Lakonan Hebat Seorang Fatimah.

>> Friday, July 30, 2010

Rabu pagi, Ameer keracunan makanan. Tidak pasti sama ada disebabkan nasi lemak atau milo ais yang dibelinya di kantin sekolah agama sudah tidak elok, atau sambal nasi lemak itu terlalu pedas. Mulanya dia berkeras tidak mahu makan ubat. Keesokan pagi perutnya masih sakit, jadi dia tiada alasan lain.

Pelik bin ajaib, si adik yang sihat walafiat, tiba-tiba kata sakit perut. Perutnya ditekan-tekan, dahinya dikerut-kerut. "Mama, saya sakit, nak makan ubat." Malam pertama, kami berjaya buat selamba. Khamis petang, lakonannya semakin hebat. "Saya demam, Mama. Sakit perut." Kali ini, menangis-nangis. Siap kata, mama jahat, abah jahat. Merajuk dalam bilik, pintunya dihempas kuat, lalu dikunci. Semata-mata hendak makan ubat. Aduh buntu dibuatnya. Takkanlah tidak sakit, mahu diberi ubat?

Alhamdulillah, kira-kira jam 8.45 malam, saya mendapat pencerahan agung. Saya suruh suami beli Vitagen. Kemudian, pintu bilik itu saya ketuk. Dia membuka pintu dengan mukanya masih dalam kesedihan tidak terhingga. Pipinya gelebeh. Mulutnya muncung. Tangannya menekan perut. Kelas nak lakonan kau! Kalah Fasha Sanda.

"Fatimah sakit lagi?"

Dia mengangguk perlahan. Suaranya kendur. "Ya, Mama. Sakit sangat."

"Fatimah hendak vitagen?"
"Hendak!"

Mukanya sedikit cerah. Tidak terlalu keterlaluan. Supaya tidaklah nampak sangat dia berlakon tadi. Suaranya pun dikawal. Amboi, amboi, kalau Umi Aida nampak, mesti dia menangis dek non!

Dengan tangannya memegang botol vitagen, dia datang memberitahu, "Mama, dalam perut saya ada orang jahat. Bila minum Vitagen, orang jahat hilanglah! Jadi, perut saya sudah tidak sakit lagi."

Dakyah mana kau ambik, nak :-p

Read more...

Sketsa Di Pagi Isnin.

>> Monday, July 26, 2010

Sketsa #1
Aku melangkah memasuki lif. Terasa lemah tidak berdaya. Tulang belulangku nyilu dihembus angin dingin. Mataku berat. Begitulah, penyakit lazim di pagi Isnin yang suram.

Sudah ada dua orang di dalam lif itu. Seorang gadis berbaju kurung bunga-bunga dan bertudung polos. Riak gadis itu serius. Matanya tertancap kemas pada wajah lelaki berusia yang berdiri di dinding bertentangan. Kehadiran aku tidak dipeduli, dan langsung gadis itu bertanya, bersungguh-sungguh dengan ayat yang lengkap dan betul tatabahasa, "Apakah maksud kalau kita bermimpi boleh bernafas di dalam air?"

Spontan dan bersahaja, lelaki yang bijaksana itu menjawab, "Maknanya sudah dekat." Kemudian, dia diam.

Gadis itu tercengang-cengang. Aku juga memasang telinga menunggu jawapan.

Lalu katanya yang terhenti itu disambung, "Sudah dekat hendak padam."

Pagi Isninku mula berbunga-bunga.

Sketsa #2
Seorang tukang gunting bertanya kepada seorang alim, "Betulkah Tuhan itu ada? Tidak pernah nampak pun Tuhan di mana-mana."

Alim itu hanya terdiam. Menjawab soalan orang yang tidak percaya tidak boleh sebarang-sebarang.

Tiba-tiba seorang lelaki berambut panjang melintas. Alim itu pun bertanya kepada tukang gunting itu, "Apakah di kampung ini tiada tukang gunting?"

"Eh, tentu sahaja ada. Akulah tukang gunting di sini."

"Kalau begitu, kenapa masih ada orang berambut panjang?"

Melihatkan tukang gunting itu membisu seribu bahasa, alim itu menyambung katanya, "Pasti lelaki itu tidak menginginkan rambutnya dipotong pendek, jadi dia tidak mencari tukang gunting, bukan kerana tiada tukang gunting." Alim itu seraya berlalu meninggalkan tukang gunting yang diam tidak terkata.

Mari kita berkongsi moral cerita :-)

Read more...

Persamaan Kuadratik.

>> Wednesday, July 21, 2010

Hujan turun mencurah-curah
+
Guruh berdentam-dentum
+
Kilat sabung menyabung
=
Kerosakan kekal modem tanpa wayar
=
Capaian ke internet untuk pengguna tunggal
+
Pemain games tegar yang menyalahguna kuasa veto
=
TEKANAN PERASAAN MENJURUS DEPRESI

Read more...

Ilmu Itu Perlu Dicari.

>> Tuesday, July 20, 2010

Hujung minggu lepas saya marathon - Hibrid, Salahuddin Ayubi, Imam Hanafi dan Imam Maliki. Akibat tidak tertahan, terjebak juga Imam Syafie malam semalam. Ya Tuhan. Membaca kisah imam-imam besar yang cintakan ilmu, rasa bagai tersentak dari lamunan.

Apa yang cuba aku lakukan selama ini? Memasang angan-angan sambung pelajaran di negara orang. Kemudian, sudah dapat peluang, suami pula tidak memberi lampu hijau. Tak putus harap, mencuba lagi untuk belajar di sini. Alih-alih, dalam negeri pun suami tak benarkan. Kenapa begitu sukar jalan yang kuingin-inginkan?

Malam tadi baru kudapat jawapan.

Wahai Hartini, sedarlah kamu. Mengapa perlu dikejar ilmu dunia, sedang ilmu asas pun tiada di dadamu? Tidakkah dapat kau rasakan jiwamu yang kosong? Jiwa hamba yang belum dapat mengenal penciptanya. Kenal dengan sebenar-benarnya. Dan mencintaiNya dengan sepenuh rasa kecintaan.

Ya Tuhan. Segala puji-pujian hanyalah untukMu. Kaulah yang memayungi diriku dengan rahmat dan nikmat yang ada di segenap langit dan bumi. Tiada tempat aku bergantung harap, selainMu. Berilah aku peluang. Aku ingin mengenalMu. Bukalah pintu kebenaran di hatiku. Tunjukilah jalan yang perlu kutempuh. Dan datangkanlah kepadaku seorang guru yang baik.

Ya Tuhan. Aku mahu ilmu tauhid. Kerana ilmu tauhid itulah yang paling utama dari segala ilmu di dunia.

Read more...

Biar Papa Asal Bergaya.

>> Monday, July 19, 2010

Hari ini saya bergaya korporat. Berkemeja lengan panjang turqois belang-belang krim dan pic. Dipadankan dengan seluar kelabu potongan lurus dan jaket kelabu. Tudung pula mestilah paling vass kebaboom [hakmilik prosakata: kak non vogue]. Berwarna krim kekuningan dengan awning broked yang sepadan.

Alih-alih, naik motor. Gaya korporat naik motor, boleh? Motor bukan sebarang motor, kapcai mat rempit lagi. Jatuhlah reputasi saya sebagai pengurus berkaliber di syarikat telekomunikasi terkemuka di Malaysia. Tambah lagi, penyetlah awning broked yang cantik bergaya ini dek helmet merah yang langsung tidak glamor. [Nampaknya, saya perlu tampal glitter di helmet]

Apabila saya mengadu tentang awning tudung, suami membalas dengan muka tapir, "Ada saya kisah?" Benci tau!

Sudahlah begitu, dipotong pula oleh seorang mamat bermotor besar yang hebat, membonceng isterinya juga, merempit dengan bergayanya. Argh!!! Nak yang itu, nak yang itu! Tidak mahu kapcai.

HAHAHA. Isteri terlampau :-p

Hai, terlupakah kamu. Dua minggu lagi, ofis kamu di rumah. Apa kes hendak merempit motor besar. Sesuailah suami kamu bawa kapcai sahaja supaya awek-awek di ofisnya tidaklah bergoda. Sudahlah kacak berkepala botak, kalau bermotor besar, lebih tinggilah sahamnya :-p

Read more...

Ini posting tiada motif.

>> Wednesday, July 14, 2010

Isk. Rasa bersawang pula. Bloger tegar macam ai mana senang duduk kalau tidak memblog. Hatta tiada isi penting yang menarik pun tidak mengapalah. Asalkan memblog hehehe.

OK baru-baru ini, ketika kami pulang ke Benut, terkejut besar apabila mendapat tahu satu perkara. Abang saya #3 bercerita, dia menerima royalti dari PTS setiap tahun. HAH?? Terbeliak mata semua orang di meja bulat. Bila masa pula dia pandai menulis? Tiada gaya penulis langsung! Baca buku pun tidak. Alkisah, sepuluh tahun dahulu, Pn. Ainon pernah mengumpulkan guru-guru di seluruh Johor untuk mencari bakat-bakat baru. Antara ramai-ramai guru, cerpennya terpilih dan diterbitkan di dalam antalogi cerpen. Pergh! Ada bakat terpendam rupanya. Tetapi, abang saya #3 itu diserang penyakit M. Jadi, bakat menulisnya disimpan sahaja dalam almari :-p

Tetapi, sebenarnya itu bukanlah hal yang pelik. Arwah ayah memang seorang penulis. Dia pernah menjadi wartawan freelance untuk tambah pendapatan. Yalah, gaji guru zaman dahulu kala manalah cukup. Tambah lagi, dia sakit buah pinggang jadi ada kos haemodialysis yang perlu ditanggung.

Majalah apa ya? Sudah lupa namanya. Sekarang, majalah itu sudah tiada. Genre tulisannya merangkup luas, dan dia mempunyai nama pena yang berbeza. Seingat saya, kalau cerita mistik atau seram, dia akan menggunakan nama abang saya #2. Saya pernah membaca hasil tulisannya dalam genre seram, memang seram you membacanya. Kartun pun dia buat tau! HAHA.

Kalau baca blog Triteen, kamu akan dapati penulisnya mempunyai gaya bahasa yang menarik. Ehem, itu pula abang saya #2. Dia juga pernah menulis buku di dalam bidangnya iaitu Sumber Manusia. Tetapi, bukunya diterbit untuk kegunaan syarikat dia bekerja i.e. Nestle. Ingat lagi, dia sungguh berbangga dan menayang-nayang bukunya di hadapan saya. Menyampah betul! [Selepas ini, saya pula nak menayang depan dia :-p] Ketika itu, Nestle baru mula dengan program Nestle Kickstart. Jadi, dia menulis buku untuk adik-adik yang baru hendak memulakan kerjaya. Namun, abang #2 lebih berminat menulis dalam bahasa Inggeris.

Abang #1 pula, dah sah-sah guru bahasa di UTM. Kalau tidak pandai menulis, tidak tahulah nak kata apa. Saya pernah lihat kertas assignmentnya untuk kelas English Literature, mengulas karya agung Wuthering Height. Buntang mata tengok markah penuh, dan TIADA kesalahan tatabahasa. Abang #1 berbakat dalam kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris.

Jadi, tidak terkejutlah apabila Pn. Ainon kata saya ada bakat menulis HAHA [ini sebenarnya motif aku kan? Sungguh keji :-p]

Keh3x. Sekadar bergurau OK? Sebenarnya, apa yang saya mahu sampaikan di sini, tidak kiralah apa pekerjaan kami sekeluarga, membaca buku dan menulis adalah passion kami. Betapa kami tidak menyedarinya selama ini. Hari ini, barulah terfikir gara-gara cik tinidewi cari idea memblog :-p

Read more...

Tiga.

>> Friday, July 09, 2010

I

Helmet,


benda yang selalu aku terlupa. Tiba-tiba rasa angin menerpa dan tudung mahu tercabut. Suami sekadar menggeleng.

II

Labuh baju hingga ke lutut. LULUS.

Lengan baju panjang menutupi seluruh lengan. LULUS.

Cantik. Ada kelas. Vogue, tak macam gaya makcik-makcik. LULUS.

Kainnya kejung, tidak menampakkan susuk tubuh. GAGAL.

Bilalah nak ada cukup duit keluarkan pakaian rekaan sendiri. Di dalam pasaran, kebanyakannya GAGAL.

III

"Sorrylah, aku tak boleh pikir, bro. Tengok bolalah semalam."
"Laaa... kau tak tidur dulu?"
"Tak, aku ingatkan bola mula jam 4."
"Habis, kau berjagalah sampai pagi?"
"Ha-ah. Takkanlah aku nak tidur jam 6. Jadi aku teruslah pergi ofis."
"Oh, aku tidur dulu. Lepas tu baru bangun tengok bola. Tadi pun aku tidur kejap dekat surau waktu rehat."

Wah, hebat orang lelaki bulan ini. Qiamullail selalu. Sayangnya, tak dapat markah :-)

Read more...

Bahasa Orang Belayar Zaman Dulu-dulu.

>> Thursday, July 08, 2010

"Half mast the colors, and square the yards!"

HAH! Kau ingat hebat sangatlah kan? Konon habis pandailah. Seronok buat hatiku tak keruan sampai dua minggu? Aku tanya kawan yang memang arif belayar pun tak tahu jawapan. Jadi, kau ingat sampai bila-bila aku takkan faham? Helo, bang Dumas. Abang tahu tak zaman saya ini ada pakcik yang namanya En. Gugel dan seorang awek bernama Cik Wiki? Mereka seumpama profesor serba tau. Lambat laun, dapat juga korek daripada mereka berdua ni. Cuma kena gali lebih.

Hahahaha ai suka ai suka. Dah tahu dah apa maksudnya. Walau pun tiada maksud terus, kurang-kurang dah nampak bayang dan cipta sendiri frasa :-)

Kalau kamu semua nak tahu apa maksudnya, sila beli novel ai ya bila dah keluar di pasaran HAHA keji.

p/s: Masih di Bab 1. Lagi 116 bab untuk diterjemah!

Read more...

Cerita Ceriti Jualan @ Menara TM.

>> Tuesday, July 06, 2010

Cerita #1

"Esok unit Consultancy panggil mesyuarat, berkenaan ***** mahu 50 Mbps capaian ke Internet."
"Err.. esok saya cuti, bos."
"Eh, cuti? Hairy ada kan?"
"Saya ada kursus, En. Z."
"Ermm.. kalau begitu, terpaksalah saya pergi seorang. Nanti saya maklumkan butiran mesyuarat. Selepas itu, kita kena bincang proses interim sementara sistem belum selesai dibangunkan."
"Baik, bos!"

Esoknya, sedang sibuk-sibuk mengemas barang dagangan di gerai, tiba-tiba....

"OH, CUTI SEBAB BISNES YA?"

Suaranya seperti biasa, mendatar, tiada perasaan. Kedua tangan di kocek seluar. Matanya mengecil di balik kaca mata. Aku melihat dia seolah begitu tinggi sekali. Dia tunduk memandangku yang tiba-tiba jadi kecil. Aduh, terasa diriku sungguh tidak terdaya. Mahu kusorok muka, tembelang sudah pun pecah. Ampun, bos. Jangan marahkan daku. You are the best boss in the world :-D

Cerita #2

Ketika itu jam sudah 5.30 petang. Tidak ramai yang lalu-lalang. Aku duduk-duduk menanti pelanggan terakhir. Tiba-tiba terdengar suara garau menyapa. "Kak, tshirt nursing ni macam mana? Aku tergamam. Betulkah yang kudengar? Aku mendekatinya dan bertanya,"Ya, dik?" dgn suara yang tidak bisa menyembunyikan rasa kurang percaya. "Baju penyusuan ni macam mana kak?" "Oh, ia berzip atau mempunyai butang, tapi tiada overlay." Lalu, dia membelek-belek dan memilih satu yang difikirkan sesuai untuk isterinya. ADUH, kalaulah semua suami sebegini!

Nota kaki: Hensem pula tu! Menggigil menjawab soalan-soalannya HAHA.

Read more...

Percubaan, percubaan.

>> Sunday, July 04, 2010

Pada 24 Februari 1815, menara peninjau di gereja Notre-Dame de la Garde memberi isyarat ketibaan kapal bertiang layar tiga, Pharaon, dari arah Smyrna, Trieste, dan Naples.

Sejurus kemudian, seorang jurupandu meluncur keluar dari pelabuhan, mengelilingi Chateau d'If lalu naik ke atas kapal ketika ia berada di perairan antara Tanjung Morgion dan Pulau Rion.

Bagai tertulis adat kota, penduduk sekitar sepantas kilat berpusu-pusu memenuhi benteng Kubu Saint-Jean. Kapal tiba di pelabuhan, sesuatu yang dinanti-nantikan di Marseilles. Lebih-lebih lagi kalau kapal itu dibina, dipasang dan diisi muatannya di limbungan Phocee, malah dimiliki pula oleh orang ternama tempatan.

Kapal itu meneruskan perlayaran, melepasi selat dengan selamat. Dentuman meriam kedengaran di antara pulau-pulau Careigne dan Jaros, dan letusannya semakin bertambah di pulau Pomegue. Ia menghampiri pelabuhan dengan kibaran layar terbang, layar cucur dan layar sabang, tetapi terlalu perlahan-lahan, seumpama orang yang khayal. Keadaan kapal itu menimbulkan tanda tanya sang penonton yang hatinya mudah sekali dihambat syak wasangka. Mereka menyoal sesama sendiri, apakah nasib malang yang telah menimpa?

Bagaimana pun, mereka yang berpengalaman dalam navigasi boleh mengagak, jika pun berlaku sebarang kemalangan, ia tidak melibatkan kapal kerana tampaknya kapal itu dikemudi dengan baik. Sauh sudah sedia untuk dilabuh dan pelaut-pelaut yang bertugas menguruskan tali layar kelihatan santai sahaja. Seorang pemuda berdiri di sebelah jurupandu yang mengemudikan Pharaon menuju pintu gerbang ke pelabuhan dalam yang sempit. Matanya memerhatikan dengan tajam segala pergerakan di atas kapal sambil mengulangi setiap arahan jurupandu.

Kegelisahan yang samar-samar itu tersebar luas di kalangan penonton, sehingga berbekas di hati salah seorang daripada mereka. Lelaki itu tidak menunggu kapal tiba di pelabuhan. Dia terus melompat ke dalam sampan kolek yang kecil, dengan harapan ditunda oleh Pharaon, yang didekatinya ketika kapal itu memasuki lembangan La Reserve.

Apabila pemuda di atas kapal itu melihat lelaki yang menghampiri, dia meninggalkan tempatnya di sebelah jurupandu, membuka topinya sebagai tanda hormat, dan menjenguk dari pagar kapal.

Dia seorang yang tinggi lampai, berumur dalam lingkungan lapan belas atau dua puluh tahun. Matanya hitam memancar dan rambutnya hitam berkilat. Seluruh penampilannya menonjolkan sifat tenang dan tegas, kualiti khusus bagi lelaki yang sentiasa berdepan dengan bahaya.

"Kamukah itu, Dantes?" lelaki di dalam sampan kolek itu berteriak cemas.

Baiklah, soalan saya yang pertama:



Sekarang, baca pula yang originalnya:

On the 24th of February, 1815, the look-out at Notre-Dame de la Garde signalled the three-master, the Pharaon from Smyrna, Trieste, and Naples.

As usual, a pilot put off immediately, and rounding the Chateau d'If, got on board the vessel between Cape Morgion and Rion island.

Immediately, and according to custom, the ramparts of Fort Saint-Jean were covered with spectators; it is always an event at Marseilles for a ship to come into port, especially when this ship, like the Pharaon, has been built, rigged, and laden at the old Phocee docks, and belongs to an owner of the city.

The ship drew on and had safely passed the strait, which some volcanic shock has made between the Calasareigne and Jaros islands; had doubled Pomegue, and approached the harbor under topsails, jib, and spanker, but so slowly and sedately that the idlers, with that instinct which is the forerunner of evil, asked one another what misfortune could have happened on board. However, those experienced in navigation saw plainly that if any accident had occurred, it was not to the vessel herself, for she bore down with all the evidence of being skilfully handled, the anchor a-cockbill, the jib-boom guys already eased off, and standing by the side of the pilot, who was steering the Pharaon towards the narrow entrance of the inner port, was a young man, who, with activity and vigilant eye, watched every motion of the ship, and repeated each direction of the pilot.

The vague disquietude which prevailed among the spectators had so much affected one of the crowd that he did not await the arrival of the vessel in harbor, but jumping into a small skiff, desired to be pulled alongside the Pharaon, which he reached as she rounded into La Reserve basin.

When the young man on board saw this person approach, he left his station by the pilot, and, hat in hand, leaned over the ship's bulwarks.

He was a fine, tall, slim young fellow of eighteen or twenty, with black eyes, and hair as dark as a raven's wing; and his whole appearance bespoke that calmness and resolution peculiar to men accustomed from their cradle to contend with danger.

"Ah, is it you, Dantes?" cried the man in the skiff.

Jadi, soalan seterusnya:



Soalan terakhir:



Maklum balas anda sangat dihargai. Kalau nak tekan butang komen pun boleh, tapi berpada-pada ya? Hati ai cepat tersentuh kah kah kah. Sikit-sikit sentap, sikit-sikit sentap.

Lagi pun, penat tau ai nak memahamkan tempat-tempat di Itali dan hal-hal kapal. Topsail, jib dan spanker tak tersenarai dalam Kamus Dewan OK? Mujur ada Encik Gugel dan Cik Wiki. Itu pun dalam bahasa Inggeris dan ai terpaksa padankan dengan nama-nama layar yang sedia ada mengikut deskripsi yang diberi.

Aik, ini ikhlas ke tak tanya pendapat orang ni? :-p

Ampuuunnn.... silalah komen ya?

Read more...

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP