Nenek Tim Mengerjakan Umrah.

>> Tuesday, May 31, 2011

Hujung minggu lepas, kami pulang ke Johor untuk menghantar Nenek Tim berlepas mengerjakan umrah bersama Long. Semua ada kecuali keluarga Abang Farid yang kini berada di Manila.

Gambar beramai-ramai wajib ada.


"Long, nanti kau yang jaga Mak, bukan Mak jaga kau!" pesan Abang Ali dengan kejam. Long menyahut, "Macam yang dalam gambar ini!" lalu bergaya di hadapan kamera.


Apa pun, kamu nampak beg tangan ibu saya? Meraung saya dibuatnya. Beg Burberry, dik. Untuk dibawa ke masjid katanya. Diisi telekung, al-Quran, cermin mata dan lain-lain keperluan di masjid. Hadiah daripada Abang Farid sempena Hari Ibu. Aduh, kalau untuk saya gayakan ke majlis glamor, barulah kena! :meraung lagi:

Read more...

Deduksi Ameer.

>> Sunday, May 29, 2011

"Mama?"
"Ya, Ameer?"
"Ada tak tempat bernama Taiping?"
"Ada. Di Taiping, ada zoo. Kita boleh pergi waktu malam, tengok haiwan nokturnal."
"Haiwan nokturnal itu apa?"
"Haiwan nokturnal ialah haiwan yang aktif di waktu malam. Siang ia tidur. Malam pula berjaga."
"Macam Abah?"

Tawa ingin meledak tetapi terpaksa disangkut di kerongkong. Tidak tertahan melihat mukanya yang polos bertanya. Melihat saya terdiam, dia mendesak lagi mahukan kepastian.

"Abah pun haiwan nokturnal?"
"Taklah. Abah manusia nokturnal sahaja."

:-p

Nampaknya, saya tidak akan menghadapi kesukaran mengajar penaakulan mantik apabila Ameer di sekolah menengah nanti. Sekarang pun sudah pandai mengaitkan premis-premis untuk membuat kesimpulan :-p

Read more...

Cuci Gigi di Klinik Pergigian Kerajaan

>> Tuesday, May 24, 2011

Sejak bekerja sepuluh tahun dahulu, tidak pernahlah menjejak kaki ke klinik pergigian kerajaan. Almaklum berduit. Syarikat pun beri peruntukan untuk rawatan gigi. Orang sudah memberi, kita pun merasalah! Takkan mahu tolak pula. Hehe.

Kiranya waktu itu, tiada kelaslah mahu ke klinik kerajaan. Cuci gigi pun mengada mahu ke klinik pergigian di Midvalley :-p

Sekarang, sudah tidak berduit, buatlah gaya tidak berduit hik3x. Gigih pagi-pagi sudah keluar rumah. Sampai ke Klinik Pergigian Shah Alam jam 8.20 pagi. Ketika itu, sudah ramai! Mujurlah dapat duduk, itupun terpaksa menyelit untuk masuk.

Mudah sahaja mahu ke Klinik Pergigian Shah Alam. Jika tahu Wisma Jakel Shah Alam, tentu tahu di mana lokasinya. Ia terletak di antara Wisma Jakel dan Taman Tasik Seksyen 7 Shah Alam.

Prosedur di klinik pergigian kerajaan begini ya, adik-adik, kakak-kakak. Mula-mula, ambil nombor. Tiket nombor tersebut ada dua. Satu untuk kita kepilkan dengan kad pengenalan/kad temujanji dan dimasukkan ke dalam kotak yang disediakan di kaunter pendaftaran. Klip kertas juga ada disediakan di situ. Satu lagi untuk kita simpan. Kemudian, duduklah dahulu. Jururawat akan memanggil nama kita untuk urusan pendaftaran dan pembayaran pendaftaran sebanyak RM1.

Kemudian, duduklah lagi menunggu nombor dipanggil. Boleh tengok TV. Boleh baca buku. Mahu melangut pun boleh. Tetapi, kalau melangut berjam-jam, boleh sakit jiwa. Seeloknya bawalah buku yang tebal. Kalau terlalu nipis, cepat habis dibaca, nombor belum dipanggil. Haru-haru. Namun, di dalam ramai-ramai, hanya saya seorang yang membawa buku. Hebat sungguh tahap kesabaran mereka yang lain :-p

Alhamdulillah, giliran saya untuk berjumpa doktor gigi pun tiba. Jam 10.30 pagi. Tsk tsk. Apabila saya masuk ke dalam bilik rawatan, kelihatan seorang doktor gigi berbangsa India dengan jururawat Melayu. Begitu mesra doktor itu. Malah, memberi arahan kepada pembantu pun dengan lemah lembut. Gigi saya pun mendapat layanan yang mesra, lemah lembut dan teliti ^V^

Setelah selesai rawatan, jururawat akan memberi kad merah untuk dibawa ke kaunter pendaftaran. Di situ jugalah bayaran perkhidmatan dibuat. Untuk mencuci gigi, harganya RM2. Jika doktor memberi preskripsi ubat, ia perlu di ambil di farmasi.

Nah! Kos mencuci gigi hanyalah RM3 di klinik pergigian kerajaan. RM1 untuk daftar, RM2 untuk perkhidmatan. Tunggu dua jam pun tidak mengapalah. Asal dapat jimat! :-p

Jika di klinik pergigian swasta, khidmat cuci gigi atau 'scaling' berharga di lingkungan RM50 hingga RM150. Hasil yang sama, iaitu gigi yang bersih daripada kaviti, tetapi lebih cepat. Tepuk dada, seluk poket, tanya selera :-)

Read more...

Apabila Kanak-Kanak Berkumpul.

>> Monday, May 23, 2011

Saya selalu begini. Asal buat makan-makan, gambar kejadian malas diambil. Kemudian, menyesal.

Tidak mengapalah. Gambar 'selepas' pun jadilah. Tengoklah kebinasaan bilik kanak-kanak. Ibu bapa masing-masing jangan hendak nafi-nafi. Bukti ada.


Disyaki sekurang-kurangnya dua kanak-kanak perempuan yang bermain mak-mak. Dapur sudah diletak di tengah ruang dan dua kerusi disusun saling menghadap.


Nampaknya ada yang guling-guling atas katil sambil bermain atau membuat kerja seni.


Mungkin ini pula port kanak-kanak lelaki. Power Rangers, Four Arms dan pelbagai jenis trak menjadi mangsa :-)


Saya suspek Dina sebab dia seorang yang sudah besar i.e. darjah enam. Yang lain tidak cukup besar untuk tulis berkhat-khat begini. Ibunya kalau mahu nafi, sila tulis komen. Baca blog pandai, komen tidak pernah :-p


Yang ini, ibu-ibunya tidak boleh nafi. Ada pengakuan bertulis oleh si pelaku.


Yang ini pula, pelakunya tidak diketahui. Pelaku menggunakan berkeping-keping kertas hanya untuk menyalin 'ONE BLUE BUNNY'. Tetapi, dia berhemah sedikit. Selepas ditulis, kertasnya digumpal-gumpal lalu dimasukkan di dalam tong. Masalahnya, tong tersebut sepatutnya berisi blok, bukan sampah.

Tersenyum dengan perangai kanak-kanak. Itulah, para ibu sibuk dengan tudung Ariani sahaja!

Ehem, anak lelaki siapa berbaju merah? Fatimah asyik sebut yang baju merah. Apabila ditanya siapa, katanya tidak tahu nama :-p

Read more...

Girls Get Together.

>> Sunday, May 22, 2011

Buat malu jawa saja. Tetamu sudah sampai, makanan belum siap hidang. Mujurlah tetamu itu jawa juga, malah macam kembar lagi. Seiras, kata orang. [Tentunya saya yang lebih cantik :-p] Sudahlah sepejabat. Acap kalilah orang tertukar kami berdua. Apatah lagi, portfolio kami saling berkait. Kalau mesyuarat, dua-dua perlu ada. Kalau naik tanduk pun, sama-sama. Inggeris kata, partner in crime.

Adakah patut, tetamu yang seorang ini, datang-datang terus masuk dapur, buka peti ais bawah, buka peti ais atas, buka almari? Kalah mak mertua lagaknya! HAHAHAHA. Very the javanese, okay? Bahasa jawanya begini, kok kae wong jowo?

Apa pun, terima kasih kepada tetamu yang datang. Seronok sangat. Kalau ada salah silap, lauk tidak sedap atau layanan yang hambar, minta maaf banyak-banyak. Kepada kawan-kawan yang tidak dijemput, jangan merajuk ya? Buat kecil-kecilan sahaja. Maklumlah, tuan tanah masih sakit. [Poket pun cepi, bak kata orang kampung.]

Ehem. Gang of Four siap membeli belah di Ariani lagi :-p Nak contact seorang kakak yang kononnya rumah di hadapan Ariani untuk ajak berjemaah, tiada nombornya pula :-p

Read more...

Kata-kata Juru Terapiku Yang Baik Hati.

>> Friday, May 20, 2011

Sambil tersenyum manis dan bersuara lemak merdu penuh krim, dia berkata, "Hanya senaman sahaja yang boleh merawat sakit puan."

Selang beberapa minit, saya berseloroh, "Malam tadi, sakit di betis pula. Beginilah kalau sudah tua!"

Dia menyahut, "Sebab itulah kita perlu bersenam."

Di akhir sesi, dia menyambung nasihatnya, "Dengan bersenam, kita dapat mengurangkan berat badan. As we lose weight, the pain will dissappear."

Dia menutup kata dengan penuh hati-hati, "Di samping itu, puan belajarlah cara-cara tentang diet yang seimbang."

Ehem. Saya faham maksud di tengah barisan kamu itu. Yang tersirat begitu jelas :-p

Baiklah, kita teruskan perjuangan menentang kegemukan! Walau penuh ranjau onak duri, semangat yang sekejap ada sekejap tiada seperti biskut, kita harungi dengan tabah dan terus maju ke hadapan. Chaiyok chaiyok!

Read more...

Fatimah Yang Sakit.

Dia demam. Perutnya tidak selesa. Asyik mengadu mahu muntah. Tetapi yang keluar, hanyalah air liur dan lendir.

Dalam keadaan begitu, perangainya tetap mencuit hati. Dia begitu polos sekali membuat kenyataan ketika ditanya mahu sekolah atau tidak.

"Saya sakit. Tetapi, kalau pergi sekolah, saya tidak rasa sakit. Sebab ada Akmal Danish."

p/s: Malas mahu melukis gambar yang dijanjikan. Kamu faham bukan penerangan yang diberikan?

Read more...

Menjaga Tulang Belakang.

>> Thursday, May 19, 2011

Untuk menjaga tulang belakang, kata kuncinya postur badan. Saya sedar, itu penyebab utama penyakit saya. Suka ambil jalan senang, tapi akhirnya tubuh yang ranap.

Di sini saya kongsikan nasihat tentang postur badan yang diberikan oleh juru terapi di DEMC, Shah Alam. Gigih pagi-pagi melukis :-p

Pertama, postur badan ketika mengangkat barang di atas lantai. Selalunya, kita akan membongkok. Senang, satu pergerakan, kerja selesai. Tetapi, kalau pinggang berbunyi 'krek', haru. Yang lebih elok, kita mencangkung dahulu. Kemudian, barulah mencapai barang. Pastikan belakang tetap lurus ketika mencapai.



Kedua, postur untuk bangun dari tidur. Yang mudah, kita bangun selamba sembilan puluh darjah. Aduh, kasihan badan kamu. Baru bangun tidur, belum apa-apa lagi sudah dilenjan begitu. Seeloknya, mengiring dahulu. Tangan yang di atas, menjulur ke depan. Siku tangan di bawah berbentuk L menekan tilam. Perlahan-lahan, dengan sokongan tangan yang menjulur, siku tangan bawah menolak badan ke atas.

Ketiga, postur untuk baring. Mula-mula, turunkan badan perlahan-lahan untuk mengiring. Selepas mengiring, baru pusing untuk baring menelentang.

Keempat, postur untuk bangun dari duduk. Mula-mula, duduk dengan kaki terlipat di bawah, seperti duduk antara dua sujud. Letakkan kedua-dua tangan ke depan atau di sisi, angkat punggung dan bertinggung. Seterusnya, berdiri dengan sokongan tangan. Senang cerita, gaya ini seperti kamu sudah selesai tahiyat awal di rakaat kedua dan mahu berdiri untuk meneruskan rakaat ketiga.

Itu sahaja buat kali ini. Gambar akan ditambah selepas saya pulang dari sesi fisioterapi nanti. Saya mahu bersiap-siap, temujanji jam 9.30 pagi.

Ingat ya, jaga tulang belakang kamu!

Read more...

Saya Pemandu Berhemah.

>> Wednesday, May 18, 2011

"ARGGGGGHHHH!"
"NOOOOOOOOOO!"
"Mama, you're too fast!"
"Jangan, jangan langgar!"
"Mama, saya tidak mahu mati!"

Terlampau. Sungguh terlampau. Mat Jawa cakap, over the top. Kenyataan anak-anak saya itu sungguh tidak masuk akal. Asal saya yang memandu, mesti mereka begitu. Takut mati, katanya :-p

"Mana ada laju? 60 km/j pun tidak sampai!"
"Ya, Mama laju. Saya takut."
"Bukankah Abah bawa laju juga?"
"Mama lagi laju!"

Delusional agaknya kamu berdua.

Read more...

Giveaway Mei 2011.

>> Monday, May 16, 2011

Tidak terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu, Selamat Hari Guru dan selamat hari-hari kepada semua. Juga, tidak terlambat rasanya untuk menganjurkan giveaway bagi bulan Mei.

Hadiahnya ada dua. Tetapi, boleh tayang gambar untuk satu sahaja. Jenuh mencari di Internet, tidak berjumpa. Mahu ambil sendiri, tidak punya upaya :-p


Hadiah pertama, tudung berjenama Taaj yang menggunakan kain sutera pashmina berwarna putih dengan sulaman bunga benang merah jambu [seperti gambar].

Hadiah kedua, tudung berjenama Taaj yang menggunakan kain sutera pashmina berwarna merah jambu dengan sulaman bunga benang putih [seperti gambar dalam bayangan anda].

Cara untuk menyertai giveaway seperti ini:
1. Letak banner giveaway di blog anda. Di mana-manalah, tepi kanan, kiri, atas, bawah. Asal mudah orang nak nampak.


Copy this code to your website to display this banner!


2. Tulis satu entri berkenaan giveaway ini. Pendek ciput kontot pun boleh. Asal ada.
3. Maklumkan saya penyertaan anda melalui ruang komen di entri ini.

Giveaway berakhir 31 Mei 2011, jam 11.59 malam. Pemenang ditentukan menggunakan kaedah algorithma melalui www.random.org. Selamat mencuba!

Read more...

Sesi Fisioterapi yang Pertama.

>> Saturday, May 14, 2011

Suara lelaki menerjah telinga, "Puan Hartini?"

Saya segera menjawab, "Ya, saya," lantas meletakkan surat khabar yang dibaca ke tempat asal.

"Mari masuk ke dalam."

Saya membuntutinya dengan penuh tanda tanya. Masuk? Tetapi, bukankah peralatan bersenam semuanya di bahagian luar?

Seperti tahu-tahu, dia menerangkan, "Mula-mula, kita akan mulakan rawatan menggunakan mesin. Kemudian, baru kami akan ajar cara-cara bersenam."

Di bahagian dalam, terdapat bilik-bilik rawatan yang hanya bertutup langsir. Juru terapi itu menyelak langsir Bilik 6. Hanya ada satu katil dengan lubang tengah di pangkal dan satu mesin.

"Silakan baring, puan."
"Menelentang atau meniarap?"
"Meniarap, ya puan. Kepala puan di lubang itu."

Dengan bersusah-payah, saya memanjat katil dan baring di atasnya. Dan bermulalah rawatan fisioterapi. Mula-mula, bahagian yang sakit diletakkan 'hot plate'. Panasnya bukan main! Pijar kulit dibuatnya. Setelah menderita berminit-minit, dirawat pula dengan 'electric current' selama 15 minit. Memandangkan kulit sudah pijar dek kepanasan melampau, karen letrik itu terasa seperti gigitan semut sahaja. Rawatan terakhir adalah 'ultrasound' selama 7 minit. Hmm, ingatkan ultrasound untuk intai bayi dalam perut sahaja :-p

Komen saya, seperti rawatan spa! Agak-agak, boleh cairkah lemak di bahagian yang dirawat itu?

Yang tertekannya, kesucianku ternoda. Huwaaaaa! Mujurlah juru terapi lelaki hanya di awal rawatan sahaja. Selepas meletak 'hot plate', juru terapi wanita ambil alih. Sampai tiga orang. Itu pun, adakalanya mereka terpaksa meminta bantuan juru terapi lelaki tadi, kerana mereka masih pelajar. Siap berbincang-bincang cara yang betul. Ada yang cakap, "Aku tidak pandailah guna mesin ini!" Huhu, jangan, dik. Nanti akak masuk Harian Metro, muka depan lagi. Yang lelaki tadi, terserlah kepakarannya. Jadi, mahu tak mahu, redha sahajalah :-p

Adik-adik, cepatlah pandai! Akak tidak direla. Harap-harap sesi seterusnya dirawat oleh perempuan sepenuhnya.

Kemudian, salah seorang pelajar dalam latihan itu mengajar dua senaman sambil dipantau juru terapi lelaki tersebut. Seronok! Dia juga mengajar teknik-teknik pergerakan asas seperti bagaimana mahu bangun, mahu baring, mengambil barang jatuh dan sebagainya. Alhamdulillah, teknik-teknik tersebut sangat-sangat membantu kerana sakit belakang sudah berkurangan. Insya-Allah, jika ada kesempatan waktu, saya kongsikan di sini.

Mulai minggu depan, sesi fisioterapi saya diadakan dua kali seminggu. Tak sabar! Katanya, mereka mahu ajar senaman-senaman yang lain. Woohoo!

Oh ya, selepas ini, perlu bawa buku. Bosan meniarap. Kurang-kurang, boleh lupakan kesakitan :-)

Read more...

Diagnosis.

>> Wednesday, May 11, 2011

Dengan wajah yang sedih dan suara yang hiba, doktor berkata, "Maaf, puan menghidap barah otak."

Itu skrip drama melayu.

Yang sebenar begini:

Dr. Chang: Pertama, tulang belakang kamu bengkok. Pernah terjadi apa-apa sebelum ini? Terjatuh atau kemalangan?
Hartini: Saya tidak berapa pasti.
Dr. Chang: Tidak mengapa. Mungkin kamu mengengkot ke kiri semasa kamu rasa sakit, jadi ia bengkok sebegitu. Kedua, tulang rawan kamu terkoyak sedikit dan tertonjol lalu menekan saraf. Sebab itu kamu merasa sakit.
Hartini: Jadi, bagaimana mahu membetulkannya?
Dr. Chang: Ia akan selamanya begitu. Kecuali keadaan semakin teruk, dan kamu mahu melakukan pembedahan. Di mana kamu akan dibius dan jarum akan disuntik ke tulang rawan.
Hartini: Saya rasa tidak perlu pembedahan buat masa ini.
Dr. Chang: Bagus. Sementara itu, kamu ambil ubat penahan sakit dan menjalani fisioterapi. Kita jumpa lagi pada awal Jun.
Hartini: Baik!

Alhamdulillah. Pagi tadi, saya sudah bersiap sedia kalau-kalau doktor mengatakan barah rahim. Dakyah mana entah, tetapi memang sakit belakang antara simptom-simptom barah rahim. Banyak sangat menonton telenovela, begitulah! Asyik fikir yang bukan-bukan.

Menurut catatan doktor, penyakit saya ialah Degenerative Disc Disease. Pertama kali dengar, namun bersyukurlah bukan Slipped Disc.

Apa pun, saya sangat teruja untuk sesi fisioterapi pada jumaat pagi. Wow! Saya bakal mempunyai Personal Trainer sendiri. Percuma lagi. Tidak perlu membayar ratus-ratus untuk keahlian gim :-p

Read more...

Apa Ada Dalam Badan?

>> Tuesday, May 10, 2011

10 Mei wajar diingati. Pertama, ia harijadi Mak. Tiap-tiap tahun, Mak buat senarai siapa yang sudah dan siapa yang belum mengucapkan selamat harijadi dan selamat hari ibu. Selalunya, memang sayalah yang terakhir. Kadang itu, sudah berhari-hari baru telefon. Bukan terlupa, tetapi sengaja :-p

Kedua, hari ini adalah pengalaman pertama membuat MRI scan. Uhuk uhuk. Berdengung telinga! Berdentum-dentum bak pukulan gong. Tiga puluh minit, tahu? Sudahlah tidak boleh bergerak. Katanya, kalau banyak bergerak, lagi lamalah duduk dalam scanner itu.

Sekurang-kurangnya, ingat akhirat sekejap. Yalah, terkujur kaku dengan diselimuti kain putih. Buka mata pun, sekeliling nampak putih. Kalau tidak, asyik fikir dunia dunia dunia, seolah-olah mati itu jauuuuuhhhhh lagi.

Esok, berjanji temu dengan pakar ortopedik jam 9 pagi untuk mengetahui diagnosis dan rawatan selanjutnya. Doakan saya!

Read more...

Selamat Hari Ibu.

>> Saturday, May 07, 2011

"Mama, is Saturday Mother's Day?"
"Ya, Ameer."
"Ooo..."
"Jadi, Ameer hendak bagi apa pada Mama untuk Hari Ibu?"
"Bagaimana saya hendak bagi? Saya tiada duit, Mama."

Tsk, tsk.

Selamat Hari Ibu!

Read more...

Puding Roti Coklat

>> Thursday, May 05, 2011


Bahan-bahan:
3 biji telur
1 cawan gula
2 sudu besar gula perang
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1/4 cawan mentega cair (boleh digantikan dengan minyak masak/mazola)
3 cawan susu segar perisa coklat
10 keping roti (dibakar dan dipotong kiub)
1 cawan kismis (jika suka)

Cara-cara:
1. Panaskan ketuhar 180 darjah celcius.
2. Pukul telur.
3. Masukkan bahan-bahan lain kecuali roti dan kismis, dan kacau hingga sebati.
4. Masukkan roti dan kismis ke dalam adunan dan kacau perlahan-perlahan. Tuang adunan ke dalam loyang.
5. Bakar selama 30 minit di rak bawah. Selepas dibakar semalam 30 minit, tutup dengan kertas aluminium (untuk mengelakkan hangus) dan bakar semula selama 20 minit.

Untuk yang tidak mempunyai pengadun, jangan risau. Boleh gunakan pengisar. Saya pun menggunakan pengisar kerana ia lebih senang. Paling penting, pinggan mangkuk yang perlu dibasuh pun sedikit saja. Dasar kurangupaya!

Jika tidak suka coklat, boleh saja gantikan susu segar perisa coklat dengan susu segar biasa. Kalau mahu bereksperimen, cubalah guna perisa lain seperti strawberi, kopi, dan lain-lain. Entah apa rasanya :-p

Boleh dimakan begitu saja, atau dengan susu cair/susu segar.

Read more...

Suntingan Pertama.

>> Wednesday, May 04, 2011

Aini berkata, "Telefon sahaja penulis."
Saya tertawa kecil lantas menjawab, "Bagaimana mahu telefon, penulisnya di Jordan!"

Memandangkan bukunya sudah pun terbit dan senaskhah telah sampai ke peti surat saya, bolehlah diwar-warkan. Hei kawan, inilah dia manuskrip pertama yang saya sunting! Bukunya bertajuk Batu-bata Kehidupan, tulisan Hilal Asyraf.



Wow wee! Seronok rasanya apabila terpandang nama di situ. Walaupun sekadar penyunting, terselit juga rasa bangga. Tapi, tidaklah bangga sangat, kerana suntingan tidak 100% mantap. Masih ada ruang untuk diperbaiki. Apabila dibukukan, mata lebih cepat menangkap kesalahan-kesalahan. Tak mengapalah. Untuk seorang amateur, hasilnya boleh tahan [penilaian sendiri, acikah?]

Baru-baru ini, saya menyunting manuskrip terjemahan. Sebuah buku motivasi hidup yang ditulis oleh seorang pakar bedah. Tajuknya, rahsia :-) Apabila sudah terbit, baru boleh cakap :kenyit:

Read more...

Pemenang Giveaway April 2011.

>> Tuesday, May 03, 2011

Dan pemenangnya ialah.... JENG JENG JENG!


Tahniah diucapkan kepada afifiabdulri. Kak Tini juga mahu mengingatkan adik afifiabdulri, perkara yang baik di dalam komik itu dijadikan tauladan, manakala perkara yang buruk dijadikan sempadan. Jangan diikut tabiat-tabiat buruk yang dipaparkan seperti korek hidung menggunakan jari tanpa membasuh tangan selepasnya, kentut di khalayak ramai, makan dengan gelojoh malah pelahap pula, dan macam-macam lagi. Namun, Kak Tini yakin adik pandai membezakan yang baik dengan yang buruk. Lagipun, adik sudah besar panjang. Bak kata Naruto, dah balighlah!

Sila hubungi Kak Tini di alamat emel hartinidewi[at]hotmail.com.

Tapi Kak Tini harap, kamu belajar di UiTM Shah Alam atau UNISEL supaya boleh selamatkan kos pos :-p

Kepada TTM yang lain, BERUSAHA! Chaiyok chaiyok. Giveaway Mei bakal menyusul! ^V^

Read more...

Senarai Peserta Giveaway April 2011.

>> Sunday, May 01, 2011

Baru sembuh. Tak berapa sihat beberapa hari, sebab itu senyap :-)

Apa pun, April sudah meninggalkan kita. Masa untuk mengundi! Sebelum undi, kita sahkan dulu penyertaan. Tinggalkan komen hanya jika nama anda tiada di sini, atau ada sebarang bantahan. Segala doa simpan di dalam hati :-)

Undian akan dijalankan pada 3 Mei 2011, iaitu setelah kamu, kamu, kamu dan kamu (kali 53) pulang ke ofis, atau kembali ke sekolah.

1. Fadzillah Kamarudin
2. aida
3. Izan Ishak
4. Farhana
5. Nana
6. CT
7. MaIzUrA
8. jeeha
9. fadwa daud
10. ayni
11. Cute MuM
12. meowww cat
13. tiefazatie
14. cikanna
15. ika puk puk
16. Hafizah Jamilah :)
17. nadiah
18. NoRMa aZurA iSMaiL
19. Efipurpleshine
20. uNa
21. Cik Dya
22. ♥CHaRa♥
23. nur
24. Ummu Auni
25. MrS. F!zA
26. Jieda
27. afifiabdulri
28. Ummu Ukasyah
29. eb ezrin2
30. CT
31. iduraz
32. hezrina83
33. Hanis
34. Siti
35. ~~@lyci@~~
36. ieyza
37. Ajieda Ajis
38. ♥♥azatiesayang ♥♥
39. nanakimie
40. nEa FleriDa / nIL
41. Ekha Miranda
42. Joel Leslie
43. QUEENPINK
44. NOOR FATIN
45. cik gelong
46. Mama Balqis BPB
47. MiMie AddNin
48. aNiM
49. fieda
50. deqlis
51. umiliza989
52. IntaNBerliaN
53. qieranna

Selamat berjaya!

Read more...

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP