlari-lari di taman yang luas. Dapatlah kanak-kanak bermain arnab yang comel-comel. Bukan setakat kanak-kanak, ramai gadis yang tertumpu di situ. Ewah, popularlah sekejap jejaka yang bawa arnab-arnab itu! [Adakah ini niatnya yang sebenar?]

Ameer dan Arnab.

Fatimah dan Arnab.

Apalah agaknya yang khusyuk dibincangkan oleh Ahli Mesyuarat Taman.

Sempat juga berborak dengan jejaka tersebut. Katanya, arnab-arnab itu dipelihara di ladang. Hins hins putih bersih arnabnya, dik. Kenapa selalu kita nampak arnab bulunya kuning-kuning, yang kamu bawa putih-putih, gebu-gebu. Kalau tempatnya tak bersih, kuninglah bulunya, kak. Oooo... Siapa yang berkenan mahu jadikan arnab sebagai peliharaan, bolehlah berkunjung ke ladang mereka, One Stop Rabbit Farm and Trading.

Selain daripada mengusha arnab, banyak lagi yang boleh dilakukan di sini. Paling utama, tentulah bersenam. Trek jogingnya besar, mengelilingi tasik saujana mata memandang. Ada juga gimnasium terbuka. Tidak perlulah rakyat marhaen seperti acik berhabis duit untuk bersenam he he he...

Ada bermacam peralatan bersenam yang disediakan di sini. Gambar muat tunjuk dua sahaja.

Kalau penat berlari, boleh berehat dan bercanda di gazebo. Siap ada pit barbeku lagi.

Tidak mahu berlari, boleh juga bermain gitar. Melatih skil atau mengurat gadis?

Yang ini, kasihaaannn. Pantai tiada, bermain di gigi tasik pun jadilah!

Aktiviti petang anda pula, bagaimana? :kenyit:

3 comments:

Ummu Auni 7:04 pm  

merempuh traffic jam untuk tiba di rumah T_T

aida 8:27 pm  

Melihat kuiz the chase & egghead :)

tinidewi 8:41 am  

ummu_auni: takpe, weekend takyah tempuh trafik hehe.

aida: kuiz apakah itu?

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP