Cerita Fatimah Lagi?

>> Thursday, March 31, 2011

Hai, sampai achik pun menyampah. Asyik cerita budak ini saja. Harapnya kamu semua tidaklah bosan membacanya. Layaaaaaannnn!!!

"Mama.."
"Ya?"
"Saya rasa, saya suka lelaki itulah."
"Ha? Lelaki mana?"
"Yang dalam lagu yang saya suka."
"Banyak lelaki, yang mana satu?"
"Yang itu."
"Kenapa suka dia?"
"Saya rasa dia handsome."

Huih, entahlah mana lelaki yang dia tunjuk. Ramai sangat dalam kumpulan Super Junior :-p



Anak, anak. Kamu sedarkah kamu baru berusia enam tahun? Kenapa kamu asyik suka lelaki sini sana? Asal yang rambut cacak, kamu kata kacak.

Siap ekspresi cinta dengan lukisan lagi.


"Mama, yang ini saya. Ini lelaki yang saya suka."

Uhuk. Uhuk. Sungguh tak tercapai akal Mama, nak. Apakah yang harus Mama lakukan? Patutkah Mama masukkan kamu ke sekolah pondok?

Ah, sudahlah. Usah difikirkan lagi. Marilah Mama ajar kamu memasak, sebab Mama teruja dengan Junior Masterchef. Kita belajar masakan mudah saja.


Mama namakan masakan ini sebagai Sosej Rasa Bahagia. Sebab kamu memang nampak bahagia ketika memakannya. Pipi kamu kembung bersinar-sinar semasa mengunyahnya.

Mula-mula, Mama minta kamu potong sosej senget-senget. Kemudian, Mama panaskan kuali, dan Mama campak mentega. Selepas mentega cair, Mama minta kamu masukkan sosej ke dalam kuali. Kemudian, Mama suruh kamu kacau-kacau sosej hingga separuh masak. Hujung mata Mama asyik perhatikan kamu sambil Mama campak bahan-bahan sos seperti sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap. Mama tolong sebatikan bahan-bahan dengan sosej dan kemudian Mama biarkan kamu menggoreng hinggalah sosej masak.

Kamu tersenyum bangga. Malah, kamu meminta Mama menulis surat kepada Cikgu Ira untuk menceritakan bagaimana kamu memasaknya. Kamu kata, malam ini kamu mahu memasak Sosej Rasa Bahagia ini bersama Mama lagi. Kemudian Mama sempat berpesan, kamu tidak boleh memasak jika Mama tiada kerana itu sangat bahaya. Kamu pun mengangguk faham.

Walaupun banyak kalanya kamu buat Mama pening kepala, kamu tetap anak perempuan Mama yang comel.

Read more...

Hadiah Harijadi.

>> Wednesday, March 30, 2011

Yay! Dapat hadiah semalam!


Beria syarikat kurier mahu menghantarnya ke tangan saya semalam juga. Ketika mendapat panggilan, saya sedang menunggu Ameer di sekolah. "Lori kami sudah berada di hadapan rumah puan sekarang," kata wanita itu. Aduh, bagaimana ini? Ameer belum pun keluar. Kemudian, kami pun aturkan penghantaran seterusnya jam 3 petang, iaitu selepas saya menghantar Ameer ke sekolah agama.

Weee, seronoknya dapat hadiah! Tapi, hadiah ini daripada saya sendiri hik3x. Yalah, siapalah yang mahu memberi hadiah kepada akak surirumah ini. Tsk tsk. Sudah berusia tiga puluh dua tahun masih suka berdrama.

Ini kandungannya:
Antara buku yang dibeli:


Walaupun umur kalendarku tiga puluh dua, badanku berusia empat puluhan tsk tsk. Harus menelaah cara-cara untuk meningkatkan metabolism supaya lebih muda remaja.

Berkurun orang lain sudah membaca Ayat-Ayat Cinta, saya baru mahu beli hihi.


Tambah ilmu untuk menjadi penyunting berjaya dan berkakilebarkaliber.

Yang lain-lain, kamus, tesaurus, tafsir Quran himpunan Rahman dan sebagainya. Terima kasih kepada MPHOnline kerana menghantar buku lebih awal dari jangkaan. Saya suka!

Ha, kalau kamu mahu beri hadiah kepada akak, silakanlah ya? Boleh zoom alamat dekat gambar pertama itu hik3x. Akak mahu CD aerobik :lol:

Read more...

Tiga Dua.

>> Tuesday, March 29, 2011

Happy birthday to me! Nyeh nyeh nyeh.

Umurku tiga puluh dua tahun rupanya. Sudah tua. Patut pun badan asyik penat saja. Pinggang, pinggul selalu lenguh-lenguh. Kaki seperti agar-agar lembik naik tangga turun tangga. Kalau masih tak ingat mati, tak tahulah :-p

Apapun, memandangkan achik sedang bergiat cergas dalam perjuangan menentang kegemukan, senarai impian sempena hari lahir tahun ini semuanya bersangkut paut dengan aktiviti riadah.

#1 MP3 Player.

Berlari sambil ditemani muzik KPop yang rancak dan cambest, pasti bersemangat dan langkah pun semakin padu!

#2 Pedometer

Dengan adanya pedometer, kita dapat mengetahui jarak larian dan kalori yang telah dibakar. Barulah mengancam!

Harapnya ada yang boleh merealisasikan impian hadiah harijadiku ini, kataku lantas melirik manja dan tersenyum menggoda kepada abang kacak kepala botak.

Read more...

Petua Hilangkan Muntah Serta Merta.

>> Sunday, March 27, 2011

Malam semalam, Maryam muntah-muntah dengan teruk. Minum sikit, muntah. Aduh, panik sekejap. Nak ke klinik, sudah malam dan takut muntah pula dalam perjalanan. Satu hal mahu menguruskan najis. Nak telefon talian hayat, i.e. ibuku yang bagaikan buku bergerak, awal lagi sudah lena diulit mimpi kerana mahu tahajud sepertiga malam katanya.

Di saat-saat beginilah achik kasih dan sayang akan Pakcik Google. Achik tanya kepadanya, "Wahai Pakcik Googleku sayang, apakah petua untuk menghilangkan muntah-muntah bagi kanak-kanak?" Itu bahasa Melayunyalah. Yang sebenar, achik tanya dalam bahasa Inggeris. Sebab budaya bangsa maju, mereka memang suka menulis hatta hal-hal remeh sekalipun. Tanyalah, pasti ada jawapan mereka.

Salah satu jawapan yang achik temui, begini bunyinya,

It is associated with other underlying conditions. Simple vomiting due to indigestion is easily relieved by smelling half a lime. Drinking a glass of lime juice also proves beneficial. A teaspoon of ginger juice with honey aids in proper digestion and averts nausea. Rest is vital in recovery. Increase the intake of liquids and water, as vomiting results in dehydration. Fruit juices replace the lost electrolytes, vitamins and minerals. Oral rehydration solution helps in the maintenance of electrolyte balance. Sip a glass of warm water with two teaspoons of honey in it. A cold compress on the head keeps the child better. Avoid solid and fatty foods. Ginger tea stops vomiting immediately. A mixture of a teaspoon of mint and lime juice each, with half a teaspoon of ginger juice and honey is an effective technique to curb vomiting and nausea. Dry roasted cardamom seeds are powdered and consumed with honey.

Uh oh. Achik suka dengan pernyataan ini --> Ginger tea stops vomiting immediately.

Uit, benarkah? Mari kita cuba. Lagipun, mudah saja membuatnya. Buat air teh, kemudian masukkan halia sebesar setengah ibu jari. Kemudian, berikan kepada Maryam. Minum perlahan-lahan ya, nak. Mukanya cuak juga, sebab takut muntah lagi. Tapi selepas beberapa sudu, Maryam berdiri tegak sambil kepalanya tunduk ke besen bersedia untuk muntah, tapi tak jadi. Lalu, dia sambung minum lagi.

Yahooooo! Menjadi!!! Alhamdulillah ^V^ Kemudian, dengan perut yang selesa, Maryam pun ajak Mama tidur hehehehe...

Oleh itu, ibu-ibu sekalian, kalau anak kita sakit, tak semestinya perlu ke klinik. Adakalanya penawar ada di rumah. Semulajadi lagi. Rajin-rajinlah bertanya kepada Pakcik Google. Kata kuncinya ialah Home Remedy, kemudian tulislah nama simptom atau penyakit. Insya-Allah, ada sahaja yang rajin menuliskan petuanya.

Read more...

Serbuk Roti @ Breadcrumb.

>> Friday, March 25, 2011

Dahulu, termenung juga kalau mahu mencuba resipi, tetapi nampak perkataan breadcrumb. Orang Melayu sebut, serbuk roti.

Bukan semua kedai ada menjual serbuk roti. Kalau di Benut, sahih tiada di Kedai Akiang atau Kedai Borhan. Malah, di Pasaraya Moh Heng pun belum tentu ada. Terpaksalah memandu ke bandar Pontian. Di Seksyen 7 Shah Alam ini pun, Pakcik Ali Maju atau pakcik-makcik grocer seumpamanya tidak menjual serbuk roti. Jika mahu, perlu ke pasaraya Giant atau ke kedai menjual bahan-bahan bakeri di Jalan Platinum.

Kalau tiada di kedai-kedai berhampiran, jangan menangis apatah lagi panik atau putus asa tak mahu cuba resipi langsung. Rugi. Resipi yang sedap perlu dicuba. Barulah surirumah berkaliber namanya.

Gantikan saja dengan roti. Nama pun serbuk roti, bukan? Begini caranya membuat breadcrumb atau serbuk roti:

1. Bakar roti di dalam ketuhar dengan kepanasan sederhana. Atau, boleh juga guna pembakar roti.
2. Apabila roti sudah keras, potong tepi roti. Tepi roti boleh dibuang. Cheapskate seperti acik sayang nak buang, jadi acik ngap.
3. Hiris roti dengan pisau. Nipis-nipis.


4. Atau, boleh juga ramas sahaja dengan tangan. Mudah dan cepat.

Ha, beginilah rupanya serbuk roti home made.


APA? Tiada roti? Ah, di ceruk mana kamu duduk? Internet ada pula, ya? :senyum:

Read more...

Popiah Goreng.

>> Thursday, March 24, 2011


Bahan-bahan untuk inti:
Seulas bawang putih (dicincang halus)
Secawan ayam cincang
Setengah cawan lobak merah
Setengah cawan kacang panjang
Setengah cawan tofu telur
Sesudu air stok ayam

Cara memasak inti:
1. Goreng bawang putih dengan sedikit minyak sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam cincang, lobak merah, kacang panjang dan stok ayam. Goreng sehingga masak.
3. Masukkan tofu telur.
4. Perasakan dengan garam/gula mengikut kesukaan. Namun sebenarnya, rasa manis dan masin daripada bahan-bahan inti sudah memadai.


Bahan-bahan untuk popiah:
Kulit popiah
Sebiji telur

Cara memasak popiah:
1. Letakkan inti popiah di atas kulit popiah secara memanjang, lipat dan gulung. Di hujung kulit popiah, letak sedikit telur atau air supaya lebih melekat.





2. Panaskan minyak dengan api besar dan perlahankan api apabila sudah sedia untuk menggoreng.
3. Goreng popiah hingga kuning keemasan.

Sos pencicah? Tak payah susah-susah, dik. Beli sahaja yang sudah siap hehehe...

Read more...

Fatimah Asyik Keliru Lagi.

>> Sunday, March 20, 2011

Sungguh tidak dapat difahami apabila Fatimah mengeluarkan kenyataan sebegini:

"Mama, muka lelaki itu macam Abah."

Sebab lelaki yang dia maksudkan itu, begini rupanya:


Sedangkan rupa abahnya begini:

Glamor sekejap. Jangan marah haaaaa hik3x....


Tang mana yang sama Maher Zain dengan abah kamu, nak? Saiz lubang hidungnya kah?

Read more...

Lasagna Leftovers.

>> Friday, March 11, 2011


Hari ini, saya masak lasagna kerana ada leftovers yang boleh diubahsuai, iaitu Cheesy Macaroni dan kuah Bolognese. Senang sahaja membuat lasagna ini. Bahan-bahan baru yang diperlukan hanyalah keju :-)

Lapisan pertama, Cheesy Macaroni. Resepinya pernah saya tuliskan di sini. Penyek-penyekkan sampai mampat.


Lapisan kedua, kuah Bolognese. Cara mudah untuk membuat sos Bolognese ialah dengan membeli sahaja di pasaraya dan ditambah dengan daging/ayam cincang. Jenama yang paling popular, mungkin Prego.

Resipi mudah saya ialah goreng bawang besar & bawang putih, masukkan daging/ayam cincang sehingga naik bau, dan kemudian masukkan tomato puri. Perasakan dengan garam, dah siap! Jika mahu lebih khasiat, tambah sahaja lobak merah atau celery. Hmm, teringat pula Wonderpets yang makan batang celery setiap kali misi mereka menyelamatkan anak haiwan berjaya.


Lapisan ketiga, keju. Penderita penyakit M seperti saya, hanya melemparkan dua keping keju chessdale tanpa mencarik-carikkannya. Alasan, apabila mencair dalam oven, sama sahaja rasanya hehe.


Ulang, sehingga penuh kaserol. Lapisan atas wajiblah keju. Kasi comel sikit ya, jangan ikut rasa takcukupkeupayaan kamu itu. Keju biarlah ditabur gaya chef terkemuka.

Ha, tengok ini, Lasagna yang sudah sedia untuk memasukkan dirinya ke dalam oven. Kepanasan oven ikut kamulah. Maklum saja, oven saya sudah tak nampak nombor dan hurufnya. Main agak-agak saja tadi. Tombol untuk masa dan haba main taram saja dipusing kih3x. Rasanya, janganlah terlalu panas, dalam 170 darjah, dan tidak terlalu lama, lebih kurang sepuluh minit.


Tadaaaa... dah siap! Heee... cantikkan apabila sudah masak? Keju mencair dengan baik, tidak hangit. Warna kuah Bolognese pula nampak memikat sekali. Pergh, meleleh! Tak boleh jadi, kena cuba sekarang juga! Nanti kanak-kanak sudah balik, tak sempat merasa :-p


Huh! Menyosal acik, menyosal! Menyosal masak lasagna ini. Lagi menyosal semasa memakannya. Asyik mahu tambah sahaja. Ngeee sedapnya!

Gandingan pasta berkeju dengan sos tomato, serta lelehan keju cair sungguh menyentuh perasaan. Memang patut Garfield tergila-gilakan lasagna. Rosak dietku :-p

Read more...

Jangan Ada Kekasih Gelap.

>> Thursday, March 10, 2011

I’m not sure what the public thinks of me. But I think I did the right thing. I have no regret in pursuing the case. Everybody needs to know the truth. Darren’s wife needs to know the truth. She deserves to know what her husband was up to. I was not trying to ruin their marriage. Whether or not their marriage (survives the scandal), it is for them to work it out.

It was just like when they found out about my affair (with Serena, a GRO in China). I admitted to Daphne, I said sorry to her and I put everything behind me and tried to make my marriage work. I resigned from my job in China and returned to Malaysia. But by then, she had found someone else.

Full article can be read here.

Real life drama. Beginilah kalau masing-masing berdendam dan mahu membalas dendam. Isteri balas dendam kerana suami ada hubungan lain, suami pula balas dendam kerana isteri mengandungkan anak orang lain setelah hubungan suami tadi terkantoi. Apa pun, tetap lelaki juga yang untung. Menang saman lagi.

Oleh itu, para isteri di luar sana, berhemahlah dalam menangani masalah suami main kayu tiga. Jangan ikut resmi Inggeris, if you can't beat them, join them. Sebaliknya ikutlah nasihat datuk nenek kita, menarik rambut dalam tepung, rambutnya dapat, tepung tak selerak.

Lainlah kalau kamu hot macam Daphne. Berkahwin dengan Businessman Kaya #1, ada hubungan dengan Businessman Kaya #2, berkahwin semula dengan Businessman Kaya #3. Heh sekadar bergurau. Jangan marah, ya Daphne ^V^

Read more...

Hari Wanita.

>> Tuesday, March 08, 2011


Weehee, hari ini kita yang punya! 8 Mac 2011 ialah Hari Wanita Sedunia. Bagaimana anda menyambutnya?

Sebagai surirumah, saya sambut cara surirumah sajalah, iaitu tiada sambutan istimewa kih3x. Namun, status FB saya berbunyi begini:

Hari Wanita? Saya sambut dengan melakukan senaman kardio di taman, bertemankan kicauan burung dan tempikan remaja bermain bola ^V^

Maklum sajalah, dah tua. Lagi 21 hari, bakal berusia 32 tahun :hint hint: Anak pun sudah tiga. Setiap kali bersalin, ada saja skru yang tertanggal. Kadang rasa badan macam kereta buruk pun ada. Jadi, kenalah jaga kesihatan.

Jika mahu tahu rutin berjalan saya, boleh intai blog Fattytini.

O.K.lah, itu saja buat kali ini. Selamat Hari Wanita kepada semua wanita di luar sana! Jagalah kesihatan, kerana dirimu begitu berharga :-)

Read more...

Barang Yang Kutunggu Sudah Sampai!

>> Monday, March 07, 2011

Dengan gigih, Cik Mat merempuh traffik Kuala Lumpur yang terkenal kegilaannya. Dua jam setengah baru sampai ke destinasi. Namun, tibanya dia ke destinasi, melepasi pintu gerbang, dia tertanya, "Adakah aku sudah memasuki dunia yang lain?"

Di saat kereta berhenti di hadapan sebuah rumah, matanya terkelip-kelip. Apa taknya, TTM. Haaa, tengok ini. Banglo tiga [atau mungkin empat] tingkat, you!


Gambar ini acik ceduk dari iproperty. Manalah berani mahu ambil gambar rumah sebenar hehe.

Baiklah, tujuan pergi ke situ bukanlah ingin terkesima melihat kehebatan rumah jutaan ringgit, tetapi ingin mengambil barang yang dititipkan oleh Aida melalui kenalannya di U.K. yang pulang sebentar untuk mengemas rumah baru mereka.

Ya ampun, barang apa yang kau sumbat, Aida? Sampai sebesar ini kotaknya.

Eh eh, taklah. Memang ngam-ngam kotak barang itu. Haaa... silalah baca ya apakah barangnya hihihihihihihi [acik mengilai macam pontianak sudaaaahhh]

Gedabak, TTM! Fatimah berteriak, "Wow, besarnya, Mama!" Nak keluarkan dari kotak punyalah payah. Sampai tertindih kaki Fatimah yang menyibuk di dapur. Memang padan muka dia.

Lihatlah, hampir sama besar dengan oven 35 literku. Heeee, I like! Hitam putih macam tahi cicak :-p

Papan kekunci fungsi Breadmaker Argos.

Pandangan dalam Breadmaker Argos. Bersinar-sinar hingga memantulkan cahaya :-p

Manual Breadmaker Argos dan Buku Resipi yang diberikan percuma.

Yahuuuuuu, acik sudah punya breadmaker! Walau tak tahu bila mahu membuat rotinya :-p Gambar rotiku yang pertama pastinya akan ditepek di sini ^V^

Ucapan ringkas, terima kasih kepada Aida kerana membelikan BMku ini, walaupun acik sungguh terlampau menitipkan hanya 5 pound untuk urusan penghantaran :sengih kambing: Juga terima kasih kepada Aini yang telah menghantar bersama duit ringgitku ke Manchester. Nanti jemputlah tengok gambar roti-rotiku di blog ini.

Read more...

Sepetang di Taman Tasik Seksyen 7 Shah Alam.

>> Saturday, March 05, 2011

Petang-petang, kami berempat akan berjalan-jalan. Di mana ada taman permainan, di situ kami terjah. Sejak saya mula gigih bersenam, dalam dua minggu kebelakangan ini, hampir tiap-tiap petang kami ke taman tasik seksyen 7 shah alam.

Semalam, memang langkah kanan. Ada orang bawa berekor-ekor arnab ke situ. Mungkin mahu arnab peliharaan berlari-lari di taman yang luas. Dapatlah kanak-kanak bermain arnab yang comel-comel. Bukan setakat kanak-kanak, ramai gadis yang tertumpu di situ. Ewah, popularlah sekejap jejaka yang bawa arnab-arnab itu! [Adakah ini niatnya yang sebenar?]

Ameer dan Arnab.

Fatimah dan Arnab.

Apalah agaknya yang khusyuk dibincangkan oleh Ahli Mesyuarat Taman.

Sempat juga berborak dengan jejaka tersebut. Katanya, arnab-arnab itu dipelihara di ladang. Hins hins putih bersih arnabnya, dik. Kenapa selalu kita nampak arnab bulunya kuning-kuning, yang kamu bawa putih-putih, gebu-gebu. Kalau tempatnya tak bersih, kuninglah bulunya, kak. Oooo... Siapa yang berkenan mahu jadikan arnab sebagai peliharaan, bolehlah berkunjung ke ladang mereka, One Stop Rabbit Farm and Trading.

Selain daripada mengusha arnab, banyak lagi yang boleh dilakukan di sini. Paling utama, tentulah bersenam. Trek jogingnya besar, mengelilingi tasik saujana mata memandang. Ada juga gimnasium terbuka. Tidak perlulah rakyat marhaen seperti acik berhabis duit untuk bersenam he he he...

Ada bermacam peralatan bersenam yang disediakan di sini. Gambar muat tunjuk dua sahaja.

Kalau penat berlari, boleh berehat dan bercanda di gazebo. Siap ada pit barbeku lagi.

Tidak mahu berlari, boleh juga bermain gitar. Melatih skil atau mengurat gadis?

Yang ini, kasihaaannn. Pantai tiada, bermain di gigi tasik pun jadilah!

Aktiviti petang anda pula, bagaimana? :kenyit:

Read more...

Tudung Syria?

>> Thursday, March 03, 2011

Semalam petang, saya cuba pakai satu-satunya tudung syria yang dimiliki untuk ke taman tasik. Kononnya, lebih mudah mahu bersenam :-p Lagipun, saya tengok orang lain pakai cantik dan terletak. Elok saja dahi tiada anak-anak rambut terkeluar. Kalau patung yang pakai, lagilah cantik sebab dahi licin dan tidak jendul.

Gambar tudung syria ini diceduk dari kedai mayaku, Pretty Modesty. Berkenan? ^V^

Alih-alih, pagi tadi Fatimah berpesan semasa dalam perjalanan ke sekolah.

"Mama."
"Ya?"
"Mama tak pakai tudung semalam?"
"Tak."
"Mama janganlah pakai tudung tu lagi."
"Kenapa? Tak cantikkah Mama pakai? [Nada sentap]"
"Ha-ah. Tak cantik. Kelakar pula tu."

Tsk tsk. Benci betul! Suka sangat tegur fesyen Mama :-p

Read more...

Pemenang Giveaway Saja Suka Februari 2011.

>> Wednesday, March 02, 2011

Seperti dijanjikan, hari ini cabutan dijalankan. Talian hayat sudah ditutup dan segala surat menyurat tidak akan dilayan nyeh3x.

Baiklah, kita tengok senarai sekali lagi. 144 semuanya, termasuk Puan Hanis yang tertinggal namanya. Patut #3, tapi memandangkan TTM yang lain sudah berdoa dengan nombor masing-masing, Puan Hanis dianjak ke #144. Jangan marah haaaa ^V^

1. Mama2nur
2. Ummu Auni
3. KNV
4. Y@tipruzz
5. Tukang cerita
6. Julie Yaacob
7. Ummu Amin
8. Farra
9. Ina Hashim
10. Mama_Fatin
11. Izzatul Iman
12. Nana
13. My Shaizar blog contest
14. Eb ezrin2
15. Umiliza989
16. Zur@zari
17. Rafolian
18. Sari
19. CT
20. Hilmi & Faeizah
21. AROL DSHW
22. Misza E-Shope
23. Aida
24. Syuhada
25. Cempaka kuning
26. Nana kimie
27. Apple sourz
28. Aanie
29. Mama Batrice
30. Cikpuanhady
31. Adyshariz
32. Ibulunazahra
33. Mamazharfan
34. Tiefazatie
35. Zaikulim
36. Kak Long
37. Eynaa
38. Miza Yusof
39. Imaan09
40. Fadzillah Kamarudin
41. Jasfyra
42. Cute Mom
43. Mrs. K
44. Izan cute
45. Qaizana
46. Tie - Ibu wawanisolehah
47. Mama Balqis
48. Jassnani
49. Azura Samsuddin
50. Pinky Momma
51. Juniza
52. Adlin a.k.a Kyra Moms
53. Puan Nina
54. Huda
55. Nifalnin
56. Puan Iza
57. Anis
58. AyuArjuna Bigosh
59. Nu'nu Safia
60. Imanmom
61. Pago"
62. Acik Na
63. Sarah
64. Zalina
65. M@m@ Tomell
66. Eysha_zal
67. Dilazfamily
68. Jihan Uzma
69. Jieda
70. Sw33tdarling
71. Azatiesayang
72. Muslimkiddies
73. Miss Mucuk
74. Lissa
75. Little Girl
76. Farhana
77. Mynie
78. Kehelan
79. Mila.ibunajihah
80. Mama Balqis
81. Kiwi
82. Nadratul
83. Erawatie
84. SofiaHB
85. Nadiah Sidek
86. Rosilah
87. Taufidris
88. AkmaFaizal
89. Fawwaznuha
90. Wan Nurul Hezrina Abd Halim
91. Hana Kirana
92. Iduraz
93. Cik Zai Penang
94. Ika Puk Puk
95. Syima ~Mama Kyra~
96. Umie Akif
97. Mama Rayyan
98. Bionic Women
99. Nurul Izza
100. Azie-rah
101. Afne
102. Iduraz
103. Nadiah
104. Norazurashima
105. Zue Annaleeya
106. Ctnurkhijah
107. Budak Kedah
108. Juelee
109. Dyahaha
110. Jura-rahim a.k.a mrs tycoon
111. Ummirayyan
112. All About Us
113. Ibu Ayra
114. Ironmax
115. Mariah_smile
116. Misz Lovely
117. Yus
118. CuteMummy
119. Cikanna
120. Momoyyanyzz
121. Ummi Hanie
122. Ummu Ukasyah
123. Qaleesya
124. Kakyong
125. Weiydaweingwaffa
126. Ogy
127. Mimie Addnin
128. Lya M@m@ Asya
129. Lynn'Azlina
130. Yangbaik
131. Miera Momo Chan
132. Fieda
133. Leen
134. Ayuselalu
135. Apaizah
136. Missz
137. MamaRifqy
138. S@hB@nu-Banu
139. Inahasan
140. Segalanya kuterima
141. Yatie Chomeyl
142. Ummi Danish
143. Mama Mirza
144. Hanis

OK jom terjah laman web random.org.


Jeng jeng jeng. Kalau tengok TV3, apabila sampai bahagian menarik, rancangan pun berhenti seketika untuk memberi laluan kepada iklan penaja. Barulah ada elemen suspens! Tih3x harap bersabar ya TTM.

Iklan ini acik ceduk dari blog Puan Hanis. Suka bangetlah kempen yang diwar-warkannya!


Pakai tudung biarlah labuh, katanya. Apa? Susah hendak cari tudung yang labuh? Adeh, jangan panik, TTM. Di Pretty Modesty kan ada? Sedang jualan murah lagi!

O.K. kembali bab pemenang. Baca bismillah semuanya, tarik nafas, ini dia jeng jeng jeng...


Pemenangnya ialah, #102! Iaitu, Puan Iduraz! Waaahhh, tahniah, tahniah Puan Iduraz. Nanti emailkan alamat puan kepada saya, ya? hartinidewi[at]hotmail.com. Kemudian, kalau hadiahnya sudah sampai, maklumkan kepada saya dan beritahulah dunia O.K.? Nak lagi best, tayang bergambar lagi hehe...

TTM yang lain jangan risau. Ada lagi hadiah-hadiah menarik untuk bulan-bulan mendatang :-) Cuba lagi, ya?

Read more...

Pengumuman Giveaway Saja Suka Februari 2011.

>> Tuesday, March 01, 2011

Kepada TTM yang menyertai giveaway ini, sila semak nama anda di dalam senarai sebelum undian dijalankan pada 2 Mac 2011. Sebarang rayuan tidak diterima selepas tarikh tersebut. Kuang3x beria acik buat giveaway, ya? Bukannya apa, takut tertinggal nama. Nanti ada yang merajuk, siapa yang kena pujuk? Aciiiiikkkk juga.

Berpinar mata acik baca ruang komentar, 143 TTM y'ols! :-p

1. Mama2nur
2. Ummu Auni
3. KNV
4. Y@tipruzz
5. Tukang cerita
6. Julie Yaacob
7. Ummu Amin
8. Farra
9. Ina Hashim
10. Mama_Fatin
11. Izzatul Iman
12. Nana
13. My Shaizar blog contest
14. Eb ezrin2
15. Umiliza989
16. Zur@zari
17. Rafolian
18. Sari
19. CT
20. Hilmi & Faeizah
21. AROL DSHW
22. Misza E-Shope
23. Aida
24. Syuhada
25. Cempaka kuning
26. Nana kimie
27. Apple sourz
28. Aanie
29. Mama Batrice
30. Cikpuanhady
31. Adyshariz
32. Ibulunazahra
33. Mamazharfan
34. Tiefazatie
35. Zaikulim
36. Kak Long
37. Eynaa
38. Miza Yusof
39. Imaan09
40. Fadzillah Kamarudin
41. Jasfyra
42. Cute Mom
43. Mrs. K
44. Izan cute
45. Qaizana
46. Tie - Ibu wawanisolehah
47. Mama Balqis
48. Jassnani
49. Azura Samsuddin
50. Pinky Momma
51. Juniza
52. Adlin a.k.a Kyra Moms
53. Puan Nina
54. Huda
55. Nifalnin
56. Puan Iza
57. Anis
58. AyuArjuna Bigosh
59. Nu'nu Safia
60. Imanmom
61. Pago"
62. Acik Na
63. Sarah
64. Zalina
65. M@m@ Tomell
66. Eysha_zal
67. Dilazfamily
68. Jihan Uzma
69. Jieda
70. Sw33tdarling
71. Azatiesayang
72. Muslimkiddies
73. Miss Mucuk
74. Lissa
75. Little Girl
76. Farhana
77. Mynie
78. Kehelan
79. Mila.ibunajihah
80. Mama Balqis
81. Kiwi
82. Nadratul
83. Erawatie
84. SofiaHB
85. Nadiah Sidek
86. Rosilah
87. Taufidris
88. AkmaFaizal
89. Fawwaznuha
90. Wan Nurul Hezrina Abd Halim
91. Hana Kirana
92. Iduraz
93. Cik Zai Penang
94. Ika Puk Puk
95. Syima ~Mama Kyra~
96. Umie Akif
97. Mama Rayyan
98. Bionic Women
99. Nurul Izza
100. Azie-rah
101. Afne
102. Iduraz
103. Nadiah
104. Norazurashima
105. Zue Annaleeya
106. Ctnurkhijah
107. Budak Kedah
108. Juelee
109. Dyahaha
110. Jura-rahim a.k.a mrs tycoon
111. Ummirayyan
112. All About Us
113. Ibu Ayra
114. Ironmax
115. Mariah_smile
116. Misz Lovely
117. Yus
118. CuteMummy
119. Cikanna
120. Momoyyanyzz
121. Ummi Hanie
122. Ummu Ukasyah
123. Qaleesya
124. Kakyong
125. Weiydaweingwaffa
126. Ogy
127. Mimie Addnin
128. Lya M@m@ Asya
129. Lynn'Azlina
130. Yangbaik
131. Miera Momo Chan
132. Fieda
133. Leen
134. Ayuselalu
135. Apaizah
136. Missz
137. MamaRifqy
138. S@hB@nu-Banu
139. Inahasan
140. Segalanya kuterima
141. Yatie Chomeyl
142. Ummi Danish
143. Mama Mirza

Selamat menyemak! :wink:

Read more...

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP