Dan Pemenangnya Ialah....

>> Monday, January 31, 2011

Kamu semua!!!

Ha, nama pun giveaway saja saja suka suka. Memandangkan hanya sembilan orang yang menyertainya, saya memutuskan bahawa semua orang akan dapat hadiah. Menarik, bukan?

Siapa dapat hadiah apa, pun ikut suka suka. Konsepnya, siapa cepat dia dapat. Jadi, apa lagi? Cepatlah komen di ruang komentar dengan segera sebelum hadiah yang berkenan di hati dirembat orang lain!

Senarai hadiah seperti berikut:

#1: Cardigan putih - Hilyati
#2: Inner shirt putih - Aini
#3: Inner shirt putih - Semah
#4: Inner shirt hitam - Mama2nur
#5: Arm cover bunga-bunga
#6: Arm cover putih - Mynie
#7: Arm cover hijau muda pucuk pisang
#8: Arm cover diamond


Eh, kenapa hadiah cuma lapan sedangkan pesertanya ada sembilan? Tsk tsk. Ini yang sedih nak beritahu. Penat sudah kumencari seluruh pelosok rumah ini, tetap cardigan hitam itu tidak kutemui. Entah di manakah dikau, wahai cardigan tsk tsk. Oleh kerana Puan Hanis awal-awal lagi sudah mengecop [maaf, kesalahan tatabahasa disengajakan] cardigan hitam itu, saya mahu mohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Tsk tsk, drama pula. Istimewa buat Puan Hanis, saya akan gantikan dengan sehelai tshirt muslimah berjenama Sinar Inspirasi. Nanti puan emelkan saya saiznya, O.K.?

Buat para pemenang [atau suami] yang berada sekitar Menara TM, sila tuntut hadiah anda dengan En. Ahmad mulai Isnin, 7 Februari. En. Ahmad boleh dihubungi melalui emel ahmad.alias[at]tm.com.my.

Peserta lain yang berada di Malaysia boleh menghubungi saya melalui emel hartinidewi[at]hotmail.com, manakala yang di luar Malaysia, ahem anda tahu siapa anda, emel saya selepas kamu pulang sahaja HAHAHA. Sekadar bergurau ^V^ Saya simpan dahulu hadiah ini O.K.? Manalah tahu boleh kumpul hadiah-hadiah lain sepanjang tahun 2011 ini.

Oh ya, mahu lihat juga hadiah istimewa untuk Si Kembar Dua kerana berjaya mencapai target penurunan berat badan? Sudah lama saya perap. Asyik terlupa sahaja hehe.


Oppss, dress saja O.K.? Jaket dan tudung itu sekadar rekomendasi padanan :-)

Terima kasih kerana menyertai giveaway saja saja suka suka ini. Nantikan giveaway akan datang. Pastinya menyediakan hadiah-hadiah menarik untuk seisi keluarga. Sedikit hint untuk giveaway bulan Februari, hadiahnya khusus untuk si kecil anda yang kuat berangan :-)

Read more...

Tinidewi Giveaway.

>> Sunday, January 30, 2011

~~ENTRI MELEKAT. SKROL KE BAWAH UNTUK ENTRI TERKINI~~


TTM yang menyertai (sehingga 30 Januari 2011):
1. Aida
2. Hanis
3. Aini
4. Mynie
5. Sikulat
6. CT
7. K.Ida
8. Mama2nur
9. Hilyati

Saja saja suka suka. Kalau nak join, ini hadiahnya. Ada empat, jadi empatlah pemenangnya.

#1: Cardigan putih
#2: Inner shirt putih
#3: Cardigan hitam
#4: Inner shirt hitam

Memandangkan akak malas mahu ambil gambar, akak pow saja En. Google. Ini sebagai contoh saja, bukanlah rupa bentuk hadiah sebenar. Jangan kamu demand sebiji sejiban macam ini pula.

Pic googled. Mungkin ada baju yang kita tak tertahan nak beli juga walaupun lengannya pendek [atau tiada lengan langsung!], jadi pakai cardigan untuk menjadikan pakaian lebih mesra hijabi. Harap maklum ya, hadiah yang akan diberikan tiada poket, dan butangnya hanya satu.

Pic googled. Ini pula inner shirt. Konsepnya seperti cardigan juga, cuma inner dipakai di dalam. Hadiah giveaway sahih tiada reben-reben seperti itu.

Satu akak nak pesan, kalau nak pakai inner, janganlah dipakai dengan string dress kemudian tudungnya pendek sependek ekor arnab. Tidak mesra alamlah, dik. Tudungnya biar labuh-labuh, menutupi dada :-)

Pic googled. Kalau bayi yang pakai string dress, tak mengapa. Comel. Lagipun, dada mereka masih daratan tandus :-p

Eh banyak membebel pula, ya? Maaflah dik, kalau terasa. Almaklum kalau anak dah tiga, automatik kuat membebel, dik. OKlah, jadi macam mana mahu join?

Senang saja, cuma jadi friend akak, tu tu ada kat tepi sebelah kanan blog, kamu klik saja mahu jadi friend, ya? Kemudian, kamu letak link blog akak ini di blog kamu. Kemudian, jangan lupa beritahu rakan-rakan tentang giveaway ini di dalam blog kamu. Beritahu akak juga, OK?

Ha, itu saja. Senang, bukan? Jom saja saja suka suka join giveaway ini! ^V^

Giveaway berakhir 30 Januari 2011 dan pemenang akan ditentukan menggunakan kaedah algoritma melalui laman web random.org.

Read more...

Tunjuk Minat Membaca.

Sejak dalam pantang lagi, setiap kali menyusukan Maryam pasti ada buku di tangan. Tak kisahlah buku apa pun, leaflet jualan promosi di pasaraya pun jadilah, asalkan membaca.

Beberapa bulan yang lalu, Maryam mula merampas buku yang saya baca. Hish, geram betul! Setelah dimarah, matanya terkebil-kebil, muka terkulat-kulat dan mulut mulalah mencebik. Tak lama kemudian, dia sudah pandai mencari buku sendiri.

Kalau dia sibuk mencari buku di atas atau di dalam laci almari solek, maknanya dia nak tidur.

Gambar ini menjadi bukti :-)

Read more...

Komik Sains Ikhtiar Hidup.

>> Friday, January 28, 2011

Tempoh hari, kami singgah di MPH ketika membeli-belah di Giant Shah Alam. Dua orang kanak-kanak itu dibenarkan memilih satu buku seorang. Saya tidak ingat apa yang dipilih oleh Fatimah, tapi pastinya murah sahaja. Ameer pula memilih ensiklopedia berkenaan dinosaur yang berharga puluhan ringgit.

Erk!

Lari bajet Mama, Meer.

Alhamdulillah, mujur Mama jumpa komik ini.

Komik Sains Ikhtiar Hidup. 'Sesuai untuk Kanak-kanak Lasak dan Bijak' katanya. Memang sesuai, dik! Yang kami beli, siri Dunia Dinosaur Jilid 1.

Harganya tak sampai sepuluh ringgit pun. RM8.50 sahaja. Ha, murah bukan? Malah, saiznya sungguh bersesuaian untuk dibaca sebelum tidur. Sekarang, sudah menjadi habit Ameer, sebelum tidur mesti cari komik ini dahulu. Kemudian, jenuhlah Mamanya menjawab soalan-soalan berkenaan dinosaur, sedangkan faktanya sudah ada di dalam komik itu. Hish, suka betul tanya Mama perkara yang kamu sudah tahu! Terpaksalah Mama membaca untuk tambah pengetahuan, walhal Mama tak minat nak tahu pun :-p

Kini, Ameer sudah mula suka membaca sejak dibelikan komik. Tidaklah asyik menghadap komputer saja. Mama fikir, setiap bulan Mama mahu belikan satu sehingga cukup koleksi!

Terima kasih kepada Gempak Starz kerana menterjemah komik sains berbahasa Korea ini kepada bahasa Melayu. Usaha yang baik. Teruskan! Chaiyok, chaiyok!

Read more...

Perihal PrettyModesty

>> Thursday, January 27, 2011

Sudah dua pagi saya ralit mengemaskini Pretty Modesty. Punyalah lama dibiarkan bersawang! Haha. Ketika entri ini ditulis, ia belum siap dikemaskini kerana saya ada tuntutan lain, iaitu menjadi supir :-)

Jika mahu mencuci mata [dan kemudiannya terus tertarik hati mahu membeli], klik sini O.K.? Diskaun menarik untuk tudung-tudung labuh ^V^

Selepas ini, giliran Perjuangan Menentang Kegemukan pula!

pstt.. kamu tidak mahu sertai Giveaway Tinidewi? Kalau tiada lagi yang join, seronoklah siapa yang sudah menyertainya, automatik dapat hadiah hoho.

Read more...

Fatimah Belajar Jawi.

>> Monday, January 24, 2011


"Ini huruf shin, ini huruf..."
"Mama, mama!" Bahu saya digoyang-goyang.
"Ya, Fatimah?"
"Huruf shin ni, macam Sheen kawan Jimmy."

Jauh panggang dari api, nak. Sheen macam ini bentuknya.

Pic googled.

Read more...

Ameer dan Pendidikan Jasmani.

>> Tuesday, January 18, 2011

"Tadi masa PJ, main apa?"
"Entah."
"Aik? Kenapa entah?"
"Eh, tak, tak. Erm, cuma dengar cikgu cakap saja. Haa betullah. Dengar cikgu cakap."
"Laaa... kenapa?"
"Sebab ramai yang tak pakai baju sukan."
"Oooo... ramai sangat ke yang tak bawa?"
"Ramai. Ada dua belas orang. Haa betullah, dua belas tak bawa baju sukan."
"Ish, Mama diorang tak sediakan ke?"
"Entahlah. Tak sempat basuh kot."

Pause. Ahkak mengewah-ewahkan diri. Pandai kamu mengata ibu-ibu yang lain, ya Hartini? Mentang-mentanglah kamu suri rumah tangga. Entah-entah ibu bapa mereka tidak sempat belikan baju sukan kerana sibuk bekerja, apatah lagi pihak sekolah baru saja memberitahu warna rumah sukan. Lainlah kamu, ada banyak masa senggang untuk menjengah koperasi sekolah.

Ingatkan habis di situ saja. Alih-alih, Ameer menyambung lagi.

"Kenapa diorang tak beli dua baju sukan macam saya?"

Ewah-ewah. Kamu pun sudah pandai mengata orang? Mama saja boleh. Jangan ikut akhlak Mama yang tidak layak dijadikan ikutan. Kamu masih suci dan murni, hati yang bersih sukar dicari. Eh, macam iklan pelembut pakaian pula :-p

Read more...

Fatimah Dan Seluar Pendek.

>> Sunday, January 16, 2011

Ketika mengemas baju-baju yang dikeluarkan dari kotak [ya, begitulah hakikat berpindah rumah, kerjanya takkan habis!], kami menemui seluar Fatimah semasa dia masih kecil. Beginilah lebih kurang rupanya.

Pic googled.

"Hey, Mama! This is my old cloth."
"Yup, but you still can use it as a panty."
"Panty? No! This is for the beach."
"Na-ah. Too short."
"Tapi, kalau saya pakai ni to the beach, lelaki suka saya."

WHAT!!?? Pitam ahkak suri sekejap, dik :-p

Read more...

Projek Suntingan Pertama.

>> Friday, January 14, 2011

Suri menyepi? Adalah sebabnya. Nak tahu? Bacalah tajuk entri ini. Mesti sudah dapat mengagak, bukan? ^V^

Boleh dikatakan siang malam saya berteleku selama seminggu. Kalau tidak di hadapan komputer, saya membaca manuskrip yang sudah dicetak dan dibind. Adakalanya menelek kamus, sama ada kamus bahasa melayu atau bahasa inggeris. Juga, menelaah tafsir al-Quran. Malah, banyak masanya dahi berkerut-kerut, tangan menggaru-garu kepala yang tidak gatal, mulut terkumat-kamit membaca dan mengarang semula ayat.

Sebelum datangnya kemenangan, adanya cubaan dan pengorbanan, kata orang. Ha, samalah dengan apa yang berlaku kepada saya. Si kenit jatuh sakitlah pula. Hidungnya berhingus. Badannya sekejap panas, sekejap kebah. Kebah pun sebab disuakan ubat demam. Tidak lama selepas itu, panas balik. Aduh, virus apa yang datang menyerangmu, nak? Jadi, saya perlu tumpukan perhatian terlebih dahulu terhadap projek menyihatkan anak sebelum projek memurnikan manuskrip. Akibatnya, beberapa hari menghampiri deadline, saya pulun!

Tidur lewat. Kalau tidur pun, sekejap-sekejap terpaksa bangun kerana si kecil merengek. Bangunnya pula awal. Makannya entah apa-apa. Begitulah penangan menyunting buku.

Semalam, selepas sahaja menghantar Fatimah ke tadika dan Maryam ke taska, saya memulakan kerja seawal jam 7.30 pagi. Berehat sebentar jam sepuluh untuk Solat Dhuha, dan kemudian sambung lagi. Jam 12.15 tengahari, saya keluar mengambil Fatimah dan Ameer. Matahari terasa panas membahang. Selesai urusan kanak-kanak makan tengahari, saya duduk semula di hadapan komputer.

Eh, eh! Kenapa skrin nampak berbalam-balam? Mak! Kepala berdenyut-denyut. Badan terhuyung hayang. Mujur saja tidak nampak burung-burung terbang berkicau-kicau. Saya baring. Saya telefon suami. Tak hantar Ameer ke sekolah agama, aci? Aci, katanya. Jadi saya tidur. Alarm disetkan berbunyi jam 2. Kononnya mahu bangun solat zuhur dan menghantar Ameer jika larat. Alih-alih, bangun hampir jam 4.

Huwwwwaaaa... kerja masih banyak lagi! Meraung, makcik :-p

Seawal pagi tadi, editor kanan menghantar SMS mengingatkan. Aduhai. Jam sepuluh saya menghantar manuskrip dengan mengakhiri kata-kata saya sebegini, "Selain itu, saya mohon maaf atas kekhilafan dalam menyunting, maklum sahaja budak baru belajar. Harap pihak XXX boleh memberi tunjuk ajar untuk penambahbaikan projek suntingan akan datang."

Boleh kamu agak apa yang di antara barisan? :senyum:

ps: Petang itu semasa di playground, Ameer bertanya, "Mama, kenapa Mama tak hantar saya ke sekolah agama tadi? Tapi, saya rasa sekolah sudah tutuplah sekarang." Ewah, penuh taktik kamu, ya? Sudah petang baru konon-konon mengingatkan :-p

Read more...

Bersangka Baik.

>> Thursday, January 06, 2011

Uh oh sepatutnya saya menyunting manuskrip yang diberikan deadline minggu depan, tapi dek terlalu mengantuk membaca, saya fikir menulis blog boleh membantu saya kembali cergas :-)

Hari ini saya mahu bercerita tentang bersangka baik. Sejak kecil lagi, Abah selalu cakap, "Bersangka baiklah, tak elok kita sangka buruk kat orang." Sampailah saya dewasa, melekat di dalam diri. Jadi, kalau orang bawa berita tak elok tentang seseorang, atau saya sendiri terkena oleh sesiapa, terdengarlah bunyi loceng bas di kepala dan berkumandanglah kata-kata keramat ini di ingatan.

Namun, ada juga yang kata, hendak sangka baik apa lagi, kalau depan mata kita, si polan buat benda tak baik. Ha, betul juga. Tapi, apabila saya fikirkan lagi, kalau kita tidak mampu untuk bersangka baik terhadap manusia, sekurang-kurangnya kita bersangka baiklah terhadap Allah. Kan Allah dah kata, patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman," sedang mereka tidak diuji? Jadi, kita anggap sahajalah orang yang berperangai tak elok itu sedang ditimpa ujian. Dan sebenarnya, kita juga sedang diuji. Satu lagi, kan Allah dah janji, Dia tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.

Maka, bersangka baiklah kita kepada Allah. Apa sahaja yang berlaku terhadap diri, sangkalah bahawa itu yang terbaik. Kerana Allah tahu apa yang terbaik buat kita.

Saya ada satu kisah untuk dikongsi yang berkaitrapat dengan bersangka baik terhadap Allah. Seperti yang pembaca budiman sedia maklum, kami ada rumah teres setingkat di Seksyen 14, Petaling Jaya. Apabila kami berpindah ke Shah Alam, rumah itu perlu kami sewakan untuk menampung pembayaran pinjaman bank. Alhamdulillah, sebaik mengiklankannya di www.mudah.my, ramai yang menelefon. Akhirnya, rumah itu dijanjikan untuk sekumpulan gadis, bermula Disember 2010.

Kami pun pulun habis-habisan mengemas rumah. Sebenarnya masa sangat suntuk, tetapi memandangkan kami sudah berjanji, ia mesti dikota. Selepas barang-barang dipindah, kami panggil Bangla untuk mencuci rumah itu. Seminggu sebelum masuknya bulan Disember, saya mesej untuk memaklumkan pemberian kunci rumah. Tiada respons. Saya sangka mereka tak sempat membalas kerana berada di kampung menyambut hari raya. Beberapa hari sebelum dijanjikan, saya telefon berkali-kali tapi tidak diangkat. SMS pun tak dijawab. Aduh, kenapa pula? Tak jadi sewakah?

Akhirnya, pada hari yang dijanjikan, mereka sekadar sms, memohon maaf. Benar tekaan saya. Mereka tak jadi sewa kerana awalnya lima orang mahu menyewa, akhirnya tinggal dua sahaja. Mulanya saya mahu mengamuk kerana terlepas banyak prospek dan rugi perlu membayar pinjaman bank bulan itu, tapi hati saya cepat memujuk. Tak mengapalah, pasti Allah mahu beri saya penyewa yang lebih baik daripada mereka. Redhokan sahajalah.

Masya-Allah. Janji Allah itu memang benar. Tidak lama selepas itu, kami dihubungi oleh CEO sebuah syarikat yang mahu menyediakan penginapan untuk pekerjanya. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Insya-Allah, kalau disewakan kepada syarikat, mungkin bayarannya jarang-jarang miss. Harapnya begitulah. Kontraknya pula dua tahun. Mereka juga mahu memasang penghawa dingin dan kosnya ditanggung oleh syarikat. [Harap tidak dicabut selepas dua tahun hoho!]

Haaa.... Bukankah lebih bahagia kalau kita bersangka baik sentiasa?

p/s: Menurut suami saya yang memantau kerja-kerja baikpulih rumah itu, ada tiga orang penyewa dan setiap orang satu bilik. Setiap bilik, lengkap dengan katil, almari dan juga TV!

Read more...

Fatimah dan Tadika.

>> Wednesday, January 05, 2011

Tiga hari berturut-turut tadika Fatimah menjalankan orientasi. Belum belajar apa-apa. Sekadar bersuaikenal dengan rakan-rakan dan suasana tadika. Cikgu pesan, sesi orientasi berakhir jam sepuluh pagi. Khamis baru kelas bermula.

Isnin kereta kami rosak, jadi Fatimah ponteng tanpa rela. Selasa pula, saya hantar jam 8.30 pagi. Sementara itu, saya dan Maryam lepak di Surau Mawaddah. Dekat jam 10, kami dah terpacak depan pagar. Cikgu pesan lagi, kelas mula jam 8 ya, kak. Eh, dalam surat tulis jam 8.30 pagi. Itu surat lama katanya. Arahan kerajaan semua prasekolah bermula jam 8, berakhir jam 12. Baik, cikgu!

Rabu, awal pagi lagi abahnya sudah menghantar dengan menaiki motor. Mama kasihan pada Maryam, pagi-pagi sudah hendak berangkut ke sana ke mari, jadi abah jadi galang ganti jadi supir. Jam sepuluh Mama pun ambil Fatimah. Kali ini, tiada lagi pesan cikgu. Tapi, Fatimah kata:

Mama, boleh tak Mama jangan datang cepat sangat? Saya baru nak main dengan friends. Boleh tak Mama ambil saya pukul 5 setengah, when school is over?

Ewah-ewah. Mengada kamu, ya? Mama rasa berbangga dengan semangat kamu yang menyala-nyala, nak. Tapi kamu tunggulah tahun hadapan. Mama masukkan kamu sekolah kerajaan. Keluar pagi, petang baru balik :-p

p/s: Yang akak pelik, macam mana Fatimah boleh tahu "pukul lima setengah"?

Read more...

Hari Pertama Sekolah.

>> Monday, January 03, 2011

Amboi! Bersinar-sinar muka Ameer pagi ini. Matanya bercahaya. Pipi gebunya tampak licin dan memancar. Yang pelik, mudah pula bangun walaupun sudah berbulan-bulan tak pernah bangun pagi. Tentu tak terasa dinginnya naik motor dek hati yang bahagia.

Fatimah pula, sangat bersemangat. Berkali-kali tanya Mama bila nak pergi sekolah. Nanti lambat katanya. Adeh, Mama nak golek-golek sekejap dengan Maryam pun tak boleh. Terpaksa Mama mandi pagi-pagi [oppss, pecah rahsia tak suka mandi pagi, sejuk bbrr]

Tengoklah gaya Fatimah mahu ke sekolah. Lengkap bertudung, berkasut putih, dan berbeg merah jambu :-)


Namun, alangkah kasihannya anak Mama. Dah siap masuk kereta, kereta pula tak mahu hidup enjinnya. Puas Mama pusing engkol enjin :-(

Kecewa benar sampai terus tertidur di atas sofa di ruang tamu. Tsk. Maafkan Mama, sayang....

Read more...

Persekolahan Anak-Anak.

>> Saturday, January 01, 2011

Ameer:
Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Shah Alam [Tahun 2]
Bayaran tambahan persekolahan = RM48.50
Sumbangan PIBG = RM50
Keperluan murid = RM19 (Tidak termasuk buku, tshirt sukan dan lencana sekolah)
Jumlah kasar = 117.50

Sekolah Agama Islam Darul Quran Seksyen 7 Shah Alam [Tahun 2]
Yuran Pendaftaran = RM295
Buku teks = RM40.05
Jumlah kasar = RM335.05
Yuran bulanan = RM75 (Sekolah agama swasta yang berdaftar dengan JAIS)

Fatimah:
Tadika Tunas Bestari Seksyen 7 Shah Alam [6 Tahun]
Yuran pendaftaran = RM765
Yuran bulanan = RM160

Aik? Sekolah tadika yang paling mahal? Hehe... Oleh itu kawan-kawan, kalau anak sudah berumur 5 tahun, cepat-cepatlah mendaftar ke prasekolah kerajaan. Maklum saja murah, memang cepat penuh! Ini pun akak cari tadika yang murah. Di Shah Alam, tadikanya mahal-mahal belaka. Yuran bulanan rata-rata RM300. Alhamdulillah, Allah nampakkan kepada kami tadika yang yurannya berpatutan. Islamik dan berdekatan dengan surau. Alhamdulillah sekali lagi, ada sekolah agama swasta berdekatan tadika itu dan harganya juga berpatutan. Akak berazam, selepas ambil Ameer di sekolah rendah, kami lepak surau itu sahaja sementara menunggu sesi persekolahan sekolah agama untuk belajar mengaji. Pak Menteri dah bagi lampu hijau untuk makan tengahari di kedai berdekatan, tapi...

Bawa bekal air katanya :-)

Read more...

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP