Setengah Berisi, Setengah Kosong?

>> Monday, May 31, 2010

Sambil-sambil baring menyusukan Maryam di petang Ahad, saya membaca buku kanak-kanak bertajuk Koleksi Cerita Dongeng Terbaik terbitan Ladybug. Melampau sangatlah tahap BM saya sampai kena bermula dengan buku kanak-kanak :-p

Saya tertarik dengan kisah Orang Tua Yang Benar. Begini ceritanya,


Seorang lelaki tua yang bekerja sebagai petani sedang menunggang kuda ke sebuah kampung. Dia telah bertemu dengan seorang lelaki yang memiliki seekor lembu. Orang tua itu berkata,"Jika engkau setuju, aku ingin ambil lembu kamu dan kamu boleh mengambil kudaku sebagai pertukaran." Lelaki yang memiliki lembu itu bersetuju. Sekarang, orang tua itu memilik seekor lembu.

Kemudian, orang tua itu menukarkan lembu dengan kambing biri-biri. Kambing biri-biri ditukar pula dengan angsa. Akhirnya angsa ditukar dengan seguni epal yang sudah busuk.

Dia membawa guni epal itu ke dalam kedai minum untuk menghilangkan dahaganya. Di dalam kedai, dia berjumpa dengan dua orang lelaki Inggeris. Orang tua menceritakan kepada mereka cara dia memperolehi epal-epal tersebut. "Isteri kamu pasti akan mengamuk dan memarahi kamu," salah seorang daripada mereka berkata. "Tidak. Aku rasa isteriku tidak akan memarahiku," jawab orang tua itu.

"Baiklah, mari kita bertaruh seratus pound. Dia pasti akan marah kamu," cabar mereka. "Setuju," sahut orang tua itu.

Kedua-dua lelaki Inggeris itu mengikut orang tua balik ke rumah. Dia disambut baik oleh isterinya. Orang tua itu berkata,"Saya menukarkan kuda dengan lembu." Isterinya berkata,"Bagus, sekarang kita boleh ambil susunya." "Tetapi saya telah menukarkannya dengan biri-biri," kata orang tua itu lagi. "Itu lebih baik!" kata isterinya. "Kita akan dapat bulunya. "Tetapi saya telah tukarkannya dengan angsa," orang tua itu menambah lagi. "Wow, kita boleh masak angsa panggang untuk makan malam," kata isterinya.

"Belum habis lagi," kata suaminya. "Akhirnya saya tukarkannya dengan seguni epal yang busuk. Awak marah pada saya?" "Marah? Tidak sekali-kali!" kata isterinya. "Saya berasa amat gembira kerana dapat membuat wain epal untuk awak."

Melihat isteri orang tua yang baik itu, kedua-dua lelaki Inggeris itu terkejut lagi hairan. Kemudian mereka membayar seratus pound sebelum meninggalkan suami isteri itu.

Moral cerita: Itulah. Siapa suruh bertaruh. Kan dah rugi 100 pound :-p

WAAAHHHHH, boleh kamu jadi seperti isteri petani tua itu? Memang payung emaslah ganjarannya. Agaknya bagaimana ya boleh berlapang dada sebegitu?

Menurut Parlindungan Marpaung dalam bukunya Setengah Berisi, Setengah Kosong?, jawapannya ialah PERSPEKTIF.


Menurutnya,

Rasa optimistik membangkitkan kesedaran bagi mengenali masalah dan respons terbaik kepada masalah itu. Rasa optimistik membangkitkan rasa percaya, setiap masalah dan cabaran dapat diatasi. Rasa optimistik membina kekuatan untuk berhadapan dengan perkara negatif secara positif. Rasa optimistik mengharapkan yang terbaik apabila berhadapan dengan situasi buruk dimana kita mempunyai alasan untuk rasa geram, tetapi memilih untuk tersenyum.

Terima kasih buat PTS kerana menghadiahkan buku ini kepada saya sempena promosi 'Saya Mahu Menang Buku'. Walau pun tak menang hadiah utama :sob sob: sekurangnya dapat satu buku percuma :-)

Read more...

Menang Gaya.

>> Thursday, May 27, 2010

Kah kah kah.

Makcik dah cakap. Makcik memang tak pandai main bowling. Bola makcik siap jatuh ke belakang lagi. Kah kah kah. Malu tau makcik. Masuk longkang jangan cerita. Pendek kata, asal baling, ke longkang perginya.

Tapi, makcik menang anugerah tau! Haaa tengok ni. Jangan cemburu buta..... buka mata luas-luas.


Most Stylo lagi. Orang kita cakap, paling bergaya. Cumanya makcik tak pasti bergaya tang mana. Gaya berpakaian atau gaya melongkang? Kah kah kah.

Mujurlah makcik bukan penerima anugerah Juara Longkang. Makcik dah sedia nak tutup muka semasa pengumuman dibuat. Urut dada sekejap apabila bukan nama makcik yang disebut. Tapi comel sungguh akak yang menang anugerah itu. Siap lambai-lambai tangan gaya ratu cantik lagi ^_^

Ini gambar makcik dengan kawan sepasukan. Macam kembar bukan? Maklumlah, kami berdua orang jawa! Pakai baju pula sepadan. Saiz badan pun lebih kurang :-p


Ngee. Abaikan muka makcik yang agak tak berapa nak cantik. Lagi pun, dalam gambar saja makcik tak cantik. Yang original lebih mempesona. Kah kah kah.

Read more...

Aktiviti Kokurikulum di Pejabat.

>> Wednesday, May 26, 2010


Bukan. Bukan bergosip di pejabat ya tuan puan. Gosip itu aktiviti utama. Yang lain-lain baru kokurikulum.

Yang kumaksudkan, ini.


Weehee. Bowling, kamu semua! [Terjemahan untuk y'ols?] Haa, makcik dah lama tak main bowling. Maklum saja, anak makcik dah tiga. Manalah makcik ada masa nak buat kerja-kerja lagha macam ini. Lagi pun, tengoklah saiz makcik yang istimewa. Kalau makcik main bowling, bergegar lantai kayu di tempat bowling agaknya. Kasihan tauke di situ.

Alasan alasan. Yang sebenarnya, makcik tak pandai main! Keh3x.

Tapi memandangkan pertandingan bowling anjuran pejabat untuk suka-suka dan eratkan silaturrahim, makcik kenalah turut serta. Guru besar dah bagi perutusan. Semua orang wajib main. Kalau tak, nanti dia rotan. Huh takut. [OK, aku melebih-lebih bab rotan.]

Hantam sajalah labuuuuuu..... Bak kata budak-budak muda di ofis, baling je. Jangan makcik baling bola ke belakang sudah. Malu tak terhingga nanti. Sampai tahun 2012 hangat digosipkan kawan-kawan. Heh.

Read more...

Motornya Yang Baru.

>> Monday, May 24, 2010


Amboi amboi. Senyum lebar hingga tembam pipi agaknya. Dulu, dia sekadar berputih mata melihat motor orang lain memintas laju. Sekarang, sudah boleh menggunakan lorong kanan dan memotong. Walau membawa pembonceng bersaiz istimewa :-)

Akhirnya, Yamaha 125 ZR menjadi pilihan hati. Tidak termasuk dalam senarai saya yang terawal, tetapi saya beralah apabila dia berkata,"Uish, inilah motor nombor satu sekarang!"

Ketika motor ini dibawa pulang, saya memandangnya dengan perasaan yang bercampur baur. Kerana dua sebab.

Bunyi motor yang agak mencurigakan. Preng preng sepuluh batu boleh dengar. Kalau suami saya hidup di zaman P Ramlee, mungkin dia menjadi watak di mana Aziz memerli "Cari motor ye bang?"

Cuba kamu lihat tempat duduk pembonceng. Tonggeknya aduhai. Bagaimana saya mahu naik? Ngeri kalau suami tiba-tiba [atau sengaja] membrek :-p

Memandangkan ciri-ciri tak memenuhi 100% spesifikasi asal, saya kemudian bertanya.

"Minyak motor jimat tak?"
"Err... Ada minyak tuti, jadi taklah jimat sangat."
"Hish. Kata ini motor nombor satu? Tak macam motor nombor satu pun? Bunyi bising. Tempat duduk tak selesa. Tak jimat minyak. Asap berkepul-kepul lagi.
"Hehe. Nombor satu di kalangan Mat Rempit."

ARGH!!! Boleh? Rasa nak gigit hidungnya yang mancung pun ada :-p

Read more...

Wajah Baru.

>> Saturday, May 22, 2010

PrettyModesty bakal berwajah baru. Sekarang masih dalam pembikinan. Nanti kalau ada masa, singgahlah ya? Dan berikan komen anda :-)

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!


Ehem. Alang-alang singgah, belilah tshirt atau tudung sehelai dua :tanduk:

Read more...

Pagi Yang Malas.

>> Friday, May 21, 2010


Hari sudah cerah. Namun matahari masih malu-malu memperlihat diri. Bersembunyi di balik awan kelabu yang memenuhi langit biru. Angin lembap menyapa pipi, membawa bersama bau tanah dan rumput yang dibasahi hujan malam.

Aku melangkah lemah ke stesen lrt. Sambil tertanya, kenapa burung tidak menyanyi? Masih tidurkah mereka?

Aduh. Cemburu. Cuaca sebegini mengulit mimpi lebih baik!

Di hadapanku ada gerai jualan yang dikerumuni orang ramai. Ada yang membeli sarapan. Nasi lemak, mi goreng atau sekadar kuih muih. Ada yang membeli suratkhabar. Hatiku meronta untuk singgah membaca sepintas lalu tajuk utama akhbar tabloid. Walau banyak berita picisan, tapi itulah yang nafsuku mahu. Ah tidak mengapa, sampai di ofis nanti akan kubeli. Yang penting, harus naik tren secepat mungkin. Waktu pejabat bermula lagi lima belas minit. Lalu gerai itu segera kutinggalkan.

Aku melintasi perhentian bas yang dipenuhi orang yang menunggu bas untuk ke destinasi masing-masing. Kebanyakannya memakai pakaian kerja formal. Selebihnya kasual. Maklum sahaja hari jumaat. Hari terakhir bekerja bagi pekerja kerajaan dan sesetengah pekerja swasta. Atau mungkin kerjaya mereka tidak memerlukan gaya formal. Mungkin juga masih pelajar. Aku sendiri memilih gaya pertengahan. Tidak terlalu formal, tidak terlalu kasual. Asal selesa.

Tiba di stesen lrt, kuseluk poket kanan. Kemudian poket kiri. Yang dicari tiada. Di mana pula kad lrtku. Mungkin di dalam beg komputer riba. Kuseluk poket depan beg. Eh tiada juga. Lalu kubuka luas-luas beg itu. Kenapa lain isinya? Ngee! Tersalah ambil beg suamiku. Sudah jatuh ditimpa tangga, duit satu sen pun tiada!

Panggilan ke telefon bimbit suami pula masuk peti suara. Nak balik rumah, kunci pagar pula tiada. Akhirnya aku berteleku di perhentian bas, mengenang nasib diri dan menanti pertolongan dari Tuhan :-)

Nota: Pertolongan Tuhan datang sepuluh minit selepas itu apabila suami terlintas hati untuk membuat panggilan. Syukur alhamdulillah ^_^

Read more...

Si Tikus Kecil.

>> Friday, May 14, 2010

Sejak kecil, tikus comel inilah yang berada di suatu tempat yang istimewa di hati kita.


Atau si kenit nakal yang selalu membuatkan Tom tidak keruan. Bak kata orang jawa, love-hate relationship. Orang melayu cakap, benci-benci rindu.


Bila kita meningkat dewasa, muncul pula si Remy. Kali ini dalam bentuk 3D. Auwww... tengoklah betapa comelnya dia. Dengan bulunya yang ungu metalik dan jari jemari merah jambu yang bersih dan comel.


TAPI

Jangan harap nak jumpa tikus secomel mereka di kehidupan sebenar. Pagi tadi aku hampir melompat semasa mengambil wudhu' di bilik air. Di sudut pandangan mata ternampak satu karakter kecil berbulu hitam dan berekor panjang keluar dari lubang saluran air. Uwaaaaa... mujur tikus kecil saja. Kalau bapak tikus gemok gedempol macam Emile, meraung makcik.


Memandangkan dia kecil saja dan aku umpama raksasa Gorgon baginya, aku cuba berlagak cool [konon]. Aku tegak berdiri kaku, dan betul, dia panik lalu mencicit lari masuk semula. Cepat-cepat aku tutup lubang saluran. Ngeeee... Kalau masuk dalam rumah, naya!

Tapi, nak kata semua tikus tak comel pun tak boleh juga. Sebabnya si hamtaro dan kawan-kawannya pun spesis tikus juga iaitu rodent. Ha tengok ni, comel kan mereka? Kalau pergi ke petshop, merekalah yang sering mencuri tumpuan.


Hmm satu lagi. Kasihan si guinea pig. Muka punyalah comel. Bulu pun gebu. Kenapalah namanya sebegitu? Cuba kamu belek kiri kanan depan belakang. Ada rupa khinzir?


Sekian saja cerita saya tentang tikus pada pagi ini. Sungguh tak berilmiah ^_^

Read more...

Tentang Ikhlas.

>> Tuesday, May 11, 2010

Tadi, unit saya mengadakan majlis apreasi. Dalam ucapannya, pengurus besar menyebut nama kawan-kawan sepejabat yang katanya "sinar yang berkilau" atau "berpotensi untuk menyinar".

Nama saya tidak disebut.

Emosi saya tidak stabil mungkin, jadi saya sangat-sangat jauh hati. Saya mula berfikir apa lagi yang tidak saya lakukan. Tidak cukupkah kerja saya selama ini? Atau, tidakkah dia nampak? Kemudian syaitan mulalah membisikkan yang bukan-bukan. Mungkin kawan yang disebut-sebut pandai membodek. Atau mereka kecoh seantero dunia kerja yang mereka lakukan supaya orang dengar. Perhaps perhaps.

Kemudian saya menepuk dahi. Apa dah jadi? Rupanya pujian dan penghargaan yang kuharapkan. Tak ikhlaslah tu. Sudahlah tak ikhlas, tuduh kawan sendiri lagi. Sedangkan mereka memang patut dipuji begitu. Saya sepatutnya berkongsi kegembiraan, bukannya sentap tak pasal-pasal :-)

Betapa sukarnya mencari keikhlasan hati. Sedangkan hati yang ikhlas memudahkan kita berlapang dada dan menghindarkan kekecewaan.

Aduh Hartini. Ikhlaskanlah hatimu. Jika kau benar-benar ikhlas, hatimu tidak akan kecewa dengan perbuatan atau kata-kata makhluk. Di penghujung jalanmu, keredhaan Tuhanlah yang dicari.

Kata ahli sufi, ikhlas itu maknanya tidak mengharapkan apa-apa. Apabila kita mencintai seseorang, kita lakukan apa saja untuknya tanpa mengharapkan balasan hatta cintanya. Begitulah jua cinta yang ikhlas terhadap Yang Satu. Kalau rasa kurang faham maksud kata-kata ini, tontonlah drama Indonesia, Kiamat Sudah Dekat :-)

Tapi, err... nak syurga aci tak? Hehe.

Read more...

Anda Nak Tau Tips Jadi Kaya?

>> Monday, May 03, 2010

Tips ini suami yang cakap dalam perjalanan ke klinik Sabtu lepas. Adeh. Paling tak tahan dengar syarahan dalam kereta. Tak boleh lari ke mana. Nak tak nak, terpaksa tadah telinga. Bernanah beb. Heh!

Apa pun, perkataan yang baik harus dikongsi bersama. Lagi-lagi kalau tips nak jadi KAYA! Makcik kayooo yabedabeduuuuuu.....

Jika menginginkan kekayaan, bacalah Surah Al-Waqiah setiap hari kerana ada janji-janji Allah pada Surah Al-Waqiah.

Dalam banyak-banyak isi penting syarahan suami tentang iman dan amal, ini sahaja yang berjaya meresap dalam diri.

Tak baik taaaauuuuu :goyang-goyang jari telunjuk:

^_^

Oh ya, surat yang itu dah dihantar ke unit sumber manusia jumaat petang :senyum konspirasi:

Read more...

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP