Buaya di Tasik Seksyen 7 Shah Alam?

>> Thursday, June 30, 2011

Kecebur!

Opocot, mak! Apa yang dalam tasik itu? Sampai berkocak-kocak airnya.


Kayu atau buayakah?

Langkahku terhenti. Senyap. Aku menunggu airnya berkocak lagi. 1, 2, 3. Masih senyap. Mungkinkah benar buaya? Mungkinkah tersesat kerana hujan yang deras 2 hari lepas? Wow, ini berita gempar! Buaya di bandar Shah Alam!

Aku dapat bayangkan wajahku yang beria besar-besaran terpampang di Harian Metro dengan tajuk 'Buaya & Suri'.

Aku menunggu lagi dalam debar. Kemudian, air berkocak lagi. Kulihat tompok hitam timbul di permukaan.


Kemudian bertompok-tompok lagi yang timbul. Tenggelam timbul, tenggelam timbul bak renang berirama. Eh, kenapa tampak comel binatangnya? Laaa... binatang ini rupanya :-p


Gambar-gambar memerang diambil dari Internet untuk menetapi jalan cerita :-) Tapi ceritanya, cerita benar.

Apa pun, apa yang memenrang-memerang ini buat di bandar Shah Alam? Mereka pun berhijrah dari kampung ke bandar untuk menikmati kehidupan urban? Duduk kampung sajalah memerang oi, lagi bahagia. Berserabut duduk di bandar. Tak payahlah nak urban-urban kononnya :-p

Read more...

Mencari Tuhan.

>> Tuesday, June 28, 2011

IKIM FM, Radio Pilihan Anda. Tentunya, pilihan saya juga :-)

Beberapa hari lepas, saya mendengar bual bicara bersama Mohd Amin di IKIM FM dalam kesesakan di sekolah agama Ameer. Mohd Amin adalah seorang muallaf berbangsa Cina. Mendengar kata-kata Mohd Amin yang teratur, penuh kasih sayang dan keikhlasan, rasa macam nak nangis saja.

Ketika itu, dia ditanya tip-tip bagi non-muslim untuk membantu mereka mendapat hidayah memeluk Islam. Saya kongsikannya di sini kerana walaupun kita dilahirkan Islam, tak semestinya kita sudah pun menemui atau mengenali tuhan. Tsk.

Katanya begini.

Pertama, tanya diri sendiri apa tujuan kita hidup di dunia ini. Kita hidup di dunia ini untuk apa?

Kedua, tanya diri sendiri apabila kita mati kelak, ke mana kita pergi.

Ketiga, tanya diri sendiri bagaimana dunia ini boleh wujud.

Nasihat Mohd Amin, carilah jawapannya sendiri. Bacalah kitab-kitab semua agama yang ada di dunia ini dengan hati yang terbuka dan ikhlas, dan lihatlah mana yang dapat memberi jawapan yang jelas tentang soalan-soalan ini.

Kata Mohd Amin lagi, dunia ini pentas ujian, manusia akan sentiasa diuji, kita akan berhenti diuji apabila kita mati, maka hadapilah hidup ini dengan tabah.

Moga dapat membawa manfaat kepada kita semua.

Mohd Amin, pasti ada kesilapan saya dalam memetik kata-kata awak, jadi saya harap awak maafkan saya --> bunyi macam sarikata cerita Korea, ya saya baru siap menterjemah satu drama :-p

Read more...

CD Dhuha Dah Sampai!

>> Friday, June 24, 2011


Yay! Gigih saya ke Saffron Marketing tadi. Kena hon orang sana sini hik3x. Almaklum, belum familiar dengan jalan :-p

Ada 14 lagu semuanya.
01. Alu-aluan.
02. Kebersihan Adalah Sebahagian Daripada Iman
03. Di Rumah Kami
04. Wahai Pendidik
05. Bulan-Bulan Hijriah dan Masehi
06. Hari Jadi
07. Ke Zoo
08. Keluarga
09. Hari-Hari
10. Tubuh Badan Saya
11. Alatan Belajar
12. Warna-Warna 1
13. Warna-Warna 2
14. Mari Belajar Bahasa Arab

Jadi, silalah ya sesiapa yang nak CD Dhuha itu. Yang di Menara TM atau berdekatan dengannya, bolehlah hubungi En. Ahmad Bin Alias di talian 019-OPSRAHSIA :-p Pekerja TM sila tengok di intra, ya. Hehehe...

Yang bukan pekerja TM, boleh hubungi saya melalui emel hartinidewi[at]hotmail.com.

Read more...

Kalau berniat, teruskan saja.

>> Thursday, June 23, 2011

Pagi tadi, saya ke kedai Pak Aji. Hajatnya nak cari ikan tak laku. Intai-intai, ikan tak laku belum dijual. Intai pula ikan baru. Tengok harganya paling murah pun RM8+ sekilo.

Kemudian, masuk Mydin pula. Pek paling murah RM2.31 untuk tiga ekor ikan. Intai rak tin sardin pula. Tin kecil paling murah RM1.45. Tak berbaloi. Sikit sangat untuk beberapa ekor kucing.

Akhirnya, saya balik tangan kosong.

Tak sampai 12 jam, sudah dapat balasan dunia. Mula-mula, datang orang kitar semula. Mereka perlukan barang-barang untuk dikitar semula untuk menanggung rumah anak yatim dan rumah orang tua. Selain itu, minta donation. Pada masa yang lain, wanita mengendong anak memberi salam. Tangannya menunjuk ke mulut. Kemudian, pergi ke kedai, teringin siakap bakar. Apabila sampai di kaunter, terkebil-kebil macam cicak berak kapur. Rupanya, seekor berharga RM20.

Astaghfirullah. Kerana sayangkan duit tak sampai RM1.45 untuk belanja kucing kurap makan, Allah takdirkan saya keluar duit lebih banyak. Insaflah saya.

Mujurlah Allah mengingatkan saya dengan bersedekah juga. Kalau kereta rosak atau ditimpa bencana, erk!

Read more...

Nota pendek.

>> Monday, June 20, 2011

[1]Maryam tak sihat.

[2]Kejar dateline.

[3]Rumah disaster. Kalau Mak datang melawat, dia define sebagai, macam kapal nak karam. Kenapa disaster? Baca dua nota di atas.

Read more...

Jalan-jalan Shah Alam.

>> Thursday, June 16, 2011

Sudah beberapa hari saya dok intai-intai Jalan Suasa 7/1. Setiap hari, jalan pintas daripada rumah ke sekolah agama Ameer memang akan melalui banglo yang besar-besar. Mula-mula jumpa Jalan Firus 7/7. Kemudian, Jalan Akik 7/3. Selepas itu, sudah membelok ke Seksyen 3 untuk ke sekolah agama.

Tapi, di mana ya Jalan Suasa 7/1? Nak juga saya lihat rumah jiranku yang landskapnya saja berharga RM2 juta, yang sedang hangat dibincangkan di mahkamah :-)

Mungkin di atas bukit nun sebab jalan yang saya lalu masih di kaki bukit.

Read more...

Cilik Sihat.

>> Wednesday, June 15, 2011

[1]Diet Ameer sangat menjengkelkan seorang ibu. Setiap hari nasi dengan telur goreng. Yang lain-lain, tidak suka. Ayam, ikan, daging, susu apatah lagi sayur tidak mahu, hatta sebutir halus bawang yang dipotong kecil-kecil. Bau-bau sayur pun tidak boleh. Sanggup berlapar daripada makan nasi berkuahkan sup yang berbau sayur. Buah-buahan lagilah tidak usah cakap.

Kalau hari-hari telan telur, logiklah badan jadi macam Po. Paling menyampah, di dadanya sudah timbul dua bukit. Pernah terbaca kajian, budak lelaki zaman sekarang berdada seperti perempuan kerana tabiat suka makan telur. Bukan salah telur, tapi salah bahan-bahan kimia yang dicucuk-cucuk dalam ayam. Hormon jadi tidak betul.


Garu kepala saya memikirkannya. Bagaimanakah agaknya mahu trik Ameer makan makanan yang seimbang? Lagi pula, usia begini sangat memerlukan kalsium untuk tumbesaran.

Satu lagi, Ameer tidak pernah ambil sarapan pagi. Sarapan yang ringkas seperti cereal, sandwich dan seumpamanya mana dia hendak. Kalau nasi lemak, lainlah cerita! Horror!

Saya pun godeh-godeh internet kot terjumpa resipi yang sesuai. Hmmm... terjumpa resipi lempeng pisang. Mat Salleh panggil, banana pancake. Semalam sudah cuba, alhamdulillah, Ameer makan sekeping. Hari ini, cuba lempeng epal pula. Tidak sangka Ameer kata sedap dan makan dua keping.

Lempeng Epal


Bahan-bahan:
1 cawan tepung
1 sudu besar gula
2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
1 biji telur
1 cawan susu segar
2 sudu besar minyak
1 biji epal

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar hingga sebati.
2. Masak menggunakan non-stick pan.

Boleh gantikan dengan buah-buahan lain yang bersesuaian. Esok saya mahu cuba lempeng pisang coklat :-)

[2]"Mama, boleh tak saya nak bersenam di taman tasik? Sebab saya gemuk. Nanti kena masuk Biggest Loser."
"O.K. Nanti lepas sekolah agama, kita pergi."

Sebelum ke taman tasik seksyen 7, kami singgah ke stesen minyak. Berhenti saja kereta, Ameer berkata, "Mama, saya laparlah. Tadi di sekolah agama tak makan. Boleh saya beli makanan?"

Malas berkontroversi di khalayak ramai, saya pun hulur RM10. Ameer dan adiknya berlarian ke kedai.

"Mana bakinya?"
Telapak tangannya ditunjuk, ada beberapa duit syiling.
"Syiling saja? Kamu beli apa?"
Fatimah menunjuk beg plastik yang dibimbit. Astaghfirullah. Dibelinya dua balang panjang yang berharga RM4+ satu.
"Kenapa beli Mister Potato?"
Jawab Fatimah, "Kan Mama suruh beli yang halal?"

Justifikasi kamu sungguh tidak relevan.

Tiada makna kamu bersenam tetapi mulut dok mengunyah makanan ringan :-p

[3]CD Dhuha belum sempat dibeli. Insya-Allah, hari Sabtu minta tolong Cik Mad pergi beli. Boleh ya, Cik Mad? :-)

Hadiah GA Jun pun belum sempat dihantar. Sabar ya, adik-adik? :-)

Read more...

Inggeris.

>> Monday, June 06, 2011

I just realize that I do not know how to write in English anymore. It feels so weird, and my grammar is all over the place. Plus, I lost my wittiness [dulu ada ke?]

When people emailed me in English, I was like whoa! and errr for few minutes, and replied in Malay. Oh God! Please help me!

I feel like a dumb housewife. This is not good for my self esteem. How will I ever self actualize? Tsk.

Read more...

Mari Belajar Bahasa Arab Bersama Dhuha.

>> Sunday, June 05, 2011

Pertama kali dengar lagu 'Al-Hayyawanat' di radio IKIM. Terus Ameer suka. "Wow, Bahasa Arab!" katanya. Saya perasan, walaupun Ameer seorang gamer tegar, minatnya lebih ke arah itu. Ujian Bahasa Arab selalu mendapat 90% ke atas. 100% pun banyak kali juga. Jadi, apabila dengar lagu-lagu Bahasa Arab, memang layan habis!

Kemudian, selalulah dengar berkumandang di radio IKIM. Dok terfikir, bagaimana mahu dapatkan lagu itu. Kotlah ada di laman web IKIM. Tup-tup, dengar rancangan di radio IKIM berkenaan lagu ini. Edaran Saffron Marketing rupanya!

Menariknya, lagu-lagu ini adalah ciptaan seorang pensyarah bahasa Inggeris yang tiada kena mengena dengan Bahasa Arab. Kisahnya, dia mahu belajar Bahasa Arab tetapi tiada kawan untuk berlatih bercakap dalam Bahasa Arab. Jadi, dia buka kelas Bahasa Arab untuk kanak-kanak supaya dia ada geng beregu. Dan, dia dapati kanak-kanak lebih mudah belajar dengan menyanyi. Lalu, dia pun ciptalah lagu-lagu ini. Haaa.. begitulah ceritanya.


Semalam sudah pun mendapatkan maklumat bagaimana mendapatkannya. Insya-Allah, saya hendak ke Saffron Marketing rabu hadapan. Ada geng yang mahu juga? Harganya hanya RM20. Berbaloi rasanya melabur RM20 untuk pendidikan anak-anak. Lagipun, kita pun boleh belajar sekali. Tidaklah terkulat-kulat, terkebil-kebil kalau ditanya, "Mama, kabiratun itu apa?" Masyuuukkkkk lagu-lagunya, tau!

Jika hendak, bolehlah tinggalkan komen. Nanti saya belikan sekali, insya-Allah.

Read more...

Mencari Kebahagiaan.

>> Saturday, June 04, 2011

Pastinya semua orang mahu bahagia. Tidak akan ada yang kata, aku tidak mahu bahagia. Tetapi, dapatkah semua orang menjumpai kebahagiaan itu?

Sesiapa pun boleh bahagia jika memilih untuk bahagia. Bahagia itu satu pilihan.

Menurut kata ustaz di rancangan Al-Hijrah tengah hari semalam, bahagia itu datang dengan dua cara. Pertama, dengan bersyukur. Dalam keadaan apa pun, mesti bersyukur. Kaya, syukur. Miskin, syukur. Senang, syukur. Susah, syukur. Sihat, syukur. Sakit, syukur. Begini, baru boleh bahagia.

Kedua, dengan berlapang dada. Dalam hal apa pun, sering berlapang dada. Orang sakitkan hati kita, berlapang dada. Anak degil tidak mahu mendengar kata, berlapang dada. Barang kita dicuri orang, berlapang dada. Ingatlah bahawa dunia ini pentas ujian. Objektif penciptaannya memang untuk itu. Jadi, usahlah difikirkan sangat. Berlapang dadalah selalu. Begini, baru boleh bahagia.

Semoga kita mendapat manfaat.

Read more...

Digigit Si Kurap.

>> Friday, June 03, 2011

Alhamdulillah, syukur digigit kucing gelandangan. Bahasa komersilnya, kucing kurap. Mudah-mudahan adalah sedikit dosa kecil terhapus, insya-Allah.

Kisahnya begini. Di perjiranan kami baru-baru ini, banyak betul anak-anak [luar nikah?] yang muncul. Satu ibu, sampai tiga empat anak. Yang si bapa, tidak nampak batang hidung. Kalau ada pun, bak kata Cik Mad, bapanya gemuk-gemuk, ibunya kurus-kurus. Mana tidaknya, yang menyusu sampai tiga empat ekor sehingga masing-masing gebu dan tembam. Kalau dibagi makan, kaum bapa pula menyerang dahulu. Ibu-ibu dapat saki baki sahaja. Dasar jantan!


Cik Mad kamu mulalah kasihan. Sekali sekala beri makan. Kemudian, bertambah kerap. Lama kelamaan, jadi kewajipan pula. Awal pagi si ibu itu menunggu di hadapan pintu. Dahulu, sekadar buat muka kasihan [walau tidak setanding wajah Puss In Boots]. Kini, siap bunyi siren lagi minta makanan. Dahulu, intai jauh-jauh. Kini, kaki kita digesel-gesel.


Hai, kucing-kucing. Kamu memang pandai beli jiwa. Patutlah dari zaman kuno sampai zaman moden, ada sahaja kisah kamu di dalam hidup manusia. Yang menyembah kamu pun ada!

Dua malam lepas, tanpa disedari seekor anak kucing terkunci di dalam rumah. Ia mengiau-ngiau mahukan ibunya. Apabila pintu dibuka, ia pula bersembunyi di belakang meja. Lama jugalah saya menunggunya keluar, tapi tidak juga keluar-keluar. Saya geram, lalu anak kucing itu saya tangkap. Aduh, sudah nasib saya. Anak kucing itu panik dan menderam-deram marah, lalu membenamkan giginya ke tangan saya.

Sebenarnya, tidaklah sakit. Tetapi, gigitan kucing boleh memudaratkan. Apatah lagi, giginya terbenam melepasi lapisan kulit. Urat sampai timbul-timbul. Empat kesan gigitan memerah dan membengkak. Selepas mencuci tangan dengan bersih, saya pun ke klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Sakit saya kelakar sedikit, doktor."
"Sakit apa yang kelakar itu?"
"Digigit kucing."
"Mari saya tengok." Doktor membelek-belek tangan kanan saya, lalu berkata, "Kena suntik kalau begini!"

Saya ingatkan doktor sekadar berseloroh, tetapi rupanya, memang betul kena suntik. Tsk tsk. Mujurlah jarumnya halus sahaja. Bukan setakat itu, dibekalkan juga ubat penahan sakit.

"Eh, perlukah ubat penahan sakit?"
"Sekarang memanglah tidak rasa sakit. Malam nanti masa hendak tidur, baru terasa."

Bengkak di kesan gigitan sudah pun surut setelah dibubuh krim antiseptik. Namun, bahagian yang disuntik pula yang membengkak dan terasa gatal. Mungkin kesan pertembungan kuman dengan antiseptik.

Apa pun, kalau kamu digigit kucing, janganlah malu-malu untuk bertemu doktor. Ini untuk mencegah jangkitan. Malah, saya pernah membaca, seorang penghidap diabetes terpaksa dipotong kakinya selepas digigit kucing kerana tidak dirawat dengan segera.

Gambar-gambar diceduk dari Google Image.

Read more...

Pemenang Giveaway Mei 2011.

>> Thursday, June 02, 2011

Dan pemenangnya ialah....



Cik Puan #3 dan Cik Puan #57! Tahniah diucapkan kepada Ironmax dan Fara. Sila maklumkan nama dan alamat surat menyurat ke hartinidewi[at]hotmail.com.

Terima kasih kepada semua yang menyertai Giveaway ini. Nantikan Giveaway seterusnya :-)

Read more...

Siri Klan Basir: Long

>> Wednesday, June 01, 2011

Anak sulung logiklah dipanggil Long. Nama sebenarnya Fatmi. Tetapi, jarang benar orang panggil Fatmi. Kalau di kampung pun, tetap glamor dengan panggilan Long. Ada juga orang kampung yang panggil Sam. Entah datang dari mana panggilan Sam itu.

Kalau ditelek gambar Long ketika kecil, dia seorang kanak-kanak yang comel dan ceria. Di bibirnya sentiasa terukir senyuman lebar hingga ke telinga. Pipi sampai tercembul ke atas. Tetapi entah kenapa apabila besar, seperti 'Grumpy The Dwarf' pula. Asyik-asyik marah. Asyik-asyik merengus.

Mungkin dia tidak suka belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Baru Tingkatan 1, sudah perlu berdikari jauh nun di Perak sana. Malah, kesempitan hidup tidak membenarkan dia balik kampung selalu. Zaman itu, kemudahan pengangkutan pun tidak sehebat sekarang. Dari Perak ke Johor, perlu menaiki keretapi. Dahulu, saya selalu keliru, apa benar Long ini abang saya, kerana jarang benar berjumpa.

Sudahlah berkelana ketika sekolah menengah, melanjutkan pelajaran pun di luar negara. Hah, ini lagilah tidak boleh pulang ke kampung. Arwah Abah kata, Long asyik telefon ke rumah sahaja. Asyik tanya sama ada Abah sihat. Maklumlah, Abah sakit buah pinggang. Macam-macam rawatan yang sudah Abah lalui, namun tetap begitu. Malah, buah pinggang baru pun rosak juga. Akhirnya, pelajaran Long di Kanada terkandas di tengah jalan kerana kerinduan yang melampau. Mungkin juga Sains Komputer bukanlah bidang yang diminatinya.

Atau mungkinkah kerana kecewa cintanya ditolak gadis bernama Mia?

Perubahan Long mula kami lihat setelah dia pulang. Sikap perengusnya boleh difahami, kerana tentu sahaja dia merasa rendah diri, merasakan diri sebagai orang yang gagal. Selain itu, tidak salah kalau saya katakan, Long menghidapi OCD, iaitu Obsessive Compulsive Disorder. Ketika di Kanada, tiada pelajar atau keluarga Melayu yang lain. Maka, Long serumah dengan pelajar dari negara Timur Tengah. Mungkin pergaulan dengan mereka menjadikan Long agak pelik. Contoh kepelikannya, ambil wudhuk berkali-kali, takbiratulihram berkali-kali, di tandas berdehem berkali-kali.

Abah selalu menjerkah, "Kenapa takbir banyak-banyak kali, Long?"
Long menjawab, "Niatnya tidak masuk semasa takbir, Abah."
Abah segera membalas, "Hisy, kalau sudah berniat mahu solat, kira masuklah niatnya."
Long hanya diam.
Abah menyambung lagi, "Was-was itu permainan syaitan, Long."

Long kemudiannya menyambung pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa. Kali ini, Long mengambil kursus Bahasa Inggeris. Wah, nampaknya dia sudah menemui jiwanya. Memang kena! Setelah graduasi, Long mendapat tawaran sebagai guru bahasa di Universiti Teknologi Malaysia. Semua merasa sangat gembira kerana akhirnya nasib Long akan berubah baik.

Namun, cerita tragis Long tidak terhenti di situ. Pada hari Long melapor diri, hujan turun dengan lebatnya di waktu subuh. Abah dan Mak sungguh rungsing. Bagi mereka, biarlah tunggu hujannya reda. Long pula, bertegas mahu pergi ke Johor Bahru usai solat Subuh. Ini perangai Long dari dahulu hingga sekarang, semuanya mesti ikut peraturan. Kalau diarah melapor jam 8 pagi, jam 8 pagilah melapor tanpa kompromi.

Abah menyarankan, "Kalau mahu pergi, bawalah kereta."
Long menjawab, "Tidak mengapalah. Nanti Abah hendak guna kereta. Biar Long naik motor."
Mak segera meningkah, "Hujan lebat ini, Long! Naik kereta sahaja."

Walau sudah dihalang, Long tetap mahu menaiki motor. Perlu diberitahu di sini, enam belas tahun yang lalu, dari Benut ke Johor Bahru masih menggunakan jalan lama. Walaupun bertar, namun tetap sukar. Jalannya berliku-liku. Kiri kanan masih hutan yang tebal. Sunyi sepi tiada penghuni. Kalau kenderaan rosak di tengah jalan, memang nahas. Menunggulah tepi jalan, sehingga ada yang mahu menolong.

Sudah ketentuan Tuhan, motor Long terlanggar lubang di tengah jalan yang digenangi air hujan. Sudahlah hujan lebat, subuh pula itu. Tidak ramai yang lalu lalang. Jadi, agak lama barulah Long ditemui. Long terus dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru kerana dia sudah koma ketika itu.

Abah dan Mak tidak putus harap. Mereka sentiasa di sisi Long, mengharap Long sedar dari tidurnya yang panjang. Sebelum tragedi itu, Long sudah ditunangkan dengan gadis pilihan Abah. Apabila hal seperti ini berlaku, Abah bertanya sekiranya tunang Long mahu memutuskan pertunangan. Menurut doktor, walaupun Long sedar dari koma, tangannya yang patah akan cacat. Pembedahan tidak dapat dilakukan selama Long koma.

Tunang Long mahu teruskan juga. Baginya, inilah takdir yang ditentukan Allah untuknya. Lalu, tunang Long setia menunggu di sisi Long, bergantian dengan Abah dan Mak.

Yang agak kelakar, doktor menyarankan kami sentiasa berbual dengan Long dengan menggunakan Bahasa Inggeris. Menurutnya, ada tikanya mulut Long akan terkumat-kamit. Apabila diamati, rupanya dia sedang bercakap dalam Bahasa Inggeris! Maklumlah, mahu melapor diri sebagai guru bahasa.

Subhanallah. Maha Suci Allah. Akhirnya Long sedar dari komanya selepas sebulan. Ia boleh dikatakan satu keajaiban. Sikap perengusnya pula semakin menjadi-jadi. Namun, kita faham mengapa dia bersikap begitu. Orang sakit, begitulah. Emosinya kurang stabil. Long kemudiannya berkahwin dengan tunangnya, iaitu Kak Azie, kakak ipar sulungku yang kusayangi. Kini, mereka sudah pun mempunyai tiga orang anak yang cantik dan kacak.


Perengusnya mungkin berkurang, tetapi OCDnya masih menjadi-jadi. Adakalanya Mak menangis seorang diri melihat keadaan Long yang mengambil masa hampir sejam hanya untuk solat beberapa rakaat. Kalau di bilik air pun, punyalah lama mengalahkan anak dara. Kerana itu, Mak sudah lama menyimpan niat untuk pergi mengerjakan umrah bersama Long. Dengan harapan Long boleh sembuh daripada penyakitnya itu.

Long, Tini juga doakan Long terhindar dari segala perasaan was-was, syak wasangka dan wazan yang sengaja ditiupkan oleh syaitan ke dalam hati-hati manusia. Semoga Long selamat di dunia dan akhirat, dan dirahmati Tuhan. I love you, Long.

Read more...

Senarai Peserta Giveaway Mei 2011.

Sila tinggalkan komen jika ada kekhilafan di sini. Undian akan dibuat pada 2 Jun 2011, insya-Allah.

1. Huda
2. fadwa daud
3. ironmax
4. aNiM
5. inasepi
6. Fadzillah Kamarudin
7. QUEENPINK
8. Isteri @ Ibu Cute
9. annur_islam
10. diana II
11. Izan Ishak
12. Cempaka Kuning
13. Zalina
14. fieda
15. Azwa Azee
16. zaikulim
17. mas
18. Nur Syahida
19. juniza
20. zuneta
21. ♥♥Muslimah Vouge♥♥
22. cma shiema
23. nEa FleriDa / nIL
24. nUr waNnymAira
25. ♥♥LiSsA♥♥
26. ♥CuteMummy ♥
27. shidasyakirin
28. IntaNBerliaN
29. emeera asnary
30. ☀ Izzaty Hedry☀
31. tiefazatie
32. asz
33. Hanis
34. Nida
35. Ain_ Suke Senyum
36. Qard91
37. segalanyer kuterima...
38. taufidris
39. Cute MuM
40. syakila
41. leen
42. ytekecik
43. Jieda
44. eB ezrin
45. ~ZJH~
46. inahasan
47. SoFiaHB
48. AkmaFaizal
49. Ogy
50. rosilah
51. izan cute
52. sarah
53. ayuselalu
54. Hafizah Jamilah :)
55. ❤ inscollection ®
56. Mama Ishazah
57. Fara
58. MiMie AddNin
59. NOOR FATIN
60. fazzlim
61. ♥♥azatiesayang ♥♥
62. nanakimie
63. cikbintang
64. wan nurul hezrina
65. Mrs. Asida
66. PinkUmmi
67. need
68. qieranna
69. Aien
70. shera haifa
71. taufikmaria
72. ♥CHaRa♥
73. ctnurkhijah
74. **Taty Tatia**

Read more...

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP